SAYANG ALIFF IMAN SHAH 2 (C)

By nurfatihahaa

59.3K 2K 514

Tipu lah kalau rumah tangga tiada ribut. Mesti ada walaupun sekecil zarah. Begitu lah yang terjadi dalam ruma... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
TIADA PELUANG KEDUA
CINTAI AKU SEADANYA

bab 1

5.7K 139 13
By nurfatihahaa

"Sayang! Mana tie abang?"laung Aliff dari dalam bilik.

Nura tika itu sedang menyuap Arfan makan terus terhenti bila suara suaminya itu bergema di rumah milik mereka. Dia mengeluh seketika.

"Bik, tolong suapkan Arfan makan ye. Saya nak naik atas kejap."kata Nura.

"Baik Datin."ujar bibik lalu menggantikan tempat Nura.

Nura dengan segera menaiki tangga ke tingkat atas. Akibat dari kelajuan dia menaiki tangga, hampir sahaja dia tersadung tetapi sempat dia berpaut di pemegang tangga. Dadanya yang berdegup kencang itu diurut lembut.

"Nasib baik."ujarnya seorang diri.

Langkah dilajukan ke dalam bilik. Kelihatan Aliff sedang duduk di atas katil sambil menunggu ketibaan isterinya.

"Abang dah cari tie dalam wardrobe abang?"soalnya sambil berdiri di muka pintu.

"Kalau abang jumpa tie tu, tak adanya lah abang nak jerit pagi - pagi macam ni."ujar Aliff bersama sengihan di bibir.

Nampak sangat yang dia sengaja memanggil isterinya itu. Mahu bermanja!

"Kejap Nura cari tie abang. Abang turun dulu breakfast okey."tutur Nura sambil tersenyum nipis.

Faham dengan sikap suaminya sejak dia berbadan dua ini. Dia jarang dapat melayan kerenah suaminya kerana alahannya yang teruk pada kali ini.

"Okey, sayang. Abang tunggu."kata Aliff lalu beredar. Sebelum beredar sempat dia mengenyitkan matanya pada sang isteri.

"Macam - macam."ujar Nura seorang diri.

Langkah di bawa ke dalam walk in closet. Wardrobe suaminya di tuju dan di buka. Satu laci yang menempatkan pelbagai jenis tie di buka. Kelihatan tersusun sahaja tie di dalam laci itu.

Nura menggeleng kecil. Nampak sangat suaminya itu tidak mencari, kerana sudah jelas di depan matanya tie berwarna hitam yang di cari oleh Aliff.

Usai mengambil tie itu, dia terus keluar dari walk in closet dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan Aliff sedang enak menjamu selera. Aliff mengangkat kepalanya sebaik terlihat kelibat seseorang di tangga.

"Huh sayang. Jumpa tak?"soalnya nasi goreng di suap lagi ke dalam mulutnya.

Sedap!

"Abang sebenarnya tak carikan tie tu?"soal Nura sambil memandang tajam suaminya.

Aliff menggaru kepalanya seketika. Adeh, mommy buyung ni nak naik angin dah.

"Abang cari lah. Tapi tak jumpa."nafinya.

"Tie tu ada dekat belah depan sekali kalau abang buka laci. Tadi saya tengok laci tu kemas je, tak berselerak."ujar Nura.

Aliff tersengih lagi.

"Abang bosan lah yang. Pregnant sayang kali ni pelik sungguh."rungutnya. Kopi panas disisip perlahan.

"Apa yang peliknya?"

Dia melabuhkan punggungnya di sisi Arfan. Nasib lah Deniel sudah berangkat ke sekolah. Kalau tidak bertambah haru bila anak dan bapak bergabung.

"Sayang tak nak layan abang."ujarnya bersama sengihan di bibir.

Nura terngadah. Timbul perasaan bersalah terhadap suaminya.

"Sorry abang. Nura tak sengaja, alahan kali ni teruk sangat."ujarnya lirih.

"Tak apa sayang. Okey lah, abang nak pergi office dulu."katanya lalu bangun.

Nura yang mahu bangun itu segera di halang.

"No need sayang."

"Nura nak hantar abang dekat kereta."

"Tak apa. Awak duduk rest, abang pergi dulu. Assalamualaikum."ucap Aliff.

Nura segera bersalaman dengan Aliff. Dia pula mencium pipi tembam milik Arfan.

"Waalaikumussalam."

......

"Adillah, saya ada apa - apa meeting penting ke hari ni?"soal Aliff yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk di dalam biliknya.

"Tak ada Dato'. Cuma karang Dato' ada appointment dengan Dato' Kamal."kata Adillah sambil membaca jadual Aliff.

"Oh, okey. Bila saya jumpa dengan Dato' Kamal?"soal Aliff.

Pc nya di buka. Fail yang perlu di gunakan di ambil.

"Lepas lunch."

"Okey. You may go now."kata Aliff tanpa memandang staffnya itu. Dia memulakan kerjanya tanpa gangguan.

Usai sahaja habis makan tengah hari, Aliff pergi ke pejabat Dato' Kamal yang terletak tidak jauh dari pejabatnya.

"Ya Dato'."sapa receptionist di situ bersama senyuman manis.

"Saya ada appointment dengan Dato' Kamal."

"Oh, okey. Dato' boleh naik ke tingkag 5 dan berjumpa dengan P.A Dato' Kamal

"Thanks."ucapnya ikhlas.

"Welcome."balas gadis itu sopan.

.....

Malam itu, Aliff tidak berselera mahu makan. Entah kenapa dia rasa sesuatu sahaja. Terngiang - ngiang lagi perbincangan itu di antara dia serra Dato' Kamal.

Tok tok

"Come in!"sapa orang itu dari dalam.

Aliff pantas sahaja membuka pintu bilik lelaki itu.

"Ada apa pa?"soalnya.

"Duduk dulu."kata Dato' Kamal. Aliff tanpa banyak kata terus menghempas punggungnya di atas kerusi itu.

"Okey pa. So?"soal Aliff.

"Maksu dan Anissa dah keluar."kata Dato' Kamal tenang.

Tapi tidak bagi Aliff. Lima patah perkataan itu membuatkan dia berasa sesak. Sukar untuknya menerima kenyataan itu. Dia memandang wajah tua itu dengan penuh persoalan.

"Hukuman mereka dah habis."seperti tahu apa yang difikirkan oleh anak saudaranya itu.

"Aliff risau dengan keadaan Nura pa. Dia kan tengah pregnant. Takut perkara lama jadi balik."kata lelaki itu risau.

"Insya Allah tak ada apa - apa yang bakal terjadi."kata Dato' Kamal.

"Abang!"sergah Nura membuatkan Aliff tersentak.

Dia memandang ke arah isterinya itu. Senyuman wanita itu membuatkan hatinya gembira.

"Abang."panggil Nura lagi.

"Ya sayang. Ada apa?"soalnya.

"Nura tanya kenapa abang termenung. Lepastu abang tersengih sorang - sorang. Okey ke tak?"soal si isteri risau.

"Abang okey lah. Cuma banyak kerja dekat office."ujarnya lalu mengelus rambut panjang Nura.

"Kan Nura kata jangan stres sangat dekat office. Nanti abang sakit. Now, pergi baring dekat katil. Nura ambil minyak urut belakang badan abang."kata Nura sambil menarik suaminya bangun dari duduk di sofa yang ada di dalam bilik mereka.

Aliff menurut arahan si isteri dengan senang hati. Ada orang mahu urutkan badan.

Hal petang tadi cuba di abaikan olehnya dengan menghayati setiap urutan yang dilakukan oleh isterinya. Matanya di pejam erat sebelum dia terlena. Nura yang memerhati hanya tersenyum nipis sebelum tubuh suaminya di selimutkan.

Botol minyak ditutup rapat sebelum di letakkan di meja sisi. Dia berbaring di sebelah suaminya. Rambut sang suami di usap lembut.

"I love you abang."katanya lalu melelapkan matanya di sebelah sang suami.

Belum beberapa minit dia melelapkan matanya, terasa tubuhnya di peluk erat. Perutnya yang sudah membesar itu tidak menjadi penghalang untuk Aliff memeluk.

"I love you too sayang."

Dan malam itu mereka tidur dengan nyenyak sekali.



















........

How's first chapter...

Tolong vote dan komen....

Sayang korang....😘

Continue Reading

You'll Also Like

278K 10.6K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
103K 3.4K 28
[Karya pertama yang begitu banyak kesalahan] AARIZ ADYAN seorang duda yang kematian isteri sejak dua tahun lalu. Dia terpaksa membesarkan anak lelaki...
3.2K 74 69
!SLOW UPDATE! BASKARA ā†’ MATAHARI QAYYUM HAFIY | Seorang jejaka yang suka membaca buku. Dia juga seorang pendiam dan seorang CEO yang terkenal. Berum...
935K 31.3K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...