Prank

By craedin

7.5K 817 279

Sebab satu prank yang rupanya satu signal bahawa hidup aku bakal kucar kacir. macam mana aku boleh masuk duni... More

2
3
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Characters 1

4

446 51 7
By craedin

aku kacau air boba sambil termenung. apa maksud budak kepala grey tu eh? ikut cakap orang yang aku percaya?

apa sia cakap main tapis tapis. kau ingat ni filter ig ke apa. aku ni dahla blur asal.

"kau memang nak termenung je eh?" Aidan siku bahu aku. aku pandang dia. apabenda la sia.

"bila makanan nak sampai ni eh?" Aidan tengok jam dekat phone dia. dah 3:24 pm siot. lama benor makanan nak sampai.

aku perhati foodcourt Aeon ni. tak la ramai mana orang. tapi apahal makanan lambat sangat ni haih

"aku rasa macam tengah cakap dengan kayu hm" Aidan mula rasa macam bodoh bila kena palau.

"tak ah. aku perhati foodcourt je. orang tak ramai tapi makanan lambat sampai"

Aidan cuma angguk kepala. dia nampak macam bosan betul. nak main fon, malas la pulak. tiba tiba dia seluk tangan dalam hoodie dia.

"ni meh sini aku sambung warna kuku kau" Aidan tarik tangan aku.

eh ye jugak. dia tak habis warna kuku aku dua hari lepas sebab gaduh. tapi aku menang sebab aku perempuan.

aku ignore pandangan sesetengah orang yang nampak macam kerang busuk pandang kitorang. tak, bukan kitorang. pandang Aidan.

kawan kawan aku semua handsome termasuk Aidan yang lembut. tapi memang tak ah aku nak puji depan depan.

"aidan, kalau tetiba ada orang yang kau tak kenal, pastu cakap bukan bukan kat kau, kau percaya tak?" aku tanya dengan harapan Aidan tak jawab dengan bodoh.

"cakap bukan bukan macam mana tu? kau ni cuba spesifik sikit" Aidan yang tengah tekun warnakan kuku aku tanya balik.

alhamdulilah mulut dia tak puaka. kalau tak memang mampos je dia ni.

dahla aku datang Aeon ni dengan dia je. harini kan firstday cuti panjang so yang lain semua nak tido je. Aidan jela rajin sikit nak kesana kesini dengan aku.

"semalam, ada sorang mamat ni dia tarik tangan aku masuk dalam kelas kosong dekat block makmal tu" aku mula cerita dekat dia.

"dia ada buat apa apa ke kat kau?!" Aidan hentak meja. sampai angkat kepala tengok aku

TERKEJUT AKU BODOH LA DIA NI

aku pandang Aidan pelik. dia ingat aku ni tak pandai backup diri sendiri ke? dia lupa ke aku ni duduk rumah sorang sorang je macam orang bodo.

"kau ingat aku tak reti jaga diri ke"

Aidan buat muka lega. entah sejak bila dia ni reti risau pasal aku. ingatkan reti kecam aku je. dia sambung warna kuku aku.

"ha lepastu? kau ni memang kaum penyangkut. cerita apa apa mesti tergantung. bosan betul aku"

aku mencebik. dia ni memang tak reti sabar. mulut kepoh betul kalah perempuan.

"lepastu dia cakap. dia suruh aku percayakan orang yang aku percaya" aku tenung Aidan. tolongla kalini dia tak start buat perangai annoying.

Aidan berhenti warna kuku aku. dia angkat muka pandang aku.

"aku rasa dia saja je cakap macam tu dekat kau. nak attention. lagipun, basic la kan benda tu?" Aidan kalini betul betul nampak serious.

ye jugak. benda yang stranger semalam tu cakap memang something yang semua orang buat.

siapa je tak percaya orang yang dia percaya kan? baca balik

"eh ye—"

"here your order" percakapan aku dipotong bila sorang lelaki letak dua pinggan kuey teow kungfu dekat atas meja.

nak marah, tapi dia bawak rezeki. okayla baik aku makan je. aku dengan Aidan start makan. memang ni pun tujuan kitorang pergi Aeon.

lepas aku dengan Aidan habis makan, kitorang jalan jalan sekeliling Aeon. kalau rasa ada barang best, beli la. aku cuma beli vans harry potter. limited edition dahla ada freegift wands yang ada lampu bodo haih sikit lagi aku nak nangis.

"dinie" Aidan makin rapat dengan aku. tangan dia letak dalam hoodie. dahla aku pakai hoodie yang sama dengan dia. cuma dia warna grey aku warna soft pink.

apa salah ke aku nak minat warna pink?

"aidan" aku mula rapat dengan dia sambil tangan aku letak dalam poket hoodie.

"kau fikir kelakar la tu?—"

"aku ikut kau je kan?" aku mula tak sedap hati. tiba tiba je Aidan yang lembut ni jadi macam lelaki betul. mustahil.

"dinie, aku rasa ada orang ikut kita. no jokes and jangan toleh sekarang ye bodo" Aidan mula jalan rapat dengan aku.

"okay. kena gelabah ke?" aku makan aiskrim yang tinggal separuh. Aidan tolak kepala aku

"bodo. kau tak panic ke kalau kena ikut"

aku diam. buat apa nak panic? life aku bukan ada siapa siapa pun. kalau aku mati, siapa kesah?. lagipun kenapa dia confident je ada orang ikut. mana tau perasaan dia je.

"sini" Aidan tarik aku pergi dekat tempat crowded. dia pusing belakang sambil peluk bahu aku.

okay. aku pendek. walaupun Aidan ni paling pendek dalam kalangan lelaki kelas aku, tapi dia jauh lagi tinggi dari aku.

"okay lepastu kau nak buat apa?" tangan Aidan yang peluk bahu aku, aku alih. dia buat aku nampak pendek. aku betulkan rambut aku. bodo Aidan ni habis serabai.

"kita pergi lepak dekat kedai yang ramai orang, lepastu bila dah confirm takde orang ikut kita, kita balik" Aidan tarik aku pergi mana entah.

oh, pergi starbuck. takla ramai mana tapi selamat kot.

aku duduk dekat satu meja yang dekat dengan counter.

"kau nak apa? aku payung" Aidan mula kibarkan sayap bidadara yang jarang jarang dia keluarkan.

aku dalam dilemma. okay, aku kenyang tapi kalau aku tolak dia punya payung kayangan, aku rugi. aku dahla kedekut hehehe

"kau order la apa apa. yang sama dengan kau"

oh yes, i got shit and manners. nampak dekat sini aku melayu yang berbudi bicara.

Aidan angguk lepastu terus pergi counter.

dari riak wajah dia, aku rasa Aidan ada masalah. sebab dia jarang buat perangai macam ni. biasanya bising je. ni dia diam, muka serabut.

aku seluk poket hoodie. ambik phone. dah pukul 5:21 pm. lama sia kesana kesini dengan Aidan. dia dahla tak solat lagi. aku takpe, ada bonus tuhan bagi.

"nah" Aidan letakkan dua air starbuck yang dia beli.

aku sengih. aku taktau flavour apa tapi nampak menarik.

"yang chocolate kau punya. ambikla" Aidan duduk. dia serabaikan rambut sendiri. tak kenapa dia tolak air dia dekat aku ni

aku tarik air yang Aidan belanja ni. wooo wo tak kelakar eh? kalau masuk kelimumur ke debu hama ke tak pasal pasal berbuih aku minum air ni.

"kau nampak macam ada masalah je weh. okay tak ni?" aku cuba nak jadi kawan yang caring, baik hati dan cantek.

Aidan pandang aku kosong. dia senyum hambar. okay, something wrong somewhere

"aku rasa orang yang ikut kita tu, musuh perniagaan parents aku" Aidan meraup rambut dia sekali lagi.

"chill dude, chill je okay" aku cuba tenangkan Aidan. walaupun bunyi macam bodo, tapi chill je dulu okay?

"chill? kau tau tak parents aku dekat oversea? lagipun kalau dorang apa apa kan kau macam mana?" Aidan kacau air starbuck dia. disedut sedut air tu dengan romantik.

"aku ke? rilek Aidan. kalau aku mati pun, siapa je kesah? jadi rilek ye rilek" aku dengan bodoh yang pekat try nak tenangkan Aidan lagi.

Aidan nampak macam sentap. eh aku ada salah cakap ke? lagipun betulla tu aku cakap. atuk aku tak kesah langsung pasal aku. siapa kata jadi cucu tan sri best? ye kalau orang lain best. tapi aku? dia cuma kutip aku sebab nak bagi harta dia lepas dia mati.

abang aku? no reaction. memang dah lama tak jumpa. aku terfikir kalau dia ingat aku lagi ke tak

"jom balik" Aidan bangun dari kerusi. dia tarik tangan aku lembut.

"ehhh sabar la kejap anjing aku nak minum duluu"

nooo bagilah aku minum dulu. ei bodonyaa Aidan

"jomla balik aku tak bagi kucing aku makan lagi " Aidan nampak gelabah. mesti orang lain pelik , sebab member aku semua rambut warna warni ada kepala kobis tapi sayang haiwan. macam Aidan, kepala kelabu.

diorang sebenarnya pakai pakai pewarna rambut yang kalau basuh nanti hilang. tapi aku pelik, cikgu pun buat buat tak nampak diorang ni. sebab parents diorang ni banyak bagi sumbangan. heh. antara dua darjat betul.

aku bangun dari kerusi. nak tak nak kena balik jugak la. apa je aku boleh buat dekat rumah?

"ye jomla bodo"

"aku nak balik tau dinie"

akhirnya Aidan dah bertukar jadi lembut semula.

[ 🌻 ]

aku sedut air starbuck sambil perhati jalan.  sedapnya chocolate dia ada rasa hazelnut. tapi lagi sedap sebab Aidan yang belanja.

aku tengok Aidan yang tengah drive. dari tadi diam. biasanya ada je nyah ni.

tiba tiba Aidan pecut bmw sport dia. memangla dia bawak laju tak rasa sebab kereta mahal tapi tanjat aku tengok 200 km/j

"PUNDEK LAJU SANGAT NI DRIVE INGAT TUHAN SIKIT KAU NAK JUMPA VAN JENAZAH DULU KE BARU RETI BAWAK SLOW" aku ketuk jari Aidan dekat setereng.

"diam Dinie. ada kereta tengah ikut kita. cuba kau tengok"

aku pusing. HAAH LA ADA FORD RANGE HITAM OMO OMO OTOKE

aku pusing balik. duduk secara normal. fuh

"mujur kau dah call guard suruh bagi kucing kau makan hehe" aku taktau kenapa aku cakap macam ni, sebab sepatutnya aku gelabah. tapi aku taknak gelabah sebab kalau aku gelabah, Aidan mesti lagi gelabah.

Aidan focus bawak kereta. makin lama makin laju dia tekan mintak.

dahla kawasan sini keliling hutan. pulak tu tiada sebarang kereta yag lalu. on the way pergi rumah nenek Aidan. dekat hujung bandar sikit. ikut rancangan, aku tidur rumah nenek dia lepastu esok aku balik.

takpe, nenek dia ada. jangan kecam.

aku tersentak bila belakang kereta Aidan dirempuh dengan kuat. kereta berpusing pusing.

airbag keretanya terkeluar. aku rasa macam ada benda suam mengalir dekat dahi.

gelap


Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 93.9K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
1.5M 78.2K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
762K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...