MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 96.9K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1๐ŸŒผ
2๐ŸŒผ
3๐ŸŒผ
4๐ŸŒผ
5๐ŸŒผ
6๐ŸŒผ
7๐ŸŒผ
8๐ŸŒผ
9๐ŸŒผ
10๐ŸŒผ
11๐ŸŒผ
12๐ŸŒผ
13๐ŸŒผ
14๐ŸŒผ
15๐ŸŒผ
16๐ŸŒผ
17๐ŸŒผ
18๐ŸŒผ
19๐ŸŒผ
20๐ŸŒผ
21๐ŸŒผ
22๐ŸŒผ
23๐ŸŒผ
24๐ŸŒผ
25๐ŸŒผ
26๐ŸŒผ
27๐ŸŒผ
28๐ŸŒผ
29๐ŸŒผ
30๐ŸŒผ
32๐ŸŒผ
33๐ŸŒผ
34๐ŸŒผ
35๐ŸŒผ
36๐ŸŒผ
37๐ŸŒผ
38๐ŸŒผ
39๐ŸŒผ
40๐ŸŒผ
41๐ŸŒผ
42๐ŸŒผ
43๐ŸŒผ
44๐ŸŒผ
45๐ŸŒผ
46๐ŸŒผ
47๐ŸŒผ
48๐ŸŒผ
49๐ŸŒผ
50๐ŸŒผ
51๐ŸŒผ
52๐ŸŒผ
53๐ŸŒผ
ALPHA๐Ÿบ & MMW๐Ÿ‘‘
54๐ŸŒผ
55๐ŸŒผ
special 1๐ŸŒผ
special 2๐ŸŒผ
special 3๐ŸŒผ

31๐ŸŒผ

35K 1.6K 321
By ladyfrozenace

"Encik Adam...we are sorry...."

Adam bingung sekejap. Kenapa nak minta maaf? Apa jadi? "Why? What happened to my wife?"

Doktor yang bertugas menjalankan pembedahan kepada Nia menggeleng kepala. "Keadaan isteri encik sangat kritikal. Saya even tak boleh guarantee 50/50 about her condition."

"Then? Macam mana?" Adam buntu, dah la dia sorang kat sini sebab ayahanda and bonda belum sampai. Dia macam blank lepas Nia ditolak masuk bilik bedah. Tak boleh nak fikir dengan waras dah.

"Keadaan jantung puan Dania is very bad. Jantung dia berlubang. Kalau dari awal puan buat surgery, mungkin  tak teruk macam ni. Puan perlukan alat bantuan pernafasan and bergantung sepenuhnya pada alat. Kalau tak, jadi macam tadi la. Jantung terhenti, sesak nafas semua." Penerangan doktor tu buat Adam terkejut. Jantung berlubang?

"Saya tak tau pasal jantung isteri saya berlubang...."

Doktor tu buat muka pelik. Eh takkan kau tak tau, bini kau kot. Dan kenyataan itu menyepak benak Adam sekali lagi. Suami jenis apa kau ni Adam? Kau tak ambik tau langsung pasal sakit demam Nia selama ni

"Kita perlu jalankan pembedahan secepat mungkin tapi keadaan puan sangat lemah. Dalam jangka masa terdekat ni tak mungkinkan pembedahan dilakukan. Kita kena tunggu dia stabil dulu. Dan tu la masalahnya. Lubang pada jantung perlu ditutup tapi puan lemah sebab hilang darah dalam kuantiti yang amat banyak" Adam terdiam lagi. Ya Tuhan...berat betul dugaan mereka..

"And satu lagi encik saya tak syorkan kandungan puan Dania diteruskan. Ini akan burukkan lagi keadaan dia. Jadi saya cadangan abortion"

"Mengandung? Berapa?...berapa minggu?"sumpah tak lawak. "Dah dua bulan. Tapi saya rasa puan sendiri pun tak tau pasal kandungan ni"

Sekali lagi Adam mati kata. Doktor terus minta diri bila Adam cakap perlukan masa untuk hadam semua yang jadi. Dia pesan supaya cepat buat keputusan.

Kandungan? Dania mengandung? Matanya mula berkaca kembali. Anak dia... Anak mereka... Ya Allah..kau beri aku anugerah saat aku berkasar dengan isteri yang patut aku sayangi. Berita zuriat ini muncul saat Nia dalam situasi genting. Dia tak tau apa Nia akan kata kalau dia setuju dengan abortion. Nia akan benci dia? Nia mesti dah cukup benci dia lepas apa dia buat selama ni.

"Adam?" Bahunya disentuh perlahan. Dia mengangkat muka.

"Ayahanda..." Adam bangun dan peluk ayahanda erat. Ayahanda menepuk bahu anak bongsunya perlahan, menenangkan dia. "Sabar Adam. Anggap ni ujian untuk kamu berdua."

Bonda pula datang mengusap kepalanya. "Nia macam mana?"

Adam menggeleng. "Adam tak tau. Doktor cakap...Nia banyak komplikasi. Jantung berlubang, hilang darah dan..."

Mereka berdua menunggu Adam menyambung. "Nia mengandung..tapi doktor cadangkan suruh buat abortion sebab bahayakan nyawa dia" suara Adam sebak.

"Allah..." Hanya tu yang mereka mampu ucapkan. "Berapa bulan?.."

"Dua bulan bonda.." dia masih menahan tangis. Dia nak peluk Nia, dia nak cium tangan Nia minta ampun semua salah dia. Dia nak Nia hukum dia. Dia nak Nia kembali seperti biasa. Ya Allah... Bantulah hambamu ini.

"Adam buatla keputusan yang terbaik untuk Nia yer?" Ayahanda memujuk. Gelengan Adam hadiahkan kepada kedua ibu bapanya. "Macam mana kalau Nia bangun and marah Adam sebab gugurkan anak kami? Adam... Adam tak tau"

Bonda tarik dia supaya duduk. " Tenang dulu Adam, kita kena buat jugak keputusan ni even susah. Bonda yakin Nia akan faham tindakan adam ni. Adam jangan risau ye?" Bonda tak tau lagi nak cakap apa. Dia faham perasaan Adam tapi keselamatan Nia juga penting.

"Sekarang ni Adam tenangkan fikiran. Pegi ambik wuduk, pergi solat. Mengadu semua kat Allah. Mintak petunjuk diberi kepada Adam, doakan supaya Nia cepat sembuh. Pergi cepat" Bonda menyuruh. Adam masih ragu. Kalau boleh dia taknak tinggalkan Nia walau sesaat. Dia tak sanggup benda buruk jadi kalau dia pergi dari sini sekarang.

"Tapi...."

"Takpe, bonda dengan ayahanda ada tengokkan Nia. Kalau apa-apa kami akan terus bagitau Adam. Adam pergi la..." Ayahanda pula bersuara.

_______

Adam masuk ke dalam wad yang dikhaskan untuk Nia. Buka je pintu dia nampak Nia. Bukan Nia yang selalunya lemparkan senyuman manis kepada dia, bukan juga Nia yang merenung dia tanpa kata bila dia naik gila dulu. Nia cuma terbaring kaku tanpa langsung tanda nak sedar.

Adam duduk di kerusi bersebelahan katil. "Assalamualaikum, my wife. Kau apa khabar?" Soal Adam. Senyap. Hanya bunyi mesin yang dok beep beep. "Bodoh kan aku tanya padahal aku pun nampak kau tak okay"

Dia sentuh perlahan tangan kanan Nia, sejuk dan kaku. Dibawa ke bibir dan dicium beberapa kali sebelum terus digenggam erat. "Aku...rindu sangat kau Nia.." sebak lagi. Air mata dia murah betul belakangan ni. Tapi dia tak kisah kalau mengalir sebab Nia. "Nia, kau nak tau tak rahsia terbesar aku?"

"Aku dah jatuh cinta dekat kau, Nia.. ya, aku sayangkan kau sangat. Aku baru sedar rupanya selama ni aku cemburu dekat Ziyad, aku kurung kau dalam rumah...semua sebab aku sayangkan kau. Bodohkan aku baru sedar?" Adam tergelak kecil mengenangkan kedangkalan akalnya. Biasala..orang tak pernah nak bercinta kan.

Jari jemari Nia diusap Adam. Cincin pernikahan Nia dia ambil semula haritu dengan alasan dia taknak Nia hilangkan. Yang Nia tak tau dia curi-curi tempahkan cincin rekaan dia sendiri. Dia nak saiz jari Nia.

"Agaknya kalau kau dah bangun, kau nak ke terima aku balik? Aku sedar diri aku, aku ni cemburu buta. Aku sakitkan kau banyak kali. Kalau kau mesti dah panggil aku bebal kan?" Dia cuba nak berborak seperti biasa dengan Nia. Kan bagus kalau Nia ada seperti biasa membalas setiap kata dia.

"Aku sebenarnya nak mintak maaf lagi kat kau Nia. Aku terpaksa buat keputusan ni. Sumpah aku harap ni yang terbaik untuk kau. Aku mintak maaf Nia, aku dah setuju dengan cadangan doktor nak gugurkan anak kita" habis je Adam berkata, mesin bantuan pernafasan Nia berbunyi seperti gila. Dia cemas. Cepat-cepat dia tekan butang kecemasan.

"Nia? Kau okay tak?" Dia nampak jari Nia bergerak-gerak sikit. Nia seakan nak bagitau dia sesuatu.

"Kenapa Nia?" Adam cuba fikir apa Nia nak sampaikan. Pasal gugur ke?...
"Kau dengar ke apa aku cakap tadi Nia? Kau taknak gugurkan anak kita?"

Jawapan yang Adam nak tak kedengaran juga. Dia sempat marah sebab doktor ke nurse tak sampai lepas dia mintak tolong. Dia pergi bukak pintu jerit sendiri ha senang!

"Aku mintak maaf my wife. Aku harap kau faham dengan keputusan ni" dengan kata tu, Adam keluar. Dia dipaksa keluar sebetulnya sebab mereka nak check Nia.

_______

Beberapa orang ahli keluarga Adam datang melawat Nia. Tapi tak boleh la masuk semua sebab takut bahayakan patient. Mana tau kot kot ada penyakit berjangkit ke kutu ke apa melekat kat Nia nanti. Yang meluatnya si Nasha dengan Mak Wan datang sekali.

"Sabar ye Adam, Allah nak uji Adam dengan Nia ni. Adam banyakkan doa ye cu? Mintak semua dipermudahkan" Nek Salmah berpesan. Dia pun tak tau nak cakap apa dah. Dia tau Adam tak larat nak dengar nasihat  macam tu dah tapi apa dia boleh buat. Adam mengangguk faham. Dia keletihan dan mengantuk. Risau nak tidur sebab takut something jadi masa dia terlena.

"Takpe Adam tidur dulu, bonda boleh tengokkan Nia, jangan risau"

Adam akhirnya berbaring di sofa tersedia. Mereka dah pindahkan Nia ke wad persendirian yang mana satu floor tu specialized untuk Nia. Tak sampai sepuluh minit dia terlelap, Adam terjaga dengan bunyi riuh.

Semua kelam kabut dan dia tak tau pokok pangkal masuk menyibuk. "Asal ni along?"

Hazim menoleh terkejut. "Adam!" Dia terjerit kuat.

"Hah, nape?" Adam menggosok mata mengantuk.

"Nia, Adam. Dia tiba-tiba tenat masa semua tengah jengok dia kat dalam. Sekarang doktor tengah uruskan kat dalam"

Muka Adam pucat tak berdarah kalau kena toreh sekarang. Dia terkam ke arah pintu wad Nia tapi ayahanda sempat halang. "Lepas ayahanda, Adam nak tengok Nia!"

"Sabar Adam! Doktor kat dalam tu!" Ayahanda turut sama naik suara. Dia cuba nak tenangkan anaknya dari bertindak membabi buta. Adam meraup rambut ke belakang. "Sabar, sabar.. Adam dah tak boleh nak sabar dah!"

Pintu dibuka. Doktor yang merawat Dania menggelengkan kepala.

Semua terdiam, terpaku.

"No! No! Doc please tell me it's a lie?!" Ujar Adam in denial. Along dengan angah sampai terpaksa pegangkan Adam masa dia nak meluru ke arah doktor.

"I'm sorry Mr Adam, we tried our very best. She's gone, time of death, 6.34 pm"

Adam terjelupuk di atas lantai. Dia tak percaya, tak.. Nia takkan tinggalkan dia. Kan? Nia akan maafkan dia dan mereka akan bahagia balik kan? Semua ni tak betul kan? Main-main je semua ni...ya betul tu

"Encik boleh tengok patient lepas kami tanggalkan semua alat pada badan. Takziah buat encik sekeluarga"
Doktor meminta diri biarkan keluarga tenangkan Adam.

Adam menangis bersungguh-sungguh.
"Nia.... kenapa? Kenapa kau kejam sangat? Aku tak sempat minta maaf pun lagi..." Adam meraung lagi. Ayahanda turut bersedih tapi masih terkawal. Dia peluk Adam erat. Adam mengongoi di bahunya.

"Ayahanda.... Adam nak Nia..."

Ayahanda tak mampu nak balas, hanya mengusap kepala anaknya berkali-kali. Dibacanya beberapa surah dan dititipkan doa agar Adam kembali tenang.

"NIA!!!"



Continue Reading

You'll Also Like

41.7K 2.9K 69
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
36.1K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
318K 11.1K 51
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminl...
569K 16.9K 66
Tengku Amir Asyraf: Seorang CEO di syarikat Amir Holding dan mempunyai kedainya sendiri, Amir's Shoes Shop. Nur Haslinda: Gadis remaja yang berkelak...