MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.2K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1๐ŸŒผ
2๐ŸŒผ
3๐ŸŒผ
4๐ŸŒผ
5๐ŸŒผ
6๐ŸŒผ
7๐ŸŒผ
8๐ŸŒผ
9๐ŸŒผ
10๐ŸŒผ
11๐ŸŒผ
12๐ŸŒผ
13๐ŸŒผ
14๐ŸŒผ
15๐ŸŒผ
16๐ŸŒผ
17๐ŸŒผ
18๐ŸŒผ
19๐ŸŒผ
20๐ŸŒผ
21๐ŸŒผ
23๐ŸŒผ
24๐ŸŒผ
25๐ŸŒผ
26๐ŸŒผ
27๐ŸŒผ
28๐ŸŒผ
29๐ŸŒผ
30๐ŸŒผ
31๐ŸŒผ
32๐ŸŒผ
33๐ŸŒผ
34๐ŸŒผ
35๐ŸŒผ
36๐ŸŒผ
37๐ŸŒผ
38๐ŸŒผ
39๐ŸŒผ
40๐ŸŒผ
41๐ŸŒผ
42๐ŸŒผ
43๐ŸŒผ
44๐ŸŒผ
45๐ŸŒผ
46๐ŸŒผ
47๐ŸŒผ
48๐ŸŒผ
49๐ŸŒผ
50๐ŸŒผ
51๐ŸŒผ
52๐ŸŒผ
53๐ŸŒผ
ALPHA๐Ÿบ & MMW๐Ÿ‘‘
54๐ŸŒผ
55๐ŸŒผ
special 1๐ŸŒผ
special 2๐ŸŒผ
special 3๐ŸŒผ

22๐ŸŒผ

31.4K 1.8K 136
By ladyfrozenace

Sudah sejam Dania seorang mencuci pinggan di pili air luar rumah. Dan sejam juga dia menangis sendiri. Sakit hatinya dengan kata nista mak Wan tadi. Dia tau apa yang mak Wan kata tu bukannya betul pun pasal anak, tak subur semua tu. Tapi hati perempuan kalau dicuit jadi ginilah, menangis.

Tak sangka pulak ada lagi mulut-mulut jahat mengata, menghina dia. Nak duit Adam? Hei babah aku pun kaya la, takat nak beli Lamborghini sebiji dua cash tu tak heran! Eiii geramnya aku!

Nia tonyoh kuat pinggan kaca di tangan. Pinggan tu pulak pegi jatuh balik dalam besen, habih merecik air kat muka dia. Tu dah satu hal. Lepas dia celup tangan nak ambik balik, tangan pulak tertusuk kaca. Rupanya pinggan tu pecah. Nia meringgis pedih bila luka di tangan terkena air sabun. Padan muka kau Nia, mengata orang lagi!

Jarinya yang berdarah ditekup, nak menangis lagi rasanya. Satu suara menyapa,

"Sakit?"

Nia berkalih ke belakang. Mulut menjuih. "Sakit...."

Adam merenggus perlahan. "Kau ni kan..dah la mulut cam ayam, buat kerja pun cemerkap. Cemana la sampai luka gini? Dah, sini aku cucikan" Adam tarik tangan Nia ke paip. Buka je air, Nia terus terjerit kecil.

"Tahan sikit, kena cuci dulu baru boleh letak ubat" Adam tahan tangan dia bila dia nak tarik bawak lari. Pedih oiii. Mata dia dah berkaca-kaca.

"Muka kau merah, Nia. Menangis?" Soal Adam sambil menilik rupa gadis di sebelahnya. Dania larikan pandangan. "Mana ada...dah tepi, saya nak siapkan sikit lagi mangkuk pinggan tu". Dia baru nak bergerak bila Adam macam biasa, luku kepala dia.

"Ish la, tak sedar diri betul. Baru je luka ada hati nak sambung cuci? Dah duduk sebelah, aku siapkan"Adam sinsing lengan baju melayu hijau tua sampai siku. Nia duduk diam di sebelah Adam, perati Adam buat kerja dia tadi. "Tadi mak Ros bagitau aku apa jadi. Pasal kau dengan mak Wan, dengan Nasha"

Nia diam tak membalas.

"Kenapa kau diam? Kenapa tak defend diri kau?" Adam menyoal lagi. Nia tetap diam. Dia yang dah selesaikan semua kerja pusing hadap Nia. "Aku tanya ni...kenapa tak lawan balik? Selalunya kau yang paling kuat menjawab kan?"

"Buat apa nak gaduh...buat malu je orang tengok. Biar la diorang nak mengarut sesorang"

Adam garu kepala. Serius ah ni Dania yang dia kenal? Asal lain je?

"Betul kau tak kisah? Tak marah?" Dia nak pastikan. Nia diam lama kali ni. Dia tunduk pandang lantai. "Nia...jawab la" Adam goncang lengan dia. Nia menjeling marah."eh awak ni, mesti la saya marah, saya kisah. Suka hati je dorang nak cakap saya gitu? Ewah, cam la anak dia tu baik sangat, siap nak offer jadikan madu saya lagi! Cop cop, silap. Jadikan bini baru. Kalau madu means saya still isteri awak, tapi ni offer lepas kita cerai.. eh geram pulak aku!" Kaboomm, She spits fire.

Adam cuma relaks, perati sesi luahkan perasaan Dania. Ha, kan senang kalau cakap macam ni dari awal. Dia lagi suka Nia yang kuat membebel dari yang asyik diam sedih je.

"Dah?" Adam tanya lepas Nia berenti complain. Nia angguk slow je suara keluar, "dah..."

"Bagus. Ni yang aku nak dengar. Lain kali kalau aku takde masa orang cakap buruk pasal kau, pasal kita... Kau melawan je. Jangan nak fikir perasaan orang, apa orang kata. Semua tu sampah. Yang penting kau, aku. Faham?" Pipi Nia dia tarik sampai terpejam mata budak tu, sakit.

"Kenapa masa awak takde je? Kalau awak ada sekali?" Tangan gosok pipi.

"Woih kalau aku ada sekali kau diam je takpe, biar aku settlekan. Kau ingat aku nak biar dia buat perangai cik cetan dia kat sini? Huh, pijak bangkai kuda dulu la!"

Muka Dania jijik, dasar lelaki tak romantik, bangkai kuda? Euwwww geli mak!

"Dah la, takyah sedih dah. Jangan fikir apa dia cakap tadi dan jangan nangis sorang. Nangis depan aku takpe. Jom, naik?" Adam bangun dari duduk dan hulurkan lengan pada Nia. Lama Nia pandang huluran tu sebelum dia akhirnya senyum. "Jom!"

Mereka berdua masuk ke dalam  rumah dengan Nia memeluk lengan Adam erat.

_________

Adam bangun menggenyeh mata, suasana suram dalam bilik yang sejuk ni buatkan dia rasa nak tidur balik. Dah la penat kenduri semalam tak habis lagi, tapi ingat balik ramai sedara yang nak balik pagi ni dia bangun jugak. Takkan nak berkurung dalam bilik je.

Adam bangun cuci muka. Dia dah mandi sebelum subuh tadi. Dia cuma dengan seluar sukan tanpa baju. Tuala pula tergantung kat leher.

"Abang Adam!" Mulut Nasha melopong luas tengok Adam hanya berseluar track. Adam terkejut sekejap, cemana dia masuk?. "Nak apa? Kau takde adab ke ape masuk masuk bilik orang ni?"

Gelak halus Nasha kedengaran. "Alah abang Adam ni..cam tak biasa pulak. Nasha nak panggilkan abang turun sarapan je.." Nasha duduk di atas katil king tu. Dia perati kiri kanan tanpa pedulikan Adam.

"Hoih, keluar la, tunggu apa lagi?" Dengan muka gatal tak boleh blah tu, cam nak cabul aku je? Huhuhu

Nasha buat tak tau kemudian baring dengan kaki masih di hujung katil. Faham tak? Dia tidur separuh je badan, kaki tergantung.

"Woi keluar la!" Jerkah Adam. Takut pulak sape-sape nampak jap lagi. Terus dia tunggu depan pintu terbukak. "Seronok la bilik abang... Nasha nak baring sini la, abang pun sini la sebelah Nasha..." Dia tepuk ruang kosong sebelah dia.

Ya tuhan, anak sape gatal nak mampus ni?

"Adam?" Dania tegur sambil bukak pintu. Pelik dengar Adam jerit tadi. Nia beku di depan pintu, dia speechless. Adam dengan tak pakai baju, Nasha dengan tengah baring atas katil. Err....

"Nia...tolong aku! Ada makhluk gatal nak cabul aku!" Adam berbisik keras di telinga Nia. Berkerut muka gadis tu.

"Nasha? Kau buat apa dalam bilik ni?" Dh takde adab nak bersaya-awak. Adam menyorok kat belakang Nia. Tak padan, dia dah la bukan main besar lagi.

"Lah kau ke Dania? Aku nak try tidur atas katil abang je. Yelah nak ambik feel. Tak lama lagi kan aku nak kawin jugak dengan abang Adam kan?" Sinis ayat dia.

"Kenapa nak kawin dengan Adam pulak?" Adam pun angkat bahu bila Nia pandang dia. Mana dia tau.

"Kau kan mandul, tak mampu nak bagi abang Adam anak. Kau dah lupa? Patutnya yang mandul ni tak yah kawin, buat nyusah orang je. Anak pun tak boleh nak bagi sibuk nak berlaki. Tak berguna langsung"

Terus Adam datang depan Nia.
"Hoi kau jangan nak kurang ajar eh? Suka hati mak bapak kau je nak mengata orang, sebar fitnah kan? Aku dengan Nia memang rancang taknak ada anak lagi la, kami nak bercinta sepuas hati dulu. And kau jangan risau, even kalau takde anak pun, aku takkan desprate nak kawin lain la. Aku hanya nak kawin sekali dalam hidup aku!" Adam bersuara membela isterinya. Mata Nia berkolam air dah, lelah dengan hinaan dan terharu dengan Adam. Betapa dia harap kata Adam bukan mainan kosong.

"Kau keluar sekarang sebelum aku heret kau keluar dari rumah ni?"

Nasha menghentak kaki, bangun jugak keluar bila Adam mengugut. Sempat lagi dia jeling Nia.

Nia pusing belakang kesat air matanya. Dia nak ajak Adam turun bawah, "Adam..."
Pelukan erat yang hangat dari belakang Nia.

"... Adam? Kenapa?...."

Adam eratkan pelukan lagi. Kepala diletakkan atas bahu Nia. Rasa nak serap Nia masuk badan dia je."jangan ambik hati. Jangan risau, apa yang dia kata semua tak betul. Kau sangat berharga. Macam hadiah yang perlu aku jaga dan sayang. Tau?"

Nia angguk sambil tahan sebak.
"So, kau pekakkan telinga kau, buang apa je yang kau nampak, kau dengar tadi. Boleh?" Adam menjenggul dari tepi wajah Nia. Cantik...

"Okay awak...." Nia kalih ke tepi sambil kepala ke belakang sikit. Nak tengok muka Adam jugak. Senyuman manis diberi kepada suaminya.

Adam terpaku,tanpa ditahan kucupan lembut hinggap di pipi mulus Nia. Lama...sambil tangan masih erat memeluk pinggang Nia.

Moment indah mereka terganggu dengan suara nek Salmah.

"Bertuah punya budak berdua ni? Dok bercinta depan pintu, dengan tak pakai bajunya!"

Berselerak Adam dan Nia masuk bilik. Ketawa bergema antara mereka.

Tbc
Spoiler : the storm is coming

Continue Reading

You'll Also Like

661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
7.2K 712 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA y...
18.2K 921 27
Status: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat...
345K 15.4K 47
| 1ST NOVEL BY AINA Status : Complete Start : 3 Disember 2018 Finished : 31 Oktober 2019 Genre : Romance ยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐยฐ Pemergian Pua...