Tolong Jagakan Dia

By mrssakeena

286K 15K 814

( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Di... More

prolog
C A S T
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
part 29
part 30
part 31
part 32
part 33
part 34
part 35
part 36
part 37
part 38
part 39
part 40
part 41
part 42
part 43
part 44
part 45
part 46
part 48
part 49
part 50
part 51
part 52
part 53
part 54
part 55
part 56
part 57
part 58
part 59
part 60
part 61
part 62
part 63
part 64
epilog
♡ special chapter 1 ♡
♡ special chapter 2 ♡
♡ special chapter 3 ♡
♡ special chapter 4 ♡
ᴄᴛᴡᴍꜱ☕
🏆ᴀᴄʜɪᴇᴠᴇᴍᴇɴᴛꜱ🏆
♡ special chapter : puasa ♡
♡ special chapter : raya ♡

part 47

3.2K 169 8
By mrssakeena

Sekali lagi aku tergamam melihat pantry yang sudah serupa seperti cafe. Ya, benarlah apa yang aku sangkakan tadi. Office ini sudah seperti kawasan sekolah menengah. Siap ada swimming pool mini lagi dekat sini. Memang gila besarlah!

Tapi aku perasan, office di Kuala Lumpur lagi besar dari Amsterdam. Mungkin di Kuala Lumpur itu pejabat pertama atau main business yang utama berbanding pejabat yang lain. Cuba bayangkan pejabat di Amsterdam sudah sebesar sekolah menengah, pejabat di Kuala Lumpur pula dua kali ganda lebih besar dari pejabat ini. Fuh! Kaya sungguh family Tengku Malik ni kan?

Office ini lagi besar daripada office Faiq abang angkatnya itu. Bukan nak bandingkanlah, cuma aku pelik. Syarikat kecil pun banyak masalah bagaimana pula nak handle syarikat besar macam ini? Nasib ada Darren dan anak-anak Tengku Malik yang lain yang boleh diharap.

Pernah juga aku terfikir, macam mana Tengku Malik boleh ambil Darren sebagai anak angkat? Memanglah orang kaya lebih dari mampu, tapi aku pelik macam mana mereka sekeluarga boleh terima Darren sebagai anaknya sendiri. Dan bukan itu sahaja, syarikat Tengku Malik pun diserahkan kepada Darren. Jadi CEO pula itu. Sememangnya mereka percayakan Darren 100%.

Mungkin Darren sememangnya ada potensi yang baik? Dan aku tahu Darren merupakan seorang anak yang baik. Dulu Darren kerja pilot, dan sekarang Darren mengambil alih syarikat papanya pula. Mungkin Darren anak sulung yang boleh diharap selain adik-beradik yang lain yang masih sibuk dengan pelajaran.

Sedang ralit aku termenung sambil membancuh kopi, aku disapa seseorang dari arah belakang.

"Hey beautiful, buat coffee ke termenung?"

Aku sedikit mencebik. Perli aku ke apa mamat ni? Entah siapa pulak lelaki ini. Yang peliknya boleh cakap melayu pulak. Tengku Malik memang ambil semua pekerja orang melayu ke apa?

"Buat coffee la. Kenapa? Encik nak juga ke?" soalku sekadar menawar acuh tak acuh. Dah duk tengok-tengok aku buat air ni, mesti nak jugalah kan? Tak dilayan nanti cakap aku sombong pula.

Lelaki itu tersenyum seraya mengangguk.

"Thanks. Macam tahu-tahu je awak ni. Oh ya, nama saya Rafiq Daniel. Pekerja despatch dekat sini. Awak yang cantik manis ni, siapa nama?" soal lelaki bernama Rafiq ini dengar ramah.

Aku terenyum pendek. Despatch pun ada hati nak mengorat bakal isteri anak boss. Aku bukan apa, aku tak selesa dengan pandangan matanya yang asyik memandangku. Ini kalau Darren dapat tahu, tentu mengamuk lelaki itu.

Nak tak nak terpaksa jugalah dia melayan. Tak nak dilabel sombong pula nanti.

"Saya Delysha. By the way, macam mana awak tahu saya bukan orang sini?"

Soalan yang kurang cerdik ya aku tanya.

Rafiq ketawa hambar. "Apa punya soalan lah yang awak tanya ni. Dah awak je yang bertudung dekat sini, confirm la awak bukan orang sini. Saya pun orang Malaysian juga." Aku hanya mengangguk mengerti. Betul juga tu. Aku seorang sahaja yang memakai hijab di sini.

"Nah, air awak."

Huluran tangan aku disambut baik oleh lelaki itu. Dia mencicip sedikit air kopi tersebut sambil matanya terpejam. Konon menikmatilah tu.

"Ermm... sedap betul coffee awak buat ni. Manis sama macam awak," usik Rafiq. Aku hanya  tersenyum kekok. Pickupline apakah itu? Hambar dan lapuk sungguh!

Terasa panas pula lama-lama di sini. Berduaan dengan lelaki ini. Padahal pendingin hawa banyak dah dekat pantry ini.

"Ehem!"

Deheman seseorang dari arah belakang mengejutkan kami berdua. Aku berpaling ke belakang. Sudah aku agak. Dia datang punya! Melihat dari riak wajah tegang Darren, aku sudah dapat memastikan bahawa lelaki itu sedang cemburu sekarang.

"Sayang dekat sini rupanya. Penat aku cari. Aku risau kau hilang."

Bahu aku yang berlapik tiba-tiba disentuh. Aku hanya mengukir senyuman nipis buat Darren. Namun, lain pula riaksi Rafiq melihat adegan itu.

"Eh, Rafiq despatch pun ada sekali? Dah tak ada kerja ke yang kau boleh buat? Papa aku bayar gaji dekat pekerja dia supaya buat kerja, bukan makan gaji buta. Dah, pergi buat kerja kau sekarang!" arah Darren jelas sekali ketara wajahnya menahan rasa cemburu dan marah.

Ingat ini scene sweet-sweet di panty ke apa? Hello, Nurul Insyirah Delysha dia punya seorang. Dia dah cop dulu.

Rafiq sedikit tersentak apabila boss nya memanggil 'sayang' pada aku tadi. Baru sahaja dia ingin mengorat, anak kepada majikan dia terlebih dahulu sudah masuk jarum. Siap bersayang-sayang lagi. Hmm melepaslah dia.

"Baik boss! Sorry ganggu awak. And thank you for this sweet coffee."

Sempat lagi Rafiq memohon maaf pada aku sebelum dia melangkah pergi bersama cawan kopi yang aku buat tadi.

Darren berdecit halus. "Dasar mamat despatch betul! Ada hati nak caras hak aku," kutuk lelaki itu marah. Aku hanya menggelengkan kepala sahaja melihat perangai Darren itu. Cemburu sahajalah dia ni.

"Tak baiklah awak cakap macam tu." Aku menegurnya yang nampak masih marah.

Ceh, padahal tadi aku pun cakap macam tu juga kan hmm.

Darren memandang aku dengan tajam.

"Back up dia nampak? Oh suka la kau kan dengan lelaki tu. Yelah, siap bagi pickupline lagi tadi. So sweet!" Darren membuat muka. Jelas sekali dia sedang sakit hati sekarang.

Aku tersenyum dalam hati. Darren kalau cemburu, nampak sangat comel. "Ala, dengan pekerja sendiri pun awak nak cemburu ke? Saya sayang awak seorang jelah. Hah, kerja awak dah siap ke belum?" soal aku sengaja mengubah topik perbualan kami.

"Dah. Tapi aku masih lagi tak puas hati dengan kau!"

Delysha sudah menepuk dahinya. Apa lagi ni? Ingatkan dah habis pasal hal ni.

"Kenapa pula?" soal aku tidak mengerti. Apa lagi yang dia tak puas hati?

"Aku bagi kau kebenaran jalan-jalan sini je. Bukannya menggatal dekat pantry." Aku sudah tersenyum-senyum memandang wajah ketatnya.

"Apa? Yes, memang aku cemburu. Dah kau tu bakal isteri aku, confirm la aku jealous. You're all mine, baby. Not him or other guys can't touch what's mine."

Pandangannya tertumpu ke arah lain. Suka pula aku ketawakan dia.

Cium pipi tu karang. Nasib saja belum kahwin. Kalau tidak, memang dia kerjakan aku cukup-cukup. Baru puas hati Darren itu.

"Awak ni hahaha comel lah. Saya cuma borak-borak dengan dia je tadi. Saya tak layan dia sangat pun. Dia je yang lebih," jawab aku menerangkan perkara yang sebenar. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Darren kalau dah cemburu, memang habislah dia. Jenuh nak pujuk nanti. Sampai ke esok asyik mengungkit perkara yang sama.

Darren memandang anak mata aku. Wajahnya ketat tanpa senyuman. "Tak layan apa kalau kau siap bancuhkan dia kopi. Dengan aku tak ada pulak nak berkopi-kopi bagai!"

Ya Allah, aku rasa macam nak hantuk kepala dia dekat dinding saja sekarang ni. Benda tu pula yang dia nak cemburu.

"Alaa, awak nak saya bancuhkan awak coffee jugak ke?" soal aku polos.

"Tak payah! Nanti lepas kahwin bukan setakat kopi yang kau bancuh, mahkota kau yang kau jaga tu pun aku boleh dapat tahu tak?"

Pap!

Lengan lelaki itu sudah selamat dicubit.

"Awak ni kan!" 

Aku tayangkan muka tidak berpuas hati padanya. Darren hanya ketawa sinis.

Eee, gatal! Aku sental jugalah mulut dia tu nanti! Nasib tak ada orang dengar. Memalukan sungguh. Aku rasa memang kena kahwin cepat, Darren semakin miang keladi sekarang. Seram sejuk jugak aku.

***

Aku memandang wajah dua orang lelaki di hadapan aku dengan silih berganti. Seorang uncle Wong yang belum lagi aku kenal, dan seorang lagi sudah semestinya Darren. Mereka berdua sedang rancang berborak. Mungkin borak untuk kali yang terakhir?

Serta merta aku tersenyum manis apabila lelaki yang separuh abad itu memandang ke arahku. Darren juga turut memandang aku lalu memanggil aku datang ke arah mereka. Dan aku  hanya menurut dengan perasaan segan.

"Wah! So, lu girlfriend Iyan kah?" Soalan sedikit pelat dari uncle Wong itu mengundang tawa Darren. Manakala aku hanya tersengih malu.

"Apa uncle ni? Ini bukan setakat girlfriend saya, tapi dia bakal isteri saya. Nanti jemput la datang ke majlis perkahwinan kami. Tapi tak buat dekat sinilah. Buat di Malaysia." Darren memberitahu dengan usikan halus. Uncle Wong juga turut senyum.

"Loh ini orang memang bagus! Cantik pula tu! Pakej ha? Memang seperti merpati dua sejoli orang melayu kata. Hahahaha." Uncle Wong melawak. Aku tersenyum-senyum.

Pandai juga uncle Wong berperibahasa dengan kami. Kagum sekejap aku walaupun bahasa melayu masih ada pelat. Yang si Darren pun ikut sekali tu dah kenapa? Suka betul usik orang macam tu!

"Of course la saya ambil yang cantik. Kalau tak, reject terus jadi calon isteri. Jangan lupa hah, uncle datang sama itu anak bini? Ayaaa balik Malaysia sekejap sahaja ma? Apa yang lu mahu takut?" Uncle  Wong ketawa lagi.

"Hish, kamu ni. Sudahlah tu, tengok muka bakal isteri Iyan dah pandang semacam dah dekat kita berdua. Stop la berlakon macam orang Cina bukit tu! Hahaha." Uncle Wong kembali ketawa.  Darren juga turut sama ketawa.

Aku mengerutkan dahi. Tak faham. Apa yang lawak? Wait, mereka kenakan akulah ni? Cis, sampai hati. Ingatkan uncle Wong ni tak pandai cakap melayu sangat, cina tulen. Rupanya fasih saja cakap melayu. Patutlah semacam sahaja mereka tadi. Lagi pun mustahil lah uncle Wong begitu, dia seorang yang berpelajaran tinggi kot sebab itu boleh ambil alih syarikat ini.

Tak guna Darren!

Tadi dahlah cakap dia akan pilih yang cantik saja. Kalau tak cantik dia reject! Habis kalau aku ni tak cantik, maknanya Darren akan reject dari awal lagilah macam tu? Nampak sangat pilih rupa. Humph!

"Okay la uncle. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Seronok kerjasama dengan uncle. Tak sia-sia papa percayakan uncle selama ni. Saya minta diri dulu. Terima kasih untuk semuanya selama dua tahun saya berganding bahu dengan uncle." Sebaik sahaja mereka berdua berpelukan buat kali terakhir, kami mula berjalan menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

Darren memandang aku sekilas semasa kami masih lagi berada di dalam lif tersebut. Dahinya sedikit berkerut.

"Kau okay tak ni?"

Soalan dari lelaki itu hanya dibalas dengan anggukan kecil. Darren mendengus. Dia tahu aku tidak okay. Memanglah okay, tapi ada sesuatu yang dipendamnya. Memang selalu aku akan begitu apabila memendam sesuatu dari dia.

"Tell me, kenapa? What happened?"

Aku menggelengkan kepala pula kali ini. Sebagai jawapan bahawa aku tidak apa-apa. Darren mengetap bibir. Panas hatinya.

"Baik kau cakap sebelum aku kurung kau dalam lif ni berdua dengan aku!" Matanya mencerlung memandang aku. Tajam bak helang.

Aku sedikit mencebik. Sikit-sikit nak ugut orang! Ugut! Dan ugut! Itu sahajalah yang lelaki ini tahu pun. Kurung berdua dengan lelaki ini di dalam lif?

Heh, tak takut. Buatlah kalau berani. Aku tidak takutkan keselamatan aku kerana aku tahu Darren tidak akan mengambil kesempatan terhadap aku sebelum ini. Lelaki itu sekali pun tidak pernah ambil kesempatan terhadapku. Dia bukan jenis lelaki yang begitu.

Darren sayang aku sepenuh hatinya sehingga dia tidak akan buat perkara terkutuk itu kepada orang yang dia sayang. Itu apa yang dia pernah cakap padaku dulu. Dan disebabkan itulah aku selalu rasa selamat dengan Darren. Tapi kalau aku masih tak beritahu, sampai bila-bila lelaki ini akan terus memaksa sampai aku buka mulut.

"Awak betul-betul jujur ke yang awak sayangkan saya even kalau saya ni tak cantik sekali pun?" Soalan yang bermain diminda aku akhirnya diluahkan jua.

Darren sedikit tersentak. Dahinya berkerut-kerut. Kenapa tiba-tiba Deysha tanya macam tu? Lain macam soalan. Muka serius macam tu, dah tentu aku maksudkan dengan soalan aku itu. Aku tidak main-main.

"Dah tentu aku akan sayangkan kau walaupun teruk macam mana sekali pun kau atau kau tak cantik sekali pun. Aku akan tetap sayangkan kau sebab rupa paras bukan keutamaan. Tapi hati menjadi keutamaan bagi aku. Kalau kau tak percaya, aku dari dulu lagi boleh dapatkan perempuan yang cantik, body lawa kalau betul aku pandang rupa. Kau lupa aku kerja pilot dulu? Ramai perempuan hot yang aku jumpa. Tapi aku tak pandang pun diorang semua tu sebab hati mereka tak sama macam kau. Kau cantik sayang, dimata aku, kau cukup sempurna. Kenapa kau tanya macam tu hmm?" jawab Darren lembut dan ikhlas.

Aku memandang wajah lelaki itu ketika lelaki itu menyatakan ayat tadi. Memang betul lelaki itu maksudkannya. Aku tersenyum nipis. Benar apa yang Darren cakap, dia dari dulu lagi dah jumpa banyak perempuan yang lagi lawa dari aku. Tapi hati adalah keutamaan bagi lelaki yang bernama Darren ini. Aku akan jaga hati aku ini hanya untuk Darren sahaja. Supaya aku boleh jadi seorang yang lebih setia.

"Tak adalah, apa awak cakap dekat uncle Wong tadi buat saya terasa tahu tak? Yelah, kalau saya ni tak cantik mesti dah lama awak reject. Seolah-olah awak pentingkan rupa seseorang daripada sayang dan cinta seseorang itu. Sorry sebab salah sangka dengan awak," luah aku jujur. Serba salah pulak aku jadinya. Aku bukan tak percayakan Darren, cuma aku risau dan mudah berfikir bukan-bukan.

Darren mengangguk faham. Lah, sebab dia cakap macam itu tadi ke sampaikan Delysha diam je dari tadi? Tiba-tiba dia terasa ingin ketawa.

Dia menahan dirinya dari terus ketawa. Lawaklah. Dia main-main saja tadi, tapi tak sangka pulak gadis itu akan terasa sampaikan moody sekejap tadi dengannya. Lucu dan comel sangat!

"Okay... okay! Aku main-main je tadi. Janganlah ambik serius sangat. Kau dah memang cantik bagi aku. Bukan sahaja luaran, dalaman sekali. Kau dah cukup sempurna di mata aku. Datanglah berapa ramai perempuan dalam dunia ni pun, aku tetap pilih kau, hati aku tetap nakkan kau. You will be mine, Insyirah Delysha. Only you forever."

Aku rasa nak sorok muka dekat dalam beg sahaja sekarang. Dah kenapa tiba-tiba bagi ayat romantik pulak ni dari tadi? Eeei, buat orang blushing sahaja.

Malunya!

"Tapi... kau serius lawak. Kau terlampau fikir apa yang aku cakap tadi sampaikan kau percaya bulat-bulat apa yang aku sebut kan? Hahahaha comel." Darren menghamburkan tawanya jua. Dari tadi lagi ditahan.

Aku menjeling Darren geram. Tadi rasa malu, sekarang rasa nak bagi Darren makan kasut pula.

"Diam la awak!"

Makin disuruh diam, makin kuat pulak mamat ni gelakkan aku. Panas pula hati ni. Baru tadi bersemut-semut, sekarang mulalah nak sakitkan hati aku semula. Terasa lama pula duduk dalam lif ini ya!

Haih, nasib badanlah sebab terlampau percayakan kata-kata dusta lelaki di hadapan ini tadi.

Yang penting, dia puji aku cantik. Kau ada? Tak kan, lemah. Slebew.

***

Korang mesti nak happy ending kan?

Kalau nak... vote banyak ii please.😂

Open promote:

SHORT STORY | PYSCHO by Stealthy_fighter

Jangan lupa baca okay? 🐾

Continue Reading

You'll Also Like

87.2K 2.3K 81
Adryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwataka...
1.5M 47.5K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
8.8K 208 53
Mengisahkan seorang lelaki dipaksa kahwin dengan pilihan ibubapanya.Pada suatu hari,dia terlanggar seorang perempuan dan tersuka pada perempuan itu.P...