SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-27-

271 41 34
By mynameismas

Pada saat kefahaman bahawa segala sesuatu yang berlaku hanyalah asbab untuk kejadian dan hikmah yang lebih besar, Tun Indera memanjangkan sujud terakhir dalam rafak Subuhnya.

Hatta tatkala Abu Zarr dan Tun Fatimah hampir selesai berkemas, dahi Tun Indera masih melekap ke permukaan helaian Rida.Sujud menyembahkan penyerahan dan memohon petunjuk.Mengembalikan segala-galanya kepada Yang Maha Menciptakan.

Segala sesuatu yang terjadi adalah pengajaran buat sekelian makhluk.Waima jika kejadian buruk yang berlaku kepada orang di sekeliling sekalipun, ia tidak lain adalah teguran secara tidak langsung daripada Pemilik Arasy di langit sana kepada mereka yang benar-benar mengerti.

Ia adalah tentang bagaimana menyikapi dan menyantuni kejadian tersebut sesuai dengan kehendak syariat lalu mencari ibrah daripada segala kejadian.

Kehilangan Naufal dan Indah adalah suatu yang di luar jangka.Berat membebani bahu Tun Indera lantaran kedua-duanya telah diamanahkan kepadanya sehingga perjalanan mereka melengkapkan Sapta Adhyasta itu selesai.

" Adinda Tun Fatimah." Toleh Tun Indera sebaik sahaja jari-jemarinya selesai meraup wajah.Masih duduk tawaruk di atas hamparan Rida.

" Katakan kanda. "

"Bersegeralah dinda kembali semula ke permukiman.Khabarkan kepada ayahnda. "

Tun Fatimah yang berwajah resah segera mengangguk. Berpamitan daripada sang abang dengan takzim menyalami jari Tun Indera yang masih dingin sisa wuduknya awal Subuh tadi.

Hanya dengan satu siulan yang nyaring, belum berselang beberapa minit sudah ada kedengaran bunyi kepakan sayap dan lengking sang cenderawasih menandakan satwa itu sudah berada di situ memenuhi panggilan tuannya.

Ketika Si Bintang Timur mengepak-ngepakkan sayap dan dengan sekali lonjak sahaja cenderawasih tersebut sudah terapung tinggi di dalam kabus pagi, Tun Indera menoleh pula kepada Abu Zarr.

Pemuda itu jelas masih terkejut dan sedikit tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Bukan mereka tidak meletakkan 'pagar' mengelilingi kawasan tersebut tadi malam tetapi apabila memikirkan bagaimana Indah dan Naufal boleh dilarikan begitu sahaja tanpa ada seorang pun yang menyedarinya, sudah pasti sang pelaku angkara tersebut bukan calang-calang.

" Besar firasat kita Indah perlu dicari terlebih dahulu. "

Abu Zarr merapati batang tubuh Tun Indera yang tegak masih menatap surai Bintang Timur yang semakin hilang dari penglihatannya.Ketika Tun Indera menoleh,dia menghulur sesuatu.

" Ini.. " balas Abu Zarr kemudian."Kita menemuinya di tempat Naufal melelapkan mata malam tadi."

Beberapa helai daun kering yang berlepek lumpur itu diambil oleh Tun Indera lalu dihidu beberapa detik. Ada bau berlumpur yang hanyir dan busuk.

" Rawa Jejawi. " Ujar Tun Indera di sambut gumam Abu Zarr perlahan mengiyakan.

"Bukan rahsia dalam kalangan Kaum Bawah penguasa Rawa Jejawi memiliki seorang puteri dan menculik Naufal pasti suatu kemegahan buat mereka. "

" Benar. " Abu Zarr berkata lagi meningkahi kata-kata Tun Indera.

"Mengikut hemat kita, Naufal tidak akan diapa-apakan selagi dia tidak menyinggung kepala permukiman. Justeru, Indahlah yang perlu kita risaukan. "

Mendengar nama tersebut diseru, ada rasa aneh berdesir dalam darah Tun Indera tetapi diredamnya dengan satu helaan nafas yang kasar. Sebagai makhluk yang tidak berdaya, ada kala dia tidak mampu menahan rasa yang berkecamuk di dalam sana apatah lagi jika menyangkut soal amanah dan tanggungjawab yang dipanggulkan ke bahunya.

Sepantas kerlipan mata, Tun Indera mendongak langit lalu menatap wajah Abu Zarr dengan pandangan yang menyirat makna.

Dari sisi Timur langit yang kala itu diwarnai sisa fajar, ratusan kelawar berdecit riuh dan nyaring terbang rendah menuju ke Selatan. Haiwan penunggu gua tersebut jarang sekali kelihatan ketika siang menjelma.

Mereka adalah makhluk yang merajai malam. Hinggap dari pohon ke pohon mencari makanan berupa buah-buahan dan serangga kecil lalu akan kembali lagi ke sarang ketika matahari hampir terbit. Bukan pula kebiasaan mereka untuk terbang rendah dan riuh ketika siang sudah menggantikan kegelapan malam.

Ia hanya berlaku ketika...

Leher Abu Zarr menoleh ke arah Timur dan buat beberapa detik kening hitamnya berkerut di tengah dahi.

" Tidak ada salahnya kita mencuba."

Demikian kata Tun Indera lalu bergegas mencapai baju luarnya yang tergeletak berhampiran bonjolan akar. Sambil mengungkapkan basmalah,dia berlari pantas melangkahi dahan dan ranting yang memenuhi lantai hutan.

+ + +

Gegaran juga ketul-ketul batu yang berjatuhan dari bumbung gua membuatkan unggas dan haiwan yang mendiami gua tersebut riuh-rendah menyelamatkan diri. Kehadiran yang lain-lain bukan sesuatu yang asing bagi mereka namun wujud seseorang yang terikat pada kaki dan tangan itu terasa meresahkan.

Sementara itu,para makhluk berselubung dari kepala hingga ke buku lali tersebut saling pandang memandang antara satu sama lain apabila merasakan ada hawa panas yang tiba-tiba meruap manakala lantai batu di bawah tapak kaki masing-masing bergetar kuat sekali.

Hawa panas yang semakin kuat bukan berasal daripada haba yang dikeluarkan oleh jamung dan obor pada dinding-dinding gua. Gegaran tersebut juga semakin lama semakin menggoncang membuatkan mereka sukar untuk berdiri tegak. Ada pula bongkah-bongkah batu yang jatuh dari langit-langit gua mengakibatkan kucar-kacir sekali mereka mengelakkan daripada tidak ditimpa batu tersebut.

Dan dengan tidak semena-mena, ratusan bilah cahaya putih muncul dalam kegelapan gua.Saling bersilang dari segenap arah lalu merejam sesiapa sahaja yang berada dalam laluannya. Beberapa susuk tubuh yang tidak sempat mengelak ditembusi jalur cahaya tersebut lalu tumbang dan menggelupur kesakitan.

Indah dengan mata kanan yang membengkak akibat disinggahi penampar serta sudut bibir yang pecah mengalirkan darah memejamkan matanya dan merafak doa tidak berhenti-henti. Dia tahu tidak ada daya sesama makhluk mendatangkan mudarat tanpa izin-Nya.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel.
Ni'mal maula wa ni'man naseer.

Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Ungkapan zikir tersebut meniti di hujung lidah Indah.Dirafakkan berkali-kali tanpa jemu dengan menyandarkan segala pengharapan kepada Yang Maha Mencipta. Air matanya berlinangan tanpa henti menuruni cerun pipi. Menyedari dia hanyalah insan hina yang tidak ada apa-apanya tanpa keizinan dan rahmat dari-Nya.

" Hentikan!! "

Rasa gerun yang mencengkam tiba-tiba meramas tangkai hati membuatkan tanpa sedar susuk berselubung tersebut bertempik ketakutan dan dalam masa yang sama dia tertunduk-tunduk mengelakkan rejaman bilah cahaya putih dan juga hentaman bebatuan dari langit-langit gua.

Matanya meligas antara susuk tubuh yang tergeletak di atas lantai dan gadis tumbal tersebut yang menggumamkan sesuatu dengan air mata berjejeran.Dia tidak pernah melihatnya sebelum itu.Malahan sang penguasa kegelapan yang diseru untuk menyempurnakan ritual tersebut juga tidak memunculkan diri.

" Sihir apakah ini? " pekiknya tatkala terpaksa menggolekkan diri bagi melindungi dirinya daripada panahan sebilah cahaya keputihan tersebut.
" Hentikan. Hentikan!!"

Dalam hanya beberapa detik, ruang sempit di dalam gua tersebut sudah hampir ranap binaannya. Dinding-dinding gua runtuh .Batu-batuan dari atas bumbung gua berguguran menimpa kepala namun anehnya tidak ada satu pun yang mengenai gadis tersebut walhal dia langsung tidak bergerak dari tempatnya diikat.

Bagi yang tersisa daripada rejaman cahaya aneh tersebut, mereka berhamburan keluar tanpa memperdulikan tubuh tergeletak di atas permukaan lantai gua bahkan ada pula yang tergamak melangkahi dan memijak batang tubuh tersebut demi menyelamatkan diri masing-masing.

Baik Indah ataupun rakan sendiri, tidak ada sesiapa lagi yang ambil perduli tatkala ketakutan mulai menguasai seluruh hati waima amanat sang ketua sekalipun. Nyawa mereka lebih penting daripada segala-galanya.

Melihat bagaimana yang lain-lain lari bercempera seperti ayam takut
disambar helang, susuk tubuh yang satu lagi menjerkah marah tetapi tidak ada seorang pun yang memperdulikannya.

Bumbung gua yang seperti menunggu masa sahaja akan runtuh, panahan bilah-bilah cahaya dan gegaran kuat seperti goncangan bumi yang murka tersebut benar-benar menakutkan mereka sehingga semangat mereka yang sebentar tadi menjulang tinggi itu sirna entah ke mana.

Indah yang pasrah menyerahkan dirinya kepada ketentuan Ilahi itu mendadak merasakan tubuhnya diserkupi sesuatu yang lembut dan hangat. Tanpa sempat membuka semula matanya dia terdengar satu suara bertanya.

" Tuan hamba tidak apa-apa? "

+              +              +

Continue Reading

You'll Also Like

32.3K 685 24
Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah...
1.5K 74 11
18 tahun dia hidup sebagai rakyat biasa. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya. Namun semuanya berubah ketika dia menyambut hari jadi...
273K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1.1K 88 13
Highest - #1 protect - #1 lovehaterelationship [Sinopsis] Kehidupan Khaleeda Aufi yang sebatang kara membuatkan dirinya tidak berg...