π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

one

1.1K 158 94
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jungkook-ah..."

Tangan aku memegang erat lengan baju lelaki sasa di hadapan aku itu membuatkan langkahnya terus terhenti.

Dia tidak memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap aku , tapi aku dapat rasakan yang dia sedang mengeluh.

Kerana aku masih tidak dapat menerima hakikatnya.

Bahawa lelaki yang telah aku cinta selama 3 tahun ini akhirnya mempunyai perubahan dalam hati dan perasaanya.

Hatinya sudah pun berubah sepenuhnya. Tiada lagi nama aku terukir megah di dalam hati lelaki di hadapan aku ini.

Bibir aku yang sudah mula bergetar itu aku kemam perlahan. Sedaya upaya aku menahan diri ini daripada menangis di belakangnya.

Genggaman aku pada lengan bajunya semakin lama semakin erat tatkala air mata sudah pun berkumpul di tubir mata.

Aku tak kuat.

Sumpah aku cakap , aku tak kuat.

"Ju.. Jungkook-ah..." aku memanggil nama lelaki itu semula.

Lelaki yang pernah menjadikan aku seorang perempuan yang paling bahagia di dalam dunia ini tatkala bersama dengannya.

Lelaki yang pernah aku cinta dan rindu setiap masa tidak mengenal waktu mahupun tempat.

Jungkook yang masih membelakangi aku itu hanya berdiam diri sahaja. Langsung tidak mengeluarkan sebarang kata kepada aku.

"Ke-kenapa... ? Kenapa awak cakap macam tu ?" aku ketap bibir aku dengan lebih kuat.

Suara aku yang sudah mula kedengaran sebak itu aku cuba sedaya upaya untuk sembunyikan. Tidak mahu kelihatan lemah.

Lagi lagi di hadapan lelaki ini.

Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku dan memandang belakang kepalanya. Walaupun dia tidak memandang aku , keadaan ini juga sudah cukup memadai.

"Kenapa... awak nak tinggalkan saya ?"

Tekak aku terasa perit tatkala mengungkapkan kata kata tersebut kepada lelaki itu. Betapa kecewanya hati ini.

Tatkala dia mengucapkan kata putus kepada hubungan cinta yang telah kami bina selama 3 tahun tanpa cacat cela.

"A-awak sendiri tahu... sa-saya sayangkan awak..." air mata aku mula mengalir membasahi pipi.

"Sa-saya sayangkan awak sangat sangat , Jungkook. Saya sayangkan awak..." bibir aku mula bergetar dahsyat.

Kepala aku sekali lagi ditundukkan ke bawah. Genggaman pada lengan baju lelaki itu semakin kuat.

Perasaan sedih dan hiba yang aku rasakan ketika ini tidak dapat langsung aku terangkan bagaimana.

Perlahan lahan Jungkook memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap aku. Tangan aku pantas sahaja ditepisnya perlahan.

Melihatkan sahaja tindakannya itu , terus aku angkat wajah dan memandangnya dengan mata aku yang sudah berair.

Pandangan yang langsung tidak pernah aku terima daripada Jungkook , dia berikan kepada aku. Terkebil kebil aku memandangnya.

Pandangan penuh menjijikkan.

"Kau ni lembap ke , Yiseo ?" Jungkook menyoal sinis.

Aku memandangnya ragu ragu. Terkebil kebil aku jadinya. "N-nae ?"

"Lelaki mana je yang dapat bertahan dengan perempuan yang sama selama-lamanya ? Kau tak fikir ke yang lelaki pun dikurniakan dengan perasaan bosan ?"

Sekali lagi , pandangan penuh sinis dia berikan kepada aku membuatkan mata aku membulat memandang wajahnya.

Pandangan penuh judgemental diberikan kepada aku sebelum dia memandang aku atas bawah dan menggeleng perlahan.

"Aku bosan dengan kau , Jang Yiseo. Do you get it ?"

Seluruh anggota tubuh aku terpaku buat seketika. Langsung tidak dapat aku gerakkan walau seinci pun dalam posisi ini.

Buat seketika , aku berdoa sangat sangat bahawa Tuhan dapat memekakkan telingaku dan membutakan mataku buat sementara.

Supaya aku tidak dapat mendengar apa yang baru sahaja diluahkan Jungkook. Dan aku takkan melihat pandangannya ketika ini kepada aku.

"Kau fikir aku betul betul cintakan kau , hm ?"

"Ju-Jungkook..." baru sahaja aku ingin menyentuh lengannya pantas dia menepis kasar membuatkan aku terkejut.

"Untuk pengetahuan kau , pada awalnya memang aku jatuh hati dengan kau. Tapi bila aku bersama dengan kau , lama lama aku sedar akan sesuatu..."

Aku terdiam. Perlahan lahan aku mengangkat wajah dan memandang Jungkook. Mata kami saling bertaut.

"Perasaan aku kepada kau dah berubah , Jang Yiseo."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

200K 16.2K 21
Dia, Jeon Jungkook, seorang pesakit dan pencinta seorang gadis. "Jadi cium aku di mulut tapi tolong jangan gigit." Nantikan. #3 jungkook - july 1...
3.9K 550 11
" No one born to be ugly, we just living in judgemental society " Jangan obses, nanti malang menimpa. HeHeHeHeHeHe Β©Nnikonikoniiii short story Start...
164K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
432K 51.3K 65
❝ Stop following me ❞ ❝ Tak nak, saya nak ikut awak juga ❞ ❝ Ugh. Suka hati kaulah ❞ Start: 281016 End: 011116 Status ; completed + Cerita ni idea s...