π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

seventeen

614 91 37
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jang Yiseo..." suara Jimin memanggil nama aku lembut.

Aku yang sedang duduk sambil memeluk kedua dua belah lutut erat itu langsung tida memandang ke arahnya. Tubuh aku sudah pun menggeletar dahsyat.

"Jang Yiseo , kau dah selamat. Semuanya dah okay..."

Perlahan lahan aku mengangkat wajah ke atas dan menatap wajah Jimin yang sudah pun lebam dan luka akibat dibelasah oleh mereka yang lain sebentar tadi.

Tatkala aku membalas pandangannya , pantas sahaja lelaki itu mengukirkan senyuman manisnya kepada aku membuatkan empangan air mata di tubir mata aku akhirnya pecah berderai.

Air mata aku mengalir deras membasahi pipi.

Sesekali , mereka yang lain yang berada jauh daripada aku dan Jimin yang telah pun ditangkap oleh beberapa anggota polis itu menarik perhatian aku. Bibir aku pantas sahaja dikemam rapat.

"Ji-Jimin..."

Aku kembali menundukkan semula wajah aku ke bawah. Tubuh aku dipeluk dan dikecilkan semula kerana rasa malu sangat sangat apabila Jimin melihat aku dalam keadaan yang cukup menyedihkan ini.

Tubuh aku pula masih tidak henti daripada menggigil ketakutan. Sungguh , aku takut sangat sangat dengan apa yang baru sahaja menimpa aku sebentar tadi sehingga aku rasa macam nak mati.

Pantas sahaja Jimin menanggalkan blazer uniform sekolah yang tersarung di tubuhnya itu lalu blazer tersebut disarungkan di bahu aku. Perlahan tangannya menutup sedikit tubuh aku yang terdedah.

"Ji-Jimin..."

Aku mengeluarkan tangan kecil ku dan cuba untuk mencapai lengannya. Namun ketika itu , tangan aku tak henti henti berketar sehingga membuatkan aku tak mampu ingin memegang lengannya.

Dia yang sedang menyaksikan perbuatan aku itu , terus mencapai tangan aku dan menggenggam tangan aku erat. Kedua dua belah tangan aku dipegangnya erat.

Hangatnya tangan Jimin....

Perlahan lahan aku dongakkan wajah ke atas semula dan menatap wajah Jimin yang sedang menguntumkan senyuman manis dan lebarnya kepada aku.

"Kau tak perlu takut. Aku ada di sini , Jang Yiseo"

Sebaik sahaja berkata begitu kepada aku , dia terus menarik tubuh kecil aku masuk ke dalam dakapan hangatnya. Di saat wajah aku dibenamkan di dadanya , dia mula mengusap rambut aku lembut.

"Aku tau kau masih takut. Jadi , kalau kau nak menangis , menangis lah. Aku sedia ada di sini untuk pinjamkan bahu aku pada kau"

Mendengarkan sahaja apa yang baru sahaja Jimin luahkan kepada aku itu , aku terus memejam mata rapat dan menangis teresak esak pada dadanya. Tangisan aku kedengaran begitu kuat sekali.

Walaupun kemeja sekolah bahagian dadanya itu sudah pun basah dek kerana air mata aku yang tidak henti henti mengalir membasahi pipi , namun dibiarkan sahaja olehnya. Rambut aku diusapnya lembut.

"Aku ada di sini , Jang Yiseo...."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Ke-kenapa kau bawak aku ke sini ?" soal aku perlahan tatkala menyedari yang Jimin kini sudah pun bawa aku ke rumah condonya.

Puan Park dan Encik Park kedua duanya sedang sibuk bekerja di pejabat , jadi mereka masih belum pulang ke rumah lagi. Hanya ada Jimin sahaja dia rumahnya memandangkan Jimin merupakan anak tunggal dalam Keluarga Park.

Aku memerhatikan sahaja Jimin yang kini menghampiri aku sambil membawa dua cawan yang berisi air coklat panas. Satu diberikan kepada aku manakala satu lagi untuknya.

Dia terus duduk di hadapan aku. Kini , aku dan dia berada di ruang tamu rumahnya. Selepas sahaja menjelaskan situasi kepada pegawai polis , Jimin terus bawa aku ke sini.

Sebenarnya aku masih takut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Dan kini pulak , setelah apa yang baru sahaja menimpa aku , aku agak takut berduaan dengan Jimin walaupun dia merupakan kawan baik aku sendiri.

"Dekat ruma kau takde orang jadi aku bawak kau ke sini" balas Jimin tenang.

"Jadi , kenapa ?" aku menatap wajahnya tegas.

Kalau aku tahu Jimin sekarang tengah berniat jahat terhadap aku , memang aku nak lari terus daripada tempat ini. Dan tidak mahu lagi jejakkan kaki ke sini.

"Aku rasa dalam situasi macam ni , kau macam perlukan seseorang. Dan aku berharap... kau benarkan aku untuk jadi 'seseorang' tu"

Aku tergamam.

"Kau minum lah dulu air ni dan tenangkan diri kau tu" balas Jimin sambil menatap ke arah cawan berisi air coklat yang berada di hadapan aku itu.

"Kau tahu kan bilik aku kat mana ?" dia menatap wajah aku semula. "Nanti kau pergi bilik aku dan bersihkan diri kau. Aku takde baju perempuan tapi mungkin kau boleh pinjam hoodie aku dulu buat sementara ni ?"

Aku hanya berdiam diri sahaja tatkala mendengar apa yang Jimin katakan kepada aku. Lagipun , pakaian uniform sekolah aku sudah pun koyak rabak selepas ditanggalkan secara paksa oleh mereka tadi.

"Kalau ada apa apa ke nanti , kau bagitahu aku. Aku... nak pergi dapur sekejap dan bagi ruang dekat kau"

Pantas Jimin bangkit daripada duduknya dan mula memusingkan tubuhnya ke belakang. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi meninggalkan aku , langkahnya terus terhenti tatkala aku memanggilnya.

"Park Jimin"

Dia memusingkan semula kepalanya ke belakang bagi memandang ke arah aku. Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku dan menatap wajahnya lembut.

"K-kau... call polis ke sebelum selamatkan aku tadi ?"

Dia hanya diam. Langsung tidak membalas apa apa.

Aku tundukkan semula wajah ke bawah dan tersenyum tawar. "Gumawo"

Sebaik sahaja mendengar aku berkata begitu , Jimin terus pergi meninggalkan aku di ruang tamu tersebut. Pantas sahaja dia mengorak langkah menuju ke arah dapur.

Jauh di dalam sudut hatinya , dia agak terkejut mendengar soalan yang ditujukan aku kepadanya. Kerana , bukan Jimin yang menelefon polis ke tempat kejadian.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma dengan appa kau tak balik lagi ke ?" soal aku perlahan kepada Jimin yang kini mula mengambil tempat di sebelah aku.

Hari sudah pun gelap. Dan aku masih berada di rumah condi Jimin. Aku dan Jimin pula kini sedang menonton televisyen di ruang tamu selepas sahaja menikmati makanan yang ditempah Jimin secara online tadi.

"Kenapa ? Kau nak balik dah ke ?" perlahan aku menggeleng.

"Kalau kau tak kisah... bo-boleh tak aku nak tumpang bermalam di sini ?" aku terus tundukkan pandangan.

Sejujurnya , aku agak janggal bersama dengan Jimin ketika ini. Sudah lah dia baru sahaja mengajak aku untuk putus kawan balik sahaja sekolah tadi tapi sekarang dia layan aku dengan baik sekali.

Jimin hanya memandang sahaja wajah aku yang tidak memandangnya itu. Dia tidak membalas apa apa hanya mendiamkan dirinya sahaja. Entah aku tak tahu jawapannya ketika ini adalah ya atau tidak.

"Ka-kalau kau tak benarkan , aku bo--"

Kata kata aku tergantung tatkala dia menarik kepala aku laju dan daratkannya di atas bahunya lembut. Mata aku membulat besar kerana terkejut dengan apa yang dia lakukan.

"Mata kau dah merah tu. Kalau kau ngantuk , tidur jelah"

Aku tergamam.

Jimin hanya memandang sahaja skrin televisyen yang berada di hadapan kami itu tenang. Seolah olah apa yang berlaku di antara aku dan dia ini langsung tidak memberi kesan kepadanya.

Dan kenapa pulak jantung aku berdegup laju ?

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Yiseo , dah pukul dua belas--"

Kata kata Jimin tergantung tatkala menyedari Yiseo yang sudah pun terlelap di bahunya itu. Dia terdiam buat seketika sebelum menguntumkan senyuman nipis di wajanya.

Rambut gadis itu diusapnya perlahan. "Mesti kau hadapi banyak kesukaran dalam hidup kau"

Keluhan berat dilepaskan. "Maafkan aku , Yiseo. Aku terlalu terburu buru buat keputusan untuk tinggalkan kau sedangkan aku tahu , kau sangat sangat perlukan seseorang dalam hidup kau"

Tubuh gadis itu ditariknya lembut sebelum dia mula mengangkat Yiseo secara bridal style. Pantas sahaja tubuh kecil gadis itu dibawa menuju ke arah bilik tidurnya itu.

Mungkin malam ini dia terpaksa tidur di ruang tamu memandangkan Yiseo akan menggunakan bilik tidurnya untuk bermalam di rumahnya pada malam itu. Namun sedikitpun , Park Jimin tak kisah.

Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya , tubuh gadis itu perlahan lahan diletakkan di atas katilnya. Selimut tebal itu ditarik perlahan sebelum dia mula menyelimuti tubuh gadis itu.

Dia mula berdiri tegak di sisi katil sambil memerhatikan setiap inci wajah gadis bertubuh kecil yang bernama Jang Yiseo itu. Perlahan lahan senyumannya terukir di wajahnya.

Entah kenapa dia teringatkan semula memori pertama kali dia bertemu dengan gadis itu di sekolah.

Perlahan lahan Jimin mula mengambil tempat di atas katil bersebelahan dengan tubuh Yiseo yang sedang terlelap di atas katil itu. Tangan gadis itu digenggamnya erat.

"Kau ingat tak pertama kali kita jumpa , Yiseo ?" Jimin ketawa kecil.

Insiden memalukan di mana Jimin tersalah masuk tandas perempuan kerana waktu itu dia terlalu kabut ingin melepaskan hajatnya di tandas dan entah macam mana boleh tersilap masuk tandas.

Kebetulan pulak , pada waktu itu hanya ada Yiseo seorang sahaja yang ada di dalam tandas perempuan ketika itu. Disebabkan terkejut gila bapak punya pasal , tak sempat Jimin nak keluar , dia sudah pun masuk ke dalam kubikel kerana tak tahan sangat.

Boleh pulak waktu dia masuk kubikel tu , ramai pulak senior perempuan yang lain masuk ke dalam tandas lepastu melepak.

Entah apa yang difikirkan Yiseo ketika itu , boleh pulak dia berlagak seperti seorang penyelamat dan cuba untuk cover line demi Jimin yang dia sendiri tak kenal tu.

Memang terasa lucu bila diingatkan semula Jimin yang suara garau itu terpaksa melunakkan suaranya ketika ada pelajar lain yang mengetuk pintu kubikel untuk bertanya sama ada dia lama lagi atau tidak di dalam.

Dan disebabkan kejadian itulah , mereka mula bersahabat sehingga sekarang.

"Kau percaya tentang jatuh cinta pada pandang pertama ?" Jimin tersenyum sehingga menampakkan eye-smilenya.

Seolah olah sepeti ketika itu dia sedang berbual mesra bersama dengan Yiseo sedangkan gadis itu sudah pun terlelap di atas katilnya sendiri.

"Aku rasa waktu pertama kali kita berjumpa tu , aku dah fall dekat kau. Lepas nampak kau senyum lebar dan manis dekat aku" Jimin menatap wajah Yiseo.

Pandangan kasih sayang dan tidak mahu melepaskan satu satunya gadis yang dicintainya itu dia berikan kepada Yiseo yang sedang tertidur itu.

"Jujur lah aku cakap , waktu aku ada keberanian nak confess dekat kau dan bila aku dapat tahu pada hari yang sama jugak kau sudah pun bercinta dengan Jungkook , hati aku sedikit terluka"

Jimin tersenyum tawar.

"Tapi siapalah aku untuk pentingkan diri sendiri , bukan ? Sebagai sahabat , aku mampu tengok kau bahagia sahaja dengan pilihan kau walaupun aku sendiri terluka"

Sesungguhnya , hati Jimin betul betul terluka.

"Maafkan aku , sebab sakitkan hati kau tadi. Aku tak berniat untuk buat semua tu. Aku cuma terlalu... kecewa"

Pipi Yiseo diusapnya perlahan.

"Aku janji takkan tinggalkan kau seperti orang lain yang pernah tinggalkan kau , Jang Yiseo" senyumannya terukir.

"Sebab aku ikhlas cintakan kau"

Sebaik sahaja berkata begitu , Jimin mula bangkit daripada duduknya dan menghampiri Yiseo. Kepala gadis itu disentuh perlahan sebelum dikucupnya lembut dahi Yiseo.

"Goodnight , my love"enyuman manis Jimin berikan sebelum dia mula melangkah pergi meninggalkan Yiseo.

Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat oleh Jimin , perlahan lahan kelopak mata milik Yiseo terbuka.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

610 207 8
Tiada lagi senyuman kotak dibibir manis itu, membuatkan semua orang disekelilingnya buntu. "Kenapa dia sudah tidak senyum seperti dahulu?" Β©cover: @...
149K 16.9K 22
Bacalah sendiri. Aku terlalu malas nak menaip description. Start: 30 Jan 2017 End: 12 feb 2017 + cerita ni idea saya sendiri. Don't copycat + β“’ Jeonl...
214K 9.2K 83
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
24.9K 3.3K 33
"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like...