๐‘ช๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ๐’† . โ€ข jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty one

582 87 16
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma , seo dah balik" ujar Yiseo perlahan ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Ruangan rumah yang begitu gelap gelita membuatkan gadis itu tertanya tanya di manakah ibu tirinya berada. Barangkali sudah berpindah ke alam mimpi memandangkan waktu pun sudah lewat.

Ommanya itu memang jenis yang suka masuk tidur awal. Kadang kadang belum pukul 10 malam lagi , wanita itu sudah pun terlelap di dalam bilik tidurnya itu.

Lagipula , jikalau Yiseo balik lambat ataupun tidak , bukan ibu tirinya itu ingin mengambil peduli tentang hal kehidupan anak tirinya itu. Memang itu sudah menjadi kebiasaan hidup mereka.

Tanpa berlengah , pantas sahaja Yiseo mengorak langkahnya dan mula mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. Tiba sahaja di dalam biliknya , terus sahaja gadis itu mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Seusai membersihkan diri , dia mula keluar dari bilik mandi hanya dengan menyarungkan tshirt berwarna putih bersama seluar pendek berwarna hitam.

Gadis itu juga kelihatan cukup letih. Memandangkan sepanjang hari itu dia menghabiskan masa bersama dengan Jeon Jungkook sahaja , bekas teman lelakinya.

Aneh , lelaki itu melayan gadis itu dengan cukup baik sekali. Berbeza dengan pertama kali lelaki itu mengucapkan kata putus kepada hubungan cinta yang telah dijalinkan mereka selama 3 tahun itu.

Yiseo melabuhkan punggungnya di atas katil. Perlahan lahan kedua dua belah kakinya diangkat ke atas dan dibaringkan di atas katil yang empuk itu.

" waiting for you anpanman ~ "

Bunyi ringtone Yiseo menandakan seseorang membuat panggilan telefon dengannya membuatkan gadis itu pantas sahaja menoleh ke tepi dan memandang ke arah telefon pintarnya yang diletakkan elok di atas meja kecil di sisi katil.

Tangan kecilnya pantas sahaja mencapai telefon itu. Matanya serta merta membaca nama si pemanggil yang tertera di skrin telefonnya. Melihatkan sahaja nama lelaki itu , Yiseo terus mengeluh.

Tak perlu membuang masa , pantas sahaja jarinya menekan butang decline.

Baru sahaja gadis itu ingin meletakkan semula telefonnya di atas meja tersebut , sekali lagi ringtonenya berbunyi kuat meminta untuk pemiliknya mengangkat panggilan.

Nama yang sama tertera di skrin.

"Apa masalah dia ni sebenarnya ?" Yiseo meluah geram. Namun disebabkan malas ingin menadah telinga mendengar ringtone yang tak henti melalak , terpaksa juga gadis itu mengangkat panggilan.

Ulang semula , terpaksa.

Telefon itu terus sahaja ditekupkan di telinga kanan miliknya. Pandangan malas dan menyampah terpapar di wajahnya. Walaupun si pemanggil tidak dapat melihat wajahnya , namun cukup mendengar suara menyampahnya sahaja dah memadai.

"Yeo-yeobseyo... ?" suara garau lemah seseorang kedengaran di hujung talian membuatkan sebelah kening Yiseo terangkat ke atas.

"Apa kau nak ?" balas Yiseo kasar. Sesekali dia menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

Kedengaran jelas Jungkook ketawa kecil di hujung talian. "Kenapa kau decline call aku tadi...?"

"Dan kenapa pulak aku kena bagitahu kau ? Kau tak perlu tau pun. Lagipun , kau fikir aku ni takde kerja ke nak call bekas teman lelaki sendiri ?" sengaja perkataan bekas itu Yiseo tekankan.

Jungkook ketawa lemah. "Benci sangat rupanya dekat aku..."

"Bende bodoh apa yang kau cakap ni , Jeon Jungkook ? Kau sendiri tak tahu ke atau buat buat tak tahu ? Kau sendiri yang buat aku jadi macam ni. Jadi suka atau tak , terima je"

"Bagus lah macam tu..." mendengarkan kata katanya , dahi Yiseo berkerut.

"Seo-ah..."

"Apa ?"

"Kau betul betul dengan Park Jimin ke ?" suara lemah Jungkook menanyakan soalan itu serta merta membuatkan Yiseo terdiam. Tak mampu membalas apa apa.

Yiseo tidak membalas apa apa kepada Jungkook. Hanya membiarkan sahaja soalan yang ditujukan Jungkook dibiarkan sepi. Gadis itu sendiri tidak tahu sama ada perlu dia menipu atau jujur kepada lelaki itu.

Jujur Yiseo katakan , masih tersisa perasaan sayang dan cinta kepada Jeon Jungkook.

"Seo-ah , boleh aku luahkan sesuatu dekat kau ? Kalau kau tak suka pun , kau dengar sahaja , boleh ?" pinta Jungkook dengan suaranya yang kedengaran sedikit serak.

Yiseo hanya berdiam diri. Dirinya sendiri tersepit di dalam dilema sama ada ingin membenarkan atau melarang lelaki itu. Namun diam sahaja menjadi keputusunnya.

Jungkook hanya tersenyum. "Seo-ah , kau nak tahu kenapa aku tinggalkan kau ?"

Yiseo tersentak.

Jungkook ketawa lemah. "Tapi aku rasa kalau aku ju-jujur dengan kau... kau bakal membenci aku lagi" berkerut dahi Yiseo mendengar.

"Kau tahu , aku seorang lelaki yang menepati janjinya , bukan ?" Jungkook ketawa kecil. Entah di mana lucunya , Yiseo sendiri tidak tahu.

Yiseo langsung tidak memberikan balasan kepada Jungkook. Hanya berdiam diri sambil memasang telinga sahaja mendengar apa yang Jungkook ingin luahkan.

"Sebelum appa kau pergi , dia minta aku membuat satu perjanjian dengannya..."

Jungkook menarik nafasnya dan menghembuskannya perlahan. " 'tinggalkan Yiseo , kau takkan bahagia bersama dangan anak aku. kerana satu hari nanti , dia bakal tinggalkan kau' " ujar Jungkook perlahan seolah olah sedang mengajuk semula kata kata appa Yiseo.

Yiseo terkedu. Mendengarkan sahaja kata kata itu , matanya mula berair. Hanya dia dan appanya sahaja mengetahui dengan jelas maksud di sebalik kata katanya itu memandangkan mereka mempunyai penyakit yang sama.

"Kau tahu , apa yang aku balas dekat appa kau ?" Jungkook ketawa lemah. "Aku takkan sesekali tinggalkan kau sebab aku sayangkan kau sangat sangat. Jika betul suatu hari nanti kau akan tinggalkan aku , aku sanggup terluka disebabkan kau"

Bibir Yiseo sudah mula bergetar dahsyat mendengar suara sebak Jungkook. Dia menekup mulutnya dengan sebelah tangannya. Menahan diri daripada menangis teresak esak.

"Dan appa kau... pergi tinggalkan kau. Kemalangan yang menimpa appa kau semuanya kerana appa aku. Ju-jujur , aku malu dan aku bersalah dengan kau. Jadi aku takut aku akan sakiti kau , Seo-ah" suara Jungkook mulai sebak.

Yiseo memejam matanya rapat sehingga air mata mula mengalir deras membasahi pipinya. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan dirinya daripada menangis dengan kuat.

"Seo-ah..." Jungkook memanggil nama gadis itu lemah.

"You were an angel from the moment you came into my life..."

Air mata Yiseo mengalir deras. Dia menutup wajahnya yang lencun itu dengan sebelah tangannya. Walaupun Yiseo cuba untuk menahan diri daripada menangis , namun dia tewas juga di akhirnya.

"Selepas sahaja malam ni , aku janji takkan kacau kau lagi. Dan kita boleh buat macam kita tak kenal satu sama lain , nae ?" air mata Jungkook mengalir deras.

Sukar baginya untuk meluahkan kata kata itu. Perit dan sedih. Namun terpaksa juga. Kerana baginya , itulah yang terbaik bagi mereka berdua.

Mereka tak sepatutnya bertemu dan jatuh cinta pada satu sama lain dari awal lagi.

"Sebelum kita berpisah betul betul , boleh aku nyanyikan lagu untuk kau ?" Jungkook ketawa lemah. "Kau pernah cakap yang kau sukakan suara aku bukan ?" Jungkook mengetap bibirnya yang sudah mula bergetar.

"Ju-Jungkook..." tersekat sekat suara Yiseo cuba memanggil nama lelaki itu. Hidungnya sudah mula memerah kerana menangis dengan teruk.

Belum sempat Yiseo cuba menghalang Jungkook , lelaki itu sudah pun membuka mulutnya dan bernyanyi kecil di hujung talian. Suara merdu lelaki itu membuatkan Yiseo semakin menangis teresak esak dengan kuat.

"I'm going under and this time I fear there's no one to save me
This all or nothing really got a way of driving me crazy
I need somebody to heal
Somebody to know
Somebody to have
Somebody to hold
It's easy to say
But it's never the same
I guess I kinda liked the way you numbed all the pain"

"Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved"

"I met you in the dark, you lit me up
You made me feel as though I was enough
We danced the night away, we drank too much
I held your hair back when
You were throwing up"

"Oh, let me apologize
I'll make up, make up, make up, make up for all those times
Your love, I don't wanna lose
I'm beggin', beggin', beginn', beggin', I'm begging you"

"Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
"Don't forget me, " I beg
I remember you said
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead"
"Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead" "

"I'm off the deep end, watch as I dive in
I'll never meet the ground
Crash through the surface, where they can't hurt us
We're far from the shallow now"

Walaupun tidak jelas , namun Yiseo dapat dengar suara Jungkook yang kedengaran begitu lemah ketika bernyanyikan lagu itu kepadanya.

Lagu lagu yang dinyanyikan Jungkook itu juga mempunyai beberapa maksud tersirat yang berkaitan dengan situasi mereka berdua , membuatkan Yiseo menangis tidak henti daripada tadi.

Jujur , hatinya itu masih terukir nama Jeon Jungkook.

Jungkook ketawa kecil di hujung talian tatkala mendengar suara tangisan Yiseo yang sedang dari tadi tak henti henti. Semakin kuat tangisan gadis itu ada lah.

"Seo-ah..." Jungkook memanggil nama Yiseo lemah. Yiseo mengetap bibirnya rapat.

"Jungkook-ah..."

Jungkook tersenyum. "Gumawo..."

"Sebab mencintai aku dan menyayangi aku dengan ikhlas..."

Sebaik sahaja berkata begitu , talian mula terputus.

Tubuh Jungkook yang sedang bersandar pada dinding bilik tidurnya itu perlahan lahan terjatuh ke tepi. Kepalanya yang berdarah darah itu mula membasahi lantai bilik.

Kedua dua belah matanya terpejam rapat. Namun bibirnya tersenyum lebar.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

so hey semua !!! sekolah nak bukak dah kan 15 july ni ? so , neul duk maktab and mara pun tak bagitahu lagi bila kitorang balik but don't worry neul akan update jugak setiap weekday macam biasa

cuma kadang kadang kalau tak update tu maknanya neul takde mood hoho. so selamat kembali ke sekolah semua !!! 😘 yang tak siapkan hw pi siapkan hoho 🤪

Continue Reading

You'll Also Like

104K 5.5K 16
Jeon JungKook seorang Kingka sekolah yg paling kejam dari ahli nya yg lain dn selalu membuli Hyun Hee Jung Hyun Hee seorang gadis kacukan Korean+Japa...
163K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1K 325 18
๐™ต๐™ต : ๐™ฝ๐™ฒ๐šƒ ๐™ณ๐š๐™ด๐™ฐ๐™ผ ! ' ๐ŸŒฑ . โš ๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐œ๐จ๐ฉ๐ฒ ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š! โš ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ% ๐ข๐๐ž๐š ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข . START : 20 / 7...
406K 14.3K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...