KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 24

3.7K 392 34
By KhaiShif

Mulut yang menguap ditutup. Di hujung tubir mata pula ada air mata mengalir.  Kotaro hela nafas perlahan. Dia mengatuk. Sudah setengah jam dia dan Yosuke duduk di dalam pejabat Pengetua Ibuki. Menanti Kirito dan yang lain.

"Lambat!" Keluh Kotaro. Entah mimpi apa semalam, dia tiba-tiba disuruh berkumpul di pejabat Pengetua Ibuki. Kata Pengetua Ibuki, ada benda penting yang ingin di bincangkan. Sampai ke pejabat, Pengetua Ibuki mengarah mereka untuk menunggu Kirito dan yang lain pula.

"Pengetua, bukan nak kurang ajar. Tapi pelajar kelas belakang memang lambat, ya?" Rungut Kotaro lagi. Yosuke di sebelahnya hanya diam. Lelaki pengguna elemen api itu agak tenang orangnya.

"Sabar." Ujar Pengetua Ibuki tenang.

BAM!

"Ayah, maaf! Kami lambat." Ujar Kirito. Dia menundukkan kepalanya. Jelas wajah kesal terpamer. Begitu juga Noaki dan Miyako di belakang.

Pintu pejabat Pengetua Ibuki yang dibuka kasar menjadi tatapan Yosuke. Riak wajahnya terpamer sinis.

"Tak apa, janji kamu datang. Dah, kamu boleh duduk. Tuanku sudah bosan menunggu kamu," Lembut pertuturan Pengetua Ibuki.

Kirito berpaling ke belakang. Begitu juga Noaki. Riak wajah kedua sahabat itu sedikit tidak senang dengan kehadiran Putera Mahkota Esfahan itu.

"Ayah? Apa maksud semua ni?" Soal Kotaro. Dia perasan dengan panggilan sopan Kirito tadi. Agak terkejut juga mendengarnya.

"Dia ayah nii-san. Jangan hairan," Jelas Kirito.

Panggilan diri Kirito sedikit sebanyak buatkan mental Kotaro terganggu.

"Baiklah, memandangkan kamu semua sudah berjumpa. Saya akan terangkan sebab kenapa kamu dipanggil." Celah Pengetua Ibuki.

Kirito mengangguk, lantas menarik tangan Miyako untuk mengikut ke mana dia ingin duduk. Kalau boleh lagi jauh dari Kotaro.

"Sekejap, maaf mencelah Pengetua. Apa yang Yosuke buat dekat sini?" Soal Noaki hairan. Bukan tak suka kehadiran lelaki itu. Walaupun hakikatnya memang tak suka. Tapi setahu dia, Yosuke tak akan suka berkumpul dengan yang tak setaraf dengan dia.

"Dia akan ikut misi dengan kamu semua," Jawab Pengetua Ibuki.

"Misi?" Soal Kotaro. Tak pernah lagi dengar anak raja masuk misi ni.

Pengetua Ibuki mengangguk.

"Kamu berlima ada misi menghantar surat utusan raja ke Asteria," Terang ahli sihir terkuat di Esfahan itu.

"Huh? Utusan raja?" Soal Yosuke.

"Ya,"

"Tapi dengan mereka?" Sindir Kotaro kepada Kirito.

Sekali lagi Pengetua Ibuki mengiakan.

"Arahan dari siapa?" Celah Noaki dingin.

"Terus dari Raja," Cap mohor Raja Daichi Ryuu terlakar di hadapan Noaki. Pengetua Ibuki tersenyum saja sebagai balasan.

"Kenapa Tuanku tak menghantar saya saja ke misi ini?" Yosuke berdiri dari duduknya sekaligus menayangkan riak wajah jijik apabila dia bertatapan dengan Kirito.

"Sebab misi ni Peringat S. Kamu akan merentas sempadan dan meredah kampung-kampung yang terbiar. Melawan pencuri dan langsung bertemu terus dengan Raja Asteria. " Pengetua Ibuki tetap tenang walaupun anaknya disindir di hadapannya sendiri.

"Kami tak akan dapat mara ke perbatasan Esfahan, kalau membawa mereka. Pelajar lemah," Sinis Yosuke seterusnya.

"Jangan terlalu yakin. Kamu lupa, yang pertama Noaki Kuzuki, dia pelajar kelas depan selama 4 tahun berturut turut. Manakala Kirito Sasaki, dalam hanya masa kurang lima minit hampir menewaskan kesemua askar elit Tuanku Daichi Ryuu. Yang terakhir pula Miyako, profile dia dirahsiakan. Boleh saya tahu mana pelajar yang lemah? " Sengaja Pengetua Ibuki menyatakan profile rahsia Noaki dan anaknya.

Kotaro mengetap bibir, Yosuke pula mendecit perlahan.

"Kami terima misi ni. Tak perlu dipanjangkan lagi. Tanggungjawab kumpulan ni serahkan saja kepada Yosuke. Manakala perkara yang lain, biar Kirito yang uruskan nanti ayah!" Akhirnya, kerana malas mendengar sindiran. Kirito mencantas perbualan antara Pengetua dan murid itu.

Yosuke, Kotaro dan Pengetua Ibuki serentak menatap Kirito yang mencelah itu.

"Baiklah, kalau macam tu. Misi kamu semua bermula hari ni. Tak perlu ke Akademi, teruskan saja ke perbatasan Esfahan." Akur Pengetua Ibuki.

"Sekarang?" Polos Kotaro menyoal.

"Ya," Sahut Kirito.

"Tapi persiapan?" Miyako yang sedari tadi mendiamkan diri, berbisik perlahan.

Mujur Kirito di sebelah. Sempat dia menangkap pertanyaan itu.

"Kita akan bertolak tengah hari nanti." Ujar Yosuke sambil mata tak lepas memerhati Kirito yang seakan baru saja mahu menanyakan soalan.

"Ada yang tak kena dengan lelaki ni," Desis hatinya.

"Jom Kiri. Kita sediakan barang apa yang patut di bawa." Ajak Noaki. Keinginan dia nak keluar cepat dari pejabat itu jelas sekali.

"Tak apa. Aku balik rumah je." Sengih Kirito.

Noaki jungkit bahu sebelum menghilang. Begitu juga Yosuke dan diikuti Kotaro.

"Kirito," Setelah Pejabat Pengetua Ibuki sepi, ayah angkat Kirito itu mula bersuara risau.

"Hati-hati, ya nak!" Pesannya.

"Baiklah ayah. Kirito akan berhati hati nanti. Kami pergi dulu," Pamit Kirito. Sempat dia memberi senyuman nipis sebelum ditelan portal kegelapan, hasil ciptaannya.

.
.
.
.
.

"Shiki!" Panggil Kirito setelah sampai di rumahnya.

"Kenapa?" Lemah Shiki menyoal. Dia yang baru saja terlena dikejutkan dengan suara Kirito yang memanggil, buat jantung sakit saja. Besar dan hampir pekak telinganya.

"Budak tu, dia dah sedar ke?" Di mata Kirito ada secebis kerisauan yang terpamer.

Shiki menggeleng.

"Lezabel cuba rawat dia sekarang ni. Siap buat medan magis merawat lagi." Ujarnya perlahan.

"Kuasa aku tak cukup kuat nak rawat budak tu ke?" Telunjuk Kirito bergerak, sekaligus membuatkan pintu bilik yang menempatkan remaja lelaki yang mereka temui semalam terbuka dengan sendirinya.

"Entahlah, aku tengok luka dekat badan budak tu bukan biasa-biasa. Dan boleh jadi bukan dia je yang terluka." Shiki bangkit dari baringan. Kakinya  melangkah ke bilik remaja lelaki yang tidak mereka kenali itu . Begitu juga Kirito. Miyako pula, dia sudah lama berada di dalam bilik itu. Tujuannya untuk membantu Lezabel.

"Maksud kau ada seseorang dekat dalam badan dia?" Soal Kirito.

"Tak. Lebih kepada seekor. Seekor naga bersaiz anak, ada dalam badan budak tu. Dan lagi mengejutkan, ada tanda kau dekat budak ni." Shiki mengangkat tangannya sebagai bahasa isyarat kepada Lezabel. Begitu juga Miyako yang merawat.

"Tanda aku?" Kirito jungkit kening hairan.

"Ni," Belakang badan remaja lelaki di pusing perlahan. Shiki tunjuk simbol pedang yang membentuk sepasang sayap hitam di belakang remaja lelaki yang tak sedarkan diri itu.

" No way! " Gumam Kirito.

"Korang boleh sambung rawatan." Arah Shiki sementara Kirito masih berada dalam keadaan terkejut.

Lezabel dan Miyako mengangguk. Mujurlah puak mereka ada sihir penyembuhan.

Ketika masih berada dalam keadaan terkejut Kirito ditarik oleh Shiki ke luar dari rumah mereka.

"Aku agak, budak ni bukan dari masa sekarang." Ujar Shiki serius. Hilang mengantuknya ketika membincangkan hal aneh yang ada pada remaja lelaki yang mereka temui.

"Masa depan." Gumam Kirito.

"Gerbang waktu tak patut di buka untuk kali yang ketiga. Apa yang buatkan dia terbuka?" Kirito tatap anak mata keemasan milik Shiki.

"Ada sesuatu yang tak kena." Tebak Shiki.

"Hmm.. Kau jaga budak tu. Aku dengan Miyako ada misi. Kena pergi Asteria, apa-apa perkembangan bagi tahu aku. Kalau boleh perketatkan perlindungan dekat sini. Aku tak nak apa-apa jadi dekat budak tu dan korang semua." Tegas Kirito. Tak ada nak main-main setelah gerbang waktu dibuka.

"Chill, bro. Dah macam bapak budak kau ni. Risau sungguh!" Sakat Shiki.

"Aku serius." Dingin Kirito sebelum beredar masuk ke ruang makan.

Sementara di dalam, alam bawah sedar Kaito. Terlihat remaja lelaki itu terbaring lemah bersama darah yang tak ada habisnya mengalir pada bahagian perut. Sesekali dia terbatuk darah. Keadaannya lebih teruk berbanding tubuhnya di luar.

"Kau tak patut serang Giro masa kita di terowong masa tadi."

Seekor naga bersaiz anak menghampiri Kaito yang terbaring lemah. Sisiknya berwarna ungu gelap. Di sekelilingnya pula membara api biru yang membinasakan manusia.

"Nak buat macam mana. Aku marah bila dia nak serang ayahanda." Sengih Kaito. Remaja lelaki berambut separuh hitam dan merah.

"Alasan! Sekarang untung tubuh kau dijumpai orang dan sedang dirawat." Naga bersaiz anak tadi terbatuk sedikit. Namun masih mengeluarkan darah hitam.

"Kau tu pun cedera. Cakap orang! Yang pergi ganti tubuh jadi perisai tu kenapa? Apa ingat sisik kau ni kebal macam Pak Cik Shiki?" Sindir Kaito.

"Ya, aku kalah. Kita sama-sama cedera. Dah jangan bising!" Cebik naga bersaiz anak itu.

Kaito tersengih. Walaupun gelap dan hanya diterangi api milik si kecil naga, mata merahnya tetap bersinar. Sinaran yang menandakan nyawanya masih panjang.

"Hey, Drago kau dapat tengok tak siapa yang rawat kita?" Soal Kaito. Sekaligus memanggil nama naga di sebelahnya.

"Tak. Ada medan magis yang kuat dekat badan kau. Aku agak tu medan magis merawat. Lagi pun kuasa aku terbatas, tak sekuat ayah." Jawab Drago. Dia membaringkan badannya di sebelah Kaito.

"Macam tu. Siapalah yang merawat kita agaknya?"

Di luar, sedang Miyako fokus dalam rawatannya. Tiba-tiba tanpa sedar air matanya mengalir. Deras tanpa henti.

"Miyako, awak Okey tak ni? Ke awak penat. Kenapa nangis?" Rawatan pada tubuh remaja yang tidak mereka kenali itu terhenti seketika. Fokus Lezabel tertumpu pada Miyako yang tiba-tiba saja menangis.

"Saya tak tahu. Air mata ni, tiba-tiba jatuh." Ujar Miyako teresak-esak.

"Kalau awak penat awak berhenti dekat sini dulu. Biar saya yang rawat budak ni. Okey?" Lembut Lezabel memujuk.

"Tak, saya kuat. Budak ni kena sembuh. Hati saya kata macam tu." Bantah Miyako lalu meneruskan rawatannya.

Continue Reading

You'll Also Like

26.9K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
7.1K 34 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
36.1K 145 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
247K 15.3K 43
Book 1 of fantasy series. LUNA ELINA. Seorang gadis yang pada mulanya hidup sebatang kara sehinggalah dia memasuki satu dimensi secara tidak sengaja...