KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

204K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 32

3.5K 389 72
By KhaiShif

"Hacum!"

"Hacum!"

"HACUMM!"

Shiki usap hidung yang sudah meleleh dengan hingus. Rasa tak sedap badan pula selepas bersin.

"Kau okey tak ni?" Soal Kamachi risau.

Shiki mengangguk saja.

"Siapalah yang mengumpat aku ni. Kalau tahu, aku bakar dia hidup-hidup." Gerutu Shiki. Tangannya dinyalakan api biru yang marak membakar.

Kamachi tersengih saja.

"Simpan kuasa kau. Hehehe, aku panas." Sengih dia.

Si naga hela nafas berat. Api dipadamkan. Lantas dia menyoal.

"Macam mana keadaan Lezabel?"

"Kyoji ada untuk tolong salurkan kuasa dia. Ichiro pun sama, sekurang kurangnya Lezabel masih dapat bertahan lepas ni." Jawab Kamachi. Dia duduk di kawasan beranda rumah untuk menikmati pagi yang nyaman.

"Baguslah tu." Senyuman nipis terlakar di bibir Shiki. Risau dia apabila Lezabel hampir hilang kuasanya kerana degil mahu menyembuhkan anak misteri yang mereka temui.

"Hmmm!"

.
.
.
.
.

"Siapa kalian!" Jerkah Zen. Sebilah pisau sepanjang lengan budak dikeluarkan.  Niat nak lindungi diri dan ayahnya.

Kirito dan yang lain menoleh. Masing-masing tayang muka hairan. Ingatkan dalam pembetung tak ada orang tinggal. Rupanya ada.

"Hai!" Noaki angkat jemarinya melambai.

ZAPP!

Pisau pendek tadi di lempar nyaris mengenai pipi Noaki. Terkaku budak tu dibuatnya.

"Aaaa... Kami di pihak kau." Ujar Kirito. Kedua tangan di angkat tanda menyerah.

"Di pihak kami? Macam mana aku boleh percaya orang asing seperti kalian?." Soal Zen yang masih bersiap siaga.

Kirito toleh Kotaro. Kotaro toleh Noaki. Noaki toleh Miyako. Tapi tak lama selepas di lempang Kirito.

"Auchh!" Pipi kanannya di usap. Dalam diam, Noaki membebel sorang. Matanya menatap Yosuke pula.

"Kami dari utusan Esfahan. Cuba meminta persetujuan dari Raja Asteria untuk berdagang, tapi Raja itu menolak. Kami gagal dalam misi, dan sekarang tengah diburu. Kalau bukan sebab kawan saya tersalah teliport ke sini, mungkin kami tak ada di sini sekarang." Ujar Yosuke tenang. Tak ada lagi intonasi seekor naga. Sempat dia rebut balik badannya tadi.

"Esfahan?" Gumam lelaki tua berjanggut putih. Hairan pula bila ada orang asing menyeludup ke tempat pembetung ni.

"Ya, kami dari kerajaan Esfahan. Dan dia Putera raja dari kerajaan yang dimaksudkan." Jawab Yosuke lagi. Telunjuknya di tunding ke arah Kotaro.

Kotaro tayang wajah terkejut. Kenapa dedahkan identiti dia?!

"Zen, biar ayah berbicara dengan mereka." Bahu anaknya disentuh lembut. Lelaki tua berjanggut putih tersenyum pada anaknya.

"Baiklah ayah." Zen menunduk patuh. Dia berundur ke belakang ayahnya.

"Boleh kami tahu, kami di mana Pak Cik?" Suara Miyako lembut menyoal lelaki tua berjanggut putih itu.

"Kamu berada di tempat persembunyian sebahagian besar penduduk Asteria. Negara kami sudah di jajah sepuluh tahun yang lalu tanpa ada yang menyedarinya. Pak Cik adalah rajanya sebelum Takabuki mengambil alih takhta kerajaan. Zen pula adalah putera Pak Cik. Sudah lama pembetung ni menjadi tempat persembunyian bagi yang menentang pemerintahan Takabuki." Jelas lelaki tua berjanggut putih. Ada riak sedih di wajahnya.

"Kenapa kerajaan Pak Cik di rampas?" Soal Noaki. Setahu dia Asteria kerajaan yang kuat luar dan dalam pemerintahannya.

Lelaki tua berjanggut putih hela nafas berat. Susah dia nak terangkan.

"Mereka inginkan sumber semula jadi dari kerajaan ni. Kristal yang ada salah satu sumbernya. Kukuh dan kuat. Kalau dibuat senjata memang mematikan. Ada pula yang memang musuh dari dalam selimut. Menggulingkan pemerintahan dibalik bayang." Zen menatap simpati pada ayahnya. Dia faham perasaan ayahnya, sedih negara mereka dijajah sesuka hati.

Miyako tekup mulut kerana terkejut.

"Banyak sudah penduduk kami menderita kerana mereka. Tidak kurangnya yang tercedera. Hampir saja kami hilang punca apabila jumlah pesakit semakin meningkat setiap hari." Zen menyambung perbicaraan ayahnya. Sempat dia bawa ayahnya untuk duduk di kerusi yang berdekatan.

"Teruknya. Sampai macam tu sekali perbuatan mereka. Memang tak boleh di maafkan!" Bisik Kotaro geram.

"Tak ada cara nak menentang mereka?" Kirito menghampiri salah satu ukiran lama Shiki. Di dalam ruang tempat mereka muncul, memang penuh ukiran Shiki. Dia sendiri tak tahu kenapa. Famous sudah kawan dia yang seorang tu!

"Tak ada. Ada pun yang berani menentang, tak semestinya pulang dengan selamat." Zen geleng kepala.

"Kirito, Yosuke. Kita tolong mereka." Pinta Kotaro. Tak sanggup tengok keadaan yang menyeksa ini.

Kirito berpandangan dengan Yosuke.

"Apa pandang-pandang?" Sinis Yosuke.

"Teringatkan hutang kau. Ada masa ni nak bayar balik." Sengih Kirito.

Yosuke turut tersengih.

"Kami akan bantu Pak Cik." Putus mereka.

Lelaki tua berjanggut putih tersenyum lega. Bantuan sudah tiba, adakah ini yang dinamakan takdir?

"Nama Pak Cik Hael." Ujar Lelaki tua berjanggut putih.

"Saya Yosuke."

"Kirito."

"Miyako."

"Noaki."

"Kotaro."

Sesi pengenalan pun berlangsung.

"Kejap. Ada baiknya kita bawa Asmodeus sekali. Kesian dorang ditinggalkan." Ujar Noaki apabila teringatkan tiga lagi rakan mereka yang lain.

"Biar aku buka portal sedut dorang." Ujar Kirito dengan senang hati.

Masing-masing kerut dahi apabila dua buah portal kegelapan muncul di hadapan mereka.

"Aku tak rasa kau nak panggil Asmodeus je." Kening Yosuke bertaut.

Putaran portal kegelapan menjadi sajian tatapan mereka. Masing-masing diam menunggu siapa yang datang. Dari sebelah kanan, muncul Asmodeus dengan yang lain disertakan kereta kuda mereka. Di sebelah kiri pula, agak lama kemunculan isi yang dipanggil. Hampir lima minit mereka menunggu. Sehinggalah seorang lelaki bermata emas muncul.

Asmodeus terkebil-kebil melihat pembetung yang ada di hadapannya.

"What the hell! Kenapa kau panggil aku bongok? " Suara tak puas hati dari seorang lelaki kedengaran. Mencerlung mata emas lelaki itu apabila Kirito buat tak endah dengan soalan dia.

"Yo, Asmodeus. Aku panggil kau ke sini sebab nak minta tolong sikit." Pinta Kirito. Portal kegelapan segera lesap  apabila orang yang dipanggil sudah muncul.

"Apa dia?" Asmodeus merapat ke arah Kirito.

"Tadi aku dapat tahu, Asteria dirampas orang. Jadi, boleh tolong aku tak? Rampas balik kerajaan ni." Soal Kirito penuh pengharapan.

"Boleh. Apa saja yang Tu—kau nak. Heee," Sengih Asmodeus.

Kirito mengangguk.

BUK!

"Jangan abaikan aku. Jawab cepat! Kenapa kau panggil aku?" Naik turun dada lelaki bermata emas kerana marah. Namun sekurang kurangnya dia puas dapat memukul kepala Kirito.

"Auwww... Tak boleh ke berlembut dengan aku, Shiki? Aku panggil kau sebab nak minta tolong. Tu je." Cebik Kirito yang mengusap benjolan di kepala.

Ketika itu, di dalam diri Yosuke. Theo seakan tersentak hebat. Baru tadi sebut nama Shiki. Muncul terus lelaki bermata emas.

Shiki ketap bibir rapat. Cuba bersabar.

Rakan sepasukan Kirito pula, masing-masing berkerut wajah melihat 'keakraban' Kirito dan sahabat yang tak di kenali.

"Siapa dia ni?" Terlepas soalan dari bibir Zen.

"Dia Shiki. Sahabat aku, Shiki kenalkan dia Zen." Jawab Kirito.

Zen mengangguk kepala perlahan.

Shiki pula hanya tayang wajah tembok dia. Satu persatu wajah di sana diteliti. Sehinggalah terhenti pada Asmodeus.

"Asmodeus! Lama tak jumpa. Apa khabar kau sekarang ni? Last aku jumpa kau masa 3 ribu tahun lepas. Macam mana boleh ada dengan Kirito pula? " Sapa dia ramah. Tak seperti tadi.

Asmodeus garu kepala yang tak gatal. Tangannya diangkat sikit. Menyapa Shiki.

"Ada sedikit perlawanan sebelum jumpa dia." Jari telunjuk dan ibu jari di bentuk bulat. Asmodeus sengih saja.

"Korang berlawan?" Shiki jungkit kening.

"Panjang ceritanya. Nantilah aku cerita. Kita tolong mereka dulu." Sengaja Asmodeus mahu mengelat.

"Hurmm.. Baiklah."

"Zen, boleh hantar kami ke tempat semua penduduk Asteria yang tercedera?" Pinta Kirito.

Zen tersentak apabila di tegur. Sibuk mengelamun agaknya.

"Boleh.. Boleh!" Sebelum pergi, Zen meminta diri dulu dari ayahnya untuk membawa Kirito dan yang lain pergi ke suatu tempat.

"Sini." Arahnya sebagai pemandu jalan.

Ken pandang Wisteria. Wisteria angguk. Mereka saja yang mendiamkan diri sejak tadi.

Kesemua yang datang mengikut arah tuju Zen. Sehinggalah sebuah ruang yang besar terserlah. Di dalamnya penuh penduduk-penduduk yang sakit tercedera. Ketika itu riak wajah masing-masing berubah sayu.

"Miyako, kau dapat tolong mereka?" Soal Kirito. Lebih kepada permintaan.

Miyako angguk.

"Boleh. Tapi saya kena bawa Wisteria ikut sama."

"Kenapa pula nak bawa dia?" Soal Ken tak senang.

Kirito jegilkan matanya. Banyak tanya pula.

"Aku ikut dengan Wisteria. Tsk, tak guna." Gumam Ken. Ketiga mereka lalu menuruni tangga yang ada di situ.

Memandangkan tempat mereka berada tinggi di tingkat dua, pesakit-pesakit yang di rawat terlihat kecil dari atas .

"Kalau Asteria hidup lagi, aku agak memang mengamuk perempuan tu." Komen Shiki. Mulut memang suka main  lepas, habis bocor rahsia jika begini.

Kirito sepak kaki Shiki sebagai isyarat untuk berhenti.

"What?" Soal Shiki tak puas hati.

"Diam!" Bisik keras Kirito dari telepati. Nasib suara Shiki bukan macam tertelan pembesar suara.

"Yelah. Yelah." Cebik Shiki.

Kesemua mereka akhirnya sampai di sebuah lagi kawasan aneh. Sepi saja di sana.

"Aaa, kita nak ke mana?" Soal Noaki.

"Tempat kami memasak. Maaflah, dekat sini tak banyak makanan. Kadang-kadang kami terpaksa berlapar." Zen cuba sorok riak sedih dia.

Sedang kesemua mereka berdiam diri, tiba-tiba ada seorang lelaki merempuh tubuh Kirito dengan selamba.

"Maaf." Lelaki asing itu menunduk kepala.

"Oi," Panggil Kirito apabila lelaki itu hampir meninggalkan dia.

"Kirito jangan mulakan." Pesan Yosuke awal-awal.

Kirito angkat kepala.

"Lucas!" Panggil Kirito.

Lelaki tadi jungkit kening. Rambut putih sedikit beralun apabila namanya dipanggil.

"Kirito!" Ujar lelaki itu.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Shiki pula.

"Aku tolong mereka. Halena pun ada dekat sini." Sengih Lucas.

Sekali lagi, kejutan datang dari Kirito. Banyak betul lelaki ni kenal orang. Semuanya pelik-pelik belaka.

"Macam mana dengan misi kau?" Kirito usap kepalanya.

"Dah selesai. Tunggu masa untuk kau pindah mereka semua masuk je. Aku ada letak tanda juga dekat badan dorang. Jangan risaulah, senang kerja kau lepas ni." Sengih Lucas, si serigala putih.

Kirito anggukkan kepala.

"Terima kasih,"

"Takde hal. Kau dah banyak tolong aku." Lucas tepuk bahu si raja.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 4.5K 28
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
159K 1.1K 19
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja dit...
404K 3.7K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
743K 5.1K 25
Dalam menjalani kehidupan ada liku2 dan onak ranjau perlu ditempuhi. Bersedia atau tidak perlu kita hadapi cabaran dan dugaan. Itulah cerita mengenai...