Muzika Melodia

By Merci_Misha

498K 41.3K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!
Berita menarik!

💎79💎

4.2K 402 24
By Merci_Misha

Aku menarik selimut bagi menutupi tubuh yang kesejukan. Kedudukan yang tidak selesa itu aku betulkan. Duduk di atas kerusi lama-lama, memang melenguhkan setiap anggota badan. Mengantuk tu mengantuk juga tapi bila dah tak selesa, susah nak pejam mata. Maka dengan itu, aku melentokkan kepalaku ke bahu Faron yang berada di sebelah.

"Hailey, Faron, kita dah nak sampai." Suara Min Hyuk yang duduk di bahagian hadapan mengejutkan aku. Terpisat-pisat aku membuka mata dalam suasana terang itu.

"Bangun semua!" Lydia yang berada di sebelah Min Hyuk pula bersuara riang.

Reuben berjalan dari kerusi ke kerusi persis seorang askar yang sedang mengawal. "Wake up, people! We're gonna miss the fun time if you guys late! Hari ini sahaja kita dapat jalan-jalan. Lepas ni, tak ada dah. So, bangkitlah anak muda!" Ujarnya bersemangat. Penumbuknya diangkat ke udara.

Aku mengalihkan selimut lalu meregangkan badan. Faron yang berada di sebelah turut berbuat demikian.

"Kalau rajin, pakai baju sejuk siap-siap." Pesan Justin sebelum menyarungkan baju sejuknya yang sedikit tebal pada tubuh. Beg yang diletakkan pada bahagian ruangan atas diambilnya dan dibawa turun secara perlahan-lahan.

Kami semua menuruni tangga bagi keluar dari kapal terbang. Tujuan kami terbang ke London hari ini hanyalah satu, untuk Le Musique Concurrence yang akan berlangsung dalam masa empat hari sahaja lagi di Amerika Syarikat.

Angin sejuk mencengkam tubuh sebaik sahaja kami elok mendarat di atas lantai. Jet peribadi milik keluarga Reuben tidaklah besar berbanding yang lain namun selesa buat kami bersembilan.

"Jom. Kita cari makan dulu." Ajak Reuben lalu mencapai tangan Mayu agar gadis itu berjalan di sisinya.

Kami sekumpulan berjalan di sekitar lapangan terbang tersebut sambil menarik bagasi masing-masing. Sebuah kedai bernama Pilots Bar and Kitchen menjadi sasaran kami.

Belum sempat kami melangkah masuk, bunyi seseorang menekan punat kamera kedengaran. Ada orang ambil gambar kami?

"Apakah-"

Klik! Klik! Klik!

Lampu daripada kamera dan telefon bimbit berkelip-kelip mengelilingi kami. Dah kenapa pula ni?

"Paparazzi!" Jerit Faron lalu menarik aku agar berlari bersamanya. Ahli kumpulan kami yang lain mengejar dari belakang sebelum mengelilingi aku supaya tiada satu kamera pun yang dapat mengambil gambarku.

Rasa pelik bila aku dapat perhatian ramai. Sebelum ni, aku sendiri yang bersembunyi sebab tak nak sesiapa yang kenal aku. Sungguh, aku rasa menyesal pula tunjukkan diri.

Apalah nak jadi dengan hidup aku ni.

"Tak payah makan. Kita terus ke rumah awak sajalah Reuben." Olivia memberi cadangan. Dia berpaling ke belakang seketika bagi melihat jika masih ada manusia-manusia yang sedang mengejar.

Kami semua bersetuju dengan cadangan Olivia itu. Bagi menghilangkan kehadiran kami di sini, aku menyanyi kecil sambil berharap magis halimunanku berkesan.

"Lari lagi laju, Hailey!" Faron jerit lagi seraya menarik tanganku dengan lebih kuat.

Oi, relaxlah! Aku tengah menyanyi kot!

"Okey...?" Min Hyuk bersuara pelik sambil melihat sekeliling. "Dah tak ada yang kejar kita?"

"Mereka tak nampak kita ke?" Talha pula menyoal, hairan.

Langkah kami mulai perlahan kecuali Faron yang masih terpekik-pekik kegelisahan. Rupanya sudah seperti cacing kepanasan.

"Kenapa kita berhenti? Larilah!" Arahnya tanpa sedar bahawa dia juga sudah berhenti berlari.

Dahiku sudah berkerut-kerut menahan rimas. "Relaxlah awak! Saya dah berjaya hilangkan kita dah tadi." Marahku, tidak sedar bahawa aku sudah menghentikan nyanyian.

"Ha! There they are!" Jerit satu suara asing dari kejauhan. Deruan angin merdu dapat kami dengari akibat larian insan yang sedang ke sini.

"Ugh!" Aku segera menggunakan magis muzik seruling bagi membawa kami sekumpulan ke luar bangunan. Sekejap sahaja, suasana sekeliling berubah rupa.

Orang sekeliling yang kebetulannya berada di situ terkejut dengan kehadiran kami sekumpulan yang tiba-tiba.

"Dah." Tutur Reuben sebelum menarik nafas dan menghembusnya perlahan. "Ikut saya masuk kereta."


~~~~~~~~~~~


Kereta memasuki perkarangan sebuah rumah agam mewah yang tersergam indah. Mata kami membulat tatkala melihat rumah yang serba putih dan dihiasi pelbagai corak daun hijau yang tenang dilihat. Gaya rumah agam ini sedikit sebanyak seperti The Green's Cafe.

"The Greens mostly ada bentuk rumah yang sama. Sebab itu, rumah ini macam rupa kedai pakcik saya." Tutur Reuben apabila mata kami tidak lepas daripada melihat kediamannya.

Tepat di hadapan pintu masuk yang diapit oleh dua orang manusia berpakaian seperti ejen rahsia, kereta yang kami naiki berhenti. Dua orang insan itu berlari-lari anak lalu membukakan pintu untuk kami sekumpulan. 

"Oh my, your little highness." Seorang wanita dengan kipas yang dikibas-kibas di tangan mendekati aku. Wajahnya jelas menunjukkan keterujaan.

Inilah yang aku tak nak. Aku tak sangka pula yang rahsia aku akan terbongkar sebelum habis semua trip yang aku aturkan tanpa meletakkan Perancis sebagai tengah-tengah.

"Jom kita masuk. Reuben, bawakan kawan kamu ni ke dalam."  Ujar wanita itu lalu masuk ke dalam.

"Yes, mom." Balas Reuben dalam nada malas. Dia mara ke hadapan dan kami pun membuntutinya dari belakang.

Tiba sahaja di ruang utama, kami dipelawa dengan pelbagai juadah yang kadang-kadang kami sendiri tidak tahu apakah ia. Senior Talha sudah mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana kami faham bahawa terdapat beberapa makanan yang tidak boleh dimakannya. Banyak kali dia menyuap kismis ke dalam mulut dan beristighfar panjang.

"Reuben tak inform dekat family yang kita ada student muslim dekat sini?" Tanya Justin selaku seorang ketua. 

Sebelum ke negara milik masing-masing, kami akan inform kepada ahli keluarga ataupun pihak masakan sendiri untuk menyediakan makanan-makanan tertentu. Apa yang aku kasihankan buat senior Talha, dia banyak memakan sayuran sahaja sepanjang perjalanan kami kecuali ketika di dalam kapal terbang dan di negaranya sendiri.

"Ada inform. Tapi saya tak pastilah mereka dengar ke tak. Kalau saya tahu macam ni, baik saya balik ke rumah pakcik saya je. Semua makanan dekat The Green's Cafe, semua senior Talha boleh makan. Pakcik saya mementingkan makanannya agar dapat dimakan oleh semua orang." Bebel Reuben di situ sambil menjeling emaknya yang sedikit jauh daripada kami.

Kami semua mendiamkan diri di situ sambil merenung hidangan yang ada.

"Biar saya rasa semua. Mana yang okey, saya bagi senior ya. Since saya selalu tolong pakcik saya dekat dapur, saya dah tahu apa beza-beza semua ni." Reuben berkata bangga. Walaupun sedikit awkward, Talha mengangguk juga.

Aku hanya melihat setiap perbuatan mereka di situ. Lapar tak ada, excited pun tak ada. Aku pun tak tahu kenapa.

"Princess Hailey, sini kejap." Panggil Puan Green, emak kepada Reuben. Tanpa banyak songeh, aku ikutkan sahaja, meninggalkan mereka yang lain di belakang.

Kerusi di sebelah wanita itu ditarik untuk aku. Aku duduk dengan sopan seraya melihat wanita itu dengan penuh tanda tanya.

"Ya, kenapa puan?"

Puan Green tersenyum-senyum sambil melirik ke arah Reuben. "Apa yang tuan puteri fikir tentang anak saya?" Soalnya, manis sekali.

Aku mengerutkan dahi. Aik, kenapa pula ni?

"Dia seorang rakan yang baik dan rajin bantu kami. Seorang yang sangat pemurah dan... Dia juga bijak tentang pengetahuan mengenai tumbuhan dan makanan." Balasku jujur.

Keluhan kecil Puan Green lepaskan sebelum tersenyum lagi. "Tuan puteri tidak berminat dengan anak saya?" 

Oh, itu ke tujuan dia panggil aku? Kejap, aku rasa nak tergelak. Ehem, ehem.

"Umm, puan, saya sudah ada teman lelaki dan Reuben pula sudah ada teman wanita." Ujarku serba salah. 

Hilang terus senyuman wanita itu. Dia terdiam seketika.

"Jangan risau, puan. Mayu seorang gadis yang baik." Aku berkata bagi menyedapkan hatinya. Perlahan-lahan aku mendekati Puan Green dan berbisik kecil. "Mayu itu, puteri kepada Harmony Kingdom. Rambut biru-biru sikit itulah dia."

Puan Green membesarkan matanya tanda terkejut. Serta-merta wajahnya berubah ceria semula. "Kalau macam tu, saya ke sana dulu ya." Pintanya gembira lalu bangkit dan menghampiri ahli kumpulanku yang lain.

Hah, emak-emak ini, dia inginkan yang terbaik buat anaknya sahaja. Aku tak nak sangka buruk dengan Puan Green. Dia hanya inginkan Reuben pasangan yang terbaik. Ya, aku pasti.

"Hailey, kenapa duduk sana? Jom makan sini." Panggil Lydia, riang sekali. "Senior Talha dah dapat hidangan baru. Dia dah boleh makan." Sambungnya lagi.

Aku mengangguk faham. Tempat dudukku itu aku tinggalkan dan menyertai mereka yang sudah tidak sabar-sabar mahu bersantap. 

"Esok kita ada latihan jadi hari ni, rehat puas-puas dulu." Pesan aku buat mereka. Semuanya tersenyum gembira sambil mengunyah makanan yang terhidang. 


~~~~~~~~~~~


"Is that, Big Ben?!" Tanya Justin, teruja. Aktiviti kami sekarang ini adalah mengelilingi bandar London dengan menaiki bas dua tingkat yang bewarna merah.

"Yup." Jawab Reuben.

Duduk di bahagian atas tanpa orang lain, sangat memberikan perasaan damai buat kami sekumpulan. Bukan biasa-biasa dapat menaiki pengangkutan awam dengan hanya kami sahaja di atas ini.

... Or so I thought.

Sebenarnya, pemandu bas ini telah diupah oleh bapa Reuben apabila mendapat tahu bahawa aku merupakan sahabatnya. Tambahan lagi mengenai identiti Mayu yang sudah aku bongkarkan sebagai seorang puteri di sebuah kerajaan tersembunyi.

Sejak perkara itu, Mayu hairan dengan layanan yang diberikan oleh keluarga itu. Sangkanya, Reuben telah memberitahu tentang hubungannya dengan jejaka itu kepada keluarganya. Hmm, biarlah aku sendiri je yang tahu kebenaran yang sebenarnya.

"Uyyo, London Eye." Gumam Min Hyuk sendiri tatkala terlihat sebuah ferris wheel putih yang sungguh besar. Dia tersenyum kecil.

Di bahagian belakang bas, kelihatan Olivia sibuk bergambar bersama Justin di sisi walaupun jelas bahawa ketua kumpulan yang seorang itu sudah pun rimas. Namun apakan daya, dia tidak mampu menolak pelawaan gadis itu.

Ha'ah kan, jomlah ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

"Kalian, jom ambil gambar!" Jerit Lydia tiba-tiba. Uish perempuan ni, macam boleh baca fikiran aku.

Dia mengeluarkan sebatang monopod dan meletakkan telefon bimbit di atasnya. 

"Apa kelas guna telefon. Gunalah kamera." Tegur Faron, tidak berlapik.

Jelingan tajam Lydia berikan kepadanya. "Eh, cakap orang. Dia pun sama je." Dia memulangkan paku buah keras. Monopodnya diangkat tinggi agar kami semua dapat muat ke dalam gambar.

"Satu, dua, tiga!" 

Pelbagai ragam dan gaya kami lakukan sepanjang Lydia menekan butang 'capture' berkali-kali. Ada yang tidak memandang kamera, ada yang menunjukkan wajah lawak dan ada juga yang candid habis.

"Nanti bagi gambar tu dekat saya tau." Pinta aku diikuti oleh mereka yang lain.

Sahabat... Tidak semestinya akan kekal selamanya. Apa yang akan kekal adalah memori yang dicipta bersama.

Continue Reading

You'll Also Like

223K 13.7K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
61.6K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
446K 5.1K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
435K 27.7K 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmo...