Hadirnya Cinta

By hanaakhairul

161K 5.5K 984

>> COMPLETED Pertemuan semula antara Tengku Zafril dan Mawar Adeera sungguh menyakitkan hati. Bergaduh? Sudah... More

PROLOG
CAST
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
Bab 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
Bab 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56

BAB 3

2.2K 101 14
By hanaakhairul

- I miss you but im keeping quiet -

⛅⛅⛅

SENYUMAN di wajah Tengku Fida masih tidak lekang, senang hatinya dengan penampilan Adeera. Gambar gadis itu ditatap lama, lama Instagram gadis itu juga puas dijelajahnya. Perwatakan Adeera sungguh menarik perhatian, alangkah bagusnya jika dia dapat bermenantukan gadis itu.

"Awak ni dah kenapa Fida? Senyum sorang-sorang, dah buang tebiat?" tegur Tengku Imran, kerusi di hadapan Tengku Fida menjadi tempat duduknya.

"Awak tengok lah ni bang" segera dia menunjukkan apa yang tertera di skrin telefonnya itu.

"Dee?" soal Tengku Imran pelik, Tengku Fida mengangguk laju.

"Kenapa dengan dia?"

"Saya rasa kan bang, saya dah jumpa bakal menantu kita"

"Oh, jadi awak berhajat nak kahwinkan Aril dengan Dee?"

"Ye lah, tak kan dengan abang pulak" perli Tengku Fida, geram pula dia dengan suaminya ini. Siapa lagi kalau bukan untuk Tengku Zafril, itu je lah satu-satunya anak mereka.

"Eh kalau awak izinkan saya ok je"

"Jangan nak mengada-ngada, awak ni pun untung tau saya pilih. Kalau tak saya, tak ada  siapa nak dekat awak, awak tu dah lah tua" ujar Tengku Fida, selamba mengutuk suaminy itu.

"Tak ada lah saya main-main je, halah dah tua-tua pun nak merajuk. Sini saya tengok balik" telefon isterinya ditarik semula, gambar Adeera dilihat.

"Awak ok kan kalau saya pilih dia?"

"Apa pulak tak ok, Dee ni baik budaknya. Lagipun, kita dah lama kenal dengan keluarga Ismail tu. Bagus juga cadangan awak ni, boleh rapatkan lagi hubungan kita dengan keluarga mereka"

"Alhamdulillah, lega saya dengar. Kalau macam tu, hujung minggu ni saya hantar rombongan meminang"

"Ha?!! Awalnya!" terkejut Tengku Imran dibuatnya.

"Tak apa, benda baik tak elok dilewatkan" jawab Tengku Fida, dia tergelak kecil.

"Ye lah, Aril macam mana? Awak dah bagitahu dia ke?"

"Belum, tapi kan semalam dia tanya saya pasal Dee tau. Saya rasa Dee dah chat dia, mesti diorang dah rapat balik macam dulu kan?" Puan Fida sudah membayangkan betapa sepadannya Tengku Zafril bersama Adeera.

"Mungkin, tapi awak macam tak kenal Aril tu. Perempuan yang tak kenal, mana lah dia nak layan" Tan Sri Azizi memberi pandangannya.

"Tapi kan diorang rapat, tak kan lah Aril tak kenal"

"Fida, kita tinggalkan Malaysia dah belasan bertahun tau. Saya bukan apa, anak teruna awak tu lain sikit. Kang tak pasal-pasal Dee tu kena maki free, Aril tu bukan saya tak kenal dia"

Tengku Fida berfikir, betul juga.

"Habis tu, awak rasa Aril nak ke heh ikut rancangan kita jodohkan diorang?"

"Kalau tengokkan gaya Aril layan Dee, saya tak rasa dia setuju" ujar Tengku Imran, surat khabar dilipat.

"Kalau macam tu, kita kena ada backup plan. Awak kena ugut dia kalau dia tak nak kahwin dengan Dee, boleh?"

"Eh, saya tak nak terlibat lah. Awak pujuk lah Aril tu elok-elok, mesti dia nak"

"Tak boleh, saya kenal anak saya. Dia tak suka orang paksa-paksa dia"

"Habis tu kalau saya ugut dia, awak ingat dia suka?"

"Ya memang lah dia tak suka, but at least dia akan ikut jugak sebab ugutan awak tu"

"Ok, awak nak suruh saya ugut apa?" soal Tengku Imran. Tengku Fida tersenyum penuh makna, kopi dihirup. Plan on!

🐝🐝🐝

ADEERA hanya membuang pandangannya ke kolam ikan di tepi rumahnya, muncung panjang sedepa. Ini semua tidak lain tidak bukan hanya lah kerana Dato' Ismail tidak mengizinkan dia menemani rakan karibnya ke Kuala Lumpur. Walau umurnya sudah dewasa, ahli keluarganya masih mengawasinya bagai anak kecil.

"Sorry Qila, baba aku tak bagi teman" gumam Adeera sendirian, makanan ikan dibaling sedikit demi sedikit ke dalam kolam itu.

"Dee?" panggil seseorang, Adeera menoleh.

"Oh, baba" jawab Adeera senada tanpa riak wajah, mood merajuk masih on.

"Termenung apa sini?"

"Dee dengar ikan ni mintak makan tadi" jawab Adeera, Dato' Ismail hanya tersenyum menggeleng kepala.

"Dee marah baba?"

"Buat apa nak marah, baba bukan ada salah pun dengan Dee"

"Ye lah ye lah, sikit-sikit nak merajuk. Pergi lah, baba izinkan" ujar Dato' Ismail. Adeera yang mendengar jawapan babanya itu segera mengangkat wajah, bersinar matanya.

"Really?" soalnya meminta kepastian, Dato' Ismail mengangguk.

"Yeah! I love you baba" ujar Adeera, pantas tubuh Dato' Ismail dipeluk.

"But! Baba ada syarat" ujar Dato' Ismail, terjongket kening Adeera.

"Syarat apa?"

"Dee kena pergi dengan Pak Din"

"Ala baba! Kenapa Dee kena pergi dengan Pak Din, Dee boleh drive sendiri lah"

"Nak pergi ke tak nak?" ugut Dato' Ismail, Adeera tercengang.

"Hesy, ye lah ye lah. Whatever it is, thankyou baba sebab bagi izin. I love you, mwah! Dee naik bilik dulu ok, bye!" Dato' Ismail tersenyum sendiri, senang je nak pujuk anak dia tu.

Adeera melangkah ke biliknya, katil empuk menjadi tempat dia meniarap. Nama Aqila diketik di bahagian pemanggil, tak lama kemudian panggilan disambungkan.

"Weh Qila!"

"Hah walaikumsalam, asal?" ujar Aqila, tak reti bagi salam, Adeera pula melongo.

"Setepek sia!"

"Hahaha, lain kali bagi salam lah. Asal kau call ni? Baba kau bagi pergi tak?"

"Guess what? Dia bagi!"

"Alhamdulillah, ada jugak peneman aku! Sayang betul baba kau dekat kau kan, nak pergi KL pun payah nak bagi lepas"

"Tapi kan do"

"Tapi apa?"

"Dia suruh bawak Pak Din do, hm"

"Ha?! Baguslah tu, tak payah susah-susah kita drive ahah. Nanti kita kat belakang boleh membuta sama-sama, tahu-tahu sampai"

"Eh haah lah! Asal aku tak terfikir erk hahah. Ok cun, esok pagi kita gerak"

"Alright! See you soon, bye"

"Bye"

Panggilan ditamatkan. Adeera menghembus nafas lega, senyuman di wajahnya semakin melebar. Kuala Lumpur, coming soon!

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

Hi ,

Adakah keputusan Deera menemani Qila ke Kuala Lumpur itu satu keputusan yang tepat ? Apa yang dia akan jumpa kat sana ? Find out the answer in the next chapter 💙

Oppp !!! Before you go to the next chapter ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~•~•~•~•~•~•~
C O M M E N T

May God bless your day ! Thankyou

- nurhanaaaaa -

Continue Reading

You'll Also Like

12.8K 794 85
Mengenal seketul manusia bernama Shadhameir Wildan ni memang mencabar tahap kesabaran gadis yang ayu seperti Darling Shafhanie. Ingatkan bila dah dud...
463K 8.8K 64
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ Nur Kyra Airyna menyangka dia akan hidup bahagia dengan pilihan hatinya, Harif Hakim. Namun, kekasih hatinya hilang tanpa khab...
427K 16.5K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...
21K 1.4K 59
Pertemuan dalam kesempitan telah membuatkan mereka sukar dipisahkan. Dalam masa yang singkat mereka berdua telah mengenali hati budi masing-masing de...