Muzika Melodia

By Merci_Misha

498K 41.3K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!
Berita menarik!

💎78💎

4.3K 404 41
By Merci_Misha

"Everything happened for a reason, Darya!

"Okay Lydia. Tell me the reason why did you ate my last yogurt?"

"Because... It was delicious?

Mendengarkan jawapan Lydia yang tidak masuk akal itu, Darya mula mengangkat kasut. Lintang-pukang Lydia berlari keluar dari dorm kami. Tidak memikirkan apa-apa, Darya mengejar gadis itu bersama kasut di tangan.

"Kita baru saja sampai sekolah semalam. Apalah nak jadi." Aku mengeluh sambil bercekak pinggang, memandang pintu yang sudah pun tertutup sendiri.

Mayu tertawa tanpa suara. "Tak sangka ya Darya makan yogurt tanpa kita. Mentang-mentang dia sudah balik ke sekolah terlebih dahulu." Ujarnya, tersenyum kecil.

Seminggu kami di CrystalVale bagi menyelesaikan semua masalah dan perkara-perkara lain, akhirnya kami yang bersekolah ini dihantar semula ke Muzika Melodia. Aku tak nak sebenarnya. Bukan selalu dapat jumpa dengan ahli keluarga aku.

Tapi nak buat macam mana? Dah pengetua sekolah aku dekat situ.

Tak ikut nanti naya aku sendiri.

Tak! Tak! Tak!

Aku menoleh ke arah Mayu yang sedang menaip laju di atas keyboard telefon pintarnya. Senyuman lebar terhias di bibir.

"Apa yang seronok sangat tu, Mayu?" Tanyaku sambil cuba untuk mengintai apa yang ditaipnya.

Mayu segera mundur ke belakang seraya menyembunyikan telefon pintarnya. "Kita kan nak pergi London nanti! Saya tak sabar!" Luahnya gembira.

Hmm? Aku berpeluk tubuh sambil tersengih memandangnya.

"Tak sabar nak jumpa bakal mak mertua ke?" Aku mengusiknya.

Mayu hanya berpaling membelakangi aku tanpa menafikan tebakanku itu. Dia bersenandung kecil sambil bermain dengan telefon pintarnya itu.

Aih, bersenandung pun tak keluar suara. Lainlah kepada mereka yang tanda lahirnya berbentuk mikrofon bukan?

"Okeylah, saya nak keluar." Ujarku lalu menyarung kasut.

"Jaga diri!" Tutur Mayu tanpa memandang aku.

~~~~~~~~~~~~~

Suasana sekolah itu aku amati dengan penuh rindu. Yalah, tak sempat balik sekolah dah kena culik. Lepas tu, duduk sana bukan sekejap-sekejap. 

Bila cuti sekolah sekarang ni, aku kena balik CrystalVale. Bukan lagi di Perancis. Sedihnya huhu.

"Bonjour, Princess Hailey."

"Good afternoon, Princess."

"Here some gift from me."

Terkejut aku apabila setiap orang yang bertemu denganku di tengah jalan pasti melakukan tunduk hormat. Ada yang tidak mengucapkan apa-apa namun tersenyum penuh hormat.

Rasa macam first time kena layan baik-baik di sini. Selalunya, aku kena ejek sebab dekati Faron. Lepas itu, ejek warna rambut aku yang sedikit pelik berbanding yang lain. Tambahan itu, pandangan jelik diberikan buatku tatkala Ethan menyibuk di sisi.

Oh ya, apa jadi dengan Ethan ya?

Terus sahaja telefon pintar milikku berdering kuat. Telefon diangkat dan butang hijau ditekan.

"Hello." Aku memulakan kata dengan penuh malas.

"Hello! Ha, abang nak tanya something ni." 

Aku menyandarkan diri di dinding sambil melihat mereka yang lalu-lalang. "Apa dia?"

"Apa kita nak buat dengan Ethan?" Soalnya tiba-tiba.

Hampir terserdak aku di situ. Aku ni, ada telepati dengan abang ke apa?

"Ethan tu... Kita lupuskan dia."

"Adik ni, biar betik?"

"Dah sampah masyarakat kan?" Balasku berseloroh.

Terdiam insan yang menelefon di hujung talian. Dia diam, aku pun diam. Sehinggalah bunyi cengkerik menguasai talian komunikasi kami.

"Hello?" Soalku apabila tiada suara.

"Ke, adik kata apa?"

"Dia kata nak lupuskan."

"Mati anak orang kang."

"Kalau macam tu, kita tak payahlah call dia. Dia tengah stress tu saya rasa."

"Yalah. Dia yang banyak sibuk dekat sini. Dah, dah. Letak call tu."

"Okay."

Tit... Talian diletakkan selepas bisikan-bisikan tersebut jelas kedengaran di telinga aku.

"Apa ni call orang lepastu letak macam tu je?!" Jeritku di situ sebelum memasukkan telefon pintarku ke dalam poket dengan rakus sekali.

Kini, semua pelajar yang berada berdekatan sedang melirik ke arahku dengan penuh hairan. Dengan teragak-agak, aku mengangguk hormat kepada mereka. Mereka pun tersenyum kecil lalu membalasnya.

Sehinggalah mata aku... Bertemu dengan anak mata Audrey yang sedang melihatku dari jauh.

Apabila terperasan akan pandanganku itu, dia bersembunyi di sebalik tembok yang menampung bangunan sekolah ini. Huh, tahu takut? Selama ni, ganggu dan buli orang tak sedar diri pula.

Aku hanya berdiri di situ, menunggu dia keluar dari tempat persembunyiannya. Jika dia ingin mengelakkan daripada berjumpa dengan aku, kenapa dia tidak berlari ke tempat lain sahaja?

Secara tiba-tiba, Ainsley pula yang keluar dari tembok tersebut dan berlari-lari anak ke arah aku. Tangannya sedang memegang sebuah kotak kecil berwarna merah jambu. 

"Eh, elok-elok. Jatuh nanti." Pesanku tatkala terlihat dia sering terpelecok kerana berlari dengan kasut yang sedikit bertumit. Sudahlah berkain labuh pada musim sejuk ini, nanti jatuh tak pasal aku kena salah.

"Nak apa ya?" Soalku padanya.

Sedaya-upaya dia cuba untuk bercakap denganku meskipun gugup. Kotak yang berwarna merah jambu itu dihulurkan kepadaku. "Err... Ambillah ini. Sebagai tanda maaf kami dan terima kasih kerana telah menyelamatkan kerajaan dunia kita. Uh, I'll take my leave now, your highness." Ujarnya sambil tertunduk kecil lalu berlari meninggalkan aku di situ yang tidak sempat menjawab apa-apa.

"Umm, terima kasih?" Ucapku walaupun aku tahu dia tidak akan mendengarnya. Kotak merah jambu itu aku buka dengan berhati-hati. Beberapa ketul coklat buatan tangan terhias cantik di dalam kotak tersebut. Macam sedap.

Baiklah, jom kita kembali melakukan aktiviti jalan-jalan yang tergendala sebentar tadi. Oh, kenapa aku tak pergi kelas? Sebab hari ini kami diberikan cuti kerana telah banyak yang kami lalui sebelum ini. Lagipun kami ada kelas online sepanjang lawatan kami, bukan?

"Mana dapat benda tu?" Soal satu suara dari arah belakang. 

Aku menoleh sambil cuba untuk menyembunyikan kotak tersebut. Fuh, Faron rupanya.

"Daripada peminat." Jawabku bersahaja. 

"Yalah." Balas Faron sedih. Matanya memandang ke arah lain dengan wajah suram.

Aku tersengih melihatnya. Uhuk, cemburu ke?

"Eh, putera sekolah yang selalu dikelilingi perempuan, asal buka lokar ada surat cinta, menjadi perbualan orang di mana-mana, jealous dengan sekotak coklat yang diberikan pada teman wanitanya? Bukan saya ke yang patut jealous?"  Tanyaku, mengejek. 

Dia yang dari tadinya tidak memandang aku terus sahaja berpaling. "Itu dulu. Sekarang ni, tiada sesiapa yang nak kacau aku. Kalau mereka fikir mereka dapat compete dengan puteri dunia, memang nak kenalah tu. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kau?" Ujarnya sambil menekan perkataan 'puteri dunia' itu.

Ya, aku masih sakit hati dengan segala perbuatan peminat-peminatnya dahulu. Tapi sekarang ini, aku kena sabar dan redha kerana mengingati perkara lepas adalah perbuatan yang sia-sia. Let bygones be bygones.

"Sudahlah, Faron. Tak perlu merendah diri. Kita sama taraf. Ingat itu sahaja." Aku memberikannya seketul coklat yang berbentuk bunga. "Jomlah, kita pergi jumpa ahli yang lain. Kita tak nak malukan  The Blue Silhouette, kan? Jom." Ajakku pula lalu meraih tangannya.

Nak tak nak, dia kena juga ikut aku. 

~~~~~~~~~~~~~

Music Autumn menjadi tempat kami tuju. Di sinilah, tempat perkenalan kami semua sebagai sebuah kumpulan. Banyak memori baik yang sudah aku cipta walaupun hanya pada tahun pertama.  Memori buruk tu mestilah ada tapi buat apa kita ambil kisah.

"Nak kismis?" Soal Talha sebaik sahaja kami tiba di tempat mereka berkumpul. Faron segera merampas kotak kismis yang dihulurkan.

Hanya Olivia, Justin dan Talha sahaja yang berada di sini. Semua senior saja, mana yang lain?

"Tahun satu yang lain mana?" Tanya Faron hairan sambil melabuhkan punggung ke atas karpet yang telah disediakan. Daun luruh yang banyak akibat musim sejuk ini sedikit sebanyak mengganggu penglihatan kami di sini.

Olivia menjongketkan bahu. "Entah. Sibuk dengan kerja lain kot." Tuturnya malas.

"Biarlah mereka. Kita pun gather sebab saja-saja kan. Tak apalah." Kata Justin lalu menyambung pembacaannya. Berterabur buku-bukunya di atas lantai.

Baru aku perasan yang aku keluar tanpa membawa apa-apa buku. Janggalnya bila jalan-jalan dengan tangan kosong. Rasa macam sombong pula.

"Justin, nak pinjam satu boleh?" Pintaku. Setelah mendapat anggukan daripada Justin, aku segera mengambil sebuah buku dan membacanya. 

Suasana mulai sunyi. Hanya suara-suara asing dan derapan tapak kaki manusia sahaja kedengaran di sekeliling kami . Ayuh kita ambil masa ini untuk berehat dari segalanya.

"Betul ke kau nak nyanyi dengan kami sekali nanti?" Faron bertanya tiba-tiba.

"Kenapa, tak nak ke?" Balasku.

"Tak adalah." Jawabnya perlahan. "Takut apa-apa jadi nanti."

Aku tertawa kecil. Faron, kau tak akan sangka apa yang akan jadi masa Le Musique Concurrence nanti. Aku dan Lydia sahaja yang tahu keadaan di sana tu.

"Kalau mereka halau kita, saya pancung saja, hahaha!" Tuturku tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

Sekumpulan manusia yang kebetulannya melalui kawasan kami segera melangkah laju. Riak takut jelas terbit di wajah masing-masing.

"Hailey, jangan cakap macam tu. Jatuh reputasi keluarga awak nanti." Tegur Justin cepat-cepat. Buku di tangannya digunakan untuk menutup mulut aku.

Aku mengerutkan dahi di sebalik wajah yang tertutup separuh itu. Buat pengetahuan semua, puak Zamrud sudah bebas bergerak walaupun masih mengawal keluarga kami dari sebarang gangguan. Justin dan Lydia pula diarahkan agar berkerja umpama pengawal peribadiku oleh ayah.

Ketua organisasi Zamrud iaitu bapa Justin sudah melakukan mesyuarat bersama ayah. Mereka sudah berganding bahu dalam mengembalikan Ochestra World seperti dahulu.

Professor Lucas pula diberikan penghargaan terbaik kerana turut membantu kami dalam melaksanakan misi membongkar rahsia ini. Logan? Dia masih setia di sisi abang.

"Yelah." Balasku lalu segera berpaling ke arah lain.

Mulut ini haruslah dijaga pertuturannya mulai sekarang. Sudah tidak macam dulu, aku kena banyak berhati-hati. Paparazzi dan pengintip boleh jadi berada di mana-mana sahaja.

Justin tersenyum nipis. Dia kembali menitipkan fokus pada bukunya tadi. Aku perasan yang dia kelihatan lega apabila aku mendengar katanya.

"Alamak, aku kena pergi. Nak basuh baju." Faron bersuara lalu bangkit berlari menuju ke pintu utama. 

Kami yang tinggal hanya mampu memandangnya yang tergopoh-gopoh berlari. 

"Okey..." Talha bersuara janggal. "Nak kismis?" Pelawanya pada kami.

Continue Reading

You'll Also Like

233K 3K 28
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
445K 5.1K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
61.6K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
DIAM ✔ By Aîm

Mystery / Thriller

54.5K 8.3K 38
Pabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa bo...