š‘Ŗš’‰š’‚š’š’ˆš’† . ā€¢ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twelve

635 94 51
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kaki kamu dah okay ?" soalan yang ditujukan Doktor Kim membuatkan aku mengangkat wajah dan memandangnya.

Wajah doktor muda yang manis dengan senyumannya di hadapan aku itu aku tatap buat seketika sebelum terus menundukkan pandangan semula ke bawah.

Melihatkan sahaja respon aku seperti itu kepadanya , senyuman manis doktor muda itu terus pudar. Bibir bawahnya digigit lalu belakang lehernya diusap perlahan.

"Saya ada salah cakap ke , Cik Yiseo ?" soalnya lembut.

Mendengarkan sahaja soalan itu ditujukan kepada aku , aku terus menggeleng kepala perlahan. Wajah pula masih setia ditundukkan ke bawah seperti tadi.

"Kaki awak dah okay. Jadi lepasni tak perlu lah awak susah susah dah pakai tongkat ke apa untuk berjalan. Awak pun dah boleh pergi ke sekolah macam biasa." jelas Doktor Kim.

Namun aku masih menundukkan pandangan aku ke bawah dan langsung tidak terniat pun untuk mengangkat pandangan dan bertentang mata dengannya.

Doktor Kim memandang aku pelik sambil sebelah keningnya diangkat ke atas. Pelik pulak lelaki itu melihat aku yang berkelakuan aneh seperti ini di hadapannya.

Dia mengusap dagunya perlahan. Cuba untuk memikirkan apa apa yang mungkin boleh dikaitkan dengan punca aku kelihatan cukup sedih dan kecewa ketika ini.

Buat seketika , dia mengeluh. Baru teringat akan sesuatu yang rasanya itulah merupakan penyebab aku tidak henti henti menundukkan pandangan aku ke bawah.

"Apa yang... doktor cakap haritu... betul ke ?" soalku lemah.

Perlahan lahan aku angkat wajah ke atas dan mata aku kini mula bertemu dengan sepasang mata berwarna coklat terang milik doktor muda tersebut.

Lelaki itu hanya memberikan aku pandangan redup sahaja. Langsung tidak tahu ingin memberikan reaksi yang sebagaimana kepada aku ketika ini.

"Wa-walaupun apa yang doktor cakapkan dekat saya , saya masih tak boleh nak terima langsung dengan kenyataan tu !" aku mula meninggikan suara kepada Doktor Kim.

Doktor Kim masih berdiam diri dengan pandangan kosongnya kepada aku. Langsung tidak terkesan dengan aku yang tiba tiba sahaja meninggikan suara kepadanya sedangkan aku lebih muda daripadanya.

"Saya dah hidup selama 18 tahun. Dan sampai sekarang saya masih lagi sihat dan mampu melakukan apa sahaja yang saya inginkan. Tapi kenapa doktor..."

"Genetik" Doktor Kim memotong percakapan aku. Dia menundukkan pandangan dan mula termenung.

"Ianya bukan salah awak , Jang Yiseo. Sakit yang awak hadapi sekarang berpunca dari genetik awak sendiri"

"Tapi saya masih sihat dan mampu buat apa sahaja !" aku menjerit marah.

Aku rasa serabut sangat sangat sekarang ni. Fikiran aku rasa bercelaru dan kepala aku rasa berat sangat. Apa yang aku baru sahaja hadapi sekarang buatkan aku tertekan.

Dada aku mula berombak naik dan turun dengan lajunya. Nafas aku mula menjadi tidak teratur tatkala aku mula berang dengan perangai doktor muda di hadapan ini.

"Jang Yiseo-sshi..." dia memanggil nama aku lembut.

Kedua dua belah tangannya disatukan dan diletakkan di atas permukaan meja kerjanya. Matanya menatap ke dalam anak mata aku lama.

"Awak dah tak banyak masa. Hanya tinggal dalam 3 bulan lebih sahaja mengikut kepada pengiraan saya sendiri"

Tatkala mendengar sahaja kata kata menyakitkan hati aku bagaikan pedang tajam itu meniti di bibir Doktor kim dengan cukup tenang , mata aku mula berair.

Tak , semua tu tak betul.

Doktor kim salah. Dia tak check aku betul betul. Aku sihat dan kuat tapi dia boleh cakap aku ni tengah sakit dan dalam keadaan kritikal ?

Aku akan mati dalam tempoh 3 bulan lebih sahaja lagi ? Dan penyakit yang aku hadapi tiada langsung ubat untuk merawat aku ?

Ini semua tahi.

"Walau macam mana pun awak cuba untuk deny apa yang saya bagitahu awak , awak kena terima semuanya dengan hati yang terbuka , Yiseo"

Aku mengangkat wajah dan merenung tajam mata Doktor kim dengan mata aku yang sudah pun berair itu. Tiada seorang pun yang mampu menerangkan dan menjelaskan betapa sakitnya hati aku ketika ini.

"Jadi , saya mintak tolong awak sangat sangat untuk jaga pemakanan awak dan kesihatan awak supaya awak--" kata kata Doktor Kim terhenti.

Aku terus bangkit daripada duduk dengan pantas dan merenung tajam wajah doktor muda tersebut. Dia hanya memberikan pandangan terkejut sahaja kepada aku.

"Kenapa saya perlu jaga pemakanan dan kesihatan saya kalau saya bakal mati juga diakhirnya nanti ?"

Kata kata yang terbit di bibir aku membuatkan Doktor Kim terus kehilangan kata kata. Tak mampu lagi lelaki itu membalas apa apa kepada aku ketika ini.

Katanya , waktu aku jatuh dan pengsan di tangga hari itu , nasib baik kejadian itu tidak memberi kesan sampingan apa apa yang mampu merosakkan tubuh aku yang sakit.

Namun , ada aku kisah ?

Aku rela untuk gantung leher aku dekat siling , cut tangan aku dengan cutter dan lemaskan diri aku sendiri di dalam kolam kalau aku nak mati sekarang.

Tapi , aku mahu suatu sahaja yang aku inginkan sebelum aku mati dan tinggalkan muka bumi yang penuh kekejaman ini.

Kasih sayang terakhir dari Jeon Jungkook.

"Saya mintak diri dulu. Terima kasih atas bantuan doktor" balas aku mendatar.

Langsung tiada secalit senyuman yang terbit di wajah aku tatkala aku mula memusingkan tubuh ke belakang dan melangkah pergi meninggalkan doktor muda tersebut.

Air mata yang sudah pun penuh berkumpul di tubir mata aku itu pantas sahaja aku kesat dengan jari aku kasar. Tidak mahu orang nampak mata aku yang sudah berair.

Sebab tu lah , dalam dunia ni , kau kena kuat , Jang Yiseo.

Aku tahu , Jang Yiseo memang seorang gadis yang sangat kuat. Kau dah hadapi banyak kesukaran , dan kau masih berdiri tegak di posisi yang sama.

Aku tahu , kau kuat.

Langkah aku terhenti tatkala aku ternampak sesusuk tubuh badan yang sedang menyandarkan belakang badannya di dinding. Dia menundukkan pandangan ke bawah.

Uniform sekolahnya masih tidak ditanggalkan lagi dari tubuhnya. Nampaknya , dia seolah olah seperti terus ke hospital ini selepas tamat sahaja waktu persekolahan.

Dia , Park Jimin.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Doktor cakap apa ?" soal Jimin di sebelah sambil kami berdua berjalan beriringan.

"Takde apa yang penting pun. Esok aku dah boleh pergi sekolah macam biasa" balas aku dengan nada suara yang mendatar.

Disebabkan appointment aku dengan doktor tadi lama sangat , sekarang sudah pun senja dan langit sudah pun bertukar gelap.

Aku hanya memandang kosong sahaja di hadapan sambil kedua dua belah tangan aku dimasukkan ke dalam poket hoodie aku manakala Jimin tidak henti henti memandang aku.

"Yiseo , kau okay tak ni ?" Jimin terus memegang lengan aku membuatkan langkah aku terhenti.

Refleks , aku menoleh dan mendongak bagi memandang wajahnya. Dia memberikan pandangan pelik kepada aku sambil dahinya berkerut.

"Nae ?" aku tersedar dari lamunan aku sebentar tadi.

Jimin mengerutkan dahinya. "Kau macam tak okay je ni. Kenapa ni , hm ?" soal Jimin prihatin.

Mendengar sahaja soalan yang ditujukan kepada aku itu , terus aku menundukkan pandangan ke bawah dan tersenyum tawar.

Perlahan lahan tangan Jimin yang memaut lengan aku itu aku lepaskan. Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengangkat semula wajah bagi memandangnya.

"Jimin-ah"

"Hurm ?"

"Belikan aku soju"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau sedar tak yang kita ni sebenarnya masih dibawah umur ?" Jimin di sebelah tak habis habis membebel macam makcik.

Aku langsung tak ambil kisah apa yang dia tengah membebel dekat sebelah aku sekatang ni. Aku meloloskan diri yang sedang duduk di atas pasir pantai ini.

Dekat tepi pantai ni tak ramai orang lagipun sini gelap jadi hanya ada aku dan Jimin sahaja yang melepak di tepi pantai ini macam penganggur.

Kedua dua belah tangan aku pantas sahaja menyelak plastik hitam tersebut. Mata aku membulat dan pandang dengan penuh teruja 5 botol soju berwarna hijau itu.

"Uwaahhh" aku membuat bunyi terkejut.

Aku menekup mulut dengan sebelah tangan sebelum menoleh ke sebelah dan memandang Jimin yang tengah pandang aku tajam tak habis habis ni.

Aku ketawa kecil. "Kata budak bawah umur , tapi kau beli jugak soju untuk aku kan , Park Jimin ?" aku mencuit bahunya lembut.

Muka annoying Jimin tayang dekat aku sebelum dia mengalihkan pandangannya ke hadapan. Langsung tidak mahu bertentang mata dengan aku.

"Sebab aku sayang kau..." ujarny perlahan.

"Apa dia ?"

Aku yang baru nak mencuba membuka penutup botol itu terus menoleh memandangnya dengan pandangan pelik sambil sebelah kening aku terangkat.

"Takde ape lah bongok"

Tak pasal pasal kepala aku diketuknya kuat membuatkan aku mengaduh sakit. Aku sentuh kepala berharga aku dan menjeling Jimin tajam.

Aku sebat bontot budak ketot ni karang apa tak dapat !

Ah pergi mati lah Jimin tu , baik aku try soju ni sekejap. Mana tahu malam ni aku boleh determine aku ni sebenarnya weak drinker ke atau heavy drinker.

"Tapi kan weh , macam mana kau beli soju ni dengan uniform sekolah kau tu ?" soal aku ingin tahu.

"Hurm ? Aku ?" Jimin mengerutkan dahinya. Aku angguk sebagai tanda 'ya'.

"Ohh yang tu" dia memandang ke hadapan semula. "Aku goda akak cashier tu. Tu yang dia bagi terus 5 botol soju free dekat aku."

"Euw perah santan gila kau ni" aku memberikan pandangan penuh kegelian kepadanya.

"Tulah. Susah jadi handsome ni. Semua perempuan tumbang dengan aku haih" Jimin mengeluh pendek sambil menekan dahinya dengan jarinya seolah olah penat.

Amboi amboi budak ni. Angkat bakul sendiri pulak !

Sebab malas nak beri perhatian dekat Jimin ketot sebelah aku yang tak habis habis perah santan ni , aku pun abaikan sahaja dia tu. Malas nak ambil tahu.

Botol soju itu aku pandang buat seketika sebelum aku kuntumkan senyuman manis di wajah.

"Mungkin ni dapat bantu hilangkan stress ?"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

432K 51.3K 65
ā Stop following me āž ā Tak nak, saya nak ikut awak juga āž ā Ugh. Suka hati kaulah āž Start: 281016 End: 011116 Status ; completed + Cerita ni idea s...
104K 5.5K 16
Jeon JungKook seorang Kingka sekolah yg paling kejam dari ahli nya yg lain dn selalu membuli Hyun Hee Jung Hyun Hee seorang gadis kacukan Korean+Japa...
200K 16.2K 21
Dia, Jeon Jungkook, seorang pesakit dan pencinta seorang gadis. "Jadi cium aku di mulut tapi tolong jangan gigit." Nantikan. #3 jungkook - july 1...
42.2K 4.5K 36
Disebabkan misi yang membelenggu kebebasan dirinya buat sementara, Jung Eun Ra terpaksa menyamar menjadi seorang nerd di sebuah sekolah. Namun tugasn...