Tolong Jagakan Dia

Av mrssakeena

288K 15K 817

( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Di... Mer

prolog
C A S T
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
part 29
part 30
part 31
part 32
part 33
part 34
part 35
part 36
part 37
part 38
part 39
part 40
part 41
part 42
part 43
part 44
part 45
part 46
part 47
part 48
part 49
part 50
part 51
part 52
part 53
part 55
part 56
part 57
part 58
part 59
part 60
part 61
part 62
part 63
part 64
epilog
♡ special chapter 1 ♡
♡ special chapter 2 ♡
♡ special chapter 3 ♡
♡ special chapter 4 ♡
ᴄᴛᴡᴍꜱ☕
🏆ᴀᴄʜɪᴇᴠᴇᴍᴇɴᴛꜱ🏆
♡ special chapter : puasa ♡
♡ special chapter : raya ♡

part 54

3.6K 183 10
Av mrssakeena

Dalam sekitar jam 1 tengahari, majlis masih lagi berjalan dengan lancar. Walaupun tetamu semakin berkurang namun itu tidak menyebabkan majlis tidak meriah. Masih meriah dan disambut baik oleh tetamu yang diundang.

Dari tadi lagi senyuman tidak lekang dibibir pasangan pengantin baru itu. Ada sahaja tetamu yang ingin bergambar bersama mereka. Dan ramai juga yang mengucapkan tahniah. Entah kenapa, Delysha merasakan hari ini semua orang terlebih menumpukan perhatian kepada mereka berdua. Atau lebih tepat kepadanya. Yelah, dia merupakan menantu baharu dalam keluarga kerabat diraja ini.

Tetapi rata-rata ramai yang memujinya. Adalah segelintir yang seperti tidak menyukainya. Mungkin juga Tengku Iyan Shah Darren berkahwin dengan orang biasa. Bukanlah orang berpangkat dan berharta. Lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai kedua orang tua. Lagilah ramai yang mengata dan mengumpat pasal dia. Tetapi dia tidaklah terlampau kisah. Biarlah apa yang orang nak katakan, asalkan dia tidak mengacau kehidupan mereka. Malas mahu ambil peduli. Nanti dia juga yang sakit hati.

Matanya sibuk memandang sekeliling. Mencari suaminya di mana sekarang. Tiba-tiba dia ternampak pula susuk tubuh yang dikenali, pantas dia berlari kecil ke arah orang itu. Senyuman terukir dibibir.

"Kak Wardah!" Kak Wardah sedikit terperanjat sebelum dia membalas pelukan Delysha.

"Tak sangka kak Wardah sudi datang. Eh, hai Isya. Dah tak kenal Kak Sha ke?" Pipi tembam Raisya dicubit geram. Sudah semakin besarlah Raisya sekarang. Terasa kakinya dipeluk erat. Siapa lagi kalau bukan si kenit Raisya?

"Kak Sha! Windulah." Suara pelat itu sungguh petah berbicara. Delysha senyum.

"Rindu Isya juga," jawab Delysha.

"Selamat pengantin baru Lysha, kahwin jugak adik akak ni. Dah jadi bini orang dah, tanggungjawab pun dah berubah. Akak harap Delysha boleh jadi isteri yang baik. Akak tak boleh lama ni, Isya ni dah mula meragam pula," ujar Kak Wardah lalu tersenyum bersalah.

"Lah, nak balik dah? Terima kasihlah kak sebab sudi datang. InsyaAllah Lysha akan jadi isteri yang baik. Terima kasih juga untuk segalanya. Jasa baik akak Lysha akan ingat." Delysha dan Kak Wardah berpelukan seketika sebelum anak-beranak itu beransur pulang.

Delysha senyum. Tadi Faiq, Tengku Dina dan keluarganya juga turut sama hadir. Dan sekarang mereka berdua juga sudah mula beransur pulang. Zara pun sama. Tidak boleh berlama-lama di majlisnya kerana ada hal penting yang perlu diuruskan.

Kini kelibat si suami pula dipandang. Terlihat sekumpulan lelaki di sebuah meja yang sedang rancak berborak tidak jauh dari kedudukkannya sekarang. Delysha berura-ura antara mahu pergi ke sana atau tidak. Disebabkan tetamu mula berkurang, jadi dia pun memilih untuk pergi sahaja ke sana. Lagi pula dia juga teringin mahu berkenalan dengan kawan-kawan suaminya.

"Haah kan? Kau tu Zat. Bila nak kahwin? Single je memanjang. Kau kena ingat, yang kau tu bukan lagi playboy tau. Tak ada niat ke nak kahwin?" soal Darren mengusik. Rizal sudah tersengih-sengih. Masam sahaja wajah Izzat.

"Eleh, kau dah kahwin senanglah kau cakap. Aku ni single bukan sengaja tahu tak? Tak ada jodoh yang sesuai lagilah." Izzat sudah memuncung. Apa ni cerita pasal kahwin pula? Alih-alih dia pula yang kena.

"Ceit, tak ada jodoh yang sesuai apanya kalau dah perempuan keliling pinggang? Tu si Sara tu pun cantik juga aku tengok. Hot pula tu. Dia kan sukakan kau." Rizal menyampuk dengan sinis.

"Eh, tak nak aku dengan Sara tu. Gedik semacam. Kalau boleh aku nak calon isteri aku macam isteri Iyan. Dari jauh pun aku dah nampak yang isteri kau cantik sangat. Ayu je. Ciri-ciri macam tulah aku nak jadikan bini." Sengaja Izzat berkata begitu. Mahu kenakan Darren semula. Tetapi dia memang benar maksudkan ayatnya. Sudah semestinya dia juga inginkan isteri yang baik.

Namun bila melihat air muka kawannya Darren sudah berubah, semakin lebarlah senyumannya.

Darren sudah panas hati. Mukanya usah kata, tegang sahaja. Apa cerita ni? Kawan sendiri puji isterinya. Memang berasap la telinga. Maknanya dia tidak panas kalau macam ni. Diri ini tercabar pula rasanya.  Cemburu? Semestinya.

"Eh, kau tak kenal lagi isteri aku siapa..."

"Awak!"

Percakapan Darren mati apabila mendengar suara itu. Pantas dia menoleh ke belakang. Isterinya berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Dipandang pula wajah rakan-rakannya yang juga turut sama tersenyum-senyum. Dan itu membuatkan perasaan amarahnya semakin membuak-buak.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalan dari Darren itu membuatkan senyuman Delysha hilang serta-merta. Dia marah aku ke?

"Awak rasa..."

"Eh, hai Delysha. Isteri Iyan kan? Wah! Tak sangka Iyan pandai pilih isteri. Cantik sangat awak hari ni," puji Izzat sengaja menduga Darren. Tengok muka Darren berubah, makin seronoklah dia. Padan muka! Tadi sibuk sangat hal aku.

Pandangan mata tajam Darren padanya juga tidak dipedulikan. Macamlah dia tidak tahu apa yang Darren ingin sampaikan padanya melalui isyarat mata itu. Dia lelaki kot. Sudah semestinya dia tahu bahawa Darren sedang cemburu. Namun dalam masa yang sama dia gembira kerana sekarang barulah dia yakin bahawa Darren mencintai Delysha dengan ikhlas.

Delysha tersenyum kekok. Err... kang kalau tak balas, dicop sombong pula. Wajah suaminya yang tegang itu dipandang sekilas.

"Terima kasih." Itu sahaja yang mampu dia jawab. Bila tengok mata si suami menikam ke arahnya, lagilah buat dia terdiam dan agak seram. Cemburu ke? Dengan kawan sendiri pun nak cemburu bagai. Ish.

" Err, saya pergi jumpa mama sekejaplah. Korang sembang-sembanglah dulu. Terima kasih sebab sudi datang." Izzat dan Rizal tersenyum sahaja. Mereka berbalas senyuman seketika. Darren semakin panas hati. Langkah si isteri yang semakin menjauh dipadang tidak lepas.

Dengan kawan aku pun kau nak melayan! Dan dengan isteri aku jugalah korang nak try. Haish. Desis hati Darren.

"Pandang apa korang? Jangan macam-macam eh! Isteri aku tu. Nahas korang kalau ada niat nak try bini aku. Langkah mayat aku dulu." Amaran berserta mata helang Darren yang menikam ke arah mereka berdua membuatkan Izzat dan Rizal kecut perut.

Darren kalau dah cemburu... memang habislah. Tak boleh dibuat main langsung. Risau.

*****

Delysha melangkah ke bilik mereka dengan berhati-hati. Fikirannya mula menerawang memikirkan perkara lain. Kenapa Darren tak tunggu dia naik sekali ke bilik? Ini semua ada kena-mengena dengan Arissa tadi ke?

Pintu bilik ditolak perlahan-lahan sebelum kelibat si suami dicari di setiap kawasan bilik tersebut. Suaminya yang sedang termenung dihujung katil itu di hampiri. Senyuman cuba diukir buat sang suami. Darren yang perasan isterinya sudah pun masuk dalam bilik terus mengalihkan pandangan nya ke arah bertentangan isterinya.

Berkerut dahi Delysha melihat perangai Darren itu.

"Awak, kenapa ni?" soal Delysha lembut. Darren macam ada masalah saja. Senyap yang diberikan oleh Darren.

"Awak, okay ke tak ni? Penat sangat eh? Nak saya urut?"

Tawaran Delysha bagaikan angin lalu. Langsung lelaki itu tidak bercakap dengannya. Mahu pun sekali berpaling ke arahnya. Delysha mengeluh kecil. Dia ada buat salah ke? Setahunya, last dia bersama lelaki ini tadi ketika... hah!

Tak akan masih cemburu kut pasal dia tegur kawan-kawan Darren tadi? Dia bukan apa, dia cuma tak nak dilabel sombong. Air muka dan maruah suaminya harus dijaga. Kalau boleh dia nak kenal dengan rakan suaminya. Tapi tak ada pula suaminya mahu kenalkan padanya tadi. Merajuk ke marah ni?

"Okay, kalau awak marahkan saya pasal saya bercakap dengan kawan-kawan awak tadi, saya mintak maaf sangat okay? Niat saya cuba nak berkenalan je dengan kawan-kawan suami saya ni, tapi hmm tak apalah." Suara Delysha mula kendur.  Salah ke dia mahu berkenalan dengan rakan suaminya sendiri?

Kali ini barulah Darren berpaling memandang  isterinya.

"Macamlah boleh percaya sangat apa yang kau cakap ni. Kau nak cakap pasal niat? Entah-entah kau nak mengorat kawan-kawan aku sebab diorang kan kaya, hensem pula tu. Tambah pula kawan aku sorang tu macam sukakan kau. Siap puji- puji lagi. Fuh! Dasyat eh korang? Kau cuba hilangkan kepercayaan aku pada kau, Delysha," sindir Darren dengan marah yang menggunung tinggi.

Entah kenapa apa yang keluar dari mulutnya berlainan dengan hati. Mungkin dia terlampau banyak berfikir tentang hal tadi. Dan disebabkan itulah dia cakap main lepas sahaja tanpa sedar sudah menyakiti perasaan isterinya.

Delysha tergamam. Kelu lidahnya untuk menjawab. Tuduhan Darren itu buat dia rasa sakit sangat. Sampai macam tu sekali suaminya fikir pasal hal tadi? Dia ingin mengorat kawan-kawan Darren kerana semua itu? Kaya, kacak dan berpangkat? Darren tengah hina dia ke sekarang ni?

Matanya sudah berkaca-kaca. Sampai hati Darren. Mana maruahnya sebagai isteri? Dia hanya niat ingin menjaga maruah dan nama baik keluarga Darren, akhirnya maruah dia sebagai isteri dan wanita pula yang dipermainkan.

"Sumpah awak, saya cuma nak berkenalan je dengan rakan-rakan suami saya. Bukan niat... niat yang macam awak cakap tu. Awak tengah tuduh isteri awak sendiri ke? Seolah-olah awak tak percayakan saya."

Luahan Delysha sudah bertukar sebak. Entah kenapa dia kecewa dengan Darren kali ini. Darren fikir yang dia ni nak kikis harta dia dengan kawan-kawan dia ke apa?

Darren hanya diam mendengar. Dia juga terkejut melihat Delysha menitiskan air mata.
Salah dia ke?

"Saya... saya tahu saya tak berharta macam awak, jauh lagi berkeluarga kaya macam awak dan kawan-kawan awak. Tapi perlu ke awak mempertikaikan kepercayaan awak pada saya hanya kerana ini? Perlu ke awak merendah-rendahkan saya hanya kerana amarah awak? Dan perlu ke awak hina saya sampai awak boleh terfikir yang saya ni hanya mahukan harta sahaja? Saya isteri awak Darren. Saya ikhlas cintakan awak. Hanya awak, Darren." Delysha tarik nafas kemudian hembus. Pandangan suaminya yang bersalah dipandang sebak.

"Awak nak cakap pasal kepercayaan? Awak tahu tak saya nampak apa tadi? Saya nampak awak bersembang berdua dengan Arissa. Mula-mula saya ingatkan awak tengah bercakap dengan perempuan mana tadi, tapi lama-lama saya kenal itu Arissa. Lama juga awak bersembang dengan dia tadi. Sampaikan saya asyik tengok korang pun, awak dengan dia langsung tak perasan. Dan masa tu saya mula rasa sangsi dekat awak. Betul ke awak ni tak pernah sukakan Arissa? Yelah, dia kan berpangkat macam awak, cantik pulak tu."

"Delysha, aku..." Percakapan Darren dipotong. Dia belum habis cakap.

"Tapi saya masih lagi berdiam diri, sebab saya percayakan suami saya. Suami yang semalam baru menikahi saya. Dan sekarang ni awak nak cakap pasal percaya? Awak rasa awak lebih pentingkan apa yang awak dengar atau apa yang awak nampak? Ada nampak ke saya bersweet-sweet dengan kawan awak? Tak ada kan? Masa tu pun awak ada sekali."

"Tapi bila awak dengan Arissa... saya sendiri tak tahulah apa yang korang bualkan sampai bergelak tawa bagai. Dahlah awak. Hal kecil macam ni pun awak dah hilang kepercayaan pada isteri yang konon awak cinta ni. Sampai sanggup ke tepikan apa yang saya rasa, jadi lebih baik awak fikir betul-betul, betul ke yang awak nak habiskan baki sisa-sisa hidup awak sampai tua nanti dengan saya kalau awak sendiri masih buruk sangka, dan susah nak percayakan saya macam ni." Delysha mengesatkan air matanya.

Dia mula berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Hatinya sakit apabila suaminya sendiri tidak mempercayainya. Sampai hati. Macam mana hubungan mereka selepas ini kalau dalam diri Darren tiada sikap untuk mempercayai isteri sendiri?

Darren diluar bilik air masih lagi diam membatu. Dia sendiri terkejut mendengar luahan Delysha, lagi dia terkejut apabila dia boleh cakap macam itu pada isterinya. Dan macam mana dia boleh tak perasan yang isterinya sedang memerhatikan dia dengan Arissa tadi? Isterinya sudah salah faham. Ah, bodohnya kau Darren!

Bodoh! Bebal! Kau tak percayakan isteri kau sendiri? Kau lebih pentingkan cemburu dan ego kau berbanding isteri yang kau cinta separuh nyawa? Memang bodoh!

Dia mengetuk kepalanya sendiri. Pintu bilik air itu dipandang lama.

"Maafkan aku, sayang."

###




Thanks pada readers yang membaca cite ni. Terharu sangat. *lap air mata*

Tapi korang tolonglah vote sekali eh?💃

Oh ya, book terharu sis akan di update esok. But just prolog jelah. Sebab book tu akan coming soon 2021 nanti.
TajukDoaku Untukmu Sayang.
Genre: sad romance

So korang. Stay tuned. Jangan lupa support semua books saya. Terima kasih daun keladi.
😇♥️

Fortsätt läs

Du kommer också att gilla

104K 4.7K 84
First story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawber...
1.1K 84 55
Kerana fitnah, hubungan berakhir. Kerana janji, hubungan tercipta. Jika yang namanya cinta sudah pasti hanya orang 'buta' sahaja yang mengenalinya. ~...
230K 9.3K 27
3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipan...
96.3K 5K 70
BOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , b...