π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

eleven

769 104 49
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Lampu bilik tidur Yiseo sudah pun dipadamkan. Menunjukkan si gadis itu sudah pun mengambil keputusan untuk tidur pada waktu itu.

Jungkook yang sedang berada di luar rumah bekas teman wanitanya dengan hanya menyarungkan hoodie berwarna hitam pada tubuhnya itu perlahan lahan mengangkat wajah.

Dia hanya menatap lama ke arah tingkap bilik Yiseo itu. Biliknya yang sudah pun bertukar gelap dan Yiseo yang sudah pasti sudah pun tidur.

Kedua dua belah tangannya masih setia diletakkan ke dalam poket hoodienya. Matanya masih tidak lepas dari memerhatikan bilik gadis itu.

Jauh di dalam sudut hatinya , dia rindu.

Keluhan berat dilepaskannya perlahan. Dia memejam kedua dua belah matanya rapat lalu menundukkan kepalanya ke bawah semula.

"Rindu tu... memang betul betul berat"

Sebaik sahaja menuturkan baris ayat tersebut di bibirnya , dia mula memusingkan tubuhnya ke belakang dan mula mengambil langkah untuk pulang ke rumah.

"Baru balik ?"

Satu suara seorang wanita menyapa gegendang telinga milik Jungkook tatkala dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam miliknya.

Langkahnya terus terhenti. Walaupun dia tidak memusingkan tubuh dan mencari siapa yang menegurnya , dia sudah pun tahu gerangan suara itu.

Puan Jeon.

"Kau pergi mana ? Rumah perempuan tu lagi , hm ?"

Perlahan lahan wanita itu melangkah menghampiri anak lelakinya dengan keadaan berpeluk tubuh. Jungkook hanya menundukkan sahaja wajahnya ke bawah.

Renungan tajam diberikan kepada anak lelakinya dengan penuh angkuh sekali. Tiada secalit senyuman pun yang mampu Puan Jeon ukirkan kepada Jungkook.

"Kau cakap , kau dah tinggalkan dia ? Tapi selama aku perhatikan kau , selalu je kau keluar malam malam dan cuba untuk tengok perempuan tu dari jauh"

Jungkook melepaskan keluhan berat. Perlahan lahan dia mengangkat wajahnya ke atas dan menatap wajah Puan Jeon. Jelas kelihatan , dia terlalu letih.

"Omma , Kook nak naik tidur. Penat. Pening kepala ni" ujarnya perlahan.

Matanya yang kuyu memandang sahaja wajah ibunya itu dengan pandangan penat. Betul betul penat melayan wanita itu.

Sebaik sahaja berkata begitu , Jungkook terus memulakan langkahnya dan ingin pergi meninggalkan Puan Jeon di situ.

"Jeon Jungkook"

Langkahnya terus terhenti.

"Aku dah cakap banyak kali. Perempuan tu tak layak untuk kau"

Jungkook hanya membiarkan sahaja kata kata Puan Jeon dibiarkan sepi. Perlahan kakinya melangkah ke hadapan untuk mendaki tangga dan naik ke biliknya.

Tubuh badannya harini terasa begitu letih dan penat sekali untuk dia bergerak lagi. Rasa bagaikan hendak pitam sahaja.

Dengan kes yang berlaku pada pagi ini lagi , dengan Puan Jeon yang tak habis habis ingin menentukan masa hadapannya lagi.

Dia betul betul penat.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

- - -

Yiseo's

"Tengah buat apa tu ?"

Aku yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran di meja library ini terus memusingkan kepala ke tepi tatkala mendengar satu suara garau memanggil.

Ianya Jeon Jungkook.

Aku mencebik. "Tak nampak ke orang tengah study ni ? Buta ke ?" balas aku kasar.

Mendengarkan sahaja balasan yang aku berikan kepadanya , dia terus mengembungkan kedua dua belah pipinya dan memandang aku.

"Alaaaa garangnyaaa" bahu aku dicucuk berkali kali dengan jarinya.

Aku terus menepis tangannya. Keluhan berat aku lepaskan sebelum aku menggulingkan mata aku ke atas. Jelas kelihatan aku cukup menyampah diganggu sebegini oleh Jungkook.

Perlahan lahan aku pusingkan wajah ke tepi dan memandang tepat ke arah Jungkook yang masih memandang wajah aku dengan mimik wajah meminta simpati.

"Jangan kacau boleh tak ? Pergi lah main jauh jauh kat sana ke apa. Orang nak study ni"

"Alaaa mana boleh. Jungkook rindu nak main dengan Yiseo laaa" dia merendahkan suaranya tak ubah seperti budak kecil.

"Hey Jeon Jungkook , awak sedar tak yang next week kita ada exam. Sebab tu lah saya nak study. Lain la macam awak yang gifted tu. Tak belajar pun boleh dapat 100 marks"

Aku jeling dia sekilas sebelum menoleh semula memandang ke arah buku aku sendiri. Buku teks yang ada di hadapan mata kembali diberi perhatian penuh oleh aku.

Belum sempat aku ingin menyelak muka surat sebelah , tiba tiba sahaja Jungkook di sebelah dengan selambanya memeluk pinggang aku erat membuatkan mata aku terus membulat.

"Hey Jungkook !"

Kepalanya sengaja digeselkan pada bahu aku tak ubah seperi anak kucing yang dahagakan perhatian ibunya. Pelukan pada pinggang aku dieratkannya lagi.

"Haihh , rindunya nak peluk bidadari Jungkook ni"

Kedua dua belah pipi aku sudah mula membahang tatkala mendengar dia melafazkan ayat sebegitu. Pelajar pelajar lain yang ada berdekatan sudah mula memberikan pandangan lain macam.

"Hey Jungkook , lepaslah. Jangan lah buat macam ni" sedaya upaya aku cuba untuk tolak Jungkook jauh daripada aku namun dia lagi kuat.

"No way. Nak peluk pun tak boleh ke , sayang ?"

Aku ketap bibir rapat. Menahan diri sendiri daripada tersenyum malu tatkala dia memanggil aku dengan panggilan yang dapat mencairkan hati semua perempuan.

Disebabkan terlalu berang dengan perangai Jungkook yang tak sudah nak mengada depan aku ni , aku terus capai buku dan hempuk kepalanya kuat.

"Argh sakitlah !" refleks dia menjauhkan tubuhnya daripada aku.

"Sakitlah , Yiseo !" dia mula merengek dan membuat mimik wajah ingin menangis.

Mata aku terus membulat. "Sorry sorry , sakit sangat ke ?" aku terus menghampirinya dan cuba untuk menyentuh kepalanya.

Mahunya aku hempuk kepala dia kuat sangat sampai dia biul nanti sia sia je. Memang apa yang dia belajar selama ni semua hilang dari ingatan lah macam tu.

"Kalau kau nak aku maafkan kau , kish dulu" sengaja Jungkook memuncungkan bibirnya ke hadapan , meminta untuk dicium.

Mata aku membulat. "Awak jangan macam macam. Saya gunting bibir tu nanti"

Jungkook mula mencebik. "No kish , no talk. Hurm takpelah dah tak sayang Jungkook kan"

Jungkook mula menundukkan pandangannya ke bawah dan mula membuat mimik wajah sedih. Dah rupa macam nak bunuh diri dah laki ni aku tengok.

"Hey , Jungkook awak—"

"Ehem ehem , ni library bukan hotel ya" kata kata seorang perpustakawan lelaki yang berada di hadapan kami membuatkan kata kata aku terhenti.

Pantas aku dan Jungkook memandang ke arah mamat berkaca mata bulat besar di hadapan kami itu. Jungkook dah tenung dia tajam manakala aku mula menahan malu.

"Ma-maafkan saya"

Sebab malu yang teramat , aku terus ambil buku rujukan dan berlari ke arah rak buku. Nak cover malu punya pasal , aku pun acah acah macam nak pi simpan buku dekat rak balik lah.

Aku berhenti di hadapan sebuah rak buku dan aku memegang rak itu erat. Wajah aku dibenamkan di rak tersebut. Sumpah , pipi aku dah berona merah dah ni !

"Sayang saya tengah malu ke tu ?" usikan nakal dari Jungkook kedengaran jelas di tepi.

Aku terus menoleh memandang ke arah Jungkook yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan tepi badannya di rak buku tersebut. Sengihan nakal diberikan kepada aku.

Aku mula mencebik. "Awak lah ni. Tengok dah kena perli dengan perpustakawan tu. Buat malu je tau"

Aku membuat mimik muka ingin menangis dan mula menghantukkan kepala sendiri di rak tersebut. Bunyi tangisan kecil acah acah aku buat.

Malu punya pasal.

"Hey sayang , jangan lah buat macam tu" pantas Jungkook menghampiri aku dan menarik tubuh aku.

Kedua dua belah bahu aku dipegangnya erat. Menahan aku daripada berterusan macam orang gila hantukkan kepala dekat rak buku besi tersebut.

Aku memuncungkan bibir ke hadapan dan membuat mimik wajah sedih. Dah rasa macam nak gali lubang lepastu masukkan kepala dalam tanah dah ni—

Dia tersenyum melihat wajah aku.

Perlahan lahan dia memegang sisi kepala aku dan mula menarik wajah aku ke hadapan. Bibirnya mendarat lembut di atas dahi aku perlahan.

"Kalau ye pun malu , jangan lah sampai hantukkan kepala tu sayang oii" Jungkook ketawa kecil.

Aku mula mencebik. Terus aku alihkan pandangan ke tempat lain. Tadi dah malu ni lagi lah bertambah malu bila Jungkook sengaja buat macam ni.

"Ehe blushing ke tu , sayang ?" sengaja Jungkook mengusik dan ketawa kecil menampakkan gigi arnabnya itu.

Aku terus tolak tubuh Jungkook jauh. "Dah lah , baik saya sambung study balik. Daripada layan orang gila macam awak , sampai esok tak habis"

Sedaya upaya aku cuba untuk cover diri ini daripada tersenyum malu menampakkan yang aku cair dengan kucupan lembut Jungkook sebentar tadi.

Aku terus melangkah ke rak dan meletakkan buku rujukan yang aku ambil tadi di rak tersebut. Selesai sahaja aku meletakkan buku tersebut , tak sempat aku nak pusing belakang tiba tiba Jungkook menolak aku.

Mata aku membulat tatkala tubuh aku ditolak ke dinding. Dan kini , Jungkook betul betul berada dekat dengan aku di hadapan aku. Kedua dua belah tangannya diletakkan di sisi aku.

Membuatkan aku langsung tidak dapat lari dari kepungan kedua dua belah tangannya yang sudah pun mengunci pergerakan aku ketika ini.

Aku menelan liur gugup.

"Ju-Jungkook..." terketar ketar aku.

Melihatkan aku yang sepertinya takut dengannya ketika ini , Jungkook tersengih nakal. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

"Aku nak tuntut kiss yang aku tak dapat tadi , boleh kan sayang ?" dia berbisik lembut dengan suara yang penuh menggoda di telinga aku.

"Jungkook nanti orang tengok—"

Belum sempat aku nak menyambung kata kata aku kepadanya sambil mata aku melirik ke arah pelajar lain yang berkemungkinan akan ke sini untuk mencari buku.

Tiba tiba dia menarik wajah aku pantas dengan kedua dua belah tangannya dan membenamkan bibirnya perlahan di bibir aku membuatkan mata aku membulat.

Satu kucupan dia berikan.

Dia pusingkan kepalanya ke tepi dan kucupan lembut kedua dia berikan. Pusing lagi ke arah bertentangan , kucupan ketiga dia berikan.

Kucupan kecil dan sekilas bukannya kucupan lama dan penuh menghairahkan. Tapi aku tahu , Jungkook kenal aku. Dia sengaja ingin buatkan aku ingin membalas ciumannya.

Perlahan aku mendongak dan mata kami saling bertaut lama. Dia tersenyum.

"Jeon Jungkook rindu bibir awak"

Sebaik sahaja berkata begitu , dia mula menyatukan bibir aku semula dengannya. Kalini dengan lebih lama dan penuh ghairah.

Aku menggenggam erat kolar baju Jungkook tatkala dia membenamkan bibirnya dengan bibirku. Pelik. Bibir lelaki itu buatkan aku begitu ketagih.

Jeon Jungkook memang a good kisser.

- - -

Perlahan lahan mata aku terbuka. Sejurus sahaja mata aku terbuka , air mata aku mengalir laju membasahi tepi kelopak mata aku sendiri.

Siling putih di atas menjadi tatapan pertama buat aku yang baru sahaja bangun daripada tidur.

"Kenapa aku boleh termimpi memori lama aku dengan dia ?"

Aku memejam mata aku rapa dan mengeluh perlahan. Perasaan sedih masih lagi terasa di dalam hati aku ketika ini.

Itulah , Jang Yiseo. Tertidur lepas tengok gambar Jungkook lagi. Tengok sekarang , siapa yang menyesal ?

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

17.4K 2.1K 13
[OLD TITLE: AMNESIA] "Apa maknanya cinta kalau cinta yang ada dalam diri awak tu hanyalah kepura-puraan semata- mata?" Kisah dimana Jung Hoseok yang...
27K 2K 78
"Even aku sekarang gaduh dengan Hani , tapi aku tak kesah pun dia tak jadi milik aku.."-Jungkook "Apehal pulak ?"-Nahee "Because I want you to be min...
3.9K 550 11
" No one born to be ugly, we just living in judgemental society " Jangan obses, nanti malang menimpa. HeHeHeHeHeHe Β©Nnikonikoniiii short story Start...
31.6K 5.3K 12
Another short stories from iamyourcupcake. Β©All rights reserved 2020