Setulus Jänji

By -reenn

43.5K 888 137

Thareq | Airis. More

𝐒𝐞𝐭𝐮𝐥𝐮𝐬 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢
𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠
2 : ✾
3 : ✾
4 : ✾
5 : ✾
6 : ✾
7 : ✾
8 : ✾
9 : ✾

1 : ✾

1.2K 107 30
By -reenn

THAREQ Aiman Al-Haq. Tangan yang tadinya ligat membelek card holder terhenti. Lesen lama itu lebih mencuri perhatiannya tika ini. Perlahan jari jemari Airis menarik keluar kad itu.

Lesen L lama yang sudah tamat tempohnya.

Melihat wajah yang kekal tanpa senyuman itu buat Airis tersenyum sendiri. Tanpa sedar wajah itu direnung lama. Sembilan tahun berlalu selepas mereka memutuskan untuk berpisah.

Mereka?

Maaf , Thareq. Thareq yang memilih untuk memutuskan hubungan mereka. Senyuman Airis luntur , sebelum kad itu kembali disimpan. Dia sendiri hairan , bagaimana lesen lama milik Thareq masih tersimpan kemas di card holdernya?

Lamunannya terhenti bila pintu pejabatnya diketuk dari luar. Seketika wajah Elmieza terjengul dibalik daun pintu.

"Bos , jom lunch?" Dengan senyuman manis Elmieza mengajak. Airis berkerut bila melihat jam dinding yang sudah tersedia di pejabatnya.

Beg tangan sempat dicapai sebelum langkah diatur keluar butiknya. Saat tangan halusnya menyeluk masuk ke dalam beg tangan untuk mencari kunci kereta , tubuhnya dirempuh seseorang.

Tubuh Airis hilang keseimbangan. Matanya serta merta terpejam bila membayangkan punggungnya akan terhentak kuat pada mozek di bahagian hadapan butiknya.

Namun belum sempat punggungnya terasa terhentak pada mozek , ada tangan yang merangkul pinggang rampingnya. Dan serentak itu haruman Hugo Boss menusuk rongga hidung Airis.

Haruman ini...

Deruan nafas seseorang terasa begitu hampir dengannya. Tidak lama kedengaran tawa halus menyapa koklea telinga Airis.

"Hey , it's me. Open your eyes." Bisikan suara parau di pinggir cuping telinganya membuatkan Airis langsung membuka kelopak mata. Dan tubuhnya pegun.








THAREQ mengukir senyum manis bila melihat gadis itu sedari tadi menunduk. Mungkin segan fikirnya. Segan? Thareq sembunyi senyum andai telahannya benar tika ini.

Camellia Airis segan dengannya?

Walhal dulu.. tiada istilah segan di antara mereka berdua , yang ada cuma benci.

"How's life?" Suara parau itu menyentak lamunan Airis. Wajah Airis angkat untuk memandang wajah tampan milik Thareq.

Sembilan tahun berlalu , wajah itu kini ditumbuhi jambang nipis. Menambahkan lagi aura maskulin pada wajah tampan itu. Wajah tampan itu kelihatan jauh lebih matang.
Senyuman nipis dihadiahkan.

"Good , so far." Balasnya pendek. Janggal bila bertentang mata semula dengan Thareq. Baru sebentar tadi dia teringat memori lama mereka , siapa sangka takdir kembali mempertemukan mereka hari ini?

Seminit ditemani rasa sunyi , Thareq kembali bersuara.

"Ris.." Thareq betulkan duduknya. Wajah bersih Airis ditatap lama. Ulas bibir itu merekah melorek senyum nipis.

"Aku .. nak minta maaf fasal hal dulu.''

"I shoutn't..." Cepat cepat Airis memintas bicara Thareq.

"Sokay Thareq. Dah sembilan tahun dah pun kan? Aku dah lupakan dah pun. Aku tak simpan dendam pun pada kau." Ujar Airis tenang. Apa yang terjadi di antara mereka cukuplah berakhir di situ.

Thareq kulum senyum manis.

"Terima kasih. But still , I'm sorry." Airis angguk mendengarnya. Serentak mata dilarikan dari terus menatap mata coklat milik Thareq. Thareq simpan senyum nipis. Dia tahu Airis kurang selesa dengan renungannya. Cepat cepat Thareq mencari topik lain untuk dibualkan.

"So ... you're the owner of Camellia Boutique?" Thareq menyoal lagi. Seketika mata Thareq jatuh pada gadis yang berada di meja sebelah mereka. Gadis yang sedari tadi mencuri curi memandangnya.

"Yes."

"And who's that girl? Your business partner?"

Airis mencebik bila sedari tadi Thareq tidak bosan melontar pelbagai soalan. Lagaknya seperti wartawan.

"No , she's one of my staff. And can you please stop?." Thareq sedikit berkerut.

"What?"

"Aku tak tahu pula yang kau bercita cita nak jadi wartawan." Sindir Airis sambil menjeling Thareq. Minumannya kembali dihirup.

Thareq tergelak kecil mendengar sindiran Airis.

"I'm sorry. Mestilah banyak tanya , dah sembilan tahun tak jumpa. Macam macam hal aku tak tahu." Bohong Thareq. Walhal dia sudah lama mencari tahu semua hal berkaitan Airis , pujaan hatinya.

Airis guling mata. Thareq senyum nipis.

"Don't you miss me?" Sengaja Thareq menyoal sambil tersengih. Mendengarnya terus Airis jeling Thareq sekilas.

"Memang tak lah." Sangkal Airis segan sebelum keadaan kembali hening diantara mereka. Awkward.

Enemies to friends.

Friends to lovers.

Lovers to strangers.

"Kau asal? Diam je. Tak suka jumpa semula dengan aku?" Thareq menyoal bila melihat Airis hanya diam membatu. Airis geleng.

"Dah tu?" Thareq menyoal lagi. Kali ini dengan nada sedikit lembut. Seolah olah memujuk Airis. Airis mendonggak memandang Thareq.

"Kan dah lama tak jumpa. Rasa janggal sikit." Balas Airis. Mahu tak janggal? Penampilan Thareq sudah berubah. Sampai tak keruan Airis memandang wajah tampan lelaki itu. Sudahlah lelaki itu sedari tadi tidak lepas merenungnya.

Thareq tergelak.

"Nak janggal apa? Aku sama je lah. Kita masih boleh bercakap macam biasa , bergurau macam biasa." Thareq menggeleng dengan sisa tawanya masih ada. Tercuit dengan sikap Airis. Comel! Entah sejak bila gadis itu menjadi seorang yang pemalu.

Airis senyum kekok.

"Kau .. sihat?" Lambat lambat Airis bersuara. Cuba membuang rasa canggung di antara mereka.

Thareq sengih.

"Itu je ke modal kau harini?"

"Tanya lah benda lain. Bila aku balik Malaysia ke , aku balik dari mana ke , aku kerja apa ke.."

Itu je ke modal kau harini? Kurang asam.

"Kau memang dari dulu suka menyakitkan hati aku ke?"

Thareq sengih.

"Hobi." Balas Thareq selamba sambil kembali menyedut minumannya.

Airis menggulingkan matanya. Cawan ditolak sedikit menjauh.

"Kau bila balik Malaysia? Dari mana? Sekarang ni buat apa? Kerja ke belajar ke jadi penganggur ke?" Dengan nada malas Airis menyoal. Thareq sengih.

"Aku baru dua bulan balik sini."

Airis angguk.

"Sebelum ni kau pergi mana?" Polos Airis menyoal Thareq. Tanpa sedar wajah tampan Thareq ditenung lama.

"Tak pergi mana mana , Ris. Aku masih ada kat bumi ni." Thareq sengih bila menangkap jelingan Airis.

"London. Study." Balas Thareq tidak bernada. Balasan Thareq membuatkan mata Airis membulat.

"Sumpah?"

Giliran Thareq menjeling Airis.

"Nampak muka aku macam penipu ke?" Soalan Thareq disambut tawa halus Airis. Dalam diam Thareq sembunyi senyum.

"Sorry , Thareq.."

"Tapi ada sikit lah.." Airis tergelak kecil bila merasakan hidungnya dicuit Thareq lembut.

Sesaat barulah masing masing tersedar. Tawa Airis mati , manakala Thareq berdehem. Janggal.

Damn.

Mereka bukan lagi sepasang kekasih!

"Jadi ke cita-cita kau nak study sampai PhD?"

Thareq senyum lebar.

"So doctor Thareq lah ni?" Gurau Airis cuba membuang rasa janggal. Tidak hairan jika lelaki di hadapannya ini seorang doktor. Kerna memang itu cita cita Thareq sejak di bangku sekolah dulu.

Thareq gelak hambar.

"Not yet. I'm not a doctor." Dahi Airis berkerut.  Aik?

"Aku take over company daddy untuk sementara."

Makin ketara kerutan di dahi Airis. Rahangnya hampir jatuh.

"What do you mean? Kau sambung PhD tapi at last kau take over company daddy kau?"

"Ya."

"Like seriously Req? Boleh ke? Kau ambil medic tau. How can you take over daddy kau punya company?" Bertubi tubi soalan yang dilontarkan Airis. Terkejut gila kut!

Thareq senyum senget.

"Seems like kau pula berminat nak jadi wartawan." Sindirnya. Airis memandang Thareq tajam. Gelak Thareq terhambur.

"Okey okey..."

"As I said... untuk sementara je. Since Izz masih kemaruk nak jadi model dan tak mahu take over company daddy. Terpaksalah aku yang take over dulu."

"Lagipun daddy tu dah tua. Dia patutnya rehat dekat rumah dan tak perlu fikirkan masalah kerja." Sambung Thareq lagi. Airis diam.

Ya. Izz kini merupakan model yang sedang melonjak naik. Lagi lagi menyandang status anak Dato Sri Ismail. Lagi lah nama Izz sering menjadi bualan ramai.

Tapi.. tidak pula Izz menceritakan perihal berkaitan tentang syarikat daddynya. Mungkin juga lelaki itu tidak gemar untuk berkongsi tentang hal itu? Fikir Airis.

"Betul juga cakap kau.."

"Tapi tak susah ke Req? Ye lah , tu semua bukan bidang kau." Airis menyoal lagi. Bibir Thareq mengukir senyum segaris.

"Susah sebenarnya... sebab aku tak minat business. Tapi dah kalau daddy dah paksa. Nak taknak aku kenalah belajar. Lagipun untuk sementara je kan? Sementara tunggu Izz sedia nak masuk office." Airis diam mendengar. Thareq larikan pandangan ke luar kafe , enggan melihat pandangan simpati yang dilempar Airis.

Simpati? Huh. Thareq tidak perlukan simpati orang untuk hidup. Itu prinsip hidupnya. Mengemis dan menagih belas ihsan orang? Tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang Thareq Aiman Al-Haq.

Airis pula masih membisu. Diamati wajah bersih itu lama.

Sejak dulu , hanya Thareq yang sering beralah dengan Izz. Izz? Berbeza dengan Thareq. Pada Izz , dia mahu selamanya mendahului Thareq dalam segala hal.

Aneh.

"Sorry .. sebab Izz.."

"Nah. Sokay..."

"Kau pula macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Kau dengan Izz macam mana?" Thareq koyak senyum mengusik.

"Ya lah. Macam mana apa?"

"Tunang? Kahwin?" Soalan Thareq nyatanya membawa perubahan pada wajah manis itu.

"Belum." Balasnya pendek. Kahwin? Huh. Airis simpan senyum hambar. Kalau hubungan mereka sehingga ke hari ini saja masih belum direstui , bagaimana pula mereka mahu melangkah ke alam rumah tangga? Airis sendiri tidak tahu, sampai bila dia masih bisa teguh mempertahankan hubungannya bersama Izz andai hubungan mereka acap kali dicampuri orang lain.

Thareq diam. Melihat dari respon Airis saja dia sudah dapat menangkap apa yang sebenarnya berlaku.

Air kembali disedut. Wajah mendung Airis ditatap lama.

"Perancangan mesti ada. Betul?" Duganya.

Airis lepas tawa sumbang. Mata kembali menjamah wajah kacukan Thareq. Andai saja mummy Izz seperti mummy Thareq..

Andai.

Sesaat , pandangan mata mereka bersabung. Thareq senyum nipis sebelum tangannya menukar minuman mereka.

"Give a try.." Arahnya sambil ekor mata menjeling gelas yang sudah berbaki separuh. Dahi Airis sedikit berkerut.

"Bekas kau?" Thareq koyak senyum senget mendengarnya.

"Any problems? Bukan dulu kau suka ke minum bekas aku?" Selamba Thareq menyindir.

Airis tersentak.

"Motif?" Penyedut minuman itu digunakan untuk mengacau carrot susu milik Thareq.

"Carrot susu. Biar mata kau jelas tengok siapa yang cintakan kau." Pft. Airis tergelak bila merasakan bicara Thareq mencuit hati.

"Kau ni.. kelakar lah , Thareq" Thareq senyum.

"Saja nak bagi kau minum air aku. Manis sikit. Kalau minum kopi je , pahit aje lah hidup kau." Thareq jeling minuman Airis sekilas.

Airis sedut minuman itu sekali sebelum matanya kembali bertemu dengan anak mata coklat milik Thareq.

"Datin Sri lah ni masalah kau dengan Izz. Betul?" Thareq menduga. Dan telahannya tepat mengena bila Airis mengangguk.

Wajah itu berubah muram.

Thareq hela nafas berat. Bibir mengukir satu senyuman nipis.

"Spill , Airis. I'm listening." Cukup dengan suara lembut itu. Airis tanpa ragu menceritakan segalanya pada Thareq.

Dan Thareq sama sekali tidak berbohong bila mengatakan tiada perubahan pada dirinya. Thareq masih seperti dulu.

Thareq yang tidak jemu mendengar.

Thareq yang prihatin dalam kasarnya.

Dan .. Thareq yang masih merenungnya penuh kasih.

Tapi .. apa perasaan Thareq padanya masih sama?

"Tahu tak?" Suara serak basah itu membawa Airis ke dunia nyata.

"Lelaki kalau dah sayang. Dia akan usaha macam mana cara sekali pun untuk halalkan wanita yang dia cinta." Bicara penuh makna itu membuatkan dahi Airis berkerut. Tajam bagai belati matanya memandang anak mata berwarna coklat itu.

"Apa maksud kau ni? Kau nak cakap yang Izz tak serius dengan aku?"

Thareq masih beriak biasa. Sedikit pun tidak merasa bersalah.

"You already 26 , Airis."

"Aku rasa kau dah cukup matang untuk faham maksud dari kata kata aku tadi." Mata Airis direnung dalam.

"Aku lelaki , Ris. Aku cuma cakap apa yang aku rasa sebagai seorang lelaki." Balasnya. Airis pula terdiam.

Tapi , ada betulnya apa yang dikatakan Thareq tadi. Kalau Izz benar benar serius dengan hubungan mereka , Izz akan berusaha menghalalkannya. Ini tidak. Sudah lebih sepuluh tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Namun sehingga ke hari ini Izz langsung tiada usaha untuk meraih restu mummynya untuk mempersetujui hubungan mereka berdua.

Continue Reading

You'll Also Like

12K 1.3K 16
Nina Fini | Karya Keenam Zhayan & Inaya ~ Saat ragu bermukim di hati, akankah dia meyakini, ataupun berlalu pergi? ~ 16/11/2023 -
974K 37.6K 62
[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku...
2M 88.4K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
274K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...