๐‘ช๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ๐’† . โ€ข jjk

Oleh -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... Lebih Banyak

change
one
two
three
four
five
six
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

seven

740 115 50
Oleh -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau demam panas"

Aku hanya ketap bibir rapat tatkala Jungkook mendaratkan telapak tangannya di atas dahi aku dan mula menarik tangannya semula.

Omma tiada di rumah dan Jungkook yang hantar aku ke rumah. Dia tak mahu hantar aku ke klinik atau ke hospital sebab dia kata menyusahkan dia.

Nanti nak kena bayar duit rawatan lagi. Tak pasal pasal duit dia pulak aku cekau.

Dia bangkit daripada duduk di atas katil aku dan mula memandang tepat ke dalam anak mata aku.

"Kau pergi mandi. Keringkan badan kau lepastu berehat" ujarnya mendatar.

Wajah aku dipandangnya sekilas sebelum dia mula memusingkan tubuhnya ke belakang membelakangi aku.

"Jeon Jungkook !"

Baru sahaja dia ingin pergi meninggalkan aku , suara aku memanggilnya kuat membuatkan langkahnya terus terhenti.

"A-awak nak tinggalkan saya ke...?" soalku perlahan.

Aku menundukkan pandangan ke bawah tatkala memikirkan diri ini yang bakal ditinggalkan sekali lagi oleh lelaki bernama Jeon Jungkook.

"Tak"

Mata aku membulat. Pantas aku mengangkat wajah dan memandang belakang badannya dengan pandangan terkejut.

"Aku nak turun bawah. Cari ubat dan buatkan kau bubur"

Sebaik sahaja dia berkata begitu , dia terus pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik ini.

Perlahan lahan senyuman aku terukir.

Selesai sahaja mandi dan keringkan badan aku semua , aku sudah pun siap lengkap dengan baju baru. Baju yang basah tadi aku dah letak dalam bakul untuk dibasuh.

Aku hanya mengenakan tshirt kuning lengan pendek dan seluar pendek berwarna hitam sahaja.

Selesai bersiap , aku mula turun ke tingkat bawah. Dari tangga lagi aku dah bau bubur ayam yang Jungkook masak sendiri tu.

Jungkook memang dah biasa dengan keadaan di dapur. Bukan sahaja dapur malahan di segenap ruang rumah aku ni sendiri.

Sebab dia memang dah selalu datang ke sini. Dan dia pun selalu buatkan aku bubur ayam bersama dengan air coklat panas bila aku demam.

Perlahan lahan aku melangkah menuju ke arah dapur. Senyuman aku terukir tatkala melihat Jungkook yang sedang bertungkus lumus menyiapkan bubur ayam untukku.

Rasa seperti diperhatikan , terus dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan memandang ke arah aku yang sedang memerhatikannya.

"Yah !" dahinya terus berkerut. "Kenapa kau turun ? Nanti aku siap aku naik jelah atas" ujarnya tak puas hati.

Walaupun nada suaranya agak kasar kepada aku , namun aku tahu sebenarnya dia risaukan aku yang tengah demam panas ni.

Sedaya upaya aku sembunyikan senyuman yang hampir terukir di wajah aku ini. Terus sahaja aku mengambil tempat di meja kaunter di dapur ini.

Jungkook merengus kasar sebelum menyiapkan sisa sisa baki kerjanya yang belum diselesaikan itu.

Aku tersenyum kecil melihat Jungkook masak untuk aku dari belakang ini. Sumpah , aku rindukan setiap memori ini bersama dengannya.

Jarang tau aku nak nampak Jungkook masak. Selalunya bukak bukak mata sahaja , bubur ayam dah siap.

Selesai memasak , dia terus menghidangkan bubur ayam bersama air coklat panas di atas meja hadapan aku membuatkan aku tersenyum manis.

Dia masih tak lupa yang aku gemarkan air coklat panas.

"Kau sedar tak yang kau ni demam panas , Jang Yiseo ?" soalnya dingin membuatkan aku terus mengangkat wajah memandang dia pelik.

"Nae ?" kening aku terjungkit ke atas.

Dia melepaskan keluhan berat sebelum beredar meninggalkan aku. Entah ke mana dia nak pergi aku pun malas nak ambil tahu.

Sudu yang disediakan terus aku capai dan aku mula mencedok bubur ayam tersebut. Aku angkatnya dan mula memasukkan ke dalam mulutku.

"Argh panas panas !" sudu terlepas dari tangan dan termasuk ke dalam mangkuk.

Aku menjelirkan lidah keluar dan menekup mulut ku kerana terasa seperti bubur panas itu melecur di lidahku.

"Dah tahu panas kenapa bodoh sangat tak reti nak tiup" perli kasar Jungkook.

Aku mencebik geram. Baru sahaja nak melenting dia tiba tiba dia hulurkan kepada aku selimut tebal berwarna biru.

Aku angkat wajah dan pandang dia dengan pandangan pelik dan keliru. Dah kenapa pulak dia bagi aku selimut ni ?

"Hujan kat luar tu. Dengan kau yang pakai macam tu , tak sejuk ke ?" dia mengerutkan dahinya memandang aku.

Aku tersenyum lalu menerima hulurannya. Pantas sahaja aku sarungkan selimut tebal itu pada tubuh aku sendiri. Terasa hangat sedikit badan aku.

Jungkook terus mengambil tempat di sebelah aku. Duduk sahaja di atas kerusi , dulang berisi bubur ayam dan air coklat panas pantas sahaja ditarik laju menghampirinya.

Apa dia lapar nak makan sekali dengan aku ke apa ?

Dia tiba tiba sahaja mencapai sudu besi tersebut dan mula mengacau bubur ayam tersebut. Aku hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya.

Bubur dicedok dengan sudu dan diangkat ke atas. Dia mula meniup perlahan bubur yang panas itu. Buat seketika , aku tergamam.

Jungkook....

"Bukak mulut kau" dan menoleh memandang aku dan mula menghulurkan sudu berisi bubur itu.

Aku tersenyum sebelum Jungkook menyuap bubur itu ke dalam mulutku. Aku tak tipu bila aku cakap Jungkook ni pandai masak.

"Kau jangan salah faham. Aku tolong kau ni pun sebab kesian"

Aku tersenyum tatkala Jungkook berkata begitu tanpa langsung memandang ke arah aku.

"Nah" dia menyuapku lagi.

Aku rasa , macam betul betul dah kembali ke kehidupan aku yang lama. Dicintai dan disayangi sepenuhnya oleh lelaki bernama Jeon Jungkook.

Tapi kenapa dia perlu tinggalkan aku sedangkan dia tak perlu ?

"Dah kenyang ?" Jungkook menyoal tatkala aku sudah pun menghabiskan bubur ayamnya itu.

Air coklat panas yang dia buatkan untuk aku pun aku dah habiskan. Rasa macam dia memang betul betul tengah jaga aku sekarang ni.

Jungkook terus mengangkat dulang tersebut dan membawanya ke dapur semula. Mangkuk dan cawan diletakkan di dalam sinki.

Aku hanya tersenyum melihat Jungkook yang tak ubah seperti boyfriend material tu.Sebab tu jugak lah , aku sayang dia sangat sangat.

"Nah , makan ubat kau ni"

Tiba sahaja di hadapan aku semula , dia mula menghulurkan aku sebiji ubat pil sambil membawa segelas air kosong.

Aku ketap bibir rapat. "Ta-tapi , Jungkook..."

Inilah salah satu kelemahan aku , takut nak makan ubat pil. Aku tak tahu kenapa bila aku makan ubat pil , aku akan muntahkan balik.

Jungkook mengeluh. "Jangan nak menyusahkan aku boleh tak , Yiseo ? Kau tu dah besar , jangan nak jadi budak budak sangat boleh tak ?!" Jungkook meninggikan suaranya buatkan aku tersentak.

Mata aku sudah mula berair tatkala pandangan tajam diberikan Jungkook kepada aku. Perlahan lahan aku tundukkan pandangan.

"Ma-maafkan saya..."

Riak wajah Jungkook mula berubah tatkala suara aku direndahkan. Aku tahan diri aku daripada menangis macam perempuan lemah di hadapannya.

Pantas sahaja aku capai ubat pil di atas telapak tangan Jungkook dan gelas air kosong itu aku capai lagi.

Aku ketap bibir rapat sebelum minum sedikit air kosong bagi membasahkan bibir buat seketika.

Dengan pantas , aku terus masukkan ubat pil tersebut ke dalam mulut dan memejam mata aku rapat. Air kosong tersebut pantas aku teguk.

Berkerut kerut dahi aku cuba untuk menelan biji pil tersebut. Lidah aku sudah mula terasa pahit namun pil itu langsung tidak mahu masuk ke dalam.

Ianya masih tersekat di dalam mulutku.

"Yiseo , kau okay tak ?" Jungkook menyentuh bahu aku perlahan.

Belum sempat Jungkook nak buat apa apa , tiba tiba aku mula memuntahkan segala galanya sehingga muntah aku terkena baju Jungkook.

Aku pejam mata erat dan mengerutkan dahi aku. Rasa sakit sangat sangat kerongkong tekak aku tatkala aku memuntahkan segalanya.

Aku rasa lemah sangat sangat.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Sa-saya mintak maaf sangat sangat" aku merendahkan suara.

Aku menutup selimut katil aku sehingga ke bahagian bawah hidungku. Selimut itu aku genggam erat dengan kedua dua belah tangan.

Yelah , disebabkan aku , baju Jungkook dah kotor.

Sudah lah baju dia lembap sebab kena air hujan tadi ni kan pulak dah kotor dengan muntah aku. Tak pasal pasal dia kena basuh dan keringkan sendiri.

Bukan tu je , muntah aku dekat lantai dapur tadi pun dia yang kena bersihkan untuk aku. Aku rasa malu dan bersalah sangat sangat dekat dia.

"Nak buat macam mana ? Benda dah jadi kan" Jungkook yang tengah shirtless depan aku ni aku pandang.

Aku sebenarnya masih simpan hoodie dia yang dia bagi dekat aku , tapi aku takut kalau aku bagi dekat dia , dia tanak pakai pulak.

Jungkook mula berjalan mendekati aku dan dia melabuhkan punggung dia dekat atas katil di tepi tempat aku berbaring.

Tepalak tangannya didaratkan di atas dahi aku sekali lagi. Merasa suhu badan aku yang masih panas ketika ini.

Perlahan lahan tangannya ditarik semula sebelum dia memandang aku yang sedang memerhatikannya ini.

"Kau rehat , okay ? Aku nak balik rumah ni"

"Ta-tapi...." aku menundukkan pandangan ke bawah.

Dia mengerutkan dahinya. "Kenapa ?"

"K-kat luar hujan... dan awak pun takde baju. Ta-takkan lah awak nak keluar balik rumah dalam keadaan macam tu..."

Dia tersentak mendengar apa yang aku katakan. Baru sedar diri tu sebenarnya tak berbaju depan aku gamaknya.

"T-tak sejuk ke ?" soal aku perlahan tatkala menyedari tubuh Jungkook sedikit menggigil kerana sejuk.

Yelah , hujan lebat kat luar tak reda lagi. Ni dia dengan tak berbaju lagi. Sudah pasti lah dia sejuk.

"K-kalau awak tak kisah... a-awak boleh baring dekat sebelah saya. Ki-kita share selimut ?"

Mendengarkan sahaja kata kata aku dia mula berdehem perlahan. Namun mungkin disebabkan dia pun sejuk , dia tidak membantah.

Dia mula baring di sebelah aku dan menarik selimut menutupi badannya yang terdedah. Keluhan berat dia lepaskan.

"Gumawo , sebab tolong jaga saya..."

"Jangan salah faham , aku bukan buat semua ni dekat kau sebab risaukan kau"

Aku hanya tersenyum.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

76.1K 7.6K 59
Season 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - ma...
60.6K 7.3K 12
He's dangerous. Innocent and seductive liar. Cover by:-nanaz
27K 3K 15
โ tercium tanpa sengaja ? โž inspired ; Fall In Love At First Kiss * Jungkook Jeon * Jihyo Song - completed ! cover ; @ensiah โ™ก
1K 325 18
๐™ต๐™ต : ๐™ฝ๐™ฒ๐šƒ ๐™ณ๐š๐™ด๐™ฐ๐™ผ ! ' ๐ŸŒฑ . โš ๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐œ๐จ๐ฉ๐ฒ ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š! โš ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ% ๐ข๐๐ž๐š ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข . START : 20 / 7...