š‘Ŗš’‰š’‚š’š’ˆš’† . ā€¢ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

ten

788 115 82
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jimin's

Aku melambungkan tubuh aku di atas katil empuk sendiri dan mula meloloskan tubuh aku. Lengan sasaku diletakkan di belakang kepala aku sendiri.

Mata aku hanya menatap lama sahaja siling kosong berwarna kelabu di atas itu. Menatapnya lama. Memang mata aku memandang ke arah itu , namun fikiran aku jauh ke tempat lain.

Keluhan berat aku lepaskan sambil kedua dua belah mata aku terpejam rapat. Apa yang jadi harini , terngiang semula di dalam fikiran aku.

Dengar sahaja berita tentang Yiseo pengsan dan dibawa ke hospital , aku terus berlari ke hospital tersebut. Langsung tidak kisahkan tentang waktu sekolah yang masih berjalan.

Tiba sahaja di bahagian kecemasan di mana Yiseo di bawa ke sana , mata aku terbuntang besar tatkala mata aku tertancap ke arah lelaki itu.

Tubuhnya sudah pun basah dek kerana peluhnya. Wajahnya serabut sahaja dengan rambut yang dikusutkan. Jalan mundar mandir tanpa henti.

Jeon Jungkook.

Tanpa berfikir banyak , aku terus berlari menghampirinya.

"Hey Jeon Jungkook"  sebaik sahaja aku menyentuh bahunya dia terus menoleh memandang ke arahku.

Mata aku membulat tatkala melihat wajahnya yang sudah pun pucat dan berpeluh peluh. Dadanya berombak turun dan naik dengan lajunya.

"Jungkook , kau ok—"

Tak sempat aku ingin meneruskan ayatku , tiba tiba sahaja Jungkook rebah membuatkan aku panik. Pantas tubuhnya aku tahan.

"Jungkook , kau kenapa ? Jeon Jungkook !" walaupun aku sudah tampar pipinya perlahan , dia langsung tidak sedarkan diri.

Dia pengsan.

- - -

"Kau kenapa sebenarnya ? Yiseo yang pengsan berdarah kepala , yang kau pulak macam orang sakit ni dah kenapa ?"

Aku menyoal penuh tanda tanya kepada Jungkook sambil menyandarkan belakang badan aku di sebuah meja. Aku berpeluk tubuh memandangnya.

Jungkook masih dengan wajah pucatnya. Langsung tidak membuka mulut untuk memberikan aku satu patah pun perkataan sebagai jawapan.

Dia yang daripada tadi mendiamkan diri membuatkan aku rasa macam nak naik angin. Rasa macam aku nak mengamuk je sekarang.

Tapi aku tahu dia tu baru sedar dari pengsan , takkan aku nak bertindak terburu buru pulak kan ?

"Jeon , aku tak faham lah dengan kau sebenarnya. Aku betul betul tak faham" aku mengerutkan dahi memandangnya.

Mendengarkan sahaja aku berkata begitu , perlahan lahan dia menoleh dan memandang aku. Dengan pandangan 'apa' lemahnya itu diberikan kepada aku.

"Kau putus dengan dia , kau sakitkan hati dia , kau malukan dia. Tapi kenapa sekarang ni kau pulak yang bukan main angkat dia dari tangga ke hospital dalam keadaan lari tanpa menaiki apa apa kenderaan walaupun jauh , hm ?"

Aku merenung Jungkook tajam.

"Aku tak faham. Aku betul betul tak faham dengan tindakan kau sekarang ni , Jeon. Walaupun aku ni juga lelaki , tapi aku langsung tak boleh nak fikir apa apa yang kau sedang fikirkan sekarang ni"

Sebaik sahaja aku selesai berkata , dia perlahan lahan mengukirkan nipisnya kepada aku.

"Tak pernah sesaat pun dalam hidup aku , aku tak sayangkan Jang Yiseo , Jimin"

Riak wajah aku mula berubah tatkala mendengar apa yang baru sahaja diluahkan Jungkook. Dia tersenyum nipis.

"Dan tak pernah sekalipun dalam hidup aku , aku tak fikirkan dia , Jimin"

Jungkook menundukkan kepalanya ke bawah dan kemam bibirnya rapat. Seperti sedang menahan dirinya daripada menangis.

"Aku terlalu sayangkan dia. Aku sayangkan dia sangat sangat"

"Tapi kenapa kau buat macam tu ? Kenapa kau sakitkan hati dia ? Kenapa kau buat dia menangis ? Kenapa kau buat dia jadi macam perempuan bodoh disebabkan lelaki macam kau , Jeon ?"

Jungkook tersenyum nipis. Wajahnya diangkat. Matanya yang sudah berair menatap lama ke dalam anak mata aku sendiri.

"Sebab aku dah janji"

Dahi aku berkerut mendengar apa yang dia baru sahaja katakan. Langsung tak faham dan tak dapat fikirkan apa apa langsung tentang apa yang dia katakan.

Jungkook perlahan lahan bangun daripada duduknya di atas katil pesakit tersebut dan melangkah menghampiri aku.

"Boleh aku mintak tolong kau ?"

Aku mengangkat sebelah kening dan memberikan pandangan 'apa' kepadanya.

"Benda yang Yiseo paling takutkan dalam dunia ni , adalah 'ditinggalkan oleh seseorang yang dia sayang' ..." Jungkook menundukkan pandangannya.

Perlahan dia menepuk bahu kanan aku dan mengukirkan senyuman tawar kepada aku.

"Jadi aku harap , kau boleh stay di sisi Yiseo sampai dia sedar" senyuman tawar Jungkook berikan.

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa bukan kau yang berada di sisi dia kalau kau sayangkan dia ?"

Dia tersenyum nipis. "Kalau aku buat macam tu , aku bakal sakitkan hati dia lagi"

Aku langsung tak faham apa yang Jungkook cuba sampaikan kepada aku ketika ini. Tapi apa yang aku tahu , lelaki ini masih sayangkan bekas teman wanitanya.

"Kau sukakan Yiseo , bukan ?"

Mata aku membulat. "Nae ?"

"Mintak dia berikan kau peluang. Aku yakin , kau hanyalah satu satu harapan yang takkan tinggalkan dia. Jadi , tolong jaga dia , demi aku ?"

"Jungkook , apa yang kau—"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku , dia menepuk bahu aku dua kali membuatkan aku serta merta terdiam.

Senyuman nipisnya diberikan kepada aku sebelum dia melangkah keluar dari bilik sakit ini. Bukan , dia melangkah keluar dari hospital ini.

Dia selamatkan Yiseo , tapi akhirnya dia tinggalkan Yiseo balik.

Perlahan lahan kedua dua belah mata yang aku pejam rapat tadi aku buka semula , keluhan berat dilepaskan sekali lagi.

Apa yang terjadi , buatkan aku makin tak faham dengan situasi yang aku sedang hadapi.

"Maafkan aku , Jimin. Aku rasa... kita lebih sesuai sebagai kawan"

Keluhan berat aku lepaskan lagi.

Ayat Yiseo yang baru sahaja menolak perasaan cinta aku kepadanya sebentar tadi terngiang semula di dalam kepala aku. Aku meraup wajah aku kasar.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku , aku langsung tak tahu.

Apa yang Jungkook cuba sembunyikan daripada Yiseo sehingga dia tinggalkan Yiseo walaupun dia sayangkannya , aku sendiri tak tahu.

Dan aku pasti kalau aku tanya dia , dia tidak akan mahu untuk beritahu aku.

Dan Yiseo pula , aku tahu. Perasaan suka dan sayang kepada seseorang tidak langsung kita boleh paksa.

I can't make you love me if you don't because you can't make you heart feel something it won't.

Aku melepaskan keluhan berat buat sekali lagi. Entah kali ini sudah berapa kali aku mengeluh berat. Aku sendiri tidak kira.

"Lupakan sahaja perasaan suka kau dekat Yiseo , Park Jimin"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Apa kamu ni buta ke sampai jatuh tangga bagai ?" soalan dingin yang terpacul di mulut omma menghentikan langkah aku.

Aku yang sedang berdiri di hadapan tangga itu perlahan lahan menoleh dan memandang ke arah omma yang datang menghampiri aku.

Dengan wajah polosnya yang merenung aku tajam membuatkan aku perlahan lahan menundukkan pandangan ke bawah.

"Seo-ah" panggilan omma membuatkan aku kembali memandang wajahnya.

"Kamu dengan appa kamu dua dua sama je kan ? Dua dua tahu nak menyusahkan omma je"

Dia melepaskan keluhan berat dan merengus kasar. Walaupun bahasa yang dipakainya masih lembut , namun renungan tajamnya membuatkan aku masih takut.

"Omma..."

"Apa kamu nak ? Nak menyusahkan omma lagi ?" balasnya kasar.

Aku kemam bibir rapat dan tundukkan pandangan ke bawah. "Kenapa... omma kahwin dengan appa Seo ?"

Dia berdecit sinis tatkala mendengar apa yang aku baru sahaja soal dia ketika ini. Yelah , di hadapan aku ini bukannya omma kandung aku pun.

Dia hanyalah omma tiri aku.

Memandangkan dia tidak mempunyai anak langsung , jadi terpaksa lah dia jaga aku selepas appa aku meninggal dunia.

"Sudah semestinya omma kahwin dengan appa kau sebab duit dia"

Aku ketap gigi rapat.

"Sudah , daripada kamu membebel tak sudah macam ni , baik pergi naik tidur. Jangan nak buat benda bukan bukan dan menyusahkan omma. Penat tau tak penat ?"

Aku melepaskan keluhan berat.

Omma menjeling aku tajam sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku dan menuju ke arah biliknya yang berada di bawah.

"Esok jangan berani nak bangun lewat. Masak sarapan untuk omma. Tak payah nak bagi alasan sebab kaki ke apa" balasnya dingin.

Aku melepaskan keluhan berat sekali lagi. Entah apa yang aku dah buat sampai aku kena hadap semua ini.

Sendirian.

Walaupun sukar untuk aku menaiki tangga dengan tongkat yang diberikan doktor ini , namun aku gagahkan juga diri aku untuk naik.

Tanpa langsung bantuan daripada sesiapa , hanya aku yang terkapai kapai mendaki tangga seperti bayi yang baru belajar berjalan.

Akhirnya aku tiba di tingkat atas juga.

Masuk sahaja ke dalam bilik , aku terus duduk di atas katil. Tongkat itu aku sandarkan di meja tepi katil sebelum aku meloloskan tubuh di atas katil dan berbaring.

Disebabkan aku terlalu malas dan terlalu penat untuk mandi , jadi aku mengambil keputusan untuk biarkan sahaja aku tidur dengan pakaian sekolah.

Aku tarik selimut dan tutup badan aku sampai paras bahu. Telefon pintar aku keluarkan dari dalam poket dan aku pegang.

Perlahan lahan aku mengubah posisi kepada baring mengiring. Kedua dua belah tangan aku memegang telefon pintar itu erat.

Gambar aku dan Jungkook.

Perlahan lahan senyuman manis aku terukir tatkala melihat gambar tersebut. Gambar ketika aku sedang merajuk dengan Jungkook.

Waktu tu aku merajuk sebab dia tak mahu teman aku makan , sibuk tangkap gambar sini tangkap gambar sana. Sudah lah aku lapar.

Lagipun kitorang ada percutian sekolah dekat Pulau Jeju waktu tu. Tu yang Jungkook jakun tu. Dia pun memang suka tangkap gambar.

Dan waktu tu Jungkook suruh Jimin tangkapkan gambar aku dengannya. Sebab aku merajuk dengan dia jadi aku menangis waktu tu jugak.

Jungkook panik lepastu dia terus peluk aku dan kucup dahi aku lembut. Dan waktu tu lah , Jimin tangkap gambar candid kitorang berdua.

Jungkook yang memeluk tubuh kecil aku erat sambil mengucup dahi aku yang sedang menangis macam budak kecil.

Air mata aku mengalir deras.

"Saya rindukan awak , Jungkook.... saya betul betul rindukan kita yang dulu...."

Aku mengusap perlahan dan lembut gambar Jungkook yang sedang memeluk aku erat itu. Air mata aku tak henti mengalir.

Dan malam itu , aku terlelap dengan air mata aku yang tak henti mengalir sambil memegang erat telefon pintar aku yang memaparkan gambar aku dan Jungkook.

Betul tu , Jungkook. Rindu tu , berat.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

27K 2K 78
"Even aku sekarang gaduh dengan Hani , tapi aku tak kesah pun dia tak jadi milik aku.."-Jungkook "Apehal pulak ?"-Nahee "Because I want you to be min...
2.5K 847 6
+ dia tersangat licik . siapa dia ? Ā© ssawvaend storyline
54.3K 4.6K 14
[COMPLETED] Ini kisah cinta aku, dengan lelaki teruk bernama Kim Taehyung, kadang dia sweet, kadang buat menyampah, dia suka buat aku marah, sedih da...
27K 3K 15
ā tercium tanpa sengaja ? āž inspired ; Fall In Love At First Kiss * Jungkook Jeon * Jihyo Song - completed ! cover ; @ensiah ā™”