BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedi...

By hannazhya

188K 11.4K 956

Dingin. Beku. Garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu. Izammil Ardhwan. Keh... More

SINOPSIS & SNEAK PEEK
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
BAB 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Secoet
Iman - Izammil
Bab 26
UPDATE โ™ฅ๏ธ
FINALLY!
Extra
manis, pahit
manis
๐Ÿฅณ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ‘
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ’
๐ฎ๐ง๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž๐ ๐Ÿ“

Bab 9

4.6K 342 8
By hannazhya

AKU memandang Makcik Has yang duduk di ruang tamu bersama umi, abah dan Nura. Aku pun ada sekali. Macam kelakar pun ada juga sebab nak mengikut adat segala. Padahal, kalau Makcik Has tanya yes or no saja pun, aku tetap akan setuju. Dah terlanjur semua orang bersetuju, tiada guna aku menolak. Tapi, Makcik Has tetap nak ikut adat juga.

"Jadi, kiranya pihak perempuan bersetuju lah, ya?" Tak ada nak pantun bagai, terus tanya persetujuan aku. Kalau ikutkan Melayu, perempuan kena jadi malu-malu kucing dan bisik dekat telinga wali. Tapi, disebabkan aku ini malas nak acah malu, aku jawab terus.

"Setuju, Makcik Has." Aku membalas. Semua terangguk-angguk.

"Kalau macam itu, hantaran macam mana, ya?"

"Terpulang pada pihak lelaki." Aku terus jawab. Ini pun aku dah bincang dengan umi. Mudahkan kerja semua orang, sebab hantaran ini hanya adat, bukan wajib. Yang penting benda wajib semua ada. Mas kahwin pun aku suruh umi yang letakkan. Bagi aku, terpulang pada umi nak letak berapa. Aku ikutkan saja.

"Alhamdulillah. Kira jadi ya, ini?" tanya Makcik Has buat kali kedua. Kali ini, semua mengangguk.

Lepas itu, macam biasa, umi ajak Makcik Has aka ibu untuk makan sekali. Umi aku ini kan rajin memasak. Rasanya, hari-hari dia nak ajak ibu makan sekali dengan dia.

"Umi dengan Makci... Ibu makanlah dulu. Hanim nak tengok Tiara sekejap dekat luar itu." Aku berkata seraya berdiri. Tiara memang tak join sekali sebab dia malas. Dia kata nak main dekat luar rumah. Bosan agaknya join orang tua-tua ini berborak.

Apabila aku keluar dari rumah, mata aku menangkap Tiara yang sedang duduk di pangkin depan rumah. Tempat aku berborak dengan papa dia malam tadi. Tiara sedang duk bermain dengan daun pokok yang aku rasa dia petik daripada pokok di sebelah pangkin itu.

Aku melangkah menghampiri Tiara. "Tiara buat apa itu?" Aku bertanya seraya duduk di sebelahnya. Tiara menoleh dan terus tersenyum ke arah aku. Lebar sampai nampak semua giginya. Dia menarik tangan aku untuk duduk rapat dengannya.

"Mana papa?" Aku bertanya. Risau pula sebab Tiara main seorang-seorang di depan ini.

"Papa pergi toilet," balas Tiara. Aku mengangguk perlahan.

"Tiara nak makan tak? Nenek dengan nek Siti tengah makan itu."

Tiara mengangguk. "Nek Siti masak apa?" tanya Tiara.

"Mee goreng. Nak?"

Laju Tiara mengangguk sebelum dia terus menyarung selipar di kakinya dan turun dari pangkin itu. Aku memegang tangannya untuk masuk ke rumah beriringan sebelum ada sesusuk tubuh menghadang langkahku dengan berdiri tepat di hadapanku.

"Tiara masuk dulu. Papa nak cakap sikit dengan kak Hanim," arah Encik Izammil. Tiara hanya mengangguk sebelum terus berlari masuk ke dalam rumah. Aku memandang Encik Izammil yang berdiri tepat di hadapan aku. Aku melangkah beberapa tapak ke belakang, mengambil jarak.

"Encik nak cakap apa?"

"Thanks."

Aku berkerut. "Untuk apa?"

"Sebab terima pinangan saya."

Makin dahi aku berkerut. Setahu aku, ibu masih kat rumah aku. Macam mana dia tahu yang aku setuju dengan pinangan dia? "Saya tak beritahu pun yang saya setuju." Aku membalas.

Dia mengangkat bahunya. Muka pun penuh yakin. "Saya tahu awak akan setuju."

"Kenapa Encik yakin sangat?" Aku pula yang berpeluk tubuh. Apa, aku ini predictable sangat ke?

"Sebab awak sayang Tiara. Betul tak?"

Aku pula terdiam. Yang ini, aku tak dapat nafikan. Sebahagian besar hati aku menerima adalah sebab Tiara. "Sebab itu saya cakap terima kasih. Sebab even we didn't love each other, awak tetap terima juga. Saya buat semua ini for the sake of Tiara." Dia berkata. Aku dapat rasakan ada keikhlasan dalam nada suaranya itu.

"Lyana macam mana? Saya tak rasa dia akan terima semua ini semudah itu."

Kali ini, dia terdiam seketika. Aku rasa dia pun bimbang tentang penerimaan Lyana. "Itu biar saya yang uruskan. Awak tak perlu risau." Mudah dia menjawab.

Aku berkerut. Itu jawapan larikan diri. Sampai bila Lyana tak tahu? At the end, aku akan serumah dengan dia. Mustahil Lyana takkan tahu sampai bila-bila. "Sampai bila Encik nak rahsiakan daripada dia?" Aku bertanya lagi. Sekali lagi, dia terdiam.

Aku tukar soalan pula. "Encik cintakan dia, kan?"

Ini pun dia tak boleh jawab. Pelik aku. Kalau dia tak cintakan Lyana, apa function dia date si Lyana itu dan bawa dia ke hulur ke hilir?

"Saya takkan cintakan perempuan yang anak saya tak suka." Masih jawapan selamat. Aku pun terdiam di situ. Kalau dia asyik lari dari soalan aku, aku pun tak tahu dah nak buat apa. "Encik sanggup korbankan kebahagiaan Encik dengan Lyana dan kahwin dengan saya? Demi Tiara?"

Dia menghela nafas. Matanya pandang aku dalam. "You know what I fear the most?" Dia balas soalan aku dengan soalan. Tapi, soalan dia macam lari topik pula. Aku berkerut pandang dia. Tak faham dengan soalan dia.

"Saya takut hidup Tiara jadi macam saya. Tak ada sehari pun hidup saya di rumah itu yang bahagia, Hanim. Tanpa ibu. Tak pernah walaupun sehari. Setiap hari saya tahan rasa, menunggu masa bila saya boleh dewasa dan pergi lawat ibu di sini bila-bila masa saja yang saya nak. Saya terseksa di sana dan saya tak nak Tiara alami benda yang sama. Saya tak nak jadi macam ayah saya yang mementingkan cinta dia untuk perempuan perampas itu dan abaikan saya. Tiara deserves better."

Aku terpana. Pertama kali Encik Izammil luahkan perasaannya di depan aku. Dia menyambung lagi. "Dia dah cukup sedih, Hanim. Tak ada mak macam orang lain. Marrying Lyana might make her lose me too. And that's the last thing I want to happen to her."

Dia pandang aku, menunggu reaksi aku. Aku tahu dia sebak. Tapi, dia tak tunjukkan. Mukanya masih tak berperasaan. Aku rasa ini adalah gambaran yang cuba dia tunjukkan, bahawa dia seorang yang kuat dan mampu berdiri sendiri, tanpa kasih sayang mahupun simpati orang lain.

Akhirnya, aku tersenyum tawar.

"Insya-Allah. Saya akan sayang Tiara macam anak saya sendiri." Aku berkata perlahan.

"I know you will."



AKU ingatkan lepas dah dapat restu ibu dan umi, segala urusan jadi mudah. Tapi, aku lupa yang bakal suami aku itu ada lagi satu keluarga dekat KL ini. Kata Encik Izammil, Dato' Erman dan Puan Salmah nak jumpa aku, dan merja nak aku bermalam satu malam di sana. Memang terkedu aku dibuatnya.

Bukan aku tak tahu tanggapan Puan Salmah pada aku. Baginya, aku ini tak setanding dengan keluarganya. Aku tahu dia memandang rendah pada aku, dan aku juga tahu dia lebih mengharapkan Lyana untuk jadi menantu dia, dan bukannya aku.

Pin!

Terangkat bahu aku dibuatnya. Tapi, tak lama kemudian, bibir aku mencebik. Tahu sangat siapa yang main hon-hon depan rumah aku ini. Dahlah lambat lima minit, boleh pula dia main hon-hon aku? Aku dah tunggu dekat luar pagar ini lima minit awal dari waktu yang dijanjikan, tahu tak?

Insan yang aku tunggu itu keluar dari keretanya dan menghampiri aku. "Dah lama ke awak tunggu?" tanya Encik Izammil tapi muka dia tak nampak macam serba salah sangat. Muka biasa.

"Adalah 10 minit juga." Aku membalas. Sengaja aku topup lima minit dari jawapan sebenar. Kalau ikutkan, lima minit aku menunggu ini dah macam berjam-jam rasanya dengan cuaca panas macam ini. Kira okeylah aku tak auta lagi teruk, sebut setengah jam terus.

Spontan, dia mengerling jam tangannya. Keningnya terangkat. "Siapa suruh awak keluar awal sangat?" Dia balas semula dengan dahi berkerut.

Excuse me?! Punctual pun salah ke? Tapi, aku cakap dalam hati saja. Dah agak dah, dia mesti nak menang punya.

"Masuklah," kata Encik Izammil dan dia masuk semula ke dalam keretanya. Tak ada aksi drama ambilkan beg dari tangan aku atau tolong buka pintu bagai. Aku pun tak berharap. Aku rasa, kalau dia buat betul-betul, mahunya aku pengsan kat sini sebab terlalu unbelievable.

Tapi, beg aku tak besar mana pun. Setakat dua pasang baju, baju 'anak', dengan tudung, aku letak dalam tote bag saja. Kata Encik Izammil, aku tak payah nak bawa tuala atau kelengkapan mandi sebab kat rumah dia sentiasa ada lebih.

"Tiara mana? Kenapa tak ajak datang sekali?" Aku bertanya bila aku tersedar yang dia datang bersendirian.

"Kat rumah. Tengah tidur. Malas saya nak kejutkan dia. Nanti, memang awak akan jumpa dia pun."

"Tidur? Tengah hari macam ini pun tidur lagi?" Jam dah pukul 12 lebih ini.

"Pagi tadi, dia joging dengan Umar, lepas itu Umar bawa dia shopping. Balik rumah saja, dia dah penat sangat. Itu yang tertidur itu."

Aku terangguk perlahan.

Kira-kira 20 minit kemudian, barulah kami tiba di rumah keluarga Encik Izammil.

"Assalamualaikum," kata Encik Izammil seraya menolak pintu rumahnya. Dia melangkah masuk ke dalam dan aku mengikut dari belakang. Baru beberapa langkah aku menapak masuk, wajah orang besar dalam rumah ini terpacul. Dato' Erman dan Puan Salmah.

Mata Puan Salmah memandang aku atas bawah. Tilik bakal menantu dia kut. Tapi, aku rasa tilik ikut mana pun, dia tetap akan tak sukakan aku.

"Duduk sini, Hanim, Zam," kata Dato' Erman. Perlahan-lahan, aku bergerak ke arah sofa, dan duduk berhadapan dengan Dato' Erman dan Puan Salmah. Encik Izammil pula duduk di sofa lain.

"Hanim janganlah malu-malu pula kat sini. Buatlah macam rumah sendiri. Rumah ini bakal jadi rumah keluarga Hanim juga," kata Dato' Erman penuh ramah.

"Insya-Allah Dato'..."

"Apa panggil Dato' lagi? Papa saja terus. Supaya terbiasa," kata Dato' Erman bersama tawa kecil. Aku hanya tersenyum. Sedikit kekok sebenarnya tapi nak tak nak, kenalah aku biasakan diri dengan keluarga Encik Izammil ini.

"Ermm... Apa nama tadi?" sampuk Puan Salmah. Pandangan aku bertukar kepada Puan Salmah pula.

"Hanim Izzati."

"Kerja apa?"

"Project manager. Bawah Encik Izammil."

"Study kat mana dulu?"

"Dekat-dekat saja. Tak jauh pun." Masuk yang ini, aku dah malas nak jawab. Mesti ini kes nak tengok keluarga aku ini kaya raya ke tak, aku ini berpendidikan ke tak, bergaji tinggi ke tak, setaraf ke tak... Huh, malas aku nak jawab. Lagipun, memang betul aku belajar dekat-dekat saja. Dalam Malaysia. Tapi, ingat sistem education dalam Malaysia ini teruk sangat ke? Belajar kat luar negara ke, dalam negara ke, at the end, kita serve kerajaan sendiri juga.

"Asal mana?" Puan Salmah bertanya lagi.

"Asal kampung." Selamba aku jawab. Muka dia makin sinis. Apa, dia ingat aku kisah sangat ke? Aku pun tak malu dengan asal usul aku, kenapa dia nak malu pula?

"Mak ayah ada lagi ke? Tinggal mana?"

"Ada lagi. Kat Melaka." Sepatah dia tanya, sepatah jugalah aku jawab.

"Kat KL ini tinggal mana? Ada rumah? Kereta?"

"Saya menumpang rumah orang. Rumah sendiri tak ada. Tak mampu. Kereta pun tak ada. Pakai kereta syarikat saja." Selamba aku menipu. Well, separuh saja aku menipu, itu pun yang last sekali. Aku ada kereta sendiri, tapi kereta Alza manual sajalah. Rumah pula, memang kenyataannya aku tumpang rumah orang. Cuma tumpang yang berbayar aka sewa. Still tumpang, kan?

Aku rasa pandangan sinis dia dah bertukar kepada pandangan penuh menjijikkan. Aku masih tayang muka biasa tapi, aku nampak Encik Izammil pandang aku. Pelik kut dengan statement aku yang dia tahu itu adalah satu penipuan. Tapi, Encik Izammil diam tak buka mulut.

"Dah lama ke kenal Zam?" tanya Puan Salmah lagi.

"Baru nak masuk tiga bulan."

Mata Puan Salmah dan Dato' Erman terus membulat.

"Tiga bulan? Tak rasa cepat sangat ke nak kahwin?"

Baru aku nak jawab, Encik Izammil dah menyampuk. "Jangan lupa yang papa ambil orang gaji yang baru kerja tak sampai dua bulan, tapi dah berjaya pisahkan hubungan papa dan ibu saya." Encik Izammil berkata dingin. Semua orang terdiam.

Tapi, Tiara sahaja yang masih teruskan makan. Aku tak tahulah sama ada Tiara ini tak faham atau pura-pura tak faham, tapi aku tak suka mereka bergaduh depan budak kecil macam Tiara. Tiara terlalu muda untuk faham semua ini.

Dato' Erman pandang Encik Izammil dengan tajam semnetara Encik Izammil tayang muka selamba. Tapi, belum sempat Dato' Erman nak bersuara, Encik Izammil dah tukar topik. Macam tahu-tahu saja Dato' Erman nak sound dia. Mata Encik Izammil pandang aku.

"Bilik awak kat atas. Sebelah bilik Tiara. Bilik saya paling hujung," kata Encik Izammil. Terkebil-kebil sekejap aku dibuatnya. Tak sempat aku nak beri respons, dia dah bangun dari kerusinya. Napkin yang ada di pahanya diangkat lalu dilap bibirnya sekilas sebelum dia terus berpusing.

"I'm done." Encik Izammil dah berura-ura hendak melangkah pergi dari situ. Meluas terus mata aku melihatnya.

"Encik...." Aku panggil perlahan, spontan. Terkelip-kelip mata aku pandang dia. Takkan dia nak tinggalkan aku seorang kat sini kut? Encik Izammil pusing memandang aku semula.

"Saya tunggu kat garden. Saya ada benda nak cakap dengan awak. Tiara nanti lepas makan, naik bilik dengan Mak Munah. Siapkan homework dulu, baru boleh main iPad," kata Encik Izammil. Tiara mengangguk patuh. Mungkin memang itu jadual harian dia agaknya.

Tapi, kejap! Dia ada kata garden kan tadi? Eh, eh garden itu kat mana pula? Ini bukan rumah aku, manalah aku tahu mana garden dia itu. Baru aku nak buka mulut bertanya, dia dah menghilang entah ke mana. Haish! Dahlah rumah dia ini besar istana! Sesat aku nanti nak cari garden dia itu.

Beberapa saat lepas dia berlalu, aku pun cepat-cepat angkat punggung. Aku tak nak tunjukkan sangat yang aku tengah kekok, tapi aku rasa kalau aku stay kat sini, keadaan akan jadi lagi kekok. Jadi, eloklah kalau aku berangkat dulu.

"Kak Hanim keluar cari papa sekejap, ya. Nanti kak Hanim datang kat bilik Tiara."

Aku berkata dan terus bangkit. Sempat aku angkat pinggan aku untuk dibawa ke dapur. Segan pula nak ditinggalkan macam itu saja walaupun Encik Izammil secara terang lagi bersuluh meninggalkan pinggannya macam itu saja. Lagipun, aku ini bukannya mem besar rumah ini. Dekat rumah sendiri pun, aku angkat sendiri, inikan pula kat rumah orang. Lagilah kena jaga adab.

Tapi, baru aku angkat pinggan aku, wanita tua yang dipanggil Mak Munah itu terus berlari anak ke arah aku. "Tak apa, cik puan. Biar saya bawakan."

Nak tersedak aku dibuatnya dengan panggilan yang tiba-tiba turun dari langit itu. Dia panggil aku cik puan? Besar betul mandat aku ini!

Aku terus menggeleng. "Tak apa, Mak Munah. Biar saya bawa. Bawa ke dapur, saja kan? Tak susah mana pun." Aku berkata sebelum aku dah mengorak langkah ke dapur. Sempat aku nampak Puan Salmah menjeling aku. Mungkin dia nak kata aku ini low class kut. Tak pun dia marah sebab dia dah bayar orang mahal-mahal, tapi orang lain pula yang buat kerja. Tak pun, dia rasa aku nak ikut kepala sendiri dekat rumah dia. Hakikatnya, tiga-tiga bukan!

Tak sempat Mak Munah nak halang aku, aku dah mencari dapur. Kalut Mak Munah ikut aku ke dapur. "Tak payah, cik puan. Biar saya yang buat." Mak Munah berkata sekali lagi pada aku semasa di dapur. Dengan selamba, aku letak pinggan di tanganku ke dalam sinki dan membasuh tangan.

"Nampak tak? Sekejap saja. Saya tak rasa susah pun, Mak Munah."

Mak Munah garu belakang leher. "Yalah, tapi saya ini dah dibayar, Cik Puan. Kerja semudah apa pun, saya tetap kena buat sebab saya dah dibayar, cik puan."

"Mak Munah, yang bayar Mak Munah itu Dato' Erman tau, bukan saya. Jadi, Mak Munah tak perlu buat apa-apa pun untuk saya sebenarnya. Lagi satu, Mak Munah tak payahlah panggil saya cik puan bagai. Saya ini bukannya mem besar kat sini, dan bukannya saya ini bos Mak Munah pun. Saya ini biasa saja, Mak Munah. Bukannya datang dari keluarga berada, dan saya ini hanya bergelar bakal isteri saja. Belum jadi isteri pun lagi." Aku membalas panjang lebar. Serius rasa cringy gila bila Mak Munah duk panggil aku cik puan bagai.

Nak tak nak, Mak Munah akur jua. "Jadi, nak panggil apa ini? Cik...?"

"Tak payah cik-cik bagai. Hanim saja."

Mak Munah terangguk perlahan. "Erm... Mak Munah, tadi Encik Izammil suruh saya jumpa dia kat garden. Tapi, saya tak tahulah pula garden apa. Kat mana eh, Mak Munah?" Aku bertanya.

"Oh, garden? Itu ha, dekat halaman belakang. Sebelah kolam sana. Jomlah, Mak Munah hantarkan."

"Eh, tak apa Mak Munah. Nanti saya cari sendiri. Terima kasih, ya Mak Munah." Aku berkata. Mak Munah hanya tersenyum sebelum aku terus berlalu hendak ke garden ang dimaksudkan Encik Izammil tadi.

Nasib baik kawasan kolam ini terang dengan lampu sorot. Tak adalah cuak sangat aku nak cari dia.

Dari jauh, aku dah nampak susuk tubuh Encik Izammil yang sedang duduk sambil bersandar pada buaian yang dinaikinya. Kepalanya terdongak ke atas dan aku boleh nampak matanya terpejam. Kesian aku tengok dia. Muka nampak stres sangat.

"Ehem..." Aku berdehem untuk menyedarkannya. Spontan, matanya terbuka dan kepalanya ditegakkan, memandang aku yang berdiri di sebelah buaiannya.

"Have a seat." Encik Izammil dah berura-ura nak bangun dari buaian itu, tapi aku halang.

"Tak apalah. Encik duduklah. Encik nampak stres sangat sekarang ini." Aku berkata perlahan. Kadang-kadang, aku rasa pelik dengan Encik Izammil ini. Garang dan dingin. Tapi, sebenarnya gentleman. Hari itu, dia tunggu aku masa aku pengsan dekat office dia sampai malam. Sekarang, macam ini pula. Tapi, aku rasa the best part of him adalah dia sudi jaga Tiara yang bukan anak dia. Langsung tak kisah mengaku sebagai ayah Tiara walaupun belum berkahwin.

"I hate her."

Aku tersentak. Eh, dia marah aku ke ini? Takkan dia maksudkan aku kut?

"Err..." Terkelu sekejap aku di situ.

"I really hate her. Like, so damn much." Aku dengar dia merengus kasar. Tangannya naik memicit dahi. Dia menyambung kata, "Tak pernah ada satu hari pun saya tak bergaduh dengan dia. I just couldn't hold my hatred for her." Encik Izammil menghela nafas kuat. Terus aku faham siapa yang dimaksudkannya.

Aku diam sekejap. Tak tahu apa yang patut aku balas. Aku ini bukannya tahu-menahu sangat soal masalah keluarga ini. Makcik Has pun tak pernah bercerita dengan aku sepanjang aku membesar dengannya di Melaka. Umi pun bukannya jenis yang bergosip dengan aku di belakang Makcik Has.

"Saya faham kalau Encik marah dengan dia. Tapi, tak boleh ke kalau Encik simpan kemarahan Encik itu depan Tiara?" Aku bersuara penuh hati-hati.

Kening Encik Izammil terjungkit dengan kata-kataku. Tercuit ke?

"Saya cuma kesiankan Tiara saja. Dia kecil lagi. Tak elok bergaduh depan dia." Aku menambah lagi.

"But, I just couldn't hold it. She..." Dia terhenti.

Aku menghela nafas. "Tapi, Encik sendiri yang cakap yang Encik tak nak Tiara terganggu dengan semua masalah ini. Encik nak dia membesar macam kanak-kanak lain. Tapi, macam mana dia nak membesar dengan bahagia kalau Encik hari-hari gaduh dengan Puan Salmah?"

"Then, what do you expect? Saya baik dengan dia? Senyum? Beramah mesra? Hell no! Not with her!" Tegas suara Encik Izammil.

"Bukannya saya suruh Encik beramah mesra dengan dia, tapi at least, elakkan bergaduh depan Tiara."

"Who do you think you are untuk..." Dia terhenti. Aku rasa aku dapat agak apa yang dia nak kata. Mungkin dia rasa aku ini menyibuk dalam urusan dia kut.

Hening seketika. Aku hanya berdiri berpeluk tubuh di situ. Tak boleh nak sangkal kata-katanya itu sebab hakikatnya, aku bukanlah sesiapa. Hanya seorang perempuan yang kebetulan rapat dengan Tiara. Belum sah jadi isteri dia pun lagi.

"Kalau Encik tak suka duduk sini, kenapa Encik tak duduk rumah sendiri dengan Tiara?"

"Maksud awak?"

"Yalah, Encik kan kaya. Kenapa tak duduk rumah sendiri, berdua saja dengan Tiara?" Soalan ini dah lama aku nak tanya dia. Pelik juga tengok dia duduk sebumbung dengan orang yang dia tak suka.

"Well, I do have one."

Kening aku terangkat. Ada apa? "Maksud Encik?"

"Saya ada rumah sendiri. I don't live here." Gaya dia cakap itu, macam nak kata mustahil sangat untuk dia tinggal sebumbung dengan orang-orang di dalam rumah ini.

Sekali lagi, kening aku terangkat. Habis itu, kenapa dia asyik balik rumah ini?

"Rumah saya lagi dekat dengan office saya berbanding rumah ini. Tiara habis sekolah dalam pukul dua lebih. Saya tak boleh nak ambil dia, jadi driver saya yang akan ambil dan bawa balik sini, sebab tak ada siapa nak jaga dia. Balik kerja, saya akan ambil Tiara kat sini, barulah balik rumah saya."

"Tapi, kenapa masa dinner hari itu, Encik bawa saya makan kat sini? Masa Tiara demam pun, saya jenguk dia kat sini."

"Dah itu, takkan awak nak dinner dekat rumah saya pula? It's too suspicious to the eyes. Tak manis. Masa Tiara demam hari itu, saya takut nak jaga Tiara seorang-seorang. So far, itu demam dia yang paling teruk sepanjang enam tahun ini. Biasanya demam biasa saja, tapi hari itu siap dengan pneumonia sekali. Kat sini, at least ada Mak Munah, boleh tolong tengokkan dia."

"Tapi, kalau kita kahwin sekali pun, Tiara tetap akan balik sini juga sebab kita dua-dua bekerja."

"Nope. Lepas kita kahwin, kita bertiga akan tinggal kat rumah saya. Saya akan upah seorang pembantu rumah dari sini untuk kerja dengan saya secara berjadual Datang pagi, balik petang. Setakat saya ambil seorang pembantu rumah dari sini, takkan luak pun. This house has more than enough."

Nampak gayanya, dia memang dah rancang semua benda. Maksudnya, kerja aku hanyalah ikutkan saja.

"Kalau macam itu, kenapa Encik tak buat dari dulu? Kenapa lepas kita kahwin?"

"Takkanlah saya nak tinggal dengan pembantu rumah itu berdua saja, walaupun ada Tiara? Lagipun, saya tak selesa ada perempuan keluar masuk rumah saya. I might be a dad, tapi saya lelaki bujang."

Aku terangguk perlahan. Betul juga apa dia cakap itu.

Dia menyambung lagi. "Itu pun saya takkan ambil pembantu sepenuh masa. Kalau boleh, sampai waktu habis kerja saya saja, untuk uruskan makan pakai Tiara. Lepas saya balik, dia pun boleh balik sama dan datang balik pagi esoknya."

Aku hanya mengangguk. Aku pun tak kisah sangat ada pembantu rumah ke tak. Aku ini bukannya buta rumahtangga sangat sampaikan tak reti nak buat kerja rumah.

Tiba-tiba, aku rasa nak tukar topik pula. Topik yang lebih serius. "Encik, perkahwinan kita ini sementara saja ke?" Aku bertanya perlahan. Cuak juga aku nak tanya, tapi aku memang nak tahu sangat apa jawapan dia.

Kening Encik Izammil terangkat. "Maksud awak? Awak ingat kita ini kahwin mutaah ke?" Dia dah berpeluk tubuh. Wajah bertukar serius.

Laju aku menggeleng sambil beristighfar dalam hati. Kahwin mutaah? Tak! Itu haram hukumnya!

"Listen, saya tahu kita kahwin ini sebab Tiara. Tapi, tak bermakna perkahwinan kita ini sementara. Saya rasa awak sendiri pun tahu kahwin mutaah itu apa dan hukumnya. I am not the type of person who plays with wedding nor religion. We both have to try and for the rest, let's leave it to Allah."

Aku menghela nafas. Mudahnya dia cakap. Dia tak tahu ke yang semua perempuan kalau boleh nak kahwin sekali seumur hidup? Perkahwinan ini bukannya satu eksperimen. Bukannya try and error.

"Encik buat semua ini demi kebahagiaan Tiara, kan?"

"Basically, yes... Saya tak nak dia membesar macam saya. Why?"

"Habis itu, kebahagiaan Encik macam mana?"

Aku nampak dia terkedu seketika. Matanya memandang aku. "Maksud awak? Kan saya dah kata, kalau Tiara bahagia, saya akan bahagia."

"Tapi, Encik pun berhak cari perempuan yang Encik cintai. Macam mana dengan cik Lyana? Encik cintakan dia, kan? Takkan Encik nak korbankan cinta Encik macam itu saja?"

Sekali lagi, dia menghela nafas. Aku tunggu balasan daripada mulutnya tapi, tiada. Hanya sepi melanda kami berdua.

"Wait. Sampai bila awak nak panggil saya Encik ini sebenarnya? Kita ini dah nak kahwin. At least you should try to call me by name."

Aku tersentak. Baru tersedar. Betul juga, kan? Takkan depan parents dia pun, aku nak panggil dia Encik?

"Erm... Apa yang patut saya panggil Encik? 'Wan' macam ibu panggil? Atau 'Zam' macam yang semua orang panggil?"

"Saya lagi prefer awak panggil nama penuh saya. Izammil. That sounds better."

Izammil. Izammil. Izammil. Nampaknya aku kenalah mula biasakan diri panggil nama itu tanpa initial Encik.

"Kat office?"

"Just keep the formalities in front of anyone else."

Sekejap, kalau kami kena kekal formal, maksudnya perkahwinan aku dengan dia ini dirahsiakan? "Kita kena rahsiakan perkahwinan kita ke?"

"Well, bagi saya, terpulang pada awaklah. Saya tak kisah sangat."

Aku terdiam seketika. Entah kenapa, aku rasa lebih baik aku rahsiakan dulu perkahwinan ini. Lagipun, mungkin perkahwinan ini takkan bertahan lama. Satu lagi, aku tak nak orang ingat yang aku ini menggatal dengan bos baru pula. Lagipun, kami kenal belum sampai tiga bulan pun lagi. Mesti staf lain akan syak bukan-bukan kalau diorang tahu yang aku kahwin dengan bos besar.

"Kita rahsiakan dulu, boleh?"

Encik oops... Izammil hanya mengangkat bahu tanda tak kisah dengan permintaanku.

Nampaknya macam dah tak ada yang nak dibualkan lagi. Eloklah kalau aku minta diri sekarang untuk ke bilik. Takut pula nak berdua lama-lama kat sini. Eh! Tapi, tadi aku tengok makanan En... Izammil tak bersentuh pun, sebab baru nak mula menyuap, dah ada drama meletus. Tak lapar ke dia ini?

"Encik, eh, erm... Awak tak lapar ke? Saya tengok awak tak sentuh pun nasi tadi." Nak terbelit lidah aku panggil dia awak!

Macam biasa, dengan muka tak ada perasaan, dia angkat bahu. Pelik betul aku tengok dia ini. Macam bukan manusia. Tak rasa lapar, gembira, sedih... Tapi, marah, dingin, beku, itu semua ada!

"Kalau saya lapar, nanti saya ketuklah pintu bilik awak pukul dua tiga pagi. Pandai-pandailah awak masak."

Eh? Terangkat kening aku dibuatnya? "Eh, saya pula? Sendiri nak makan, sendiri masaklah." Aku membalas sambil mencebik. Dengan selamba, dia mengangkat bahu sebelum terus bangun dari buaian dan berlalu dari situ. Meninggalkan aku terpinga-pinga di tepi kolam.

Haish! Lain macam betullah dia ini! Sekejap dingin, sekejap lagi pandai mengusik pula! Tergeleng kepala aku dibuatnya. Nasib baik muka handsome! Muka beku pun aku rasa ramai perempuan boleh cair!


< Sneak peek bab 10 >

Hint : Diorang dah kahwin (>v<)

"Maksud saya, kalau awak tak nak bawa Tiara sebab takut fitnah staf-staf ini berleluasa, saya tak kisah kalau saya tak payah ikut. Saya boleh stay kat rumah jaga Tiara. Itu yang saya cuba sampaikan."

Izammil tergelak kecil. "Kenapa awak kena jaga dia pula? Both of you and her will come. Saya tak risau apa pun. Awak yang melebih risaukan untuk saya," kata Izammil sambil menggeleng perlahan. Aku terdiam sekejap.

"Tapi, saya ingat awak tak suka orang interfere hal peribadi awak?"

Izammil tersenyum segaris seraya menggeleng. "Memang saya tak suka, tapi tak bermaksud saya nak rahsiakan kewujudan Tiara. Enam tahun saya besarkan dia, Hanim. Isu malu itu dah tak ada dalam kamus hidup saya," kata Izammil dan aku terdiam. Mengingatkan hubungan Izammil dan Tiara selalu buat aku terharu sekejap. Enam tahun dia bergelar bapa secara tidak rasmi.

"Kalau macam itu, okeylah. Saya cuma takut awak tak selesa saja sebab saya tak kisah pun kalau tak ikut ke Pulau Perhentian itu." Aku berkata ikhlas dalam senyuman. Pelik. Demi Tiara, aku sanggup buat macam ini? Fuh!

Izammil menggeleng. "No. Thanks but no, thanks. Both of you will come with me. Lagipun, newlyweds should get a honeymoon."

Erk?Mati terus senyuman aku. Apa ayat terakhir dia itu? Terkebil-kebil akumemandang dia sebelum dia sekadar tersenyum segaris dan kembali menghadap skrinkomputernya.

*******************

Also available in blog, jadi kalau korang prefer baca on the blog, silakan :)

Link ada di bio saya! (also : excuse my typo >_<" )

- 09/06/20 -

**********************

Thank you for those yang masih stick to the story. Know that you guys are my saviour!

I don't need any stars in the sky, just click on the star below and I'll be on cloud nine.

With luv.

Continue Reading

You'll Also Like

389K 17.9K 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabil...
2.2M 90.3K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ โ„ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
464K 20.5K 57
General Fiction | Romance. (In Editing) โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข Every human being lives in pairs. The faith is very important in a relationship for a long time. Living...
2.6K 90 54
Helena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu...