[OG] Love Virus | MYG

By Lucidlassie

866 143 155

+Bila virus bahaya mula tersebar sebab kau kangkang sambil berkemban depan katil+ Start:27.5.2020 End: More

💗Prolog💗
💔Bab 1🖤
💔Bab 2🖤

💔Bab 3🖤

121 19 13
By Lucidlassie


"Ah,shit!Waktu macam nilah kau nak pancit.Aku dah terlambat nak pergi sekolah ni."

Tayar belakang skuter yang pancit disepak geram.Bala apa yang akan menimpa aku lagi pagi ini?

Pagi tadi,segaris parut tiba-tiba muncul di mata kiri dan hidung aku selepas aku mandi.

Entah silap apa yang aku dah buat sampai parut aneh itu tiba-tiba naik di muka aku.

Imej wajah aku yang terpapar di cermin sisi skuter dipandang sejenak.

Baru sahaja aku mahu merapikan rambut yang sedikit kusut,bahu aku dilanggar kuat oleh seseorang sehingga aku hampir-hampir terjatuh.

Mujur aku sempat berpaut pada skuter.Kalau tak,jatuh tergolek aku.

"Woi,kau tak reti jalan elok-elok ke?!Mata letak kat lutut ke apa?Kau tak nampak ke aku kat sini?!Aishh!"jeritku lantang kepada lelaki yang melanggar bahuku tadi.

Lelaki itu yang memakai topi Satgat seperti zaman Joseon dahulu kala berhenti statik di tempatnya.

Dia mengalihkan badannya menghadap aku.Agaknya dia mahu memarahi aku kerana aku menjerit kepadanya tadi.

"Biadab sungguh kata-kata kamu terhadap beta.Nampaknya sikap beta telah menurun kepada kamu,Yoongi."

Tanpa sempat aku berkata apa-apa,lelaki aneh itu meneruskan langkahnya.

Beta?Kenapa lelaki tadi membahasakan dirinya sebagai beta?

Yang paling aneh sekali,macam mana lelaki itu boleh tahu nama aku Yoongi?

Siapa lelaki itu sebenarnya?

Sinaran sesuatu benda di atas tanah menyilaukan mata aku.

Badan aku bongkokkan untuk mengambil benda yang bersinar itu.

Dua bentuk cincin dengan rekaan yang unik aku ambil dari tanah.

"Cincin?Cincin siapa pulak ni?Jangan-jangan ini cincin lelaki tadi."

Cincin itu diperhatikan dengan teliti.Penglihatan mata aku menangkap dua patah perkataan Hangul yang diukir di bahagian dalam ciincin itu.

"ㅛ ㄴ?Y dan S?"ujarku sendirian sambil mataku masih melihat cincin itu.


💔🖤

"Hai,senior Yoongi."

"Selamat pagi,senior Yoongi."

"Yoongi oppa,oppa nampak handsome la hari ni."

"Senior Yoongi,senior dah sarapan belum?Kalau belum,marilah kita sarapan sekali."

Sapaan mesra daripada pelajar-pelajar perempuan sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah agak pelik bagi aku.

Selalunya jarang sekali pelajar perempuan menegur aku.

Jangankan nak tegur aku.Nak pandang muka aku pun mereka takut.

"Yoongi!"

Serta merta kepala ditolehkan ke belakang tatkala telingaku menangkap suara seseorang memanggil nama aku.

Kosong.

Tiada sesiapa di belakang aku.

Kalau tak ada orang,habis tu siapa yang panggil nama aku tadi?

"Aku tersilap dengar agaknya.Tak pun telinga aku yang bermasalah."getusku seraya mengalihkan badan semula ke hadapan.

Kaku seluruh badan aku tika ini.

Oksigen yang ingin disedut masuk ke hidung juga terasa sukar.

Kira-kira 2 meter jarak daripada aku,seorang lelaki sedang mengacukan pistol tepat ke arah aku.

Yang lebih menakutkan lagi,lelaki itu seiras dengan aku.

Badan,muka dan ketinggiannya sama persis seperti aku.

"K-kau siapa?Ke-kenapa muka kau s-sa?"soalku tergagap-gagap.

"Kenapa muka aku sama macam kau?Aku ialah kau.Aku ialah diri kau pada tarikh 1.9.2019."

Pernyataan lelaki itu membingungkan aku.

Apa yang dia maksudkan dengan dia ialah diri aku pada tarikh 1.9.2019?

Aku tak faham.Takkanlah itu diri aku daripada masa depan?

"Aku kena lari dari sini secepat mungkin.Entah-entah lelaki ni dah guna jampi supaya muka dia sama macam aku."bisikku perlahan.

Baru sahaja aku berkira-kira mahu melarikan diri ke arah belakang,sekali lagi aku kaku.

Terkedu.

Bingung.

Keliru.

Di belakang aku,seorang lelaki lengkap berpakaian maharaja Korea sedang melibas pedangnya tepat ke muka aku.

Anehnya lelaki ini juga berwajah sama seperti aku.

"Kamu nak lari ke mana,Yoongi?"tegur lelaki ini sambil pedang panjangnya itu diletakkan di leher aku.

"Si-siapa kau?Kenapa m-muka kau pun s-sama macam muka aku?Apa yang sedang jadi sebenarnya ni?!"ujarku separuh menjerit.

Lelaki itu tertawa sinis.Dia berjalan beberapa langkah ke hadapan aku.

"Beta ialah sebahagian daripada darah yang mengalir dalam badan kamu.Kamu ialah lipatan sejarah hitam Korea yang cuba dihapuskan oleh kerajaan suatu ketika dulu."

Tangan lelaki itu merayap ke muka aku.Rambut aku ditariknya kasar sehingga aku jatuh melutut di hadapannya.

"Larilah sampai ke hujung dunia sekalipun.Darah beta yang mengalir dalam badan kamu akan menarik kamu kembali kepada beta."ujar lelaki ini membuatkan aku bertambah bingung.

"Aku tak akan benarkan diri aku jadi kejam macam kau.Aku akan cari penawar untuk virus yang aku dah sebarkan supaya kau tak akan menang!"jerit lelaki berpistol di belakang aku.

Rambut aku yang direnggut oleh lelaki itu dicengkamnya lebih kuat.

"Kamu pasti kamu akan jumpa penawar kepada virus ini?Jika benar,kenapa kamu masih beradu sekarang?"balas lelaki berpedang di hadapan aku.

Dia mencengkam rambut aku sekuat-kuatnya sehingga air mata jantanku akhirnya menitis.

Kelopak mata yang kabur dek air mata yang mula membanjiri pelupuk mata membuatkan aku mengedipkan mata beberapa kali.

Saat aku membuka kelopak mata aku semula,siling putih menjadi tatapan pertama aku.

Siling putih?

Ini siling bilik aku.

Bagaimana aku boleh berada di dalam bilik aku sedangkan aku berada di sekolah tadi?

"Aku mimpi ke tadi?Siapa lelaki-lelaki da-"

Hembusan nafas seseorang di sebelah telinga aku menghentikan percakapan aku.

Tangan seseorang juga melingkar elok di pinggang aku.

Badan aku kalihkan untuk melihat tangan milik siapa di pinggang aku.

"Omma?!"jeritku sekuat hati tatkala melihat omma tidur di sebelah aku.

Serta merta itu juga aku cepat-cepat melompat turun dari katil kerana terlalu terkejut.

"Omma?Kenapa omma tidur di sebelah aku?Apa omma buat tidur sebelah aku?"soalku seorang diri sambil cuba menahan debar di dada kerana terkejut.

Tangan aku pautkan pada palang katil sebagai penyokong untuk membantu aku bangun.

Lutut aku lemah longlai untuk bangun setelah mengetahui omma tidur sekatil dengan aku.

"Cincin?Ini macam cincin dalam mimpi aku tadi."ujarku setelah menyedari dua bentuk cincin tersarung elok di jari telunjuk dan jari tengah.

"Macam mana cincin ni boleh ada pada jari aku sedangkan aku hanya nampak cincin ini dalam mimpi aku?Jangan-jangan-"

Kepala ditolehkan ke cermin besar yang terletak tidak jauh dari katil.

"T-tak m-mungkin!Tak mungkin!"

Segaris parut yang sama seperti yang terdapat di muka aku di dalam mimpi aku tadi juga terdapat di muka aku sekarang.

"Aku bermimpi atau aku memang betul-betul nampak lelaki-lelaki tadi dalam realiti?"getusku sambil terus melihat pantulan wajah aku di cermin.

To be continued...

P/s:Topi Satgat ialah topi yang digunakan pada zaman Joseon untuk melindungi muka/identiti  daripada pandangan orang dan berlindung daripada hujan.


A/N:

Pertama sekali,aku nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update ff ini.ಥ‿ಥ

Ada lagi ke yang masih tunggu update ff ni sepanjang aku hilang?⊙﹏⊙

But now,i'm back bebeh.(~ ̄³ ̄)~

So,macam mana bab kali ni?Ok?Ko?Keliru?

Continue Reading

You'll Also Like

38.5K 2.9K 156
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
5K 267 26
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
4.7K 657 55
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
1.4K 369 46
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."