KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 28

3.2K 363 34
By KhaiShif

"Drago!"

"Apa?"

Kaito merenung wajah seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. Mata emas dan rambut yang berwarna putih terlihat sedikit beralun. Tiada anak naga seperti selalu.

"Aku rasa tak sedap hatilah. Di mana sebenarnya kita agaknya? Sejak dua menjak ni aku dapat rasa tekanan kuasa Pak Cik Shiki." Luah Kaito risau.

"Entahlah, mungkin kita ke masa lalu." Drago hela nafas perlahan.

"Kalau masa lalu tu bila? Tahun berapa?" Kaito bangkit dari duduknya. Mata pula melilau ke segenap ruang di alam bawah sedarnya.

"Aku tak tahu. Tunggu luka kita dah pulih baru kita boleh tengok sendiri." Pujuk Drago.

"Aku rindu bonda," Redup tatapan Kaito mengenangkan susuk seorang ibunya.

"Hmm, aku dapat rasa aliran kuasa ibu masuk ke dalam kita." Mata emasnya merenung ke atas di mana hanya ada kegelapan tanpa penghujung.

BOOM!

Di tempat Kirito, impak kuasa Osward terlampau kuat hinggakan mereka yang tak ada kena mengena terkena juga. Malah Ken yang cuba berlawan dengan lelaki syaitan itu sudah hampir dengan nyawa-nyawa ikan.

"Haa... Haa... Haa.." Nafas Ken sudah tak teratur lagi. Salah satu general Raja Onxy itu kuat juga orangnya.

"Takkan kita tengok je?" Soal Kotaro. Kesian tengok Ken yang berdarah satu badan itu.

"Kita tunggu." Ujar Noaki.

"Kau ingat Tuanku Onxy tak tahu kerja kau selama ni?" Sinis Osward yang menyepak perut Ken. Besar mana pun haiwan yang Ken pilih untuk berubah, tetap saja dia lemah melawan magic.

"Ghak! Kau banyak cakap Osward." Sindir Ken. Dia cuba bangkit. Tak sangka pula berbola warna merah tadi mampu membatalkan kuasanya. Tsk, magic!

Tidak jauh dari tempat perlawanan Ken dan Osward, ada Asmodeus yang menundukkan badannya di hadapan Yosuke.

"Tolong selamatkan adik aku." Pinta dia. Tak sanggup tengok adiknya tercedera sebegitu parah.

"Aku merayu." Sambung Asmodeus.

Yosuke ketap bibir rapat. Dia juga seorang abang, faham benar perasaan Asmodeus yang sangat sayangkan adiknya itu. Tapi yang mengejutkan dia, Asmodeus seorang syaitan, tak sangka mampu mengalirkan air mata seperti manusia. Dia yang sebagai separuh syaitan dan manusia juga tidak mampu mengalirkan air mata.

"Kita protect Ken." Demi menyelamatkan kaumnya, Yosuke putuskan untuk membantu.

Kirito di sebelah jungkit kening. Ini gila! Rahsia dia boleh terbongkar. Namun bila difikirkan kembali, demi Asmodeus.

"Miyako kau jaga perempuan dekat kereta kuda tu. Noaki, Kotaro ikut aku serang syaitan, kau pula duduk sini." Arah Yosuke. Tangannya perlahan-lahan sudah mewujudkan api kemerahan yang semakin membara.

"Hn!" Sahut ketiga rakan sepasukan Yosuke.

"Kenapa aku kena duduk sini?" Soal Kirito tak puas hati.

"Kau hanya akan menyusahkan kami." Ujar Yosuke sebelum beredar.

Kirito ketap bibir. Dia tak lemahlah! Ingin sekali Kirito menjerit sekuat hati seperti itu.

"Tsk, jangan mati sudah." Sinis Kirito. Matanya turun pada Asmodeus yang masih menunduk. Tak senang hati dia melihat syaitan yang seorang ini.

"Kau pula berdiri. Jangan tunduk macam tu demi nak mendapat bantuan." Nasihat Kirito. Tangannya menyentuh bahu Asmodeus lalu dibantu untuk bangkit. Keadaan lelaki itu terlihat parah sekali, darah hitam di sana sini. Banyak juga isi yang terkoyak kerana berlawan.

"Maaf," Kepala Asmodeus tetap tunduk walaupun dia sudah berdiri.

"Jangan minta maaf, kau tak buat salah pun." Sengih Kirito.

Asmodeus mengangguk perlahan.

"Hmm, betul ke Ken tu adik kau?" Kerana bosan, Kirito cuba berbual dengan sahabat lamannya itu

"Dia adik angkat aku." Jawab Asmodeus pantas.

Terlihat Kirito mengangguk. Mata merahnya pula merenung perlawanan di hadapan. Nampak macam berat sebelah.

Kilat dan api menjadi satu. Serangan pula tertumpu pada Osward yang turut melawan balik. Kotaro dan Yosuke ketap bibir. Kulit Osward keras sangat, sikit pun tak ada luka apabila terkena dengan serangan mereka.

"Kerasnya!" Rungut Kotaro.

Apabila tiba giliran Noaki untuk menyerang, lelaki berambut oren itu maju dengan pedangnya.

KTANG!

Pedang terpatah dua. Berkecai pedang yang terbuat dari salah satu besi terkuat di Esfahan. Noaki terkejut. Berderai pedang kesayangannya.

"Lambat," Sinis Osward. Kepala Noaki dicengkam lalu dihentak ke tanah. Diseret sehingga tanah merekah teruk.

"Noaki." Bisik Kirito.

"Siapa lagi nak mati?" Cabar Osward. Setelah Ken dan Noaki terbaring lemah, lelaki syaitan itu maju mendapatkan Yosuke.

"Kau puak syaitan, kenapa bersubahat dengan manusia?" Beberapa cahaya merah yang berbentuk pisau menuju laju pada Yosuke. Osward tersengih, tangannya digenggam erat sekaligus mengarahkan cahaya merah tajam tadi untuk lebih cepat.

"Theo, pinjamkan aku kuasa kau!" Pekik Yosuke lantas sebuah dinding api terbentuk di hadapan lelaki itu.

"Hn!"

Sebuah dinding api terbentuk. Melindungi dia dari serangan tak terjangka itu. Yosuke hela nafas yang tercungap-cungap. Naik turun bahunya kerana kelelahan.

"Not bad." Komen Kirito yang mendekati Miyako sambil memapah Asmodeus.

"Kirito." Sapa Miyako.

"Tolong rawat dia boleh?" Pinta Kirito sekaligus tak membalas sapaan itu.

"B.. Boleh," Miyako menunduk.

Perlahan-lahan Kirito dudukkan Asmodeus di atas tanah. Tidak mahu lelaki syaitan itu merasa sakit lagi.

"Aku izinkan kau gunakan kuasa kau. Tapi bila betul-betul keadaan mendesak. Aku tak nak lah kau terlalu menonjol, kau boleh buatkan diri kau jadi sasaran nanti." Tangan Kirito mengusap kepala Miyako sambil tersenyum nipis.

"Baik." Miyako tahu dirinya diburu. Diburu dengan kumpulan yang tak jelas namanya.

Melihat pemandangan di hadapan buatkan Asmodeus terimbau kenangan lalu. Antara Tuanku Razvan dan juga Permaisuri Milan. Gadis musang pertama yang memiliki kuasa penghapus setaraf dengan Tuanku Razvan.

BAM!

Petir biru sambar menyambar. Sasaran hanya satu. Osward yang menjadi musuh mereka. Kotaro ketap bibir apabila petirnya juga tak berkesan untuk melumpuhkan syaitan di hadapan.

"Liat sungguh." Komen dia. Kotaro tercungap-cungap. Letih asyik serangan dia tidak mampat pada musuh lalu dia mengambil keputusan untuk menyerang menggunakan tangan sendiri.

"Uhuk! Uhuk!" Di tempat Noaki pula. Terlihat dia terbatuk darah. Perlahan-lahan tubuh cuba diangkat walaupun hakikatnya dia tak terdaya.

"Ken?" Mata Noaki yang sewarna dengan rambutnya mencari jasad Ken.

Tidak jauh dari tempat Noaki, Ken sudah terlentang tidak sedarkan diri.

"Tsk, kuat betul serangan dia." Gumam Noaki.

BOOM!

Debu tanah sekali lagi naik ke udara akibat meteor yang dilemparkan Yosuke pada Osward. Ketika itu terasa dunia Adarlan bergegar kerana impak kuasa itu.

"Haa... Haa... Haaa.." Lutut digunakan untuk menongkat badan. Yosuke cuba sedut oksigen selagi boleh.

"Itu saja kuasa kau?" Osward ketap bibir rapat. Sebahagian wajahnya retak, tidak ketinggalan juga badanya. Lantas anak mata hitam Osward hilang dari tempatnya. Gigi taring lelaki itu juga sudah menampakkan keberadaan dia. Tubuhnya mengembang dari saiz aslinya tadi.

Osward bangkitkan kuasa sebenar dia. Wajah yang retak kembali mencantum. Badan yang hangus kembali seperti asal. Namun tubuhnya tiba-tiba ditumbuhi bulu-bulu lebat dan sayapnya pula merubah menjadi tulang termulang . Rahang yang seperti manusia semakin membesar.

"Demon." Gumam Kirito. Tak terkejut mana pun.

"Apa bendanya tu?" Bulat mata Kotaro merenung demon di hadapan.

"Tsk, dia gunakan kuasa betul dia." Ujar Noaki yang cuba bangkit dan mendekati Kotaro.

Dari kejauhan terlihat Yosuke tidak senang dengan perubahan Osward itu.

BUK!

Sebuah serangan pantas dari Osward menghentam perut Yosuke sekaligus buatkan lelaki itu terseret dari kedudukannya tadi sekaligus menghampiri Kirito yang memerhati.

"Sakit?" Soal Kirito sinis.

"Ghak!" Segumpal darah dimuntahkan Yosuke lalu lelaki itu pun hilang kesedaran diri.

"Osward tak ada kelemahan. Dia kebal dengan magic," Ujar Asmodeus yang dirawat Miyako. Matanya mengecil apabila syaitan yang dilawan menghampiri Kotaro.

Kirito mengerutkan dahi. Tak ada kelemahan? Apa jadi kalau dia bakar dengan api milik dia pula?

"Kotaro elak!" Pekik Noaki yang cuba bangun.

Kepantasan Osward berkali-kali ganda. Tak terlihat dengan mata keberadaannya.

Kotaro yang di panggil tersentak. Tak sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya pula sudah melambung ke udara. Lelaki bermata biru itu kaku ditempatkan apabila bayang-bayang Osward menghampiri.

"Banyakkan belajar budak, tu pun kalau kau mampu hidup lepas ni." Perut Kotaro di lutut Osward.

Terbatuk darah Putera dari kerajaan Esfahan itu.

"Uhuk!" Hentakan yang kuat buatkan perutnya terasa senak. Kotaro mungkin handal berlawan, tapi pada musuh yang kalis Magic? Dia gagal serta merta.

Laju tubuh lemah milik Kotaro menjunam jatuh ke bawah. Hampir menghentak tanah jikalau Noaki tak menyambutnya.

"Tak guna!" Pekik Noaki. Di letakkan tubuh Kotaro perlahan-lahan sebelum berpaling ke belakang. Menghadap Osward yang tersengih sinis.

Langit yang sedia cerah tiba-tiba berubah mendung. Kilat sambar menyambar juga kelihatan. Dari selatan dunia Ardalan beribu burung gagak lari dari tempatnya.

"Berani kau cederakan mereka?" Anak mata oren Noaki bercahaya. Penumbuk sudah tergenggam kemas.

"Kau tanya aku soalan ke?" Sinis Osward. Mata putihnya mengecil seakan memperlekehkan Noaki.

ZUPPP!

Entah dari mana, muncul sebilah pedang keemasan. Lantas pedang itu meluncur laju ke arah Osward. Tajamnya mampu membelah apa saja yang berada di hadapan.

"Pedang tu...," Anak kata Kirito meruncing.

"Pedang legenda Raja Edgar," Ujar Asmodeus. Jelas dia terkejut dengan kehadiran pedang keemasan itu.

SLASHHH!

Tangan kiri Osward terputus dari tempat asalnya. Ulah dari pedang keemasan itu. Memotong cantik tanpa cacat celanya.

"Haa... Haa... Haa..," Nafas yang tidak teratur buatkan dada Noaki sentiasa naik dan turun.

BUK!

Tak bertahan lama, tubuh Noaki gugur ke tanah. Menyeru pedang keemasan itu memerlukan kuasa yang banyak. Dan kuasanya sudah habis digunakan.

"Tsk, ingatkan kuat sangat." Tangan kiri Osward yang gugur ke tanah di ambil lalu di cantum semula.

"Miyako, sediakan magic pelindung paling kuat yang kau ada." Arah Kirito.

Ketika itu di bawah tubuh Kotaro, Ken dan Noaki ada sebuah portal kegelapan menyedut tubuh mereka.

"Awak nak pergi mana?" Soal Miyako risau.

Tubuh-tubuh yang tadinya tersedut portal kegelapan, muncul berdekatan dengan Yosuke yang tidak sedarkan diri.

"Dia bukan lawan kau!" Ujar Asmodeus risau. Nampaknya hanya sia-sia dia meminta pertolongan Yosuke tadi kalau lelaki itu sendiri sudah tidak sedarkan diri.

"Siapa cakap?" Kirito jeling sekilas Asmodeus.

Perlahan-lahan tubuhnya terbakar dengan api kegelapan. Tidak hanya itu, ketika terpancar sebuah panahan petir, sebuah bulatan yang terbuat daripada api hitam muncul dengan sendirinya.

"Jadi seterusnya kau?" Osward mendekati Kirito.

"Nampaknya aku yang terakhir."

Continue Reading

You'll Also Like

137K 899 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
378K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu
158K 13.6K 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Hero mature, heroin ego keras kepala. 👑...
1.7M 35.7K 40
| 2020 | 18+ PREVIU 35 BAB NOVEL | PDF CRIME ACTION ROMANCE