Muzika Melodia

By Merci_Misha

490K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎86💎

3.9K 349 33
By Merci_Misha

Tanda lahir pada tangan aku tidak lagi berbentuk piano malah bertukar kepada rupa asalnya iaitu sebatang baton ochestra. Dengan ini, aku boleh mengawal kesemua alat muzik bagi lagu yang dipinta oleh Hudson.

Hudson tersenyum lebar apabila terlihat seorang wanita anggun terpegun melihatnya yang sedang menggenggam mikrofon. Demi wanita ini, dia sudah merancang pelannya ini dari awal lagi.

Sebaik sahaja dia mula membuka mulut untuk menyanyi, semua yang hadir sudah bersedia untuk menutup telinga. Lady Beatrix turut memejamkan mata dan menundukkan kepala bagi menahan telinga terhadap suara yang akan dikeluarkan oleh seseorang yang tidak mempunyai kelebihan untuk menyanyi.

L is for the way you look at me,
O is for the only one I see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than anyone that you adore.

Namun, suara yang dijangka mereka tidak terdengar sekali pun. Kaca tidak retak, cermin pun tidak pecah. Hanya suara merdu milik seorang lelaki  bergema bagi menghiasi suasana.

Lady Beatrix ternganga apabila sedar akan pemilik suara tersebut. Hudson yang berada di hadapannya kini, sedang menyanyi untuknya!

Can love is all that I can give to you,
Love is more than just a game for two,
Two in love can make it,
Take my heart but please don't break it,
Love was made for me and you.

Hudson menyanyi dengan penuh asyik sambil mengelilingi kawasan yang diberikan memandangkan semua pelajar berdiri di tepi bagi menyaksikannya. Lady Beatrix masih di atas pentas, belum bersedia untuk turun seperti mana Hudson, yang belum bersedia untuk naik ke pentas.

Lady Beatrix segera menoleh ke arah aku yang sibuk mengawal melodi dan pergerakan alatan muzik. Aku tersenyum lebar apabila bibirnya bergerak seakan-akan menyoal aku, 'awak ke yang beri dia kelebihan itu?'

Benar, dia pinjam kelebihan aku untuk seketika. Semuanya semata-mata untuk mengagumkan Lady Beatrix. 

"Kau kawal suara dia?" Soal Faron, ingin tahu.

Aku menggeleng pantas. "Eish, mana adalah. Ingat tak masa saya berikan awak kelebihan untuk main piano and you nailed it? Macam tulah. Dia kawal sendiri." Balasku.

"So, kau tak boleh menyanyilah sekarang ni?" Tanya Faron lagi. 

Aku menjelingnya tajam. Itu, satu soalan yang sensitif ya. 

"Maaf, itu awak tak perlu tahu." 

"Eee, sampai hati." Faron pura-pura merajuk. Dia berpaling ke arah lain.

Aku kembali fokus terhadap muzik yang dikawal. Melihatkan Hudson mula mendaki tangga pentas, aku sudah bersedia untuk merancakkan muzik. Tibalah masanya untuk kita lihat pengetua sekolah kita yang single ini, sama ada dia terima atau tidak nyanyian pemuda itu.

L is for the way you look at me,
O is for the only one I see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than anyone that you adore.

Hudson menghulurkan tangannya pada Lady Beatrix lalu melutut ke atas lantai. Walaupun sedikit teragak-agak, Lady Beatrix menghulurkan tangannya yang bersarung dengan kain lace agar disambut oleh Hudson.

Can love is all that I can give to you,
Love, love, love is more than just a game for two,
Two in love can make it,
Take my heart but please don't break it,
'Cause love was made for me and you.

Semua pelajar mula tertunggu-tunggu langkah yang bakal dilakukan seterusnya oleh Hudson. Buat pertama kalinya, mereka melihat Lady Beatrix yang bagaikan malu-malu kucing. Selalunya, wanita itu beriak serius sahaja bagi menunjukkan ketegasan.

I said love was made for me and you,
You know that love was made for me and you.

Lagu mula perlahan tanda berakhirnya nyanyian. Hudson berdiri lalu meletakkan mikrofon di atas meja yang berada di sebelahnya. Tangan kanan masih memegang tangan Lady Beatrix manakala tangan kiri pula menyeluk poket.

"Will you..." Hudson mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan sebutir berlian di atasnya.

Seisi dewan menjadi sunyi. 

Lady Beatrix sudah menekup mulutnya dengan tangan.

"Will you marry me?"

Keadaan belum lagi menjadi gamat walaupun Hudson sudah mengemukakan soalannya.

Lady Beatrix tidak segera menjawab. Mindanya ligat memproses perkara yang sedang berlaku. Dia sudah lama mengenali Hudson sejak menjadi ahli organisasi Zamrud tetapi ini, langsung dia tidak dapat jangka.

"I..."

Aku dan Faron saling berpandangan sebelum berpaling kembali ke arah pentas. Sambil menunggu jawapan Lady Beatrix, aku memainkan lagu perlahan bagi menambahkan suasana dramatik.

 "Please say yes, please say yes." Tutur Mayu serta menyatukan tangannya dan memejamkan mata kuat. 

Kami semua tidak sabar-sabar menanti. Ada yang mahu menjerit namun sahabat mereka sudah menekup mulut mereka terlebih dahulu.

Aish, cepatlah. Aku dah penat pegang magis muzik orang lain lama-lama. Aku nak magis muzik aku balik.

"Ah... Whatever. My answer is yes!" Jawab Lady Beatrix selepas sempat membuat rolleyes. Malas mahu melayan lelaki ini, beliau terus sahaja menjawab apa yang terbuku di hati.

"Woohoo!"

Semua pelajar yang berada di situ bersorak gembira. Dengan penuh perasaan dan tangisan, mereka berpelukan tanda tumpang gembira. Emosi betul hari ini, hahah.

Buk!

Aku terlihat Lady Beatrix mengetuk kepala Hudson menggunakan mikrofon tadi. Jangan risau, perlahan sahaja. 

"Buat time lain tak boleh? Awak nak malukan saya ke?!" Marah Lady Beatrix, meski suaranya tenggelam dalam keriuhan itu.

Hudson tersengih sambil menggosok kepalanya yang diketuk sebentar sahaja tadi. "Alah, special sikit. Tak akan plain je kan? Bila lagi saya nak propose." Balasnya bersahaja.

Mulalah bergaduh di atas pentas. Aduhai...

"Kalian, mainkan lagu ya. Maaf kerana mengganggu." Ujarku pada pelajar yang sepatutnya mengawal lagu dan cahaya. Mujurlah mereka tersenyum dan mengangguk faham.

Kini, kembalilah dewan dalam keadaan asalnya.

"Hailey!" Lady Beatrix menjerit memanggil namaku. Alamak, baik aku lari cepat!

Langkahku dilajukan bagi menjauhi pentas. Belum sempat aku sampai ke pintu, aku sudah ditarik kuat oleh seorang wanita dari belakang.

Huhu, show me mercy please.

"Pandai-pandai ya berkomplot dengan Jeremie. Kenapa tak beritahu saya?" 

"Kalau beritahu, bukan suprise lah." Balasku terhadap soalan pengetua sekolahku itu. Logik eh, logik.

Lady Beatrix mengeluh kuat lalu menutup wajahnya menggunakan tangan. Selepas itu, dia menarik nafas dalam dan menghelanya perlahan.

"Haih, tak tahulah nak happy ke nak marah." Luahnya pada aku. Beliau menggeleng kecil.

"Happylah my lady! Berapa tahun dah single. Sekarang ni, my lady sudah ada peneman untuk bangunkan sekolah sama-sama." Faron berkata dengan penuh teruja. 

Lady Beatrix tidak menjawab malah sekadar menggelengkan kepalanya. Apa-apa sahajalah anak-anak muridnya ini. Berbagai ragam dan idea sungguh.

"Sudahlah, enjoy your time tonight." Tutur Lady Beatrix dengan lembut sebelum melangkah ke dalam. Beliau berbual bersama pelajar-pelajar yang menegurnya kerana menumpang gembira. 

Semakin berseri-seri pula Lady Beatrix aku lihat malam ni. Dengan dress simple yang bewarna emas dan kasut tumit tinggi bewarna putih. Rambutnya yang kemerah-merahan itu pula disanggul kemas.

Senyum memanjang pengetua sekolah itu setiap kali pelajar yang lalu menyapanya. Tiba sahaja di hadapan Hudson, terus wajahnya berubah.

Aku tak faham betullah. Beliau ini, suka atau tidak dengan lamaran itu?

"Love hate relationship kot." Gumam Faron tiba-tiba seperti tahu sahaja apa yang difikirkan oleh aku. 

Aku dan Faron berdiri di situ sambil mengangguk-anggukan kepala bagi menyatakan persetujuan yang sama. Betul, betul, betul.

"Apa yang awak berdua buat di sini?" Lydia menyoal setelah melihat kami yang sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu.

"Tak ada kerja langsung." Ucap Min Hyuk senada. Secawan jus epal yang berada di tangan dikocak-kocakkan tanda bosan.

Oh yalah, aku dan Faron belum sempat untuk menjamah apa-apa lagi. Sibuk sangat memerhati orang sahaja di sini.

"Geng, jom lepak luar. Saya laparlah." Ajakku sambil memegang perut.

Lydia segera mencapai tanganku dan menariknya. "Jom!" 

Keadaan di luar sedikit berbeza berbanding di dalam yang mana cahaya di luar berpunca dari magis muzik segi tiga yang tergantung-gantung dari satu tiang ke tiang yang lain. Selain itu, di luar juga sedikit tenang dan tidak bising. Bagi mereka yang agak kekok dan bersifat introvert, boleh meluangkan masa sendiri di kerusi-kerusi kecil yang disediakan.

"Hello!" Sapa Reuben yang berjaya menyelinap keluar bersama Mayu.

Sepatutnya, kami sekumpulan berada di dalam tetapi jika berada di dalam dewan lama-lama, akan berasa rimas, akan diganggu dan diajak oleh sesiapa sahaja untuk ke pentas menari. Nasib baik aku ada Faron, tiada seorang pun yang berani untuk mendekati aku.

"Wah, semua tahun satu ada di sini. Jom ke sana, takut ditangkap Justin nanti, habis kita." Saran Mayu, menuding ke arah satu bahagian yang sedikit tertutup kerana dilindungi oleh semak-semak dan bunga-bunga.

Kami semua bergerak ke tempat yang dinyatakan dan duduk di atas rumput dengan selesa. Kesejukan yang menghiasi malam mula mencengkam tubuh.

"Tak sangka kan, sekejap saja dah nak habis sekolah." Lydia mula membuka bicara selepas menghabiskan makanan yang diambilnya.

"Alah, sedih-sedih pula." Faron sudah menongkat dagu. Riaknya dimasamkan bagi menunjukkan bahawa dia tidak mahu berbual tentang ini.

Tiga ekor rama-rama halus hinggap di atas kepala Faron. Kami semua serentak memandang ke arahnya.

"Pfft, macam pakai cekak." Tutur Mayu yang menahan tawa. Akhirnya, terbahak-bahak kami di situ tatkala Faron menjerit akibat terkejut akan kehadiran tiga ekor serangga di atas kepalanya itu.

"Shh, Shh." Min Hyuk mengarahkan kami agar diam sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Terus sahaja kami mengikut perbuatannya itu.

Bising-bising di sini nanti, orang perasan. Bila orang perasan, Justin pun perasan. Lepas tu...

"Ha! Buat apa dekat sini?!" Sergah seseorang dari sebalik semak. 

"Aah!" Menjerit kami sekumpulan. Masing-masing memegang dada untuk menenangkan diri.

Justin dan Olivia merenung kami tajam. Buat seketika, kepala Talha terjengul dari belakang mereka bagi mengintai apa yang telah terjadi.

"Kami... Tak buat apa-apa." Jawab Reuben sebelum berdiri dan menundukkan kepalanya sebagai hormat. Kami tergesa-gesa berdiri dan melakukan perkara yang sama.

Dengan gelabahnya, kami memberi pelbagai alasan untuk tidak berada di dalam dewan. Justin hanya berpeluk tubuh dan merenung kami berenam dengan tajam. 

"Yang kalian gelabah sangat kenapa? Saya tak cakap apa-apa pun pasal masuk dalam. Saya cuma tanya, kenapa kalian ada di sini?" Ujar Justin, tegas. Olivia yang berada di sebelahnya pula memaparkan wajah garang.

"Kami... Err..." Tiada seorang pun daripada kami yang mampu menjawab tanpa tergagap.

Talha menepuk dahinya kuat. "Kamu semua percayalah dengan acah garang Justin tu. Tengok tu, dia bukan nak marah pun. Dia tengah tahan gelak." Jelasnya, menuding ke arah Justin.

Kami semua mengangkat kepala bagi menandang ketiga-tiga senior itu.

Kelihatan Justin menutup wajahnya menggunakan tangan yang memegang sepotong kek kecil. Bibirnya dikemam agar tawanya tidak terkeluar sama sekali.

"Kenapa gelak?" Soal Faron, keliru.

"Muka kalian cuak sangat. Siapa je yang tak tergelak." Balas Olivia lalu tertawa kecil. Dia menepuk bahu Justin berkali-kali bagi menenangkan jejaka itu.

Dengan masa yang ada ini, aku cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit dari beg yang aku bawa. Malam ni cantik jadi, rugi kalau tak ambil gambar bersama!

"Jom ambil gambar!" Ajakku, teruja. Semua bersetuju dan bergerak ke tempat lain.

Berlatarbelakangkan dewan dan bunga-bunga yang ada, aku meminta tolong seorang pelajar perempuan untuk mengambil gambar. Harap-harap cantik gambar yang bakal diambilnya.

"Kita nak buat pose apa? Ada tagline?" Tanya Reuben apabila kami semua sudah berada dalam posisi.

"Saya tahu! Sini, sini." Panggil Lydia lalu melangkah ke tepi. "Hailey, awak duduk tengah sana tu. Kami nak bincang something ni." Arahnya keras.

Aik? Bincang apa kalau aku tak terlibat? Mereka mahu kenakan aku ke apa?

"Okey...?" Aku berdiri di tempat yang disuruh. Mungkin mereka sedang berbincang gaya yang menarik kot untuk ambil gambar ini. Ayuhlah kita bersangka baik.

Selepas tiga minit berbincang, mereka kembali bergerak ke arah aku. Posisi diambil dengan elok bagi menampakkan kesemua ahli di dalam gambar.

"Baiklah, saya mula ya." Kata pelajar perempuan yang sedang memegang telefonku itu. "Satu... Dua... Tiga!"

"Long live the princess!" Sebut mereka semua sambil membuat bentuk hati ke arahku. Walaupun terkejut, aku ikutkan sahaja gaya mereka.

Klik!

Gambar diambil dengan sempurna dan jelas senyuman manis terukir pada wajah kesemua ahli The Blue Silhouette.

Continue Reading

You'll Also Like

642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
95K 8.2K 28
"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja...
16.6K 2.1K 24
[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda me...
353K 15.3K 41
Pertemuan kami bukan lah seperti drama -drama yang korang tengok di tv tapi aku bertemu dengan nya dalam keadaan menjijikkan. Beautiful cover by @aez...