aisy anaqi.

By nuufa-

18.4K 2.9K 682

Dia annoying,dia gila. Yes,semua yang buruk ada pada dia. "Kau tau tak kenapa aku suka kau?" "Entah" "Sebab k... More

'Satu
'Dua
'Tiga
'Empat
'Lima
'Enam
'Tujuh
'Lapan
'Sembilan
'Sepuluh
'Sebelas
'Dua belas
'Tiga belas
'Empat belas
'Lima belas
'Enam belas
'Tujuh belas
'Lapan belas
'Sembilan belas
'Dua puluh
'Dua puluh satu
'Dua puluh dua
'Dua puluh tiga
'Dua puluh empat
'Dua puluh enam
'Dua puluh tujuh
'Dua puluh lapan
'Dua puluh sembilan
'Tiga puluh [end]

'Dua puluh lima

549 84 16
By nuufa-

Cikgu suruh cari pasangan masing-masing. Adrina dah berkepit dengan buah hati dia manakala aku yang single ni loner dengan belakang kelas. Semua dah ada partner.

"Hira ? Awak takda pasangan ke ?"soal Cikgu.

Soalan cikgu buat aku menangis di sudut kelas. Apa nak buat, orang single memang macam ni.

"Cikgu ! Aiman belum balik kelas. Dia pergi tandas !"

Ah sudah. Aku berpartner dengan Aiman ke ?  Lelaki paling bijak dalam kelas. Rasa malu tu dah datang.

"Untung kau partner dengan Aiman. Senang nanti kerja kau, dia tu dahla hensem bijak pulak tu"ujar Adrina. Mentang-mentang crush dia pergi buang sampah sekejap, dia dah curang.

Pintu kelas diketuk. Pelajar bercermin mata masuk selepas cikgu membenarkan dia masuk. Itulah Aiman, sopan depan cikgu tak boleh bawa bincang. Belakang cikgu, jangan cakap la.

"Awak dengan Hira, dia takda partner"ujar cikgu.

Aiman sempat capai pensel case kat meja depan. Budak bijak, mestilah duduk depan. Kan ?

Aiman tarik kerusi Adrina dan duduk. Maira dah lama tukar tempat, dia duduk depan dengan kawan baik dia. Memang bagus, kalau dia duduk sebelah aku memang hari-hari bertekak agaknya.

"Cikgu harap, kerja pembentangan ni boleh siap minggu depan. Hari Ahad, semua kena hantar pada cikgu dulu, baru bentangkan pada kawan-kawan. Faham ?"

"Faham cikgu !"

"Kau nak bentang atau aku yang bentang ?"soal Aiman.

"Kau bentang, kau kan bijak. Aku tukang tulis aja. Bole kan yeman kan ?"

Aku tersengih.Aiman jeling aku. Dia gelengkan kepala.

"Sejak kau sekolah sini, jarang aku nampak kau bentang kat depan tu. Aku bagi kau peluang tambah markah kau. So , go on "

"Aku malu"
Aku tersengih lagi. Aiman geleng kepala.

"Petang ni kau free tak ? Kita bincang, lepastu berlatih untuk pembentangan kau"

Aku terfikir yang nenek nak masak sedap-sedap harini. Baik aku ajak aiman makan lepastu aku boleh bodek dia supaya aku tak payah bentang. Tak gitu ?

"Lepas balik sekolah boleh buat dekat rumah aku ? Nenek aku ada masak sedap-sedap. Kau boleh datang makan. Anaqi dengan Airil pun ada"

Aiman fikir sejenak. Dia seperti mengira sesuatu dengan jari. Mesti dalam otak dia muncul formula-formula matematik.

"Bole. Nanti send location"

"Boekk !"

Susah betul nak nampak Aiman senyum. Kedekut senyum betul.

Cikgu keluar selepas bunyi loceng. Aku nampak Anaqi keluar, aku rasa lebih baik aku cakap dengan dia dekat luar kelas. Takut kalau kena palau dengan Anaqi depan member dia lagi-lagi si hareez tu.

"Anaqi !"

Macam biasa dia palau aku. Aku kejar dia, agak-agak dah dekat aku panggil dia lagi sekali. Masih kena palau. Taguna kau Anaqi.

"Sayang !"

Dia tiba-tiba berhenti. Paling malang, kepala aku terlanggar belakang badan dia. Sakit gila. Bergegar otak aku.

"Apa ?"
Dia tanya, dia tak toleh pun.

"Nenek suruh datang makan tengah hari kat rumah. Nenek ada masak gulai lemak jantung pisang. Katanya kegemaran kau"

"Okay"

"Aku pergi dulu"
Baru selangkah, Anaqi panggil aku.

"Hira.. aku dah penat mengharap"

Kalini dia pandang tepat pada mata aku.

"Kalau boleh tolong jangan bagi harapan palsu pada aku"sambung Anaqi.

Bersambung..

Sentimental sungguh Anaqi ni.

☆☆☆

"Aku nak move on, tapi kau terlalu hodoh untuk aku lupakan"

Vote dan komen !

Continue Reading

You'll Also Like

7.5K 714 25
Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi...
2.7K 230 2
𝓓𝓪𝓷𝓮𝓵 𝓵𝓾𝓴𝓶𝓪𝓷 ~ 𝓛𝓲𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓐𝓶𝓪𝓭𝓮𝓪 " Dak kalau saya kat sini pun awat bukan nak pi terajang orang pun.." Ha si gadis, Liyyan Amadea...
4.2K 211 8
Siapa je tak kenal Zayn Zayder ni,dia merupakan peguam yang begitu dingin tatkala mahu menjalankan tugas dengan amanah namun dia terjumpa anak Dato'...
236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...