π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

nine

709 120 103
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Perlahan lahan mata aku terbuka. Dan perkara pertama yang aku dapat lihat ketika ini hanyalah siling putih yang berada di atas.

Keluhan berat aku lepaskan sambil memejam kedua dua belah mata aku. Kepala aku ketika ini terasa begitu berat sangat sangat.

"Yiseo ? Kau dah bangun ?"

Suara garau seseorang menegur aku membuatkan aku membuka mata sebelum perlahan lahan menoleh ke arahnya.

Park Jimin.

"Kau tunggu sekejap , aku pergi panggil doktor"

Baru sahaja Jimin ingin bangun dari tempat duduknya dan melangkah pergi meninggalkan aku , pantas aku gelengkan kepala.

Dia menghentikan langkahnya dan memandang aku dengan sebelah keningnya yang terangkat ke atas. Memandang aku pelik.

"Tak perlu. Aku okay"

Aku cuba untuk bangun dari katil menggunakan sebelah tangan aku yang dijadikan penyokong untuk aku bangun.

Melihatkan sahaja aku dalam keadaan begitu , Jimin terus menghampiri aku dan membantu aku bangun lalu menyandarkan aku pada kepala katil.

"Kenapa kau tak baring je ? Rehatkan diri kau ?"

Soalan yang ditujukan Jimin kepada aku hanya dibalas dengan gelengan perlahan sahaja.

"Aku okay" balasku lemah.

"Okay ? Hey Jang Yiseo , kau sedar tak yang kau baru je jatuh tangga tadi ? Kaki kau bengkak dan kepala kau baru je berlaku pendarahan tadi !"

Aku melepaskan keluhan berat sambil kedua dua belah mata aku terpejam rapat. Penat. Betul betul penat sekarang ni.

Perlahan lahan aku membuka mata aku semula dan menoleh memandang Jimin yang berada di sebelah aku.

"Park Jimin , aku penat"

Mendengarkan sahaja balasan aku , lelaki itu terus terdiam. Mungkin baru menyedari yang dia terlalu overreacting dengan situasi ini.

Perlahan lahan Jimin menundukkan pandangannya ke bawah. Dia melepaskan keluhan berat juga.

"Mana... Jungkook ?"

Satu soalan terpacul di mulut aku membuatkan Jimin terus mengangkat wajahnya semula dan memandang aku.

Riak wajahnya mula berubah tatkala aku menyebut sahaja nama Jungkook di hadapannya ketika itu.

"Kenapa kau pasal dia pulak ?" mendatar sahaja suaranya.

Aku menundukkan pandangan ke bawah. "D-dia yang bawak aku ke sini , bukan ?"

"Kau ni bodoh ke , Yiseo ?"

Riak wajah aku mula berubah tatkala Jimin membalas seperti itu kepada aku. Mata aku dan dia saling bertaut.

"Aku yang bawak kau ke hospital ni. Jungkook takde"

"K-kau tipu kan ?"

"Buat apa pulak aku nak tipu kau ? Kau fikir , lelaki tak guna yang dah lama tinggalkan kau tu akan ambil berat pasal kau ke ? Sampai kau mati pun , dia takkan tunjukkan langsung rasa kesian dia dekat kau , kau tahu tak ?"

Aku kemam bibir rapat tatkala mendengar apa yang baru sahaja Jimin katakan. Mustahil kalau aku cakap , hati aku tak sakit.

"K-kau tipu...." perlahan lahan aku tundukkan kepala ke bawah.

Aku tahu , Jimin pasti sedang menipu aku. Aku dapat bau sendiri aroma tubuh Jungkook waktu dia mengendong aku.

Kali terakhir sebelum aku pengsan tadi. Dan aku kenal aroma bau Jungkook macam mana memandangkan dia merupakan teman lelaki aku.

"Yiseo-ah , tolong lah sedar" perlahan lahan aku mengangkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata Jimin.

"Jeon Jungkook... tak pernah kisahkan kau. Kau sorang je beria nak dekat dia jadi kau tak perlu berlagak bodoh macam perempuan murah"

Air mata aku mula mengalir.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau yakin yang kau nak discharge dalam keadaan macam ni ?" soal Jimin lembut.

Aku yang berada di sebelahnya hanya mengangguk perlahan tanpa langsung mengeluarkan sebarang suara kepadanya.

Disebabkan sebelah kaki aku sudah pun bengkak jadinya aku sukar sedikit untuk berjalan dengan betul.

Jadi , doktor berikan aku tongkat panjang berwarna kelabu yang boleh memudahkan aku untuk berjalan dengan betul.

Doktor ada beritahu omma , tapi sampai sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak. Yelah , dia tu hanyalah omma tiri aku sahaja.

Buat apa dia nak care pasal aku pulak kan.

Jimin terus menahan teksi dan kami berdua mula masuk ke dalam perut kereta di bahagian tempat duduk penumpang.

"Ahjussi , ahjussi hantar kami ke—"

Kata kata Jimin tergantung tatkala aku memaut lengannya membuatkan dia terus menoleh dan memandang aku.

"Kenapa ?" soal Jimin pelik.

Aku ketap bibir rapat. "Boleh tak... kita tak balik rumah aku dulu ?" soal aku perlahan.

Kepala aku ditundukkan ke bawah. Memandang sahaja sebelah tangan aku yang diletakkan di atas peha dan digenggam erat itu.

"Kau nak pergi mana ?" soal Jimin lembut.

"Appa. A-aku nak jumpa appa..."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku dan memandang tepat ke arah bingkai gambar appa , aku dan omma kandung aku sendiri.

Bingkai gambar yang terdapat di dalam satu ruang yang ditutup dengan kaca tersebut. Aku melepaskan keluhan yang berat.

"Appa... appa baik baik sahaja ke di sana ? Macam mana... hidup appa dekat sana , hm ?"

Baru sahaja mengeluarkan beberapat ayat , namun suara aku sudah mula sebak. Diri ini terus diselubungi dengan perasaan sedih dalam sekelip mata sahaja.

Mengingatkan kembali hakikat di mana , aku bergaduh besar dengan appa pada malam tu , tanpa mengetahui langsung itu merupakan kali terakhir aku bakal melihatnya.

"Appa... harini Seo jatuh tangga. Kepala Seo sakit... kaki Seo pun sakit." aku kemam bibir rapat.

"Appa kata appa nak lindungi puteri kecil appa , ta-tapi kat mana appa sekarang...?" bibir aku sudah mula bergetar.

Kata kata kesat dan kasar yang aku luahkan kepada appa malam itu mula terngiang kembali di dalam minda aku. Membuatkan aku rasa betul betul menyesal.

"Semua orang... ada appa yang boleh lindungi mereka. Tapi , Seo tiada sesiapa lagi , appa. Omma dah pergi tinggalkan kita dan Seo langsung tak tahu ke mana dia pergi... dan a-appa dah pergi buat selama lamanya"

Aku tundukkan kepala ke bawah. Air mata mula berkumpul di tubir mata aku sendiri. Bila bila masa sahaja air mata bakal mengalir dengan deras di pipiku.

"Appa , apa yang patut Seo buat , hm ? Seo dah tiada sesiapa lagi... omma , appa , Jungkook... kenapa semua nak tinggalkan Seo ? Kenapa semua tak pernah pikir langsung perasaan Seo ?"

Air mata aku mula mengalir.

"Appa kata... appa nak tengok puteri kecil appa ni bahagia. Ta-tapi... sejujurnya , Seo tak pernah bahagia. Betul betul tak pernah bahagia" aku menangis teresak esak.

"Selepas appa pergi tinggalkan Seo , Jungkook pulak... Jungkook pulak tinggalkan Seo. Ke-kenapa semua orang nak tinggalkan Seo ? Kenapa semua orang yang Seo sayang nak tinggalkan Seo ? Kenapa ??!" aku menjerit marah.

Aku mula menekup wajah aku dengan sebelah tangan aku tatkala air mata sudah pun mengalir deras membasahi wajah aku sendiri.

Bahu aku terhinjut laju kerana terlalu banyak menangis dengan teruk sekali. Ruangan tempat itu hanya dipenuhi dengan suara tangisan aku sahaja.

"S-Seo tak kuat... S-Seo betul betul tak kuat , appa..."

Bila aku teringatkan kembali apa yang terjadi di antara appa dan aku malam itu , aku betul betul menyesal sangat sangat.

Aku takkan sesekali dapat maafkan diri aku sendiri.

Kerana pada malam itu , aku mengeluarkan kata kata kasar yang aku tak sepatutnya keluarkan dan katakan kepada appa aku sendiri.

Darah daging yang satu satunya ada dekat dengan aku. Satu satunya lelaki yang sentiasa berjanji untuk lindungi aku daripada semua perkara.

Kau memang anak yang teruk , Jang Yiseo.

Kau memang tak patut pun dilahirkan di dalam dunia ni kalau perangai kau macam ni dengan appa kau sendiri.

Disebabkan kau , omma pergi tinggalkan keluarga. Disebabkan kau , appa pergi tinggalkan dunia ni. Disebabkan aku , Jungkook juga mengucapkan kata putus dalam hubungan kami.

Kenapa aku kena hadap semua ni ?

Kenapa Tuhan selalu berlaku kejam kepada aku ? Kenapa aku sentiasa mendapat sesuatu yang tak pernah kekal di akhirnya ?

Kenapa aku berakhir dengan sesuatu yang membuatkan aku bersedih dan kecewa pada akhirnya ? Tiada guna kalau aku bahagia pada mulanya tapi terluka pada akhirnya.

Baik aku mati sahaja macam ni.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Disebabkan aku mengambil masa yang agak lama di dalam tempat pemakaman appa tadi , akhirnya kami terpaksa balik ke rumah pada waktu malam seperti ini.

Sudah berjam aku dan Jimin berjalan kaki namun kami masing masing langsung tidak berbual antara satu sama lain.

Aku tiada benda nak cakap kepadanya. Nampaknya dia juga begitu.

Aku melepaskan keluhan berat. Kedua dua belah tangan aku masukkan ke dalam poket blazer aku sendiri. Tanpa langsung memandangnya , aku berkata.

"Aku penat berjalan dengan tongkat ni. Jom lah kita naik bas" ujarku selamba.

Namun Jimin langsung tidak membalas apa apa kepada aku. Aku menoleh ke tepi dan baru aku perasan , dia tiada di sebelah aku.

Terus aku menoleh ke belakang dan ternyata Jimin berada di belakang beberapa langkah daripada aku. Dia menghentikan langkahnya dan menundukkan pandangan.

"Jimin-ah"

Dia langsung tidak membalas teguran aku membuatkan aku mengerutkan dahi dan memandangnya pelik.

"Kau pun fikir... aku akan jadi macam tu ke ?"

Aku mengangkat sebelah kening ke atas.

Perlahan lahan dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata aku dengan pandangan redupnya itu.

"Apa yang kau cakap ni ?" aku menyoalnya pelik.

"Kau pun... fikir aku sebagai kawan kau , akan tinggalkan kau jugak ke ?"

Kata kata yang meniti di bibir Jimin membuatkan aku tersentak. Aku terus terdiam. Tak mampu membalas apa apa.

"Jang Yiseo , ada sesuatu yang aku ingin luahkan kepada kau"

Jantung aku mula berdetak laju.

Sebaik sahaja dia berkata begitu , dia mula melangkah ke hadapan menghampiri aku. Namun aku langsung tidak berundur ke belakang sehingga dia berdiri tegak betul betul di hadapan aku.

Aku terpaksa mendongak sedikit ke atas memandangkan Jimin lebih tinggi daripada aku sendiri.

"Aku sukakan kau. Dan aku berjanji yang aku takkan pernah tinggalkan kau seperti orang lain buat"

Aku tergamam.

"Boleh kau bagi aku peluang , Yiseo ?"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

27K 3K 15
❝ tercium tanpa sengaja ? ❞ inspired ; Fall In Love At First Kiss * Jungkook Jeon * Jihyo Song - completed ! cover ; @ensiah β™‘
17.4K 2.1K 13
[OLD TITLE: AMNESIA] "Apa maknanya cinta kalau cinta yang ada dalam diri awak tu hanyalah kepura-puraan semata- mata?" Kisah dimana Jung Hoseok yang...
54.3K 4.6K 14
[COMPLETED] Ini kisah cinta aku, dengan lelaki teruk bernama Kim Taehyung, kadang dia sweet, kadang buat menyampah, dia suka buat aku marah, sedih da...