ZARA HELINA | C | ARS •8•

nisaamuttalib

816K 56.4K 3.7K

[ 8th Book in ARS ] BOOK 2 : GADIS BUDAK SETAN . Sinopsis di dalam . START : 15/06/2020 END : - 13/02/2021 Еще

ZARA HELINA | SINOPSIS
ZARA HELINA | PROLOG
ZH - 01
ZH - 02
ZH - 03
ZH - 04
ZH - 05
ZH - 06
ZH - 07
ZH - 08
ZH - 09
ZH - 10
ZH - 11
ZH - 12
ZH - 13
ZH - 14
ZH - 15
ZH - 16
ZH - 17
ZH - 18
ZH - 19
ZH - 20
ZH - 21
ZH - 22
ZH - 23
ZH - 24
ZH - 25
ZH - 26
ZH - 28
ZH - 29
ZH - 30
ZH - 31
ZH - 32
ZH - 33
ZH - 34
ZH - 35
ZH - 36
ZH - 37
ZH - 38
ZH - 39
ZH - 40
ZH - 41
ZH - 42
ZH - 43
ZH - 44
ZH - 45
ZH - 46
ZH - 47
ZH - 48
ZH - 49
ZH - 50
ZH - 51
ZH - 52
ZH - 53
ZH - 54
ZH - 55
ZH - 56
ZH - 57
ZH - 58
ZH - 59
ZH - 60
ZH - 61
ZH - 62
ZH - 63
ZH - 64
ZH - 65
ZH - 66
ZH - 67
ZH - 68
ZH - 69
ZH - 70

ZH - 27

8.9K 693 42
nisaamuttalib

Helina memandang sekeliling kawasan mansion itu sebelum dia bertindak memanjat tembok yang setinggi pokok mangga itu. Dia rasakan waktu ini sangat tepat untuk dia melarikan diri buat seketika. Dia cukup lama menyembunyikan diri dalam mansion tersebut. Sudah lama dia tidak beraksi.

"Kau lambat..." lelaki itu mendongak wajah. Kedua tangan dia yang berada di dalam poket di bawa keluar. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Helina di satu simpang berhampiran dengan mansion itu.

Helina tersengih. Dia meniup anak rambut yang hampir menutup matanya. "Kau fikir senang ke aku nak lepaskan diri dari penjara tu? Aku terpaksa gunakan kemahiran IT aku untuk hack cctv dalam rumah tu, kalau tak memang aku tak ada dekat sini sekarang ni"

Helina terus masuk ke dalam kereta Proton Wajah hitam itu. Dia mengibas wajah dengan tangan. Lelaki itu mencebik bibir, dia masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan.

"Bila kau lari diri dari jantan tu?" Soal Faris dalam nada dingin. Dia menekan pedal minyak meninggalkan kawasan mansion itu.

Helina tersenyum hambar. Bila difikirkan, memang dia banyak peluang untuk melarikan diri daripada cengkaman Qayyum. Tetapi, dia tidak mahu dan meneruskan hidup seperti hamba kepada lelaki itu.

"Sampai bila kau nak tubuh kau disakiti terus oleh dia? Kau tahu kan, kesilapan itu berpunca dari salah faham?"

Sungguh, Faris tidak mengerti dengan tindakan Helina yang sanggup menghambakan diri kepada lelaki tidak guna itu. Faris sudah acap kali menasihati kepada Helina, bahawa perbuatan dia ini sia-sia. Tidak bakal dimaafkan sampai bila-bila.

"Aku tahu...kau diam je...aku tahu apa yang aku tengah buat sekarang ni..." Helina berkata tegas. Dia membuang pandangan keluar tingkap.

Faris mengerling riak wajah Helina di sisi dia. Melihat wajah Helina yang bertukar sendu itu, membuatkan dia melepaskan keluhan lemah. Dia tahu, Helina sudah banyak memendam rasa selama ini. Waktu kanak-kanak dan remaja dia tidak seindah mana. Penuh dengan duka dan kekecewaan.
















Helina bersiul-siul kecil sambil menimbang-nimbang duit syiling di tangan dia. Baki pembelajaan dia di kedai runcit berbekalkan duit belanja yang diberi oleh atuknya. Helina tersenyum suka. Dia mengangkat tinggi plastik yang berisi aiskrim, roti dan beberapa jenis coklat di dalam itu.

Helina bukan jenis suka meminta-minta. Kerana sudah didik oleh Farhan Adham dan Zara Helina untuk hidup dalam kesederhanaan. Sering diingatkan, bahawa ada lagi orang di luar sana yang lebih susah dari mereka. Membuatkan Helina sentiasa memperingati diri sendiri.

Helina memasuki kawasan perumahan elit disitu. Dia berdiri di hadapan pintu gerbang sebuah rumah berwarna kelabu gelap dan terang itu. Dia berkerut kening melihat pintu pagar disitu terbuka, malah tiada pengawal yang menjaga rumah agam itu.

Dia membetulkan beg sekolahnya. Dia pulang lewat kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah. Maklumlah, dia merupakan pelajar PT3 yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Dia berhati-hati menyelinap masuk ke dalam rumah. Mata Helina terbeliak luas melihat beberapa lelaki memecah masuk ke rumah atuk dia. Helina menekup mulut melihat mereka memegang senjata.

Tiada seorang pun di rumah pada waktu itu. Adik-adik dia masih di sekolah kerana waktu persekolahan mereka pada sesi petang. Malah yang lain akan pulang pada pukul 6 petang mengikut waktu pejabat begitu juga dengan atuknya.

Helina memejam mata. Mengingati kembali kemahiran seni pertahankan diri yang dia belajar diam-diam bersama ibu bapa dia tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Kerana golongan perempuan tidak digalakkan memasuki dunia kegelapan keluarga itu.

Hanya lelaki sahaja. Tetapi Helina berbeza. Sedari kecil lagi, dia sudah mahir memegang pelbagai senjata dan seni mempertahan diri. Helina membuka beg sekolahnya. Dia diam-diam memasukkan isi peluru ke dalam sepucuk pistol yang sentiasa dia selit di pehanya. Dibawa kemana-mana sahaja.

Dia perlahan-lahan mendekati lima lelaki yang memakai topeng muka itu. Helina yakin, mereka bukan mahu mencuri sebaliknya ingin mencari sesuatu di dalam rumah atuknya. Helina mengacukan muncung pistol itu pada salah seorang lelaki itu.

Bang! Seorang lelaki rebah dengan tembakan di dada. Keempat lelaki itu berpaling, apabila rakan mereka rebah secara tiba-tiba. Helina tersenyum sinis seraya melambai tangan dia.

"Ops...sorry..." katanya dalam nada mengejek seraya mengoyangkan pistol di tangan dia.

Keempat lelaki itu menatap Helina tidak percaya. "BUDAK TAK GUNA!" salah seorang dari mereka bertindak ingin menembak Helina.

Tetapi gadis itu pantas mengelak serangan mengejut dari lelaki itu. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi kearah Helina. Helina menarik nafas mengah, menyorok diri di belakang tiang rumah sambil mulut dia terkumat-kamit menggira.

Bang! Seorang lagi lelaki rebah. Helina bersorak gembira melihat dahi lelaki itu berlubang kerana tembakan darinya. Dua rakan lelaki itu menjadi berang. Parang ditangan digenggam makin kemas.

"AKU BUNUH KAU BUDAK!" Jerit lelaki itu yang tidak dapat menerima kematian dua rakan dia serentak.

Seorang lagi mengempung Helina dari belakang. Mereka menyeringai hati melihat Helina terperangkap di ruang dapur. Tiada jalan keluar.

"Alang-alang tu, lebih baik aku bunuh kau sekali budak. Memudahkan kerja bos aku..." lelaki itu tertawa jahat.

Mereka kemari pun atas arahan dari seseorang yang menyuruh mereka berempat memecah masuk ke dalam rumah agam itu. Tetapi lain pula yang terjadi.

"Kau nak apa huh? Siapa bos kau?" Jerit Helina berani. Dia tiada cara lain, jika perlu membahayakan diri...dia sanggup demi keluarganya.

"Bos aku nak Qayyum. Mana lelaki tu?"

Helina tersenyum sinis. "Oh Qayyum...dia kat atas..." penuh selamba dia berkata membuatkan dua lelaki itu berpandangan sesama mereka.

Helina mengambil peluang itu dengan memanjat ke atas island table yang berada di tengah ruang dapur itu. Melepasi dua lelaki itu. Helina naik ke tingkat atas. Kebetulan pula, pintu bilik Qayyum terbuka. Helina membulatkan matanya.

"A-abang..." dia menjadi terkebil-kebil disitu. Wajah dia memerah apabila bertemu mata dengan Qayyum.

Qayyum memandang Helina dengan wajah hairannya. Namun, mata dia membulat luas melihat dua lelaki yang ingin menyerang Helina dari belakang.

"TEPI!"

Tubuh kecil Helina ditolak kasar oleh Qayyum. Helina rebah di atas lantai. Lelaki itu menikam pisau ke dada Qayyum. Tidak sempat Qayyum mengelak, kerana tindakan pantas lelaki bertopeng itu.

Helina membeliak mata melihat pisau yang terbenam di dada Qayyum. Darah membuak keluar. Qayyum memegang erat pisau yang terpacak di dada dia.

"PEREMPUAN KAU SINI!" jerit salah seorang lelaki bertopeng itu. Meluru ke arah Helina, namun kakinya dipaut kemas oleh Qayyum.

"J-jangan s-sentuh d-dia..." ujar Qayyum dalam nafas mengah.

Lelaki bertopeng itu menyepak kuat kepada Qayyum. Dia menjadi berang apabila dihalang oleh Qayyum. Mereka berdua bergelut. Qayyum berdiri dengan susah payah. Kesakitan di dada di tahan.

Mereka bergelut, Helina menjadi panik melihat tubub Qayyum semakin hampir dengan penghadang besi yang memisahkan tingkat bawah dan atas itu. Lelaki bertopeng itu tersenyum sinis.

"Mampus lah kau budak!" Jerit lelaki itu, seraya menolak kuat tubuh Qayyum jatuh ke tingkat bawah.

Helina menjerit kuat melihat tubuh Qayyum yang jatuh ke bawah. Dia bergegas berlari mendapatkan Qayyum. Dia menekup mulut melihat kepala Qayyum yang mula mengeluarkan darah.

Dua lelaki bertopeng itu tersenyum sinis. Serentak itu satu panggilan masuk. "Bos, kerja kami dah selesai. Aku dah buat apa yang kau suruh..."

"Bagus. Kau boleh pergi..."

Lelaki itu melarikan diri. Seseorang ditalian tersenyum sinis. Melihat rakaman cctv yang merakam adegan antara Helina dan Qayyum. Kelihatan jelas dan terang disitu, Helina yang menikam dan menolak Qayyum jatuh ke tingkat bawah.

"Aku akan pastikan, semua orang akan membenci kau perempuan..."

Di sisi lain, Helina menangis tersedu sedan sambil memangku kepala Qayyum. Pada waktu itu, semua ahli keluarga mereka pulang dan terkejut melihat keadaan Helina dan Qayyum. Mereka menjadi panik dan mengejarkan Qayyum ke hospital.

Helina memandang kosong tubuh kaku Qayyum yang dibawa masuk ke dalam bilik bedah. Wajah dia sangat kosong dan tiada seri disitu. Kedua tangan dia yang masih mempunyai kesan darah kering dipandangan tanpa perasaan.













"Dah jom..."

Helina tersentak apabila terdengar bunyi hempasan pintu. Ternyata dia sudah sampai di mansion rahsia dia. Memerhati Faris yang sudah berdiri di hadapan sambil berbual dengan beberapa anak buahnya yang menjaga kawasan mansion kedua dia itu.

Helina menyapi airmata yang jatuh ke pipi. Entah kenapa, dia kembali mengingati peristiwa itu. Peristiwa yang selama ini membuatkan dia sering dihurung rasa bersalah dan sering menyalahkan diri sendiri.

"Kau masuklah dulu. Aku nak pergi selesaikan masalah dekat black market kejap" ujar Faris sambil membetulkan anak rambut yang berterbangan di bawa angin.

Helina hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia menonong masuk ke dalam. Faris kembali memandu Proton Waja yang dia pinjam dari salah seorang anak buahnya untuk menjayakan misi penyamaran dia.

Sedar tak sedar, Helina sudah berada di dalam biliknya. Dia meraup wajah sambil melepaskan tawa kecilnya. Dia membuka sweater kelabu yang membalut tubuhnya sedari tadi. Apabila terpandang kesan berbirat di kaki dan badan, wajah dia kembali bertukar mendung.

Parut pada tubuh dia memiliki pelbagai cerita dan kesedihan yang dia simpan selama ini. Parut yang membuatkan dia sering mengalami mimpi ngeri pada setiap malam. Menyebabkan Helina sering mengelak untuk tidur malam pada waktu yang cukup lama.

Rantai leher dipegang. "Momma rindu anak-anak momma..." dia tersenyum nipis. Berharap, pada hari akan mendatang segalanya akan berubah.



































Maaf klu ade yg kurang 💔
Sis busy lately ni, sbb tu lama x update 🤧
Hopefully korang fhm knpe sis lme menyepi lately ni huhu...

Продолжить чтение

Вам также понравится

TUANKU DAEEN MATEEN (COMPLETED) poppy's

Любовные романы

575K 22K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
DETIK BAHAGIA KITA 🦋

Любовные романы

113K 10.5K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
C | Miss Flower ןɭ

Любовные романы

676K 24.7K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...
CINTA UNTUK KANDA SAI

Любовные романы

66.5K 3.1K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...