Hadirnya Cinta

By hanaakhairul

161K 5.5K 984

>> COMPLETED Pertemuan semula antara Tengku Zafril dan Mawar Adeera sungguh menyakitkan hati. Bergaduh? Sudah... More

PROLOG
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
Bab 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
Bab 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56

BAB 44

3K 102 59
By hanaakhairul


Keep your smile ever because Allah is directing you to a much greater happiness.

⛅⛅⛅

"AKU TERIMA NIKAHNYA Maya Qisyara binti Zaidi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai" senafas Tengku Zafril melafazkan akad ke atas perempuan yang tak pernah dia cintai, sungguh malang nasibnya.

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Tengku Zafril hanya mendiamkan diri, dia redha. Lafaz akad ke atas Maya saat itu sungguh bagai mimpi, dia berjanji akan buat Maya sengsara setelah mereka berkahwin. Dia tak kan sia-siakan peluang itu walau sikit pun, sudah jelas terbukti memang Maya punca semua ini. Termasuk penceraiannya dan Adeera, gambar itu juga semestinya hasil perbuatan keji Maya.

Maya? Hanya senyuman sinis yang menghiasi wajah perempuan tak tahu malu ini. Bahagia hatinya saat itu, akhirnya Tengku Zafril sah menjadi miliknya. Bagai mimpi, dia berkahwin dengan CEO Syarikat Megah Holdings. Semestinya dia menjadi terkenal di pejabat nanti, hidupnya juga bakal berubah ke arah kekayaan.

Selesai pembacaan doa, tangan Puan Halimah disalam sebelum diikuti dengan Tengku Fida. Namun, wanita berusia hampir separuh abad itu hanya memberikan jelingan. Tambah lagi belum sempat Maya mengucup tangan Tengku Fida, ibu mertuanya itu sudah terlebih dahulu menarik. Majlis pernikahan itu berlangsung di masjid berdekatan, tidak mahu Tengku Fida menjalankan majlis itu di rumah agamnya. Jurugambar juga tiada, majlis itu hanya majlis sederhana malah sangat sederhana.

🐝🐝🐝

SEKEPING ROTI yang telah disapukan dengan jem nenas itu dilipat sebelum disuap ke dalam mulut, dia berjalan ke ruang tamu. Demamnya sudah beransur pulih, Firdaus juga yang menjaganya beberapa hari dia jatuh sakit. Entah bagaimana dia boleh rebah sebaik saja mendengar berita tentang Tengku Zafril, mujur Firdaus petah menjaga orang sakit.

Ting!

Notifikasi itu menandakan pesanan masuk dari seseorang, telefon pintarnya dicapai. Pesanan dari rakan karibnya itu dibuka, berderau jantungnya memandang foto yang dikirim kepdanya itu. Laju jantungnya berdegup, namun dia tetap cuba mengatur nafas.

"Sayang anak mommy, daddy awak dah bahagia dah dengan Auntie Maya. Diorang baru je nikah tadi, untung Auntie Maya dapat daddy kan? Mommy redha dengan semua ni, jadi anak mommy pun kena redha macam mommy tau. Lepas mommy bersalin, mommy akan jaga buah hati mommy ni macam nyawa mommy sendiri.

Tak ada sesiapa yang boleh rampas hak mommy lagi, mommy janji mommy tak kan senang-senang lepaskan apa yang ada dalam genggaman mommy tau" ujar Adeera, perutnya yang semakin membulat itu diusap perlahan. Telefonnya berdering minta diangkat, nama pemanggil dikerling. Senyuman diwajahnya terukir.

"Auntie Qila call lah sayang, mommy jawab sekejap yea" panggilan itu dijawab.

"Hello Cik Qila"

"Hello Dee, kau sihat?"

"Sihat alhamdulillah, kau macam mana?"

"Aku sihat je. Dee, tujuan aku send gambar tu cuma nak kau tahu je. Aku tak nak lah kau rasa kitorang membelakangkan kau nanti, kau ok kan? I mean, you're not doing something bad thing right?" soal Aqila, takut juga dia.

"Aku ok Qila, don't worry ok? Aku dah redha dah pun, biarlah. Mungkin Maya tu future dia, aku ni masa silam dia je" ujar Adeera, dia tersenyum kelat.

"Tengkorak kau! Dee, kenapa kau tak balik Malaysia? Sepatutnya, kau pertahankan laki kau tau"

"Dah tak ada apa yang perlu aku pertahankan kat sana Qila, aku ke sini pun sebab dia. Dah lah, aku malas nak fikir"

"Haih penatlah cakap ngan kau ni!" Aqila mendengus, Adeera pula tergelak kecil.

"Kau tahu tak, betapa bersyukurnya aku bila dapat tahu Firdaus dengan kau kat sana. At least dia boleh tengok-tengokkan kau, tak ada lah kau terkontang-kanting kat negara orang"

"Hm tu lah, tak ada lah aku sorang dekat sini kan. Dia pun rajin jugak datang melawat aku, hantar makanan ke apa ke"

"Eh Dee! Kalau susah sangat, kau kahwin je lah dengan Firdaus tu habis iddah. Aku tengok dia caring je, lagi pun dia pernah syok dekat kau kan dulu?" Aqila memberi cadangan, membuntang biji mata Adeera.

"Kepala otak engkau! Aku dalam iddah lagi lah, mana boleh suka-suka hati pilih lelaki lain. Tu lah kau, dulu belajar munakahat main-main. Benda macam ni pun, kau tak tahu" marah Adeera, namun dia tergelak kecil selepas itu. Dah tahu dah, Aqila confirm melenting.

"Eh nak cakap aku belajar main-main pulak! Habis kau tu? Dalam iddah boleh merantau pergi tempat lain, macam mana? Sepatutnya seorang wanita yang masih dalam iddah tak boleh keluar dari rumah yang disediakan suami tau! Tu lah, dulu belajar munakahat tak habis. Benda macam ni pun, kau langgar" perli Aqila semula, ayat Adeera diulang. Rakannya itu tergelak, dah agak dah Aqila akan melenting.

"Haih, dah lah Qila. Aku anggap Firdaus tak lebih dari seorang abang lah, aku tak ada perasaan cinta pun dekat dia"

"Dah jodoh tak ke mana"

"Sekarang ni, aku rasa Aril dengan Maya tu yang dah jodoh tak ke mana. Kau tengoklah, senang-senang je Maya dapat Aril tu. Aku yakin Aril akan terbuka hati terima Maya, macam aku dulu pun Aril tak suka tapi lama-lama dia fall in love jugak"

"Ahah! Aril nak fall in love dengan perempuan tak guna macam Maya tu? Huh, lambet lagi weh! Aku berani kerat jari lah kalau diorang tu hidup bahagia tau! Apa yang aku jamin, Maya tak kan lama jadi wife dia. Pernikahan tu berlangsung pun sebab Aril ada agenda dia sendiri, aku yakin Aril dah tahu cerita sebenar pasal gambar kau tu"

Adeera hanya diam, tak tahu nak kata apa dah. Kalau dah memang takdir jodohnya dan Tengku Zafril setakat tu je, nak buat macam mana. Nak tak nak, redha saja lah jalan penyelesaiannya.

🐝🐝🐝

SEJADAH dilipat sebaik saja dia selesai menunaikan solat Isyak, jam dinding dikerling. 12 malam, tubuhnya sangat penat seharian sehinggakan dia tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Pintu bilik dibuka dari luar, dia menoleh. Maya yang memakai baju tidur satin paras peha itu melangkah mendekatinya, sedikit pun nafsunya tidak tergugat.

"Kau ingat aku tergoda ke?" sinis soalan Tengku Zafril lontarkan, songkok ditanggalkan.

"Entah lah, but I rasa ya" balas Maya, dia melentokkan badan. Baru saja tangannya ingin mengusap wajah Tengku Zafril, namun lebih pantas Tengku Zafril merentap tangannya.

"Jangan mimpi kau dapat sentuh aku!"

"Skss, Zafril sakit!" rintih Maya, Tengku Zafril menguatkan pegangannya. Mata Maya sudah mula berair menahan sakit yang teramat, kuat pegangan Tengku Zafril terhadap tangannya.

"Kau ingat aku ni bodoh ke? Nak sentuh perempuan yang dah mengandungkan anak haram entah dari benih jantan mana. Kau ingat aku tak tahu social life kau? Dasar perempuan murahan! Eh kalau asal dari night club, memang menyundal macam ni erk?" sinis kata-kata Tengku Zafril, airmata Maya semakin melimpah.

"Sksss Zafril, sakit. A-apa you cakap ni? Ni kan a-anak you, Zafril lepas tangan I. Sakit" rintih Maya, Tengku Zafril tersenyum sinis.

"Huh! Aku lebih rela sentuh pelacur tepi jalan tu daripada sentuh kau, wanna know why?" sentiasa sinis soalan Tengku Zafril lontarkan, Maya diam.

"Sebab perangai kau lebih teruk daripada pelacur murahan"

"Zafril! Sampai hati you cakap I macam ni"

"Well, kau mesti nak tahu sangat kenapa kau lagi teruk kan?" soal Tengku Zafril lagi, airmata Maya semakin laju mengalir.

"Kau dengar sini baik-baik, hadam elok-elok. Kau bukan sekadar menyundal tapi kau juga dah hancurkan sebuah masjid, even pelacur pun tak berperangai macam kau" ujar Tengku Zafril, sungguh hina Maya dimatanya.

"Bu-bukan I yang buat semua tu lah, memang wife you tu curang dengan you!" Maya masih cuba membela diri, Tengku Zafril mula berang tatkala Maya masih cuba menghina Adeera.

"Kau ingat aku bodoh macam jantan-jantan yang dah tidur dengan kau tu ke?" soal Tengku Zafril, pegangannya di tangan Maya semakin kuat. Maya meringis kesakitan, laju airmatanya mengalir.

"Shhh, hey perempuan. Tak payah nak menangis lah, kau yang nak sangat kahwin dengan aku kan? Ni lah yang kau dapat! Sedar lah yang airmata kau tu-... tak semahal airmata Mawar Adeera yang layak digelar bidadari dalam hidup aku" ujar Tengku Zafril, lagaknya juga serupa orang psiko.

"Dan-" Tengku Zafril menggenggam tangan Maya semakin kuat, geram yang semakin melanda.

"Sakit- yang- kau- rasa- sekarang ni- tak mampu tandingi sakitnya hati dia yang kau dah hancurkan dulu" sepatah demi sepatah perkataan itu disebutkan, sengaja dia memberi penekanan kepada Maya.

"Tak habis-habis Dee, you dah ceraikan dia kan! Apa lagi you nak?" Maya memberanikan diri bersuara, geram pula dia.

"Eh kau ni bodoh ea? Tak pergi sekolah? Wife aku tu tengah mengandungkan anak aku tau, dia masih dalam iddah selagi dia belum bersalin"

"Dia dah tinggalkan you! Siapa isteri yang ada depan you sekarang, I ke dia?" dengan beraninya Maya bersuara, Tengku Zafril masih tersenyum sinis.

"Kau rasa kau layak ke bergelar isteri Tengku Zafril? Sedarlah kau ni perempuan kotor, kau tahu tak? Kau jijik kat mata aku, sikit pun kau tak layak untuk aku belai sebagai isteri. Kau faham takk?!!!" tengking Tengku Zafril diakhir katanya, terhinjut bahu Maya.

Tengku Zafril melepaskan pegangan tangannya, Maya laju menggosok tangannya yang sudah berubah kebiruan itu.

"Kau dengar sini baik-baik, sematkan setiap kata-kata aku ni dalam kepala otak kau yang cetek tu! Aku Tengku Zafril Tengku Imran, tak kan pernah sentuh kau sepanjang tempoh perkahwinan sial ni. Aku akan ceraikan kau bila-bila masa je, kau ingat tu!" jelas tutur kata Tengku Zafril menyapa halwa telinga Maya.

"Aku nak kau keluar dari bilik aku sekarang, aku benci dengan airmata murahan kau!" Tengku Zafril menghalau, Maya tercengang.

"I nak tidur dekat mana?"

"Rumah aku ni besar, bukan macam rumah miskin kau tu. Kau bawah tu ada bilik stor dekat dapur, kau boleh pergi mampus dekat situ. Ciao!" arah Tengku Zafril, perlahan-lahan Maya melangkah pergi.

"Ingat Maya Qisyara, this is just a begining. I want you to enjoy it untill the ending, goodluck!" sinis pesanan Tengku Zafril, Maya hanya diam melangkah keluar dari bilik. Tengku Zafril menghembus nafas berat, dia terbaring di katil. Tangan didepakan, pandangannya tetap pada siling.

"Maafkan biy sayang, biy menyesal sebab tak selidik semua dari awal. Biy janji tak kan lepaskan dia, biy akan tebus semua silap biy dengan buat dia terseksa macam mana sayang terseksa. Jaga anak kita baik-baik sayang, biy sayang awak" gumam Tengku Zafril sendirian, dia kesal.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Dahlaa , jom sambung next chapter 💙

Haippp !!! Sabar dulu 😂

V o t e
~♥~♥~♥~
C o m m e n t

Terima kasih

Sincere ,
nurhanaaaaaa

Continue Reading

You'll Also Like

62.6K 3.2K 54
~You're the first one~ Aku suka tengok dia. Suka curi-curi tengok dia. Bila dia senyum terserlah lesung pipitnya di pipi kanan itu. Buat hari aku jad...
659K 22.4K 61
2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-c...
80.3K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
824K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...