Hadirnya Cinta

By hanaakhairul

161K 5.5K 984

>> COMPLETED Pertemuan semula antara Tengku Zafril dan Mawar Adeera sungguh menyakitkan hati. Bergaduh? Sudah... More

PROLOG
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
Bab 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
Bab 38
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56

BAB 39

2.6K 91 37
By hanaakhairul

Kadangkala seseorang menjauhkan dirinya dari kau bukan kerana dia membenci, tapi kerana dia mahu melindungi diri kau. Jangan silap menilai.

⛅⛅⛅

AQILA menemani Adeera pulang ke rumah Dato' Ismail untuk memberitahu hal sebenar tentang hubungannya dan Tengku Zafril, Rafeeq dan Laura juga telah diberitahu untuk berkumpul di rumah banglo itu. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah, semua orang di dalam rumah itu memandang ke arahnya.

Juga tidak dia sangka, kedua mertuanya turut hadir di situ. Dia berkerut dahi, adakah Tengku Zafril sudah terlebih dahulu menceritakan hal sebenar? Adeera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dato' Ismail namun hulurannya dipandang sepi. Dia berkerut dahi, wajah diangkat memandang bapanya dan-

Pang!!!

Satu tamparan yang diberikan Dato' Ismail selamat sampai ke pipi anak perempuannya itu. Semua tergamam dengan tindakan Dato' Ismail, Adeera memegang pipinya yang terasa kebas. Mengalir airmatanya saat itu, menahan sakit dan rasa malu yang berbuku di hati. Sudah terang lagi bersuluh, mereka telah mengetahui hal sebenar beserta gambar itu.

"Abang!" jerit Datin Izzah, tubuh Adeera didakap. Anak perempuannya itu hanya menunduk, mengawal tangisan yang mula menguasai diri.

"Is sabar Is, perkara boleh bincang" Tengku Imran cuba menenangkan Dato' Ismail yang sudah merah muka menahan marah, Adeera menangis dalam dakapan bondanya. Selama 24 tahun dia hidup, itulah kali pertama Dato' Ismail menamparnya.

"Mama, Dee mintak maaf ma" rintih Adeera, Datin Izzah turut mengalir airmata.

"Shhh, tak apa sayang. Mama percaya Dee, Dee tak buat semua tu kan? Anak mama tak buat kan?" ujar Datin Izzah seraya airmatanya mengalir laju.

"Aku jaga kau dengan penuh kasih sayang, aku turut segala permintaan kau. Aku didik kau dengan agama yang cukup, aku tak pernah naik tangan dekat kau tapi hari ni aku tak boleh sabar dengan perangai kau. Dari mana kau belajar jadi perempuan sundal ni Mawar Adeera?!" kata Dato' Ismail tegas, semakin laju airmata Adeera mengalir.

"Baba, sabar! Bawa mengucap, kita tak tahu hal sebenar" pujuk Rafeeq pula, nafas Dato' Ismail sudah tidak teratur menahan marah.

"Kau memang memalukan keluarga, aku tak ada anak perangai macam kau ni kau tahu tak!"

"Astaghfirullahalazim abang! Macam mana abang boleh percayakan sekeping gambar berbanding anak sendiri! Saya kenal anak saya macam mana, saya tahu dia tak buat semua tu!" Datin Izzah cuba melawan, Adeera diam. Jelaslah bahawa gambarnya bersama Faris sudah tersebar, tidak tahu dari mana sumbernya.

"D-Dee mintak maaf, Dee buat semua ni bersebab" Adeera memberanikan diri berbicara.

"Tak sayang, kami semua percaya dengan Dee. Kami tahu Dee bukan perempuan macam tu" ujar Tengku Fida pula, dia percaya pada menantunya itu.

"Gambar tu dah cukup bukti yang kau curang dengan suami kau, apa kurangnya suami kau Mawar Adeera! Apa kurangnya dia?!" tengking Dato' Ismail lagi, Adeera menunduk.

"Mulai hari ni jangan kau berani mengaku aku ayah kandung kau, aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi. Aku malu ada anak macam kau, keluar kau dari sini" tegas Dato' Ismail bersuara, semua terkejut.

Adeera menandang wajah Dato' Ismail, bagai tidak percaya akan apa yang baru sahaja dia dengar. Apa silapnya dia? Adakah ini balasan setelah dia menyelamatkan nyawa suami dia sendiri? Salahkah perbuatannya demi keselamatan anak dan suami dia? Berat sungguh dugaan-Mu ya Allah.

"Allah..." Datin Izzah rebah di dalam dakapan Adeera, terlalu terkejut dengan kata-kata suaminya yang memutuskan ikatan dia dan anak kandungnya sendiri.

"Ma!" jerit Adeera, semua mendekatinya.

"Izzah!"

"Sayang call doktor!" arah Rafeeq kepada Laura sebelum dia pergi ke arah Adeera, Laura mengangguk faham.

Adeera menepuk lembut pipi Datin Izzah, namun wanita tua itu masih tidak mampu sedarkan diri. Dato' Ismail hanya menolak Adeera, Rafeeq mencemoung bondanya itu menaiki tangga ke bilik. Adeera tergamam dengan perbuatan Dato' Ismail, namun dia tetap mengejar langkah mereka.

"Mama, Dee mintak ampun ma! Dee-"

"Kau keluar! Aku tak izinkan kau sentuh isteri aku" ringkas arahan Dato' Ismail, sungguh keras hatinya. Adeera memandang Dato' Ismail.

"Baba!" jeritnya dengan tangisan.

"Jangan kau panggil aku dengan panggilan tu, aku tak ada anak macam kau. Sekarang aku nak kau keluar, aku haramkan kau sentuh tubuh isteri aku"

"Astaghfirullahalazim baba! Bawa mengucap ba, Dee tak salah" jerit Rafeeq pula, sungguh hati bapanya betul-betul keras.

"Kalau kau berdegil nak bela perempuan ni, kau juga aku haramkan jejak kaki dalam rumah ni!" tengking Dato' Ismail, Rafeeq terdiam. Laura memegang erat lengan suaminya itu memohon agar suaminya itu diam dan jangan melawan.

Tengku Asyraf dan Aqila hanya mematikan diri dari awal perbalahan, mereka tiada hak untuk masuk campur hal keluarga ini. Begitu juga Tengku Imran dan isterinya, Tengku Fida hanya menangis mengenangkan nasib Adeera.

"Baba, please baba Dee-"

"Keluar!" tengking Dato' Ismail lagi, terhinjut bahu Adeera mendengar jeritan itu. Dia memandang Datin Izzah yang masih tidak sedarkan diri, tatapan yang terakhir sebelum dia pergi.

"Mama Dee mintak ampun ma" rintihnya, dahi Datin Izzah dikucup lama. Setitis demi setitis airmatanya jatuh ke wajah bondanya itu, pipi dan dahi Datin Izzah dikucup silih berganti buat kali terakhir. Ya, dia akan pergi. Tinggalkan keluarga ini, tinggalkan semuanya. Tiada apa lagi yang tinggal untuknya di situ, semuanya sudah hancur.

Wajah Dato' Ismail dia pandang dengan penuh kasih sayang, sungguh dia akan rindu belaian kedua orang tuanya selepas ini. Dato Ismail memalingkan muka ke arah lain, hatinya sakit memandang wajah Adeera.

"Baba-"

"Dato' Ismail" pintasnya, Adeera tergamam buat sekian kalinya. Nafas dihela perlahan, cuba mencari sisa kekuatan yang tinggal. Mampukah dia menukar panggilan seorang lelaki yang bergelar bapa kepadanya.

"D-Dato'..." terhenti kata-kata Adeera. Luluh hatinya saat itu, Tuhan saja yang tahu.

"Dee mintak ampun atas segala salah silap Dee, Dee mintak sangat Dato' halalkan makan minum Dee. Terima kasih kerana jaga Dee selama ni, maafkan Dee kerana tak dapat jadi anak yang baik untuk Dato'" ujar Adeera, Dato' Ismail hanya diam.

"Dee" panggil Rafeeq, Adeera melangkah ke arahnya. Tubuh Rafeeq didakap erat, sungguh dia sayang akan abangnya yang satu ini.

"Along, Dee mintak maaf sebab dah malukan along, malukan keluarga kita. Dee buat semua ni untuk keselamatan Aril long, tolonglah percayakan Dee" rintih Adeera di dalam dakapan Rafeeq.

"Dee tolong jangan pergi Dee, kitorang semua sayangkan kau. Benda ni boleh settle baik-baik Dee, fikir masak-masak" pujuk Rafeeq, airmata yang mula bertakung sedaya upaya ditahan.

"Tak apa lah long, semua yang jadi bersebab kan?"

"Dee, aku ikut kau pergi court. Kita settle cara baik, aku tak nak kau dengan Aril pisah dengan cara macam ni" ujar Rafeeq, Adeera hanya tersenyum kelat. Tiada apa yang boleh diubah lagi. Adeera masuk ke dalam dakapan Laura pula, kakak iparnya yang satu ini sentiasa ada dengannya.

"Laura, awak jaga along baik-baik tau. Dia ni nakal sikit, kalau dia mengada sangat awak tak payah layan" gurau Adeera, ketawa palsu dihamburkan seiring airmata yang mengalir. Laura hanya tersenyum, airmata yang mula menitis diseka. Dia tahu bahawa Adeera hanya bergurau sekadar menutup kesedihan.

"Take care Dee" pesan Laura, Adeera mengangguk seraya melangkah ke arah kedua mertuanya pula. Pantas Tengku Fida mendakap erat tubuh Adeera selepas mereka bersalaman.

"Dee walau apa pun jadi, mommy dengan papa akan sentiasa percayakan Dee. Mommy mintak maaf sebab Aril tak dapat jadi suami yang baik untuk Dee" ujar Tengku Fida, Adeera menggeleng perlahan. Pelukan dileraikan, wajah ibu mertuanya itu ditatap.

"Tak mommy, Aril suami yang baik cuma Dee yang tak mampu jadi isteri yang baik untuk dia. Dee pergi dulu, halalkan makan minum Dee. Dee mintak ampun di atas segala kesilapan Dee, kalau Dee panjang umur In Sya Allah kita jumpa lagi ye mommy papa" ujar Adeera, mereka hanya tersenyum kelat. Adeera keluar dari bilik bersama Aqila dan Tengku Asyraf, mereka menuruni tangga.

Tengku Zafril yang baru sampai itu baru saja hendak melangkah masuk ke dalam rumah, matanya sudah tertancap pada Adeera. Mata mereka saling bertaut, Tengku Zafril melarikan pandangan.

"Awak-" mati kata-kata Adeera sebaik saja Tengku Zafril hanya berlalu meninggalkan dia. Tengku Asyraf dan Aqila saling berpandangan, terkejut dengan tindakan Tengku Zafril.

"Woi Ril!" jerit Tengku Asyraf, namun sepupunya itu hanya terus menaiki tangga tanpa menoleh.

"Cap" tegur Adeera, mati langkah Tengku Asyraf yang hendak mengejar Tengku Zafril.

"Tak perlu pujuk dia. Kalau saya kat tempat dia, saya pun akan buat benda yang sama" lembut tutur kata Adeera. Tengku Asyraf hanya diam. Tengku Zafril mencari bilik mertuanya, kedua ibu bapanya yang berdiri di hadapan pintu itu didekati. Dia mengetahui berita tentang kejadian di rumah itu juga dari Tengku Asyraf, sepupunya yang minta dia untuk hadir.

"Mama macam mana mommy?" soal Tengku Zafril kepada Tengku Fida, namun wanita itu hanya diam.

"Pa?"

"Cari Dee, pujuk dia balik. Rujuk semula dengan kamu, papa tak nak kamu cerai dengan dia" arah Tengku Imran, Tengku Zafril mengetap gigi.

"Aril takkan jadi dayus pa, dia yang pilih untuk hidup dengan jantan tu. Just let her be!"

"Kamu ni kenapa?! Kamu pun sama juga kan, lebih percayakan gambar daripada isteri sendiri!" jerit Tengku Fida pula, Tengku Zafril diam.

"Papa nak kamu pergi pujuk Dee, bawa dia pulang semula ke dalam keluarga ni. Cari siapa dalang semua ni!"

"Dalang apa pulak pa? Ni semua atas kerelaan hati dia sendiri! Bukannya Aril dapat gambar tu daripada orang lain tapi dia sendiri yang bagi, tak ada sebab dia nak hancurkan hidup dia sendiri melainkan semua ni pilihan dia!"

"Astaghfirullahalazim! Mommy percaya dia cuma mangsa keadaan, dia tak salah!"

"No! Aril tak kan balik dekat dia, dia dah menyundal macam tu papa dengan mommy still nak backup dia ke?!"

Pang!!!

Satu tamparan yang diberikan oleh Tengku Imran hinggap ke pipi Tengku Zafril, pipi yang terasa kebas dipegang. Dia juga tidak pernah ditampar oleh Tengku Imran, laki bini dapat penampar sulung dari bapak masing-masing pada hari itu. Tengku Zafril memandang Tengku Imran dengan pandangan marah, kecewa, sedih segalanya bercampur. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia ditampar sebegitu.

"Watch your mouth Tengku Zafril. No matter what, Dee masih lagi isteri kamu! Anak dalam perut dia tu, anak kamu!" marah Tengku Imran, Tengku Zafril hanya diam sebelum beredar pergi.

"Ril-"

"Biarkan dia. Dia bukan budak kecik yang perlu dinasihat setiap masa, pandai-pandai lah dia fikir sendiri" tegas arahan Tengku Imran, Tengku Asyraf hanya menurut.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oppp !!! Sabar dulu , jap ii 💙

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

Terima kasih Semoga hidup anak - anak dirahmati Tuhan 💛 Mwahh !! 😘

Sincere ,
nurhanaaaaaaaa

Continue Reading

You'll Also Like

12.9K 794 85
Mengenal seketul manusia bernama Shadhameir Wildan ni memang mencabar tahap kesabaran gadis yang ayu seperti Darling Shafhanie. Ingatkan bila dah dud...
293K 13.4K 62
Jika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang...
21.4K 612 49
Perkahwinan TIA ARALYN bersama HARRAZ EMIR makin pudar warnanya.Perkahwinan yang retak menanti belah.Rumah tangga mereka memasuki tahun ke 3 itu tak...
385K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...