KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

204K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 33

3.6K 397 60
By KhaiShif

TAP! TAP! TAP!

Kaki Raito melangkah masuk ke taman istana. Niat nak tengok-tengok keadaan sekeliling sebelum gerhana bulan nanti. Mesti dia akan rindu keadaan di istana kelak.

"Ayahanda?" Gumam Raito apabila mata miliknya terpandang, Si Raja Bermata Merah yang sedang duduk di bangku batu yang terdapat di sana.

Tanpa berfikir panjang, Raito menghampiri si ayah.

"Ayahanda buat apa di sini?" Soal Raito. Dia mengambil tempat untuk duduk di sebelah ayahnya.

Si Raja Bermata Merah tersentak. Dia yang sedari tadi termenung, seakan baru saja sampai ke realiti kehidupan. Lantas Si Raja menoleh.

"Tenangkan fikiran sementara menunggu gerhana bulan datang." Ketika gerhana bulanlah kuasa penuh si raja bakal bangkit untuk membuka gerbang waktu.

Raito mengangguk. Seketika dia terdiam, mencari topik untuk di bualkan.

"Raito nak tanya sesuatu boleh?" Pinta Raito. Lelaki itu berambut biru dengan mata yang kehijauan seperti ibunya .

"Tanyalah." Tangan si Raja Bermata Merah naik mengusap kepala anaknya. Raito tak seperti abangnya, Kaito. Raito lebih lembut dan tak suka keganasan. Sifat anak kedua Si Raja Bermata Merah itu jelas bertentangan sekali dengan anak sulungnya.

"Masa ayahanda seumur dengan abang, ayahanda buat apa je?" Raito usap tengkuk yang tak gatal. Apa ke pelik soalan ni?

"Masa kamu pergi ke masa lalu nanti, kamu tengoklah sendiri. Ayahanda habiskan seluruh masa yang ada hanya untuk cari kawan lebih banyak dari apa yang kamu fikirkan sekarang."

"Wah, jadi selain Pak Cik Kotaro dan yang lain. Ayahanda ada kawan lain lah?"

Si Raja Bermata Merah tersenyum.

"Iya, hmmm... Raito."

"Ya, ayahanda?"

"Nanti masa dekat sana, hati-hati tau. Ayahanda dengan bonda tak ada dekat sana untuk pantau kamu. Lagi-lagi abang kamu tu. Pastikan dia tak lost control macam di Akademi dulu." Sisi kepala Raito dikucup. Rasa sayang dia tak pernah berbelah bagi. Sama rata, tak pernah lebih, tak pernah kurang. Walaupun kerja memerintah buatkan Si Raja kurang berkomunikasi dengan kedua anaknya. Tanggungjawab keluarga tetap keutamaan.

"Terima kasih risaukan kami, ayahanda." Segera Raito memeluk manja tubuh tegap ayahnya yang semakin tua. Walaupun rupa tidak berubah sedikit pun. Rambut merah dan hitam sentiasa beralun.

"Kamu anak ayahanda. Mestilah ayahanda risaukan kamu." Dakapan dibalas. Tersenyum Si Raja Bermata Merah melihat telatah anak bongsunya itu.

.
.
.
.
.

Dari satu ruang, ke ruang yang lain Zen tunjukkan keadaan di dalam pembetung. Walaupun sempit di bawah sana, tetap saja muat untuk separuh rakyat Asteria.

"Jadi? Apa hal mustahak sangat yang kau suruh aku tolong tu?" Shiki jongket kening . Selesai lawatan ke seluruh pelusuk pembetung, Shiki bawa, Kirito ke ruang tempat selalunya penduduk Asteria berkumpul.

Kirito angkat kepala. Seketika digaru kepalanya yang tak gatal.

"Ada aku cakap nak minta tolong kau ke tadi?" Polos soalan Kirito.

"Awal-awal tadi bukan ke....." Anak mata Shiki meruncing. Lantas dia bersilang tangan.

"Kau tengah menipu ke Kirito?" Soal Shiki apabila dapat menangkap wajah mengelat Kirito.

"Eh, mana ada. Tak tipu, tak tipu." Kirito geleng kepala.

"Kau tahu Kirito, kaulah satu-satunya syaitan yang tak reti menipu di mata aku. Cakap jujur sekarang." Ejek Shiki sambil mengelilingi tuannya.

"Aku tak tipu. Sungguh!" Tangan kanan Kirito naik sebagai tanda sumpah.

"Jujur je dengan aku. Aku tak marah."

Kirito hela nafas berat. Berat mulut berbicara, berat lagi hati ingin melepaskan. Gituw, perumpamaan baharu.

"Aku risaukan mereka." Ujar Kirito perlahan. Mata merahnya di lirikan kepada Yosuke, Kotaro dan Noaki yang sedang membantu orang di sekeliling mereka. Miyako, Ken dan Wisteria pula sedang bertungkus lumus merawat penduduk kampung yang tercedera. Asmodeus pula, berkat kuasanya. Dia mampu membantu untuk mengangkat barang-barang seperti kayu untuk membuat rumah.

"Risau?" Shiki menoleh ke belakang.

"Pertarungan sebelum ni, melawan seorang syaitan dibawa pemerintahan Raja Onxy, betul-betul buat nyawa aku hampir terputus. Sekali serangan, dorang dah cedera teruk. So, aku tak naklah pisang berbuah dua kali. Aku nak, kau tolong tengok-tengokkan mereka masa seludup masuk istana Asteria nanti. Takut-takut ada musuh yang menyerang. Buat masa ni mereka belum sekuat yang diceritakan lagi, jadi aku nak ambil langkah pencegahan awallah kiranya." Jujur Kirito bersama helaan nafas lemah.

"Ceritakan aku pasal pertarungan tu." Perintah Shiki.

"Haih, aku agak syaitan yang aku lawan hari tu salah satu general perang. Aku akui dia kuat. Dia cari Ken, mujur Asmodeus sempat halang. Tapi sayang, Asmodeus kalah teruk. Badan dia luka parah. Dari situ, satu per satu ahli kumpulan aku tumbang." Ringkasan cerita Kirito.

Shiki terangguk angguk, mendengar kisah perjalanan Kirito dan kawan kawannya ke Asteria.

"Sayang juga kau dengan dorang,ya? " Sinis Shiki.

"Dorang seperti bayangan 'mereka'. Aku tak sanggup nak biarkan sesiapa tercedera." Kirito tersengih. Mereka yang dimaksudkan adalah Raja Edgar dan seluruh sahabat-sahabatnya yang pernah Kirito kenali.

"Kan senang, macam ni. Kau jujur, kau senang. Syaitan tua macam kau dah tak layak nak menipu, tunggu ajal jelah datang menjemput. " Puji Shiki disertakan sedikit sindiran.

Kirito tersentak. Ada urat merah di kepala mendengar sindiran pedas dari sang naga.

"Kau ingat lagi tak pasal permata yang kau nak bagi Asteria dulu?" Soal Kirito yang menahan geram.

"Haah, ingat. Kenapa? Sampai sekarang aku tak jumpa. Mahal kut aku beli hari tu." Rungut Shiki.

"Sebenarnya, permata tu dah pecah. Aku baling dari tingkat 10 istana. Kiranya nak try ori ke tak ori. Maaf hari tu aku cakap, Ichiro yang buang. Teheee! " Jawab Kirito selamba sebelum beredar dari situ.

"Kau!"

"Aku syaitan tak reti menipu. Ciss, jangan tertipu duh."

Ketika malam menjelmakan diri. Ketika itulah sebuah rancangan di susun rapi. Dirangka terus dari Kirito dan digabungkan sekali dengan Yosuke.

"Jadi, faham?" Soal Yosuke.

Anak mata pelbagai warna yang tadinya fokus pada peta istana, beralih. Masing-masing mengangguk kepala.

"Ini bukan perang. Tapi penyeludupan. Jangan sesuka hati keluar dari tempat korang sebelum masanya. Kita tak tahu musuh sekuat mana." Ujar Kirito pula.

"Tapi, apa function Shiki dalam kumpulan ni?" Ken angkat tangan. Hairan dengan posisi naga tua itu.

Kirito melirikan matanya ke arah Shiki sebelum menghela nafas berat.

"Dia hanya memantau korang." Ujar Kirito.

"Pantau? Kenapa pantau? Aku dapat rasakan kekuatan yang kuat dalam diri dia! Kenapa sia-siakan kekuatan tu?" Bentak Oki yang mengambil alih tubuh Yosuke.

Shiki menoleh pantas ke arah Yosuke. Terkejut juga apabila suara lelaki itu berubah kasar dan dalam.

"Ada masa, kekuatan bukan segalanya dalam perang. Kumpulan penyeludupan ni pun dah ramai yang kuat kuat. Macam Lucas, dia ada kemahiran menghidu." Ujar Shiki tenang.

Lucas yang dikaitkan tersentak. Apa main panggil-panggil nama ni?

"Ken juga ada kemampuan yang sama!? Ke kau takut rahsia kau terbongkar." Provok Oki. Keinginan dia, mahu buktikan yang Shiki ada sesuatu. Namun jelas lagikan nyata. Shiki tahu muslihat itu.

Ken tatap Lucas. Dia tak tahu kemampuan lelaki itu. Apa lagi kuasanya.

"Oi, budak. Kau patut faham situasi. Bukan bandingkan kekuatan. Aku rasa kau dah tengok Kirito hari tu. Tak cukup lagi?" Kolar baju Yosuke dicengkam. Dalam renungan mata Shiki pada anak mata runcing milik Oki.

"Tsk," Decit Oki sebelum bertukar tempat dengan Yosuke.

Manakala yang lain hanya memerhati dengan diam pertengkaran kecil itu. Pelik.

"Better kita sudahkan perbincangan ni. Lagi pun tak lama lagi pukul 12 malam. Masa untuk gerakkan penyeludupan." Celah Kirito. Dia yang nak leraikan pertengkaran itu pun seram. Jarang Shiki marah.

Tiada bantahan diterima. Kesemua bersurai. Ken dan Wisteria bawa haluan masing-masing. Begitu juga dengan Miyako dan Kirito. Manakala Lucas pergi mencari si isteri yang tidak kelihatan sedari tadi. Asmodeus pergi keluar untuk mencari udara segar.

Shiki mendengus. Dia lantas beredar. Meninggalkan Yosuke yang baru tersedar.

"Halena." Panggil Lucas. Risau tak dapat terbendung dari riak wajahnya.

Seorang wanita berambut merah menoleh. Perut yang sedikit membukit terlihat dibalik kerudung yang dipakai. Halena tersenyum. Dia baru saja habis berbual dengan anak-anak kecil kelahiran Asteria.

"Sini." Sahut Halena.

"Jangan banyak bergerak tau. Risau aku dibuatnya. Sehari suntuk tak nampak kau." Tubuh genit Halena didakap.

"Saya tak pergi mana. Sini je dengan budak-budak." Sengih wanita bunting lembut.

"Bagus." Di kucup dahi Halena. Sayang betul dekat bini!

Halena kucup pipi suaminya. Manja.

"Saya dengar Kirito ada dekat sini. Mana dia?" Halena menoleh ke belakang Lucas. Mana tau ada Kirito.

"Ada sini. Kenapa, kau rindu aku?" Tegur Kirito. Di samping dia ada Miyako berdiri.

Halena menoleh ke belakang. Lelaki berambut separuh merah dan hitam ditatap.

"Kirito! Bila awak kahwin? Ni isteri awak ke?" Halena belek tubuh Miyako. Not bad! Cantik.

Kirito dan Miyako saling berpandangan. Terlihat rona merah di wajah gadis musang itu. Semakin lama semakin terang.

"Korang masih ingat perempuan yang cedera masa aku bawa masuk rumah hari tu?" Soal Kirito. Buat malu dia je kalau macam ni. Walhal suka!

Halena mengangguk perlahan.

"Dialah tu. Sekarang tinggal dengan aku." Sengih Kirito.

"Ouh... Hmmm.. Bukan isteri?" Soal Halena lagi.

"Bakal isteri." Seloroh Kirito.

"Kau biar betul bro?!" Sampuk Lucas pula.

"Hahaha... Tengoklah nanti." Kirito tertawa janggal.

Continue Reading

You'll Also Like

129K 539 6
" Korang jangan laa macam ni, husband ida ada tu kat atas"
34.4K 2.3K 67
Euku' Permata Iris merupakan seorang puteri mahkota di negara Landrya. Hidupnya tidak tumpah seperti seorang Cinderella. Permata di kurung dalam ista...
564K 37.2K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
268K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran