π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

fifteen

590 94 37
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma , nampak phone Seo tak ?" soal aku sebaik sahaja turun ke tingkat bawah.

Tubuh aku sudah pun lengkap dengan pakaian uniform sekolah. Sudah bersiap sedia untuk ke sekolah memandangkan doktor pun dah approved aku boleh ke sekolah seperti biasa.

Cuma dia pesan untuk aku jaga diri aku ni memandangkan keadaan aku sebenarnya tidak lah begitu baik. Di luar sahaja nampak seperti baik baik sahaja.

Tapi aku sedang menghadapi penyakit yang tiada penawarnya.

"Mana lah omma tahu. Telefon kamu bukan telefon omma" balas omma selamba yang sedang khyusuk menonton televisyen di ruang tamu.

Aku melepaskan keluhan berat.

Entah kenapa apa yang terjadi malam semalam aku langsung tak boleh nak ingat. Aku just ingat , habis sahaja perjumpaan aku dengan Doktor Kim , aku minum dengan Jimin.

Dan mungkin aku mabuk kot dan Jimin bawak aku pulang ke rumah semula ?

"Nampaknya aku kena tanya Jimin pasal telefon aku. Mesti dia tahu kat mana" ujarku perlahan.

Tidak mengambil masa yang lama , selepas sahaja aku menjamah sarapan pagi , aku terus keluar dari rumah untuk menuju ke sekolah seperti biasa.

Walaupun kaki aku yang bengkak ni dah okay , tapi aku tak boleh nak berlari dengan berjalan laju sangat sebab masih lagi terasa rasa sakitnya itu di kaki ini.

Seperti biasa , aku akan menaiki bas untuk ke sekolah. Lagipun omma sendiri tidak mahu menghantar aku ke sekolah dengan keretanya. Katanya malas.

Pagi pagi macam ni kalau dia off day , dia lebih gemar menghabiskan masanya dengan menonton drama dan juga tidur sampai petang. Dah macam orang muda pulak.

Omma memang tidak mahir dalam memasak , jadi bangun pagi je aku kena siapkan breakfast untuk omma dan diri aku sendiri. Begitu juga dengan dinner. Aku yang kena masak sendiri.

Senyuman aku melebar tatkala tiba sahaja di pondok perhentian bas. Rasa teruja sungguh tatkala mata aku menangkap kelibat Jimin yang berada di pondok perhentian bas tersebut.

Lelaki itu sedang duduk sambil membaca buku. Entah buku apa aku sendiri tak tahu. Tapi aku dapat lihat dengan jelas dia sumbatkan earphone ke dalam kedua dua belah telinganya.

"Mungkin dia tengah baca novel cinta ? Budak ketot tu memang suka layan benda benda jiwang" aku ketawa kecil.

Terus aku mengorak langkah menuju ke arah Jimin yang kelihatan begitu khusyuk sekali dengan novel jiwangnya itu. Dengan senyuman lebar aku menghampirinya.

Tanpa langsung meminta kebenarannya , aku terus mengambil tempat di sebelahnya. Pantas sahaja sebelah earphonenya aku tarik dan aku sumbatkan ke dalam telinga aku.

In my dreams , you're with me. We'll be everything I want us to be. And from there , who knows. Maybe this will be night that we kiss. For the first time , or is that just me and my imagination.

"Eo ? Imagination Shawn Mendes ?"

Jimin yang terkejut dengan tindakan aku kepadanya secara tiba tiba itu terus menoleh dan memandang aku dengan pandangan terkejut. Membuntang matanya.

Aku tolehkan kepala ke tepi dan menatap wajahnya sambil tersengih sengih seperti kerang busuk. Namun pandangan Jimin kepada aku membuatkan senyuman aku pudar.

Dia memberikan pandangan ketat dan tajam kepada aku.

"K-kenapa ?"

Terkebil kebil aku memandang wajah Jimin. Entah kenapa rasa takut pulak bila dia dah bagi pandangan lain macam tu dekat aku. Tak pernah lagi dia pandang aku macam tu.

"Jangan ambil barang aku ikut suka hati kau boleh tak ?" balas Jimin dingin.

Riak wajah aku mula berubah tatkala dia menjeling aku tajam dan terus merampas semula earphonenya yang aku sumbat di dalam telinga aku itu.

Walaupun aku sedikit terasa dengan layanan dingin yang tiba tiba sahaja dia berikan kepada aku ini , namun aku tetap cuba untuk ukirkan senyuman manis kepada dia.

Lemah lah aku kalau asyik nak menangis je kerja. Ni dah kira crybaby dah kalau pasal Jimin pun aku nak menangis jugak. Tak , kau kuat , Jang Yiseo.

"Jimin , kau tahu tak mana tele--" kata kata aku tergantung tatkala Jimin tiba tiba sahaja bangkit daripada duduknya.

Bas sudah pun sampai dan kini Jimin terus pergi meninggalkan aku tanpa langsung menoleh ke belakang bagi memandang aku yang baru sahaja ingin menanyakan satu soalan kepadanya.

Tipulah kalau aku tak kecik hati.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Pelik.

Tak tau kenapa Jimin macam cuba untuk jauhkan diri dia daripada aku harini. Ke mana sahaja dia pergi , aku akan ikut dan cuba tegur dia.

Tapi setiap kali tu jugak lah , dia akan tolak aku jauh lagi dan lagi.

Apa sebenarnya yang dah jadi malam semalam waktu aku mabuk sampaikan dia layan aku macam ni ? Aku ada buat salah apa apa ke ?

Aku melepaskan keluhan berat.

Pili air sinki tandas aku bukak dan mula menadahkan kedua dua belah tangan di bawah pili air tersebut. Sebaik sahaja air berkumpul di tadahan tangan , aku terus membasuh muka aku.

"Aigoo , masuk masuk tandas ni terus niat nak lepas hajat terbantut bila nampak pemandangan yang menjijikkan haih"

Aku terus tolehkan kepala ke tepi tatkala mendengar suara seorang gadis yang datang dari sebelah aku.

Go Yejin.

Kaki buli kelas belakang.

Aku kerutkan dahi memandang Yejin. Dia yang menyedari aku sedang memerhatikannya , terus membalas pandangan aku.

Senyuman sinis dia berikan. "Kenapa ? Terasa ke ?" sinis sahaja dia berkata.

"Dekat dalam tandas ni hanya ada aku dengan kau. Takkan lah kau cakap dengan cermin ni pulak kan ?" balas aku kasar.

Dia ketawa kecil sambil menutup sedikit mulutnya. Acah acah nak nampak ayu lah gitu.

"Kelakar lah kau ni , Jang Yiseo"

Sebelah kening aku terangkat ke atas. "Macam mana kau tahu nama aku ?"

Sudah semestinya aku tertanya. Setahu aku , tak pernah lagi aku bergaul dengan perempuan ni. Dan tiba tiba sahaja dia tahu nama aku ?

Aku ni bukanlah popular sangat jadi mustahil kalau ramai mengenali aku.

"Aigoo , Yiseo-ah. Takkan lah aku tak kenal pulak kau ? Pelajar perempuan yang paling popular dekat sekolah ni..."

Aku mengerutkan dahi.

"...disebabkan panggilan desperate nak boyfriend" dia tersenyum sinis.

Aku tersentak.

Pandangan penuh gaya judgemental dia berikan kepada aku. Sedikit sebanyak membuatkan aku rasa sakit hati tatkala mendengar apa yang baru sahaja dia panggil aku.

"Pelik lah aku dengan kau ni. Kau takde maruah ke , hm ? Bukan main buat itu buat ini semata mata nakkan balik Jeon Jungkook yang sah sah dah tak mahukan kau lagi" dia ketawa lagi.

Aku ketap bibir rapat. Tangan kanan aku genggam erat sehingga membentuk sebuah penumbuk. Cuba menahan diri daripada meletup dan buat sesuatu di luar jangkaan.

"Kau ni... takdelah lawa mana. Tapi aku rasa kalau kau bagi dara kau dekat Jungkook , mungkin dia nak kau balik ?" dia ketawa. "Aku dengar , sepanjang korang bersama , tak pernah lagi kau meniduri dia"

Aku ketap bibir erat.

"Atau , kalau kau tak nak Jungkook sekalipun , aku boleh kenalkan kau dengan lelaki lelaki lain yang jauh lebih baik daripada Jungkook"

Dia tersenyum sinis lalu mendekati aku. Kepalanya kini berada betul betul di tepi aku. Gayanya seperti ingin berbisik sesuatu kepada aku.

"...Kau hanya perlu jadi hamba sex diorang je. Senang je hehe"

Disebabkan tak tahan dengan apa yang dia katakan kepada aku , aku pantas menolak tubuhnya menjauhi aku membuatkan dia memandang aku terkejut.

"Tutup mulut kau sebelum aku sendiri yang jahit mulut kau" aku merenung wajahnya tajam.

Melihatkan sahaja wajahnya yang kelihatan cukup terkejut dengan jelingan maut aku , aku terus mengorak langkah pergi meninggalkannya.

"Tapi kan Yiseo , aku rasa bukan kau orang pertama"

Langkah aku terhenti.

"Walau macam mana pun aku fikir , aku rasa dia memang lelaki macam tu , Jeon Jungkook"

Perlahan lahan aku pusingkan kepala aku ke belakang dan memandang wajah Yejin dengan dahi aku yang berkerut. Memaparkan pandangan tidak percaya kepadanya.

"A-apa kau cakap ?"

"Lelaki tak guna macam tu dah rosakkan ramai perempuan. Mungkin selama ni dia tidur dengan ramai perempuan di belakang kau sepanjang korang bercinta ?"

Disebabkan terlalu berang dengan apa yang dia kata , aku terus melangkah menghampirinya dan tangan aku laju sahaja menampar wajahnya kuat.

Ppang !

Kepala Yejin tertoleh ke kirinya. Matanya terbeliak luas. Jelas kelihatan dia cukup terkejut dengan apa yang aku baru sahaja lakukan kepadanya.

"Kau boleh hina aku dan maki aku sepuas hati kau..." aku mengangkat tangan ke atas dan menunding jari tepat di hadapan wajahnya.

"...Tapi aku takkan sesekali benarkan kau untuk maki dan hina Jeon Jungkook. Aku lebih kenal dia daripada kau sendiri kenal dia"

Renungan maut aku berikan kepada Yejin sebelum aku terus memusingkan tubuh ke belakang dan mula mengorak langkah keluar daripada tandas perempuan itu.

Yejin yang masih terkejut dengan apa yang berlaku tiba tiba sahaja ketawa kecil tatkala kelibat aku sudah pun hilang di pandangannya.

Gelak tawanya mula kuat.

Perlahan lahan tangannya memegang pipi merahnya yang baru sahaja aku tampar dengan kuat sebentar tadi. Dia masih ketawa lagi.

"Kau... memang cari pasal dengan orang yang salah , Jang Yiseo..."

Dia mengangkat wajahnya dan mula memberikan pandangan maut ke arah laluan kelibat aku yang sudah pun menghilang itu.

"Aku akan pastikan kau mati habis sahaja waktu sekolah ni..."

Dan pelbagai idea jahat mula bermain di dalam fikirannya untuk membunuh gadis itu , Jang Yiseo.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

sorry semua , sebab dah tak update setiap hari macam dulu :(( neul janji lepasni neul update setiap weekday and weekend je neul tak update sebab nak rehat , boleh tak ? 🥺👉👈

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 550 11
" No one born to be ugly, we just living in judgemental society " Jangan obses, nanti malang menimpa. HeHeHeHeHeHe Β©Nnikonikoniiii short story Start...
28.9K 3.8K 34
jangan tertipu dengan kecomelan wajah dia. Sekali kau kenal dia, kau akan lupa dia ni sebenarnya manusia ke batu. I'm still a beginner and yeah, my...
76.1K 7.6K 59
Season 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - ma...
54.3K 4.6K 14
[COMPLETED] Ini kisah cinta aku, dengan lelaki teruk bernama Kim Taehyung, kadang dia sweet, kadang buat menyampah, dia suka buat aku marah, sedih da...