Muzika Melodia

By Merci_Misha

490K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎84💎

3.6K 354 15
By Merci_Misha

Tiada lagi daun yang gugur di Music Autumn kerana musim sejuk bersalji telah pun tiba. Dedaun luruh yang membanjiri lantai sudah pun dibersihkan oleh petugas yang bertugas. Kini, duduknya kami sekumpulan sambil memegang sehelai kertas.

Imbas semula.

"Siapa tak dapat top 20, kena buang dari group."

"Itu ganas sangatlah, Olivia."

"So, awak nak apa Justin?"

"Apa kata, siapa yang tak dapat top 20 kena pakai pakaian yang berlawanan jantina sewaktu party akhir tahun nanti?" Saran Justin dengan sengihan.

Talha segera menggeleng laju dan membuat bentuk 'X' menggunakan tangannya yang disilangkan. "Saya tak setuju dan perkara itu haram."

"Haih, habistu?" Semua sudah mengalah dengan pertandingan yang tidak rasmi ini. "Tuan puteri, awak ada cadangan?" Soal Lydia pada aku.

Aku berdiam diri seketika dan membiarkan mindaku ligat berfikir. Tidak lama kemudian, satu idea bernas muncul dalam fikiranku.

"Apa kata kita...."

Tamat imbasan semula.

"Saya tak nak buat lawak atas pentas! Saya dahlah tak pandai melawak!" Mayu sudah seperti ingin menangis.

Reuben menoleh pantas ke arah teman wanitanya itu. "Kenapa? Awak tak dapat top 20 ke?" Soalnya risau.

"Manalah saya tahu! Saya tak tengok lagi." Balas Mayu sambil mengelap air mata yang sedikit lagi bakal mencurah keluar. Reuben mengeluh lega kerana perkara yang dirisaukan belum berlaku lagi.

Kami semua berdiam diri seraya merenung satu sama lain. Tangan yang memegang kertas sudah mula bergerak-gerak.

"Satu, dua, tiga!" 

Sebaik sahaja Justin menghabiskan kiraannya, kertas yang dipegang kami itu dipusingkan ke arah kami. Sebenarnya, tiada seorang pun daripada kami yang sempat melihat keputusan sendiri memandangkan semuanya tergesa-gesa menuju ke Music Autumn.

"Alhamdulillah. Aku top ten." Talha bersuara terlebih dahulu. Jelas kelegaan terserlah pada wajahnya.

"Oho, top five." Tutur Justin sambil tersenyum senget. Talha mengerling tajam ke arah Justin kerana gaya percakapan Justin itu seperti ingin mengejeknya yang kebetulannya sama umur.

Olivia menggigit bibir seraya melirik takut ke arah kami yang memandangnya. "Fuh, saya dapat nombor 9." Ujarnya perlahan. Sungguh, dia agak bersyukur oleh sebab dia seorang sahaja pelajar tahun tiga di sini.

"Nombor empat, yes!" Kata-kata Lydia itu membuatkan kami semua terkejut. Gadis ini, biar betul?

"Betul?!" Tanya Faron, tidak percaya.

Lydia mencebik geram. "Yalah! Awak fikir saya ni siapa, ha? Jangan pandang rendah terhadap saya, ya. Sila ambil iktibar." Nasihatnya, acah sombong sedikit.

"Saya dapat... Nombor dua... Belas."  Min Hyuk pula memberitahu keputusannya. Dia tertunduk malu kerana tidak mendapat top ten seperti yang lain.

"Hey, saya nombor tiga belas!" Reuben cuba menceriakan Min Hyuk dengan menjerit keputusannya kuat-kuat. Tidak lama selepas itu, dia jadi malu sendiri tatkala kami sekadar memandangnya kosong.

Keluhan kecil Mayu berikan sebelum tersenyum kecil. "Nasib baik saya tak perlu buat lawak. Saya dapat nombor 10." Katanya riang. Kertas yang mengandungi keputusannya itu dilemparkan ke udara.

"So... Lagi dua orang." Akhirnya, semua tumpuan diberikan pada aku yang dari tadinya berdiam diri serta Faron yang sibuk menyembunyikan kertasnya itu.

Baiklah, aku biarkan Faron jawab dulu.

"Aku dapat..." Faron membiarkan ayatnya tergantung dan menimbulkan suasana tegang antara kami. "Aku dapat nombor lima, yeay!"

Sekali lagi, kami terkejut dengan keputusan ahli kumpulan kami. Walaupun suka main dan sombong mamat yang seorang ini, tapi bijak!

"Hailey pula...?" 

Semua melihat aku, tidak sabar. Aku menarik nafas dalam dan menghelanya perlahan-lahan. Apa yang aku dapat ini adalah usaha aku yang siangnya menyibukkan diri dengan menghafal dan kurangnya tidur malam kerana membuat latihan. 

"Kalau bukan saya yang dapat nombor satu, siapa yang nak dapat kan?" 

"Kau dapat nombor satu ke, Hailey?! Serious?!" Faron menggoyangkan bahuku tanda tidak percaya. Kemudian, laju sahaja Lydia meluru ke arahku dan memelukku erat.

Aku mengangguk yakin sebagai jawapan. 

"Memang selama ni, awak dapat nombor satu ke, Hailey?" Justin menyoal tenang. Biasanya, mereka yang bijak ini dikenali ramai orang di sekolah. Mengapa aku selama ini tidak menjadi sebutan orang?

"Hahah, tak adalah. Saya selalu dapat top ten tapi tak adalah sampai nombor satu, dua dan tiga tu." Jawabku sebelum tersipu malu. "Kalau saya tak dapat nombor satu, buat malu nama keluarga sayalah sebagai pentadbir dunia."

Justin menganggukkan kepalanya. "Ya tak ya juga kan. Susahnya begitu." Balasnya, memahami.

"Okey, sudah Lydia." Aku menolah Lydia agak segera menjauh. "Maknanya, tak ada seorang pun daripada kita yang akan buat lawak kan? Ha, senang cerita." 

"Awak memang sengaja kan bagi challenge macam ni?" Olivia bertanya kepadaku dengan curiga.

Aku tersenyum kecil lalu ketawa kuat. Tepat sekali!

"Saya tak naklah kumpulan kita buat benda tak senonoh. Sebab tulah saya bagi challenge macam tu sebab saya tahu semua akan usaha sungguh-sungguh untuk dapat top 20. Nampaknya kan Justin, kita kena tukar leader-lah." Ujarku sedikit sarkastik.

"Amboi. Saya lagi tua, jadi no way saya nak bagi awak jadi ketua." Tolak Justin dengan tangan yang dihala ke hadapan. Gelengan kepala diberikan olehnya buat aku.

Heh, fine. Aku saja nak provoke dia sebenarnya. Cukuplah aku dilayan dengan penuh hormat di sini maka biarlah Justin memegang jawatan itu. Dia lebih mengetahui tentang selok-belok sekolah ini daripada aku yang baru sahaja berada di tahun satu.

Tempat yang bakal menjadi kawasan party akhir tahun pun aku tidak tahu, inikan pula nak ketuai sebuah kumpulan yang terdapat pelbagai ragam makhluknya. Sekolah ni sudahlah besar, aku selalu sesat. Okey, dah ubah topik pula.

"Ha, ada sesiapa yang nak join saya intai bahagian party akhir tahun?" Tanya Faron pada kami. Bersinar mata aku apabila mendengar ajakan itu.

"Nak!" Aku mengangkat tangan. Kemudian, barulah mereka yang lain turut bersetuju dengan cadangan itu.

Aku nak tengok bagaimana rupanya di sana. Jika ada yang aku rasa ingin touch up, aku akan buat senyap-senyap. Kalau kena tangkap, pandai-pandailah nanti.

"Ini bukan sekolah awak tau nak langgar peraturan sekolah." Tegur Justin berbaur nasihat. Namun begitu, dia tetap mengekori kami yang terhendap-hendap bagai penyamun tidak berbayar.

Aku tidak membalas tetapi meneruskan perjalanan kami. Sebuah kawasan yang tidak pernah aku pergi terhias di layar mata. Macam mana, Faron tahu tempat ni?

Sebuah dewan yang sederhana besar tersergam indah dihiasi kawasan taman kecil di bahagian hadapannya. Selain daripada meluangkan masa di dalam, taman di luar juga boleh menjadi tempat minum-minum dan berbual. Bunga-bunga merah dan kuning yang berada di sekeliling kawasan tersebut boleh menjadi tempat strategik untuk mengambil gambar.

Rama-rama halus yang bewarna putih mengelilingi kawasan itu dengan cahaya mereka yang indah. Jika dilihat lama-lama, bukan seperti rama-rama tetapi pari-pari kecil yang hinggap dari sekuntum bunga ke sekuntum bunga yang lain.

"Cantiknya." Itu sahaja yang mampu kami ucapkan ketika itu.

"Jom masuk." Ajak Faron lalu berjalan menuju ke arah dewan tersebut. Cepat-cepat kami mengikutnya dari belakang.

Sebaik sahaja aku ingin melangkah bersama ke dalam dewan, satu gelombang tenaga asing menolak aku daripada memasuki tempat tersebut. Huh?

Aku meletakkan tanganku ke arah pintu yang terbuka. Pelik, ada dinding yang tidak dapat aku lihat menghalang aku daripada melangkah masuk. 

"Hello? Geng, dengar tak?" Panggilku kepada mereka yang masih berjalan sambil melihat persekitaran dewan. Adakah mereka tidak perasan yang aku sudah tidak bersama mereka?

Beberapa saat selepas itu, bunyi-bunyi perbualan orang dan kicauan burung yang menjadi halwa telinga hilang sepenuhnya. Jika begini, bermakna ada sesuatu yang bukan manusia akan hadir ke sini. Oleh itu, aku harus bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.

Walaupun aku berdiri sendiri di sini.

"Cik, jangan takut." Suara yang agak dikenali olehku menyapa dari kejauhan. Aku mengecilkan mata agar penglihatanku terhadap makhluk itu kelihatan lebih jelas.

Dua makhluk sedang berjalan ke arahku diikuti perhiasan aneh pada diri mereka. Setiap kali mereka melangkah, pasti melodi kecil terbit di gegendang telinga. Adakah itu... Ongaku-san dan Aqualivy?

"Macam mana kalian datang? Saya tak seru sesiapa pun?" Aku sangat-sangat terkejut ketika ini kerana hanya aku (kata mereka) yang boleh memanggil makhluk mistik. Kalau mereka serang aku tiba-tiba, macam mana?

"Memanglah cik tak seru, namun kami telah bebas." Balas Aqualivy. "Disebabkan keluarga cik telah mentadbir dunia ini semula, kami tidak berasa takut untuk keluar sesuka hati. Tetapi, hanya dengan cara ini sahaja kami dapat bertemu dengan cik."

Magis muzik manipulasi, disebabkan itulah aku tidak dapat melihat dan mendengar orang lain dan mereka di luar magis ini pula tidak dapat melihat aku. Nampaknya, mereka masih takut untuk menunjukkan diri pada orang luar.

"Kenapa... Kalian datang kepada saya?" Soalku, hairan.

Ongaku-san tersenyum manis. "Janji kami pada tuan puteri, tidak dapat kami tunaikan pada hari kejadian. Maafkan kami, ada sesuatu yang menyibukkan kami pada ketika itu." Pohonnya, hormat.

Aha ya, aku tak ingat pun tentang janji mereka itu.

"Tak apalah. Saya okey saja memandangkan kawan-kawan saya semua ada untuk tolong saya." Ujarku bersahaja sambil memandang sekeliling, tidak mengisahkan apa-apa.

"Tidak mahu tanya mengapa kami sibuk?" Aqualivy mula memancing minatku.

Aku menoleh ke arah mereka dengan kening yang dijongketkan sebelah. "Kenapa... Kalian sibuk?"

"Sebab ini!" Ongaku-san mengeluarkan sehelai gaun yang cantik tidak terkata.

Warnanya ungu cair dan terdapat bunga-bunga hitam disulam di sekeliling bahagian pinggang. Selain itu, dedaun emas pula terhias pada bahagian lengan yang agak jarang.  

"Awak beri saya baju?"

"Dan ini!" Aqualivy pula mengangkat sepasang kasut tinggi hitam berkilat bertakhtakan mutiara di bahagian hadapan. Jika dipadankan, dua aksesori itu sesuai untuk dipakai pada party akhir tahun nanti.

Tangan aku silangkan ke dada dan kedua-dua makhluk di hadapanku ini aku tenung kehairanan. "Kalian beri saya pakaian? Dan Aqualivy, awak kan duyung mana ada kaki nak test kasut saya dalam laut?"

"Mulut tu jaga sikit ya, cik. Habistu, saya jalan pakai apa sekarang ni?" Aqualivy bertanya garang. Kasut yang dipegangnya itu disuakan ke arahku tanda marah.

Mahu tidak mahu, aku harus juga menerima pemberian mereka.

"Boleh pakai masa prom night. Ini sebagai tanda terima kasih daripada kami. Tapi bukan itu sahaja, jika cik memerlukan perlindungan, seru sahaja kami." Pesan Ongaku-san dengan senyuman.

"Baiklah." Aku mengangguk faham. "Tapi kan, tak akanlah saya nak bawa gaun dengan kasut ni masuk dewan? Pelik kawan-kawan saya nanti." Ujarku kekok sambil mengangkat hadiah yang diberikan mereka itu.

Ongaku-san menepuk dahinya tanda kesal. "Oh yalah... Tak apa cik, kami akan bawa hadiah ini ke dorm cik. Tunggu saja ya." Tuturnya sebelum kedua-dua makhluk di hadapanku ini hilang secara tiba-tiba.

Ucapkan salam pun tidak, terus sahaja pergi tinggalkan aku sendiri. Tanganku kini kosong tanpa apa-apa.

"Hailey!!" Namaku itu dijerit kuat sehingga mengejutkan aku dari lamunan. Siapa kena sampuk pagi-pagi ni?

"Pergi mana ha? Awak ni, kalau hilang tiba-tiba, boleh gila saya tahu tak? Awak ni tanggungjawab saya tau!" Bebel Lydia yang baru sahaja keluar dari dewan bersama yang lain. 

Lydia, sila ambil maklum yang engkau bukan emakku.

"Saya..." Aku membiarkan ayatku tergantung lalu menoleh ke belakang. Kosong, tiada jejak pun yang seseorang pernah berada di situ. "... Hm, tiada apalah."

Faron menarik tanganku tiba-tiba. Aduh, terkehel nanti siap kau!

"Mana kau dapat gelang ni? Tadi tak ada pun." Tunjuknya pada aku dengan serius. Jangan pandang aku macam tu boleh? Bukannya aku pergi mencuri.

Aku segera meneliti pergelangan tanganku. Seutas gelang emas yang dihiasi bentuk-bentuk kehidupan lautan seperti tapak sulaiman dan kura-kura serta banyak lagi dapat aku lihat dengan jelas. Ini bukan ilusi mahupun hologram. Namun, aku tidak sedar pun ada yang memakaikannya?

"Err... Ini hadiah. Saya jumpa seseorang tadi." Dalihku. Tanganku sembunyikan ke belakang.

"Okey... Sudahlah, jom masuk dewan untuk tolong mereka yang lain. Menyesal tahu tak sebab ikut Faron. Tak pasal-pasal mereka ternampak kami dan kami harus membantu mereka."  Bebel Justin sambil berpeluk tubuh. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

Selepas beberapa minit berbual di luar, kami sekumpulan menuju ke arah dewan semula. Lydia berlari-lari anak ke arah aku dan segera memeluk bahuku.

"Jumpa Aqualivy ya?" Tebaknya dengan sengihan.

Aku tersenyum kecil lalu menoleh ke belakang.

"Ya. Bersama Ongaku-san pula tu."









Continue Reading

You'll Also Like

13.4K 603 19
[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raj...
642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
16.6K 2.1K 24
[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda me...
125K 9.5K 41
Orang psiko masih waras, tahu apa yang difikirkan? Tapi biasanya, hati yang kawal tingkah lakunya, bukannya akal fikiran. ... ©psycohn2016 Sebuah ko...