KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

204K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 29

3.4K 362 70
By KhaiShif

"Api hitam huh? Orang terakhir yang aku kenal ada api hitam hanya Raja Onxy." Sedikit pujian dari Osward sebelum memulakan perlawanan.

"Kira aku orang bertuahlah ni?" Bahang api hitam tidak sama seperti api biasa. Panasnya mampu mencairkan sesiapa. Walaupun setebal mana kulit pihak lawan.

"Tak lama budak. Aku akan hapuskan kau." Osward mara ke arah Kirito terlebih dahulu.

"Argh!" Jerit Miyako. Kesembilan ekor musang miliknya muncul serta merta. Rambut yang berwarna biru juga berubah putih. Sepasang telinga musang bergerak-gerak di kepala.

Sempat Kirito menoleh ke belakang kerana terkejut dengan jeritan Miyako itu.

"Kau okey tak ni?" Soal Kirito.

"Saya Okey." Sengih Miyako. Ketika itu magic perlindungan berwarna ungu juga terlihat mengelilingi kereta kuda, sekaligus menutup Miyako dan yang lain.

"Kau Puak Kitsune." Asmodeus menoleh ke arah Miyako. Setahu dia puak itu sudah pupus.

"Err, saya..."

BAM!

Tangan gergasi Osward menghentam batang tubuh Kirito. Lantas menghasilkan debu yang banyak sehingga menyukarkan mata untuk memandang.

"Kirito!" Pekik Miyako. Detak jantungnya sudah berubah melodi. Bimbang dengan keadaan Kirito ketika itu.

"Boleh bagi aku penumbuk paling kuat yang kau ada?" Di balik debu yang tebal, sebuah pernyataan kedengaran.

Anak mata merahnya bersinar bersama dengan pentagram bintang dan disertakan dengan tulisan purba. Gigi taring tidak ketinggalan bergayut di bibir yang mengukir senyuman sinis.

"Apa?" Osward berundur ke belakang. Tidak menyangka Kirito mampu menahan tumbukan dia dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

"Kenapa terkejut?" Soal Kirito. Dia merenggangkan tangan serta otot yang terlibat untuk serangan seterusnya.

Sepasang tanduk syaitan tumbuh di kepala lelaki itu. Kukunya juga menajam.


Melihat perubahan drastik serta jumlah kuasa yang di keluarkan Kirito buatkan Osward sedikit menggigil. Di matanya terlakar seekor naga hitam bermata ungu merenung tajam.

"Giliran aku pula."

ZUPPP!

Laju Kirito hilang dari tempatnya.  Meninggalkan angin yang kuat sekaligus menghapuskan debu yang ada.

"Lajunya..." Ternganga Asmodeus melihat kepantasan yang dimiliki lelaki bermata merah itu.

BUK!

Dengan hanya sekali hayunan penumbuk, Osward melambung menghentam beberapa pohon besar yang tumbuh.

BAM!

"Kirito," Gumam Miyako. Kesembilan ekor musang miliknya meliuk perlahan.

Di hadapan dia, terdapat empat bulatan magic berwarna hijau sedang mengubati Ken, Kotaro, Naoki dan Asmodeus. Dalam kekalutan yang terjadi, sempat Miyako merisaukan keadaan Kirito.

"Aku dah sembuh. Tumpukan perhatian kau dekat mereka saja." Ujar Asmodeus yang sudah dapat berdiri tegak.

"Baik!"

"Arghhhhhhh!" Pekik Osward dari kejauhan. Sebatang pokok yang telah patah dibaling pada Kirito yang menunggunya.

Kirito ukir senyuman psiko.

Pokok yang di baling Osward bergerak pantas ke arahnya. Namun tidak sampai setengah jalan, pokok tersebut berkecai seperti ada yang menempuh kasar sehingga tidak kelihatan rupanya.

Osward ketap bibir. Lelehan liurnya juga kelihatan kerana terlampau marah. Segala serangan yang diberikan, tiada sedikit pun menyentuh kulit Kirito.

Lalu dia ambil pilihan terakhir. Serang Kirito bertubi-tubi dengan kekuatan yang ada. Sejurus selepas itu muncul cahaya merah berbentuk pepejal yang tajam di sekeliling Osward.

Telunjuk di tunding ke arah Kirito.

SLASHH!

Tangan kanan Kirito terputus dari badannya. Darah hitam pula selamba mengalir keluar dari luka yang terbentuk.

Di dalam magic pelindung yang terbentuk, Yokuse secara perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Namun lantas mata itu terbuntang luas. Kejadian di hadapan matanya bukan suatu panorama yang indah.

"Kirito!" Jerit lelaki itu mengejutkan Asmodeus yang memerhati perlawanan.

Yosuke mendecit. Dengan segala kudrat yang ada di melepasi magic yang melindungi dirinya.

"Awak nak pergi mana tu?" Soal Miyako risau.

SLASHH!

Tangan kiri Kirito pula terputus dari badan. Buatkan kolam darah berwarna hitam terbentuk di bawahnya.

"Jangan nak tunjuk herolah!" Yosuke berlari anak menghampiri Kirito yang langsung tidak memaparkan sebarang reaksi itu. Lantas di tolak tubuh Kirito untuk melindungi dia dari terkena serangan seterusnya dari Osward.

"Huh?" Seakan tersedar dari lamunan. Kirito terpinga-pinga apabila tubuhnya jatuh ke tanah.

Mata merah itu naik merenung Yosuke yang menjadi penghadang. Terlihat berkali-kali tubuhnya ditusuk dengan serangan Osward. Semakin galak pula syaitan itu menghancurkan tubuh lemah Yosuke.

"Kau lindungi aku?" Perlahan Kirito bangkit. Yosuke yang berlumuran darah di tolak ke tepi.

"Tsk, jangan nak perasan." Gumam Yokuse. Bibir diketap apabila darah tidak henti-henti keluar dari badanya.

"Aduh, kau merosakkan diri sendiri." Titisan darah hitam milik Kirito berubah menjadi molekul. Lalu tangan yang tadinya terputus, perlahan-lahan terbentuk semula.

Dia tersengih.

"Perlu beribu tahun untuk kalahkan aku." Tangan baru yang terbentuk di renggang. Manakala tangan yang terputus tadi sudah lenyap dibaham api hitam.

Asmodeus yang sudah terbang di langit tersentak dengan kuasa milik Kirito itu. Amat jarang dijumpai.

"Budak tu, kenapa darah dia warna hitam?" Gumam Asmodeus.

"Tsk, mati kau! Mati!" Osward mara bersama pukulan demi pukul.

"Maaf. Aku sengaja bagi kau peluang untuk sentuh aku tadi. Tapi sekarang jangan harap!" Api hitam lantas menyerang syaitan di hadapan. Membaham habis-habisan.

Kirito genggam erat tangannya. Sekaligus menghasilkan sebentuk pedang purba miliknya.


"Aku Razvan. Raja segala kegelapan, menyeru kau datang." Seru Kirito. Sebilah pedang kegelapan di libas.

Bulat mata Asmodeus melihat kewujudan pedang itu.

"Tuanku Razvan?" Gumam Asmodeus.

SLASHH!

Tiba giliran Kirito melibas, sebuah gelombang udara merempuh tubuh Osward.

"Seal of the darkness!" Sebuah pentagram keungguan muncul dibawa tubuh Osward. Lalu tanpa dipinta dengan sendirinya tubuh itu menjadi debu.

"Sihir tu." Bisik Asmodeus yang sudah mendarat ke tanah.

"Nampaknya kita kena bermalam dekat sini. Hari pun dah senja." Awan yang berarak, ditatap mata merah itu. Kirito hela nafas berat. Pedang yang berada di genggaman lesap begitu saja. Lalu dia berpaling ke belakang.

"Tunggu. Siapa sebenarnya kau?" Bahu Kirito disentuh. Tak semena sebuah aliran kuasa yang sangat di kenali dapat dirasakan Asmodeus.

"Kau...," Riak wajah Asmodeus berubah.

"Kenapa dengan aku?" Soal Kirito sengaja.

"Betul ke kau Tuanku Razvan?" Soal Asmodeus perlahan.

Kirito tersenyum nipis. Dia duduk mencangkung, Yosuke yang memerhati ditatap lama.

"Apa pandang-pandang, ada hutang?" Sinis Yosuke.

"Ada. Kau hutang aku nyawa." Jawab Kirito. Tangannya mengeluarkan bebola keungguan, lalu dimasukkan bebola itu ke dalam badan Yosuke.

"Apa yang kau buat ni?"

"Ubat kaulah. Nanti mati cari orang." Kirito hela nafas. Dia berdiri semula.

"Lepas misi ni selesai aku akan bawa kau jumpa yang lain." Ujar Kirito dingin pada Asmodeus.

"Yang lain?" Asmodeus jungkit kening.

.
.
.
.
.

"Tuanku, Osward gagal mencari pengkhianat itu." Seorang lelaki berambut merah darah melaporkan apa yang dilihatnya tadi, pada seorang raja di hadapan.

"Tsk, lemah!" Gelas berkaki dilempar. Marah misi yang diberi gagal dilaksana.

"Ada seorang lelaki yang tewaskan dia. Kuasa lelaki tu bukan calang-calang. Penuh dengan kegelapan." Lapor lelaki berambut merah lagi.

"Kegelapan?" Raja Onxy bangkit dari singgahsana yang terbuat dari tengkorak.

"Ya Tuanku."

"Perhatikan dia. Aku mahu data lengkap untuk dibuat sekutu."

"Perintah Tuanku akan disegerakan." Selesai melaporkan, lelaki tadi terus lesap dari hadapan Raja Onxy.

"Siapa yang berani menentang aku!" Marahnya.

"Hacum!" Di tempat Kirito berada. Tiba-tiba saja dia terbersin.

"Takkan lepas lawan terus demam." Sindir Yosuke. Nak kata dia terkejut dengan kuasa yang dimiliki Kirito tadi, semestinya. Sangatlah terkejut.

"Shhh!" Rahsia Kirito yang mengalahkan Osward, sudah menjadi perjanjian antara Yosuke dan Kirito untuk tidak memberi tahu hal sebenar kepada yang lain.

Yosuke tayang senyuman sinis.

"Ken." Panggil seseorang . Buatkan pandangan Yosuke dan Kirito terhala pada Ken yang masih tertidur kerana keletihan.

"Siapa perempuan tu?" Asmodeus datang bersama sepinggang nasi dan kari yang di masak Miyako.

"Kami tak kenal." Hanya Yosuke saja yang sudah tersedar dari lenanya. Manakala Ken, Kotaro dan Noaki masih tidak sedarkan diri selepas pertarungan tadi.

"Awak jangan risau. Dia selamat, cuba tertidur keletihan." Tegur Miyako sambil tersenyum manis. Seharian sudah Wisteria berehat. Apabila malam menjelma baru dia sedarkan diri.

"Siapa awak?" Wisteria berundur sedikit kebelakangan. Takut dengan rupa Miyako yang masih dengan ekornya.

"Saya Miyako. Awak jangan takut ya? Saya yang rawat awak tadi. Ni makanlah dulu." Lembut Miyako memujuk.

"Jadi Miyako tu puak Kitsune lah?" Soal Yosuke yang memerhati sedari tadi.

"Haah." Sahut Kirito yang leka dengan makanannya.

"Bukan ke puak dorang dah pupus beberapa bulan lepas?"

"Manalah aku tau." Sengaja Kirito tidak berlaku jujur.

Yosuke hela nafas perlahan. Teringat perlawanan tadi. Nampaknya dia lagi lemah dari Kirito.

"Jangan simpan dendam dengan orang yang lagi kuat dari kau. Boleh jadi dendam tu nanti rosakkan tubuh sendiri." Nasihat Kirito.

"Bila pula aku berdendam dengan kau?" Tersentak dengan teguran Kirito. Yosuke membidas.

"Siapa tahu? Hati masing-masing." Kirito yang leka dengan makanan menjawab selamba.

Asmodeus di sebelah pula, mengangguk setuju. Kata-kata yang sama suatu ketika dahulu.

.
.
.
.
.

Di sebuah tempat yang jauh dari segalanya, ada seorang Raja Bermata Merah sedang merenung peta dunia Ardalan.

"Betul ke kau nak hantar budak-budak semata-mata nak tewaskan Giro?" Seorang Raja Bermata Biru dari kerajaan lain menyoal risau. Anaknya juga akan terlibat dalam misi ni.

"Biar mereka tengok sejarah dulu Ryuu," Sengaja Raja Bermata Merah memanggil nama keluarga raja di hadapannya.

"Keselamatan mereka macam mana nanti?" Soal seorang lagi Raja risau.

"Kita ada di masa lalu. Aku yakin aku ketika itu akan tolong mereka."

Lima remaja yang baru berusia antara 15 ke 19 tahun berdiri tegak di dalam bilik persidangan raja-raja. Masing-masing memasang telinga supaya tiada informasi yang ketinggalan.

"Kami ikut yang Tuanku Kirito katakan. Kami siap membantu." Raja dari sebuah kerajaan lain pula akur saja dengan cadangan Si Raja Bermata Merah.

"Tuanku Zen!" Si Raja Bermata Biru seakan tidak berpuas hati.

"Ini demi masa depan kita." Raja Zen hela nafas berat. Dia setuju kerana mahu melihat keadaan di masa depan lebih aman.

"Haih, kita buka gerbang waktu. Hantar mereka berlima." Akhirnya Si Raja Bermata Biru akur.

"Raito, ayahanda perintahkan kamu untuk ikut sekali." Si Raja Bermata Merah merenung anak keduanya.

"Baik ayahanda!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 4.5K 28
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
166K 1.2K 20
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja dit...
318K 3.2K 31
Kesinambungan dari Kisah Kg. Celah Bedah Siri 2. Pada Pembaca yang baru mengikuti cerita ini, untuk memahami perjalanan cerita ini rujuk bermula dari...
163K 594 23
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA