[OG] Rewrite The Death | JJK

By Lucidlassie

1.1K 303 590

"Tolong tulis semula kematian aku supaya aku dapat mati." Start : 3.7.2020 End : Beautiful cover made my @Sir... More

💀Bab 1💀
💀Bab 2💀
💀Bab 3💀
💀Bab 4💀
💀Bab 5💀
💀Bab 6💀

Rewrite The Death-JJK

387 65 217
By Lucidlassie

Jeon Jungkook sebagai Jungkook🧒

Jenis makhluk - Hansoul {Hanging soul}

Kim Shina sebagai Stella Jay/Lady Stella/Hina

Jenis makhluk - Gobvil {Goblin+Devil}

Kim Taehyung sebagai Leonardo Da Vincent/V/Taehyung

Jenis makhluk - Grim Reaper

Park Jimin sebagai Alex Armanto/Jimin

Jenis makhluk - Seducer Devil

Kim Seokjin sebagai Julian Jay/Seokjin

Jenis makhluk - Goblin

Kim Namjoon sebagai Adrian Jay/Namjoon

Jenis makhluk - Heart Destroyer Devil

Min Yoongi sebagai Noah Evan/Yoongi

Jenis makhluk- Lazy Devil/Kucing jadian

Jung Hoseok sebagai Ryan William/Hoseok

Jenis makhluk - Kid Soul  Eater Devil


Karya asal

Hak milik seratus peratus Lucidlasie


Pesanan

Ff ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati dan tiada kaitan dengan mana-mana agama.

Ff ini ditulis berdasarkan imaginasi penulis sendiri.

Sila penuhkan bakul imaginasi anda untuk melayari alam fantasi ciptaan saya yang sememangnya penuh dengan kekerepekan fantasi di luar minda anda(ノ`Д´)ノ彡┻━┻


Genre

Fantasy romance

Had umur

16+


Prolog

Tiga mayat sekeluarga bertutup dengan kain putih terbujur kaku di atas katil.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 5 tahun menangis teresak-esak ketika doktor membuka kain putih yang menutupi ketiga-tiga mayat itu.

"Omma,appa,hyung!Kenapa omma,appa dan hyung tidur kat sini?Omma,appa,hyung,bangunlah!"teriak kanak-kanak lelaki itu.

Tumpah air mata aku tatkala melihat kanak-kanak lelaki itu meratapi pemergian ahli keluarganya.

"Lady dah tengok sendiri macam mana budak lelaki tu menangis teresak-esak atas kematian keluarga dia.Lady tak kesian ke tengok budak tu?"

Mata aku beralih memandang Lady Stella yang sedang memerhatikan budak lelaki itu tanpa sebarang perasaan.

"Tak.Mak ayah budak tu yang mati.Bukannya mak ayah aku yang mati.Buat apa aku nak kesian?"balas lady sinis.

Susah betul mahu memujuk seketul Gobvil ni.Dasar setan keras kepala.

Sabar Jungkook sabar.Nak memujuk hati perempuan kena bercakap lembut-lembut.

"Omma,appa dan abang budak tu mati sebab saya.Mereka mati sebab kecuaian saya."ujarku cuba menyusun ayat.

"Memang salah kau pun.So,your point is?"celah lady yang malas mahu mendengar bicara aku.

"Cuba lady fikir.Macam mana budak tu nak hidup lepas ni kalau dia dah tak ada mak dan ayah?Kalau lady tolong saya tulis semula kematian saya,budak tu-"

"Budak tu tak akan kehilangan mak,ayah dan abang dia.Itu yang kau nak cakap,kan?"celah lady lagi.

Kepala dianggukkan laju terhadap soalan Stella.

"Aku boleh tolong kau tulis semula kematian kau tapi kau kena ingat.Walaupun aku dah tulis semula kematian kau,dosa atas kecuaian kau sehingga menyebabkan kematian mereka bertiga masih ada dan tidak terhapus.Lagi satu..."

Hujung bibirku terangkat membentuk senyuman lebar tatkala mendapat kata persetujuan daripada Lady Stella.

"Apa dia?"soalku penuh perasan ingin tahu.

"Aku tak tolong kau percuma.Kau kena jadi hamba aku.Kau milik aku dalam kelahiran ini dan tiga kelahiran seterusnya.Deal?"

Sudah dijangka,Gobvil licik seperti Lady Stella tidak akan menolong aku tanpa syarat.

"Deal."

Tangan kanan dihulurkan bertujuan untuk bersalam dengan Stella bagi merasmikan persetujuan antara kami.

Lady Stella menepis perlahan tangan aku.Dia bergerak selangkah rapat ke arah aku.

Dia meletakkan jari tengahnya di atas lidahnya.Jari itu kemudiannya dibawa ke muka aku.

Stella melukis huruf S di atas dahi aku dengan jari tengahnya itu.

"Deal.You're mine,Jeon Jungkook slave."


TBC


A/N:

Heyyo guys!Ika kembali lagi dengan karya baru(~ ̄³ ̄)~

Okeh ni first time ika buat ff bergenre fantasy romance so ika takut sebenarnya nak publish sebab takut takut tak ada orang nak baca ಥ‿ಥ

So,ika tak minta banyak tapi ika harap korang dapat support ika.Your support means a world for me( ◜‿◝ )♡

Soalan yang paling penting,berdasarkan prolog dan intro di atas,patutkah ika teruskan ff Rewrite The Death ni?

Yes or no?

Continue Reading

You'll Also Like

94.6K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
1.3K 93 4
She fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun b...
74.5K 390 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
3.8K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...