Hadirnya Cinta

By hanaakhairul

161K 5.5K 984

>> COMPLETED Pertemuan semula antara Tengku Zafril dan Mawar Adeera sungguh menyakitkan hati. Bergaduh? Sudah... More

PROLOG
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
Bab 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56

Bab 38

2.6K 91 36
By hanaakhairul

Demi menyelamatkanmu dari orang yang salah, Tuhan telah mematahkan hatimu. Ingat lah, perancangan Allah lebih membahagiakan.

⛅⛅⛅

ADEERA menunggu kepulangan suaminya, bagasi yang berisi pakaiannya itu ditatap. Laju airmatanya mengalir, tidak tahu adakah tindakannya itu merupakan keputusan yang betul atau tidak. Keputusan yang mampu mengubah seluruh hidupnya, hidup anak yang bakal dia lahirkan lebih kurang dalam 6 bulan lagi. Bunyi enjin kereta Tengku Zafril menarik perhatian, airmatanya diseka.

"Aku nak kau tunggu dia balik, mintak cerai, tunjuk gambar kau dengan jantan ni and berambus!" Kata-kata Maya terlayar di fikiran, semakin laju airmatanya mengalir.

"Mommy mintak maaf sayang, apa yang mommy buat ni untuk daddy, untuk awak" ujar Adeera, perutnya diusap lembut. Tengku Zafril masuk ke dalam rumahnya, Adeera yang berdiri di ruang tamu itu menjadi tatapan.

"Sayang, sorry sebab biy balik lewat. Biy ada meeting tadi, biy lupa nak updated sayang. I'm so sorry" ujar Tengku Zafril, kunci kereta digantung pada penyangkut. Seketika matanya tertancap pada bagasi yang dipegang Adeera, berkerut dahinya memandang bagasi itu.

"Sayang nak pergi mana?" soal Tengku Zafril, cemas juga dia.

"Saya nak keluar dari rumah ni" ujar Adeera tegas, namun jauh di sudut hatinya sudah hancur dilanda badai. Terkejut Tengku Zafril mendengarnya, tak kan sebab dia balik lewat je sampai Adeera nak keluar rumah.

"Sayang tak kelakar tau buat lawak macam ni" ujar Tengku Zafril, Adeera hanya diam.

"Sayang, awak dah kenapa ni? Sengaja nak prank biy ke apa?"

"Tak kisah lah apa pun awak cakap, saya tak nak tinggal sini lagi" ujar Adeera, hatinya juga tak henti-henti memohon ampun kepada Tengku Zafril.

"Kalau kau tak ikut apa yang aku suruh, aku akan pastikan anak dalam perut kau ni mati dengan bapak dia sekali!" Pedih hatinya mengingatkan kata-kata Maya, airmatanya kembali mengalir.

"Sayang, awak-"

"Jangan dekat dengan saya" tegas Adeera menuturkan kata, disaat airmatanya bertakung di tubir mata.

"Allahuakbar! Sayang apa kena dengan awak ni?!" jerit Tengku Zafril, wajahnya diraup kasar. Serabut dia dengan perangai Adeera, sudah lah dia baru je pulang. Penat-penat kerja, balik rumah kena hadap benda ni pula.

"Jangan ganggu hidup saya lagi lepas ni, saya nak keluar dari rumah" ujar Adeera, bagasinya ditarik bersama.

"Sayang awak kena rasuk ke apa ni? Tiba-tiba nak keluar rumah, sebab apa?" soal Tengku Zafril, stress tahu tak.

Adeera diam menatapnya, airmatanya mengalir laju. Beberapa keping gambarnya bersama Faris diberi kepada Tengku Zafril, memberi gambar itu bagai dia membunuh diri. Menggigil tangan Tengku Zafril memegang gambar itu, bagai tidak percaya dengan apa yang jadi.

"Puas?" soal Adeera, airmatanya gugur. Tengku Zafril memandangnya dengan mata yang mula berubah merah, menggigil seluruh tubuhnya memegang gambar itu.

"Saya tak sanggup nak tipu awak lagi, saya sebersalah. Jadi biarkan saya pergi, saya tak nak hidup dengan awak lagi" ujar Adeera lagi, Tengku Zafril tergamam.

"Kau duakan aku selama ni?"

"Saya mintak maaf, saya tak cintakan awak" jawab Adeera, sungguh dia pasrah dengan keadaan.

"Apa silap aku, apa kurangnya aku?! Siapa jantan dalam gambar ni?" soal Tengku Zafril bertubi-tubi, Adeera hanya diam tidak membalas. Bagasinya ditarik ke arah pintu untuk keluar, tak sanggup dia melihat wajah Tengku Zafril. Apatah lagi untuk memohon penceraian seperti permintaan Maya, dia tak mampu untuk menunaikan janjinya yang satu itu.

"Selangkah kau keluar dari rumah ni, kau bukan isteri aku lagi" ugut Tengku Zafril, sengaja ingin menggertak isterinya. Adeera menoleh, bagai hendak pengsan dia mendengar kata-kata Tengku Zafril. Mengapa takdir seperti memihak kepada permintaan Maya? Nafas berat dihela.

"Ikut awaklah, apa pun keputusan awak saya terima" balas Adeera perlahan namun cukup jelas didengari oleh Tengku Zafril. Adeera menyeka airmatanya yang mengalir laju, matanya memandang kakinya yang melangkah keluar dari pintu rumah. Semakin luruh jantungnya, talak sudah jatuh serta-merta ke atasnya.

"Saya mintak ampun Tengku Zafril" rintih hatinya, andai dia mampu meluah. Tengku Zafril diam membungkam, terkejut dengan tindakan Adeera. Dia mengangguk lemah, pandangan hanya jatuh ke lantai.

Menyesal kerana lafazkan cerai taklik? Semestinya. Dia langsung tidak menyangka Adeera benar-benar melangkah keluar, dia sangka Adeera akan membatalkan niatnya untuk keluar. Namun tidak, talak sudah jatuh. Tiada daya untuk memandang wajah isterinya yang sangat disayangi itu, nafas dihela sedalam-dalamnya.

"Mawar Adeera binti Dato' Ismail, aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku lepaskan kau, jangan jejakkan kaki dekat rumah ni lagi"

Menitis airmata lelaki Tengku Zafril ketika melafazkan cerai ke atas Adeera, dia tak rela. Adeera tergamam, tambah pula melihat Tengku Zafril menitiskan airmata pertama kali kerananya. Sungguh dia tidak berniat menyakiti lelaki yang dia cinta, namun dia terpaksa.

"Saya mintak maaf, jodoh kita setakat ni je. Esok saya akan pergi mahkamah syariah, uruskan hal penceraian kita. Saya harap awak beri kerjasama, lebih cepat lebih bagus. Semoga awak jumpa seorang perempuan yang lebih baik dari saya, saya pergi dulu. Assalamualaikum" Adeera melangkah keluar dari rumah itu. Tengku Zafril terduduk di situ, sungguh tidak dia sangka pengakhiran hubungannya dan Adeera sebegitu rupa.

Adeera memandu kereta ke rumah Aqila, airmatanya masih meluncur laju ke pipi. Teresak-esak dia menangis, dia perlu kuat demi anak di dalam kandungannya.

"Ya Allah, ampunkan aku ya Allah" rintih Adeera sendirian, dia menyeka airmatanya. Setelah dia tiba ke destinasi, nafas dihela perlahan. Aqila keluar dari rumah, pelik juga dia dengan kehadiran Adeera tiba-tiba.

"Dee?" panggilnya, Adeera berlari ke arahnya. Pantas tubuhnya dipeluk, Adeera menghamburkan tangisan.

"Dee, kau kenapa ni?" soal Aqila, berkerut seribu dahinya.

"O-ok Dee, aku tak tahu apa yang jadi but apa kata kalau kita masuk dulu?" ajak Aqila lembut, Adeera mengangguk perlahan.

"Dee cerita dekat aku, kau kenapa? Kau gaduh dengan laki kau ke?" Aqila cuba meneka, mana tahu betul. Adeera menghela nafas berat, cincin perkahwinan di jarinya itu ditanggalkan. Aqila melopong mulur, wajah Adeera dan cincin itu dipandang silih berganti.

"Dee, kau-"

"Aku dah cerai dengan dia" pintas Adeera, Aqila yang mendengar bagai mahu pengsan. Mustahil Adeera bergurau, orang gila je yang bergurau dengan benda macam ni.

"Allahurabbi Dee, apa kau dah buat?!" soal Aqila, bahu Adeera dipegang. Adeera menangis teresak-esak, sebak tak terkata saat itu.

"A-aku dah lukakan hati dia Qila, aku dah hancurkan kepercayaan dia" luah Adeera, mata Aqila juga sudah bertakung dengan airmata.

"Dee, bawak bertenang Dee. Walau apa pun jadi, kau ada aku. Kau ada family kau" pujuk Aqila.

"Aku tak tahu apa akan jadi dengan anak aku lepas ni Qila, aku takut"

"Fikir baik-baik Dee, penceraian bukan jalan penyelesaian yang baik tau" ujar Aqila, Adeera hanya menangis teresak-esak.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

Hii ,

Mohon bersabar ini ujian 😂

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

Thankyou !

Sincere ,
nurhanaaaaaaaaa

Continue Reading

You'll Also Like

74K 5.4K 68
Lantang. Sinis. Keras hati. Itulah 3 ciri yang menggambarkan seorang Adra Mikayla. Dia adalah seorang wanita yang sangat tegas dalam berkata malah am...
381K 13.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
824K 32.6K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...
55.7K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024