Prank

By craedin

7.6K 864 304

Sebab satu prank yang rupanya satu signal bahawa hidup aku bakal kucar kacir. macam mana aku boleh masuk duni... More

1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Characters 1

7

355 52 31
By craedin

hari ni hari kedua aku duduk rumah Naz. sorang diri sebab Naz dari haritu keluar tak balik rumah. nasib aku cukup baik bila aku jumpa satu bilik yang ada banyak baju perempuan, banyak barang perempuan sampaila pad pun ada. maybe bilik kakak Naz kot.

makanan pun ada dalam peti sejuk. aku cuma tinggal nak panaskan je. sepanjang aku duduk dekat rumah dia ni, aku tengok tv je. itupun tv dia takde siaran. mujurla ada pendrive dekat atas tv. adalah jugak kdrama. kantoi la Naz tengok kdrama.

aku nak balik pun tak berani. sebab Naz kata hutan ni bahaya. takpela, anggap je tengah bercuti.

aku dah puas keliling rumah Naz ni. rumah dia dua tingkat besar sama macam rumah aku je. takla sebesar rumah yang haritu. yang aku suka rumah dia ni style simple je.

dahla rumah dia ni tak membazir ruang. yang penting sejuk. cuaca dekat rumah dia memang sejuk la. dekat luar pun sejuk. maybe sebab rumah dia dalam hutan. eh haah la kenapa rumah Naz ni dalam hutan?

[tengok media atas anakku]

aku baring dekat sofa. makan dah, tidur pun dah. bosan gila. dua hari ni aku tengok tv je kot.

aku tutup mata. ye, try nak tidur. walaupun dua hari ni dah tidur macam orang bodo. tapi apa je aku boleh buat?

tiba tiba aku terdengar pintu rumah terbukak kasar. aku cepat cepat bangun. alamak macam mana kalau orang yang culik aku tu jumpa aku?

tapi sangkaan aku meleset macam markah math aku bila tengok satu figura lelaki terjelopok macam durian dekat depan pintu.

"Naz?" aku cuba memanggil. malangnya, Naz ni macam hilang dekat dunia. sudahla muka dia cium alas kaki sebab dia meniarap.

aku cepat cepat bangun. eh jangan mati lagi. lepas hantar aku balik kau mati la okay?

aku pusingkan badan Naz. aku tilik muka dia. ada lebam tepi bibir. dekat pipi pun ada kesan cakar. baju hitam dia terkoyak koyak.

jangan koyak dekat seluar, aku tak sanggup. aku letak tangan Naz dekat bahu aku. aku nak papah, tapi masalahnya dia ni tinggi sangat. dahla berat.

"berattttt anjingggg" aku cuba nak berdiri. haih banyak betul cuba harini. cubalah jadi bijak, dinie.

"get off. aku boleh jalan sendiri" bisik Naz dekat telinga aku.

oh boleh jalan sendiri? muka pun macam high. okay boleh jalan sendiri kan? aku lepas tangan Naz.

Naz berjalan dua langkah sebelum jatuh macam ketam mabuk.

"hah engkau bongkak lagi dengan aku kan? ha jalan la sendiri ha JALAN" aku senyum tengok Naz. mata pun tak boleh bukak.

kau fikir siapa engkauuuu tanpaku ewahhhhh.

Naz mengalah. dia hulurkan tangan dia. aku letak balik dekat bahu aku.

yeah, kalau dia tak selamatkan aku, aku biar je dia mati depan pintu. berat nak mampos. nasib aku baik sangat sebab pintu dengan sofa tak jauh.

aku hempas badan Naz dekat sofa. lepastu aku melutut tepi sofa. muka dia aku pegang. eh teruk jugak dia ni. nak kata baru balik clubbing, nampak macam separuh nyawa dah ni.

"dont touch my face. you pervert" bisik Naz perlahan.

OH KAU NI TAK SERIK LAGI YA ENGKAUU

aku jentik kesan cakar dekat muka Naz. dia mendesis sakit.

"sakit kan? sakit lagi hati aku engkauuu taknak kasi aku ubatkan. mana medic kit rumah kau? CAKAP" aku jerit dekat telinga Naz. Naz tolak kepala aku perlahan sebelum tangan dia jatuh longlai. aku suka betul ber engkauu dengan Naz. nampak macam aku ni taiko

tapi kesian jugak aku tengok dia. macam betul betul nak mati. aku bangun pergi ke dapur.

aku ambik cawan. serbuk koko atas kabinet aku capai. tinggi sikit tapi aku tak pendek. serious talk, aku tak tau air coklat apa ni tapi sumpah sedap. mungkin stock koko atuk boboiboy.

aku bawak air coklat suam tadi dekat Naz yang lifeless bethol. yela sebelum bancuh kita panggil koko. lepas jadi air mestila air coklat yedok?

"kau minum cepat. lepastu bagitau aku mana medic kit" aku sua cawan dekat dia.

er tapi aku tak rasa dia boleh pegang cawan ni. pecah naya je cawan ni dahla nampak mahal.

"su.. suap" Naz pegang tangan aku guna tangan dia yang terkulai tadi. tapi ni air suam tau. takut la. straw mana eh?

"tapi Naz, dulu mak aku kata kalau minum air panas pakai straw, nanti mulut jadi muncung" aku cuba bagi alasan bodo.

kadang kadang aku kesal dengan diri sendiri sebab perangai bodo aku ni—

ni tak boleh jadi. aku pergi semula dekat dapur. butow mana straw ni manaaaa

"Naz mana straw?!!"

sunyi. mati jelah Naz ni geram bethol aku. aku ambik sudu lepastu berlari anak pergi dekat lelaki yang nampak tenat.

nak guna sudu ke? bodoh tak reti sia. aku mengeluh dalam kebodohan pekat. aku terpandang bunga kertas dekat tepi kabinet.

aku cepat bangun pergi dekat bunga kertas. aku tarik batang dia. oh yeah dalam dia lubang. aku pergi kedapur buat kali yang berapa ribu entah.

hujung batang dengan atas aku potong.  jangan fikir pelik ye nanti dapat parcel kosong kang. aku basuh batang bunga ni.

hasil dia, jadi straw! BIJAK BETHOL DINIE HEHEHEHEHE NAZ MESTI BANGGA DAH SELAMATKAN ORANG BIJAK.

aku pergi dekat Naz. kesian dia mesti pening tengok aku kesana kesini. straw handmade aku letak dalam gelas yang aku baru ambik dekat atas meja.

aku tala straw dekat mulut Naz. dia masih lagi tak bukak mata. aku tepuk tepuk pipi dia. eh mati dah ke?

"Naz nah minum air ni" aku ketuk ketuk pulak bibir Naz. dia buka sikit mulut dia. air coklat dia sedut sopan. nazak teruk budak ni.

"chocolate? really?" eh banyak bunyi pulak Naz ni. aku kasi ni dah kira baik jangan nak derhaka sangat. aku ambik air dari mangkuk tandas karang.

"mana medic kit?" aku tilik luka Naz. taktau la teruk ke tidak sebab aku kan diniesor.

"takde. I dont have any medic kit" jawapan jujur Naz buat aku bengang. apa bodo sangat kau ni?

nak marah banyak banyak pun tak boleh. sebab rumah aku dulu pun takde medic kit sampai la Thaqid datang bawak dua kotak medic kit sebab aku kena gigit dengan kucing dia.

jadi Naz ni mungkin tak pernah kena gigit dengan kucing.

Naz tiba tiba nak bangun. aku cepat cepat halang.

"kau nak pergi mana hah macamla kuat sangat" aku baringkan Naz. eh dia ni kenapa sombong sangat ni?

"get off" Naz tolak bahu aku perlahan. aku cekup muka dia.

"kenapa kau tak sedar kau ni kena aku yang tolong? sedarla Naz kau lahir pun orang yang tolong tau" aku goncang goncangkan kepala dia. elok mati jela Naz.

Naz buat muka pasrah. tangan aku dia tarik slow.

"tolong aku masuk bilik"

ha ye Naz kau memang ringan pun kan

aku tolong Naz duduk. nak taknak kena tolong sebab aku ni perempuan budiman.

Naz letak tangan dia dekat bahu aku.

"aku kira sampai tiga kita bangun okay?" aku pandang Naz. Naz cuma angguk tak cakap banyak.

"ichiiii niiii sa— WOI BELUM LAGI GAMPANG NAZ GAMPANG"

"kau kira bahasa apa ni"

"lantak la bahasa apa Naz ikut je cakap aku nanti aku tolak kau mati free je"

Naz pandang aku dengan mata kuyu. eh seram bethol. sudahlah aku malas kira. badan Naz aku tolak sedaya upaya nak bagi dia bangun.

"kau kenapa taknak bangun ke?!" aku rasa kesabaran aku makin nipis. NAZ NI NAK BERGURAU KE APA NI?

"u didnt count" ha ada je nak menjawab.

Naz bangun. kau bayangla aku ni berganda pendek dari dia. aku ada la takat bahu dia je. berat dia takpayah cerita la.

nasib je aku ni sado. kalau tak sado entahla maybe Naz dekat depan pintu je.

aku terkial bila sampai dekat tangga. tangga memangla tak jauh dari sofa tapi macam mana nak papah budak ni ye?

"Naz, kita naik tangga eh?" aku cucuk ketiak Naz. rindu pulak nak cucuk ketiak Thaqid. agaknya Thaqid perasan tak aku hilang eh?

"jangan cucuk ketiak aku. jari kau jijik. and one more aku tak buta lah" Naz marah perlahan.

bongkak. aku nak tolong pun mujur tahu?

aku langkah tangga berhati hati. aku tangga kedua Naz tangga first.  slow namatey.

bila dia dekat tangga ketiga, aku naik tangga keempat.

tapi entah mana salah silap dia, Naz terjatuh. auto aku terjatuh sekali.

"ADUHH"

YANG AKU PALING PELIK, KENAPA NAZ BOLEH JATUH ATAS AKU? PATUTNYA AKU YANG JATUH ATAS DIA!

"Naz... tepi sikit... I cant breathe" entah saka apa Naz ni pakai sampai berat macam ni. tapi aku memang tak boleh bernafas. berat macam dia bawak dosa dekat bahu.

"sorry dinie sorry" Naz golekkan diri dia dekat tepi aku.

tapi dekat sangat. sebab ruang pun sekangkang kera! dekat tangga kau expect apa?

aku terbatuk batuk. ni baru kena hempap belum otw nak cabut nyawa tahu?

"Naz kau okay?" aku duduk. Naz yang tengah baring mengiring aku lentangkan.

"kau tak boleh mati sebelum kau hantar aku balik tau" aku bebel macam orang bodo.

"its hurt. aku sakit. sakit sangat" Naz menangis sambil tepuk dada tanya ima—

wait dia nangis?

"Naz sakit sangat ke? tahan la bodo!" aku betul betul gelabah ketam. DIA NANGIS MESTI SAKIT SANGAT

aku tilik badan Naz. takda yang bleeding pun? ke tulang dia dah patah riuk?!

"mana sakit?!" Naz pegang tangan aku.

"here" dia letak dekat dada. aku lekapkan telinga dekat dada dia.

dup dap dup dap

bunyi macam elok. tapi aku bukan doktor jadi normal ke?

tengah aku dengar bunyi jantung dia, Naz mengiring. dengan tiba tiba badan aku dia tarik masuk dalam pelukan dia.

jadi aku kena gelabah?

"stay. jangan tengok aku" Naz bagi amaran bila aku nak dongak.

bahu Naz tiba tiba terhinjut. dia tersedu sedu. ohh menangis ke?

aku angkat tangan aku sebelah lepastu usap badan dia. dah tu aku nak buat apa lagi? nak gelabah macam gelap masa depan.

"sabar ye" ayat basic aku pesan. nak cakap banyak tapi aku taktau dia ni hadap apa sampai mental breakdown.

tiba tiba mata aku jadi berat. entahla feeling kena peluk masa cuaca sejuk macam ni, bikin gua ngantuk.

lagipun selesa betul. eh aku bukan pervert. tapi cakap jujur.

....

[okay tak shshshshsh apa yang aku tulis ni?
btw nak tak aku letak gambar Naz dekat next chap? kalau nak aku letak. cepat comment. sumpah hensem terok]

Continue Reading

You'll Also Like

5K 280 26
Tak reti nak buat cover yang menarik? Tak tau macam mana nak edit gambar? Tak jumpa cover shop yang buka? Atau apa-apa masalah yang melibatkan cover...
9.2K 690 15
Di sebalik penampilan nya yang innocent, tiada siapa yang menyangka dia ialah seorang Vampire Termasuk kawan baiknya sendiri, Kim Yoonji
2.7K 524 16
❝ don't go anywhere with me ❞
75.2K 4.9K 63
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...