The Truth Untold

נכתב על ידי hazelmilktea

421K 28.4K 5.3K

[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasak... עוד

The Truth Untold
00 + Prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40
♡♡♡

34

8.7K 665 287
נכתב על ידי hazelmilktea

Starting chapter ni sumpah cliche, clinge dan hambar. Mohon kecam 😔🖐️

Abaikan typo sksksksksk.
_________________________________

Mata aku terpejam-celik akibat cahaya yang terang itu. Tangan diletakkan di hadapan muka bagi menghalang cahaya itu sampai ke mata aku.

Cahaya itu... Mata aku dapat menangkap sebuah kelibat yang terdapat di cahaya itu. Bentuk badannya menjelaskan bahawa ianya seorang lelaki. Aku cuba untuk memfokuskan mata aku untuk melihat wajahnya.

Semakin lama cahaya itu semakin jauh sehingga ianya sudah tidak lagi menerangi pandangan aku. Langkah aku dibawa mengikut cahaya tersebut.

Semakin aku mendekat, semakin cahaya itu pantas menjauhi aku. Sedikit sahaja lagi aku mahu mencapai kelibat itu, namun entah dimana silapnya, aku terjatuh lalu semuanya gelap.

Cahaya itu sudah hilang! Langsung aku tak nampak apa-apa sekarang ini. Sempat aku menangkap wajah kelibat itu. Otak aku cuba untuk memproses semuanya. Apa maksud disebalik semua ini?

Kenapa aku nampak kelibat Ian di cahaya itu? Dan kenapa... Kenapa bila aku dekat, dia semakin menjauh?

Adakah itu tanda bahawa masa hadapan aku tak akan cerah jika bersama dengannya? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

♡♡♡

Tengku Ian Raykarl memeluk lutut sambil menikmati angin malam yang menampar lembut mukanya itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan dengan perlahan. Otak ralit memikirkan masa hadapannya.

Phone miliknya yang bergetar di dalam pokcet seluar itu telah berjaya memecahkan lamunan. Tangannya diseluk ke dalam pocket sebelum dia menjawab panggilan daripada hospital itu.

"Hello?"

"Doktor Tengku! Doctor sibuk ke sekerang?" Suara nurse yang menyapa gegendang telinga itu kedengaran cemas. Dahi Ian mula berkerut hairan.

"Tak sibuk pun... Kenapa ni? Kenapa awak macam cemas je?" Soalan itu dijawab sebelum dia turut mengajukan soalan. Tangan Ian bergerak membetulkan rambutnya.

"Doktor boleh datang hospital sekarang? Ada emergency ni! Pedakit accident kereta." Nurse itu menjawab dengan suara yang cemas. Automatik Ian terbangun dari duduk.

"Ya Allah... Doktor lain tak ada ke?" Ian mula membuka langkah besar menuju ke kereta. Kunci kereta dibawa keluar dari pocket seluarnya sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta itu.

"Doktor Huda cuti hari ni. Doktor lelaki yang lain semua ada patient jugak. Lagipun pesakit ni perempuan." Dahi Ian bertambah berkerut. Dia paham kalau doktor lain semua ada pesakit tapi kenapa dia kena handlekan pesakit perempuan pulak ni?

"Eh? Kenapa saya yang kena handlekan pesakit perempuan pulak ni." Ian menyoal dengan hairan. Dia mula memandu keluar dari kawasan pantai itu menuju ke hospital.

"Lupa pulak nak bagitau. Dari apa yang saya tahu... Doktor dengan pesakit ni rapat." Bertambah hairan Ian dibuatnya. Rapat? Perempuan? Wajah Aireen dan Hanis mula menyapa pemikirannya. Hanya mereka berdua sahaja yang rapat dengannya.

"Nama pesakit?"

"Aireen Nadhirah." Serta-merta phone yang berada di dalam genggaman Ian itu jatuh ke bawah. Minyak ditekan dengan kuat lalu kereta yang dipandunya itu terus meluncur laju di atas jalan raya.

♡♡♡

Kereta milik Ian itu dibiarkan terletak betul-betul di hadapan pintu masuk utama hospital itu. Muka nurse yang berhubung dengannya tadi menyapa pandangan Ian.

"Peralatan semua dah sediakan?" Soal Ian kepada nurse tersebut. Kami mula melangkah menuju ke lift.

"Sudah... Semua dah siap. Pesakit pun dah ada dalam bilik bedah. Kami tunggu doktor je sekarang." Balas pembantunya yang bernama Laura itu.

"Awak tunggu dekat sana. Saya nak tukar baju sekejap." Laura hanya mengangguk akur sebelum berlalu pergi. Baru sahaja Ian mahu melangkah masuk ke dalam lift itu, langkahnya terhenti apabila wajah Hanis menyapa pandangannya.

"Sayang?" Hanis menyapa Ian dengan wajah yang berkerut. Ian terus melangkah masuk ke dalam lift itu. Butang tingkat 5 yang menempatkan bilik bedah ditekan.

"You buat apa dekat sini?" Soal Hanis dengan hairan. Ian melepaskan nafas perlahan.

"I yang patut tanya you... You buat apa dekat sini time-time macam ni?" Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Sudah masuk pukul 11 malam.

"You lupa ke... Makcik I kan tengah sakit so I teman dia malam ni." Ian hanya mengangguk dengar jawapan Hanis itu. Baru dia teringat tentang makcik Hanis yang sedang sakit itu.

"You tak jawab lagi soalan I..." Ian memandang Hanis sekilas. Sekali lagi dia melepaskan nafas perlahan.

"I ada emergency." Balasnya ringkas. Terasa lama pula lift ini nak tiba ke tingkat 5.

"Eh? Bukan you start kerja next week ke?"

"Nama pun emergency, sayang. Doktor lain ada patient. Doktor Huda pulak tengah cuti." Hanis di sebelahnya hanya mengangguk faham.

"Patient lelaki ke perempuan?" Soal Hanis dengan ragu-ragu. Tiba-tiba sahaja soalan itu menyapa kotak fikirannya. Raut wajah Ian mula berubah.

"Aireen..." Dengan teragak-agak dia menjawab. Terkedu Hanus dibuatnya.

"Aireen?"

"Huh, patutlah sanggup nak tolong rawatkan. Muka pun cemas lain macam sampai I call beribu kali tak angkat." Kata Hanis dengan sinis. Ian memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Sorry I tak perasan. I tengah drive tadi."

"I pergi dulu." Ian mula berura-ura hendak melangkah keluar apabila lift itu tiba di tingkat 5 namun tangannya pantas dicapai oleh Hanis dari belakang. Automatik langkahnya terhenti.

"Aireen tu perempuan. Kenapa you yang kena rawat dia?" Nada Hanis kedengaran sedikit marah. Ian memandangnya lama.

"You dah tak kenal halal haram ke, sayang?" Sambung Hanis dengan sinis. Ian merengus kasar.

"I dah cakap kan doktor lain semua tengah sibuk. You nak biar dia mati ke? Lepaskan I, Hanis. I kena cepat!" Kata Ian dengan sedikit geram. Hanis tergelak kecil mendengar ayat yang terpancul keluar dari mulut Ian itu. Perlahan-lahan lengan Ian dilepaskan. Ian mula melangkah keluar dari lift itu namun Hanis juga turut mengikutnya keluar.

"I nak you pilih sekarang!" Jeritan Hanis itu membuatkan langkah Ian terhenti. Dibiarkan suasana sepi buat seketika. Dengan sabar, dia menunggu Hanis sambung ayatnya yang tergantung itu.

"You pilih..."

"Aireen atau I." Laju sahaja Ian memandang Hanis yang sedang berdiri dengan senyuman sinis di belakang itu.

"Apa yang you merepek ini?" Soal Ian dengan dahi yang berkerut. Otaknya mula bercelaru.

"Takkan you tak paham soalan I? I nak you pilih between me and Aireen. That's it." Kata Hanis. Dia tak lepas memandang Ian dihadapannya itu.

"I can't choose."

"Why? That's not the answer I was hoping for." Ian mengalihkan pandangan memandang lantai hospital itu.

"I love both of you. You as my partner and Aireen as my friend. Fullstop."

"You can't love two person sekali. So, you need to choose one of them. Not both." Kata-kata Hanis membuatkan dia terkedu.

"If you still nak rawat perempuan tu... Then, it's over between us." Sambung Hanis lagi. Otaknya mula bercelaru.

"I'm sorry..." Ujar Ian sebelum dia berlalu pergi. Ditinggalkan Hanis keseorangan di situ yang sudah tergamam.

______________________________

:: Ramainye start sekolah esok... Author sorg je ke yg start sekolah 3/8 ni? 😔🖐️ Hiks... Byebye students yg duduk asrama, nanti jangan lupa marathon time balik cuti AidilAdha 👀✨

Masih ada chance untuk buat Aireen mati. Hmmmm boleh kan? 🙊

14'7

המשך קריאה

You'll Also Like

45K 4.3K 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rat...
416K 27K 53
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
579K 19.9K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
835K 30.6K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐚𝐞𝐞𝐪 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧�...