Tolong Jagakan Dia

By mrssakeena

286K 15K 814

( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Di... More

prolog
C A S T
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
part 29
part 30
part 31
part 32
part 33
part 34
part 35
part 36
part 37
part 38
part 39
part 40
part 41
part 42
part 43
part 44
part 46
part 47
part 48
part 49
part 50
part 51
part 52
part 53
part 54
part 55
part 56
part 57
part 58
part 59
part 60
part 61
part 62
part 63
part 64
epilog
♡ special chapter 1 ♡
♡ special chapter 2 ♡
♡ special chapter 3 ♡
♡ special chapter 4 ♡
ᴄᴛᴡᴍꜱ☕
🏆ᴀᴄʜɪᴇᴠᴇᴍᴇɴᴛꜱ🏆
♡ special chapter : puasa ♡
♡ special chapter : raya ♡

part 45

3.9K 185 10
By mrssakeena

"Sudah-sudahlah tu intip saya. Tak payahlah nak sibuk dah dalam hal saya. Saya tak ada kena mengena dengan awak pun kan?" soal aku marah. Geram dengan sikap selamba mamat tempeh goreng ini. Semalam cakap lain, hari ini tiba-tiba baik semacam dah kenapa.

Darren tersenyum senget.

"Tak ada kena mengena kau cakap? Kita akan berkahwin lagi dua bulan! Itu yang kau kata tak ada kena mengena?"

What the fish-?

Aku rasa macam nak pengsan! Jantungnya bagaikan nak meletup mendengar ayatnya. Nak kahwin lagi dua bulan? Sah! Memang sah. Mamat ni dah gila!

Tiba-tiba datang sini, dan cakap kami akan berkahwin lagi dua bulan? Oh my Allah!

Apa yang dah merasuk mamat ni? 

"Siapa pula yang nak kahwin dengan awak tu ya? Suka eh cakap benda yang merepek," balas aku tanpa riak. Padahal dalam hati sudah berdegup sakan. Entah apa kenalah dengan mamat ini. Kahwin? Dengan dia? Impossible! Cannot brain betul. Semalam cakap dah tak sayang aku.

Merepek. Sangat merepek. Ini semua tak masuk dek akal.

"Merepek apanya? Betul lah. Kau kena kahwin dengan aku!" tegas Darren.  Wajahnya dingin.

Aku dah semakin pening sekarang ini. Apa cerita sekarang ni? Semalam cakap lain, hari ni cakap lain pula. Darren ada masalah dalaman ke apa? Fikiran bercelaru? Dah lupa ke apa yang dia cakap dekat aku semalam? Serabut kepala otak aku macam ni.

"Nak kahwin macam mana kalau awak tu tak ingat saya. Lagi pun awak tak sayangkan saya, tak cintakan saya dah kan? So, samalah macam saya. Jadi, tak ada guna kita kahwin," terangku satu nafas.

Eh!

Aku dah tak sayang dan dah tak cintakan dia?

Yes!

Sejak semalam semuanya berubah. Dia dah buang aku, jadi aku pun kena buang dia. Easy to say but so hard to handle it. Huh.

Senyuman sinis yang terukir dibibir Darren itu membuatkan aku panas hati.

Hah, itu sajalah kerja mamat ni pun.  Menyakitkan hati orang saja. Adalah tu dia fikir macam-macam. Cubalah senyum tu ikhlas sikit. Barulah aku tergoda dan terpikat dengannya.

Eh? Ehem, cakap dengan cermin rupanya aku ini.

"Siapa cakap aku tak kenal kau?  Kau Nurul Insyirah Delysha budak kampung yang sengal. Atau lebih dikenali sebagai Syira tembam? Am I right, my sweetheart?" Darren tersenyum sinis.

Aku terlopong. Bibir diketap rapat. Tidak percaya.

Apa? Syira tembam? Itu bukan ke panggilan aku masa dekat kampung dulu... Ah, aku dah agak dah dia kenal aku.

Dua tahun yang lepas pun aku dah tahu yang Darren aka Shah celup ini merupakan kawan pondok-pondok aku dulu. Anak arwah pak cik Hadi. Bukan anak Tengku Malik.

Kiranya Darren ini anak angkat Tengku Malik dan Tengku Sheila sahajalah. Tapi aku tak sangka, dia pun kenal aku juga. Dan kami rupanya sudah kenal lama. Wah, satu peluang yang baik.

Eh, peluang apanya? Nak goda dia? Eeww, please. Tak hingin!

Memang tak akan okay!

"Walaupun awak dah kenal saya, dah ingat saya... tapi perasaan tak boleh dipaksa. Kita sama-sama dah tak suka antara satu sama lain."

Ceh! Tak suka satu sama lain konon. Padahal sayang separuh nyawa dekat orang tu. Eleh.

"Jadi, buat apa nak teruskan perkahwinan ini lagi?" sambungku lagi.Mata mencerlung ke arahnya. Ingikan jawapan.

Darren turut merenungku sebelum dia tersenyum nakal. Bibirnya digigit lembut.

"Tak suka satu sama lain apanya kalau kau masih cari aku? Dua tahun dah Delysha. Dua tahun masa berlalu. Kau cari aku jugakan? Kiranya kau masih cintakan aku sama macam dua tahun lepas yang kita kenal. Kau tak boleh tipu aku, sayang." Darren senyum nakal.

Aku dah menudukkan wajah. Sayang?

Dah lama dia tak panggil aku macam itu. Bila panggilan itu kembali menitip bibirnya, pipiku memerah tanpa sedar. Ah, macam mana aku boleh cair ni! Hish, tak guna punya Darren. Dia main kasar ya? Main dengan ayat berbunga-bunga dia tu pula. Darren memang pandai beli jiwa. Ketuk kepala nanti baru tahu.

Sekejap, nak menyorok dekat mana ya? Malunya! Aaaa, kantoi sudah dengan Darren.

Erm. Bibirku digigit sambil tangan diramas kasar.
Darren yang melihat, menahan senyuman yang ingin terbentuk. Dia tahu aku tengah tak senang duduk sekarang. Kalau ya pun, janganlah goda dia. Dah kenapa gigit bibir tu? Haish sabar.

"Eh, itu hal semalam dan dua tahun yang lepas. Tapi sejak apa yang awak cakap dekat saya semalam, saya dah cuba lupakan awak dan saya telah pun berjaya lupakan awak. Hari ni, saya dah pun hilang perasaan dekat awak. Faham tak ni?" Tajam mataku memanah wajahnya.

Weh, apa aku merepek ini gila? Entah macam tak logik saja apa yang aku katakan itu. Tapi okay lah. Aku tak nak dia buat andaian yang memandai macam tu. Dia yang buat-buat tak kenal aku semalam, dia yang sakitkan hati aku semalam, dia yang lukakan hati aku semalam. Bukan aku, humph!

Hari ni tiba-tiba pula muncul semula depan aku. Nak kahwin dengan aku pula tu. Entah kenapa aku rasa Darren ni annoying.

"Eh, senangnya kau move on macam tu je. Aku pun try hard  nak lupakan kau tapi tak boleh, inikan pula kau yang baru semalam aku cakap macam tu..."

Aku tersedak air liur.

" ... lagi pun aku tak adalah macam kau.  Cengeng. Aku baru je nak marah kau sikit, nak jual mahal sikit, nak bagi pengajaran sikit dekat kau, kau dah nangis macam semalam. Tak sampai hati pula aku nak halau kau atau nak tengking kau tau! Aku baru nak cadang nak buat lebih dari tu." Darren mencebik tidak berpuas hati.

Aku merenungnya tajam. Apa ni! Cakap main lepas sahaja. Ish ada hati pula tu nak kenakan aku. Beranilah dia nak buat aku begitu, memang aku tak nak jumpa dia dah humph! 

Wait... dia cakap apa tadi? Dia pun try hard nak lupakan aku dan ternyata tak boleh? Maknanya aku tak tepuk sebelah tangan kan?

Darren masih cintakan aku? Dia masih ada perasaan pada aku, sama seperti dulu

Baru sahaja senyuman ingin terbentuk, Darren terlebih dahulu menegur.

"Tak payah nak senyum sangatlah. Itu pun kau ni teruk tahu tak? Apalah kau ni. Dah dua tahun baru terhegeh-hegeh nak cari aku balik, nak terangkan semuanya,  nak betulkan semua yang terjadi antara kita. Aku tunggu kau lama tahu tak?"

Amboi, marahnya dia. Jangan marah macam tu, tergoda nanti abe Darren. Ahaks!

Aku tersengih mendengar dia membebel. Dia tunggu akulah. Ahaks! Ni yang cair ni tau. 

"Eleh. Awak pun apa kurangnya. Lama jugak saya lari, awak baru nak cari saya masa tu. Saya baru acah marah awak sikit, awak dah give up dengan saya macam tu je. Itu pun beria merajuk sampai ke negara orang ni hah. Lama betul dia merajuk. Cakap orang je eh! Eeee, tak tahu malu betul dia ni!" Bahunya aku tepuk perlahan. Bibir mengulum senyuman mengejek.

Darren tersenyum lebar. ' My Delysha is back!' bisik hatinya.

"Kiranya kau sudilah terima aku?" 

Aku terdiam. Aduh, dia ni tak sweet langsunglah. Bagi aku malu adalah. Teringin jugalah nak dia melamar aku lagi sekali macam dulu. Tapi erm hampeh.

Tapi bagi aku, apa yang keluar dari mulut dia, semuanya manis. Dulu waktu kecil suka tanam pokok tebu banyak sangat dekat bibir tu ke macam mana? Eh, tanam pokok tebu pun belum tentu manis sangat. Ini mesti Darren tertelan lori gula ini.

"Saya tak cakap yang saya sudi terima awak semula. Lagi pun saya dekat sini tak lama. Saya dah nak balik Malaysia dah lagi beberapa hari."

Sengaja aku bermain tarik tali dengannya. Nak tengok riaksi dia sahaja. And yes, wajah Darren terus berubah sedih dan kecewa. Ahaks, aku cakap saja. Bukannya nak buat betul-betul pun.

"Ala, kau janganlah balik lagi. Kau mana boleh balik!"

"Lagi pun siapa bagi kebenaran kau balik? Aku ni bakal suami kau tahu tak? Tak boleh, tak boleh. Kau tak boleh balik tanpa aku!" Tegas Darren. Wajahnya sudah tidak seceria tadi. Tegang semacam. Dan semakin melebarlah senyuman aku. Namun, aku tahan secepat yang mungkin. Ah, tak nak kantoi.

Dalam diam aku tersenyum. Sumpah aku rindu perangai dia yang macam ni. Manja, gedik-gedik dengan aku. Eeei sumpah comel!

"Awak, macam mana kita nak kahwin kalau awak dekat sini tapi saya dekat Malaysia? Saya tak nak kahwin dekat negera orang ni. Tak best!"

Aku mengusik. Darren kembali mengukir senyuman apabila faham yang aku kenakan dia sahaja tadi. Tiba-tiba sahaja pipi tembam aku ditarik olehnya dengan perlahan.

"Hey apa ni? Tarik-tarik pipi orang pula! Bukan muhrim lah," marah aku. Pipi yang dia tarik tadi aku gosok dengan telapak tangan. Tangan dahlah kasar. Humph!

"Padan muka. Siapa suruh takutkan aku tadi. Kalau tahu haram, jom aku halalkan. Kau sudi kan nak kahwin dengan aku?" soal Darren sekali lagi. Dia memandang aku dengan pandangan ikhlas. Kenapa aku rasa suara dia tu macam baby huh? Comel sangat! Lembut je... cute-cute gitu.

"Ya... ya. Saya kahwin dengan awak. Kang kalau saya tak terima awak, tak ada siapa pulak yang nak dekat awak kan? Yelah, awak tu dahlah tak berapa nak kacak sangat. Tak macam Henry Cavill. Nanti membujanglah sampai ke tua." Aku menyakatnya. Darren mencebik tidak berpuas hati. Sakit hati mendengar nama lelaki lain meniti di mulut aku.

"Tak ada siapa nak dekat aku apanya? Muka handsome macam aku ni ramai je yang nak. Bukan macam kau tu. Apasal tak kahwin-kahwin lagi huh? Dah dua tahun dah masa berlalu. Ke kau tunggu aku?"

Mata bertentang mata. Kini aku pula yang mencebik bibir.

"Saya nak kahwin macam mana kalau jodoh saya ada dekat sini. Tengah merajuk ni hah. Perangai mengalahkan baby. Manja sangat." Darren pula yang senyum. Aku juga turut tersenyum melihat dia senyum.

"Delysha..." panggil Darren meleret.

"Ya?"

Darren merenungku tidak lepas. Pandangan yang cukup ikhlas bagi aku.  Pandangan yang sarat dengan rasa cinta.

"Aku tunggu kau lama tahu tak? Kenapalah kau baru nak cari aku." 

Dia buat muka sedih plus comel dia itu. Halah-halah, ini yang buat aku rasa nak gigit-gigit ini. Geram!

So stop la being so freaking cute! Tiber.

"Alaa sorry lah. Eh tapi awak jangan nak salahkan saya seorang je eh? Dah awak tu yang merajuk. Awak baru pujuk saya sekali, dah give up macam tu je. Saya pula yang kena cari awak. Jauh pula tu merajuknya. Nasib sayang," protesku. Bibirku mencebik manja.

Darren sengih tayang giginya yang putih itu.

"Mana aku tahu yang kau tu tengah marahkan aku. Aku ingatkan kau dah tak sayangkan aku.  Dah ada pengganti. Sebab tu la aku terima tawaran papa aku ke sini. Tapi sayang jugak kan kau dengan aku? Sampai sanggup datang sini cari aku."

Darren pula yang nak usik aku ni... ermm, apa yang aku nak goreng ni?

"Mestilah saya sayang. Dah Shah celup saya kan! Nak Shah celup ke nak Darren poyo?" Aku gelak melihat wajahnya yang menyampah dengan soalanku.

Darren mencebik. Nakalnya dia ni!

"Aku tak nak Shah celup, aku tak nak Darren poyo. Aku nak kau panggil aku abang atau hubby. Sebab lagi dua bulan kita akan bernikah. Dan kau tanggungjawab aku dari hujung rambut sampai hujung kaki."

Aku rasa macam nak pitam. Lagi-lagi melihat senyuman dibibirnya yang manis ditayangkan buatku.

Kenapa dia nak berayat manis pulak ni? Dari tadi lagi buat jiwa aku meronta-ronta. Bikin gue cair aja sih kayak gini mas.

"Dengan kau punya tu... sekali aku punya!" Matanya ralik merenung bibir aku yang merah dan merekah dengan senyuman nakal.

Dengan pantas aku menutup bibirku dengan telapak tangan yang dijamah oleh matanya. Aku rasa macam nak tumbuk orang pulak sekarang!

"Darren! Eeei gatalnya awak ni!" Dadanya aku pukul kuat. Nakal sungguh!

Darren tersengih-sengih. Nak usik sikit pun tak boleh. Garang sangat bakal bini aku ni.

Jujur Darren katakan, dia bahagia sekarang. Alhamdulilah semuanya hampir selesai.

"Aku cintakan kau." Melihat pipiku yang memerah mendengar ucapannya, membuatkan Darren mengukir senyuman.

"Ya saya tahu awak cintakan saya. Saya lagi lagi lagi cintakan awak hehehe." Aku tersengih tidak bersalah. Melihat Darren yang sudah melepaskan tawanya, aku dengan pantas menutup muka dengan tangan. Aaaa malu pula tiba-tiba!

"My future wife is sho cute. I can't."

"Diamlah sayang!" Aku menjarakkan diri. Tak nak kawan Darren. Huwa malu.

Zara yang memerhati dari jauh juga turut tersenyum. Dia sudah beli apa yang kawannya itu mahukan tetapi batang hidung masih tidak kelihatan dari tadi. Jadi pun dia datang ke taman untuk melihat Delysha. Risau apa-apa terjadi pada kawannya. Tetapi Zara tidak sangka Darren turut ada sekali. Dia suka tengok mereka kembali bersatu seperti dulu.

'Aku harap jodoh korang berdua kuat. Tak sabar nak tengok anak korang nanti. Mesti comel.'  Zara tersenyum seorang diri. Tak sia-sia dia ikut Delysha ke sini. Akhirnya kawan baiknya sudah mendapatkan kembali apa yang dia cari.

****

Nak vote dulu baru sis update bab baru. Hohohoho.

Happy November! 🎀 Yeay, siapa yang lahir bukan November ni, sis nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY!!♥️ may Allah bless you guys.🧚

Open promote:

1.  Aku, Dia dan Ferrero Rocher by nrullfatini

2. Moon Quotes :

3. Depression :
                    4. Fakta ke Auta  :  by sarangcorncom

Continue Reading

You'll Also Like

87.2K 2.3K 81
Adryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwataka...
25.5K 1K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
1.9K 437 22
[ A S H O R T W E R E W O L F S T O R Y B Y : T H E H A K X N N ] @TheHakXnn ↭↭ #10 bab pertama mengenai Amanda dan Idham.. citer ni nub weiii...
3M 267K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...