MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.2K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1🌼
2🌼
3🌼
4🌼
5🌼
6🌼
7🌼
8🌼
9🌼
11🌼
12🌼
13🌼
14🌼
15🌼
16🌼
17🌼
18🌼
19🌼
20🌼
21🌼
22🌼
23🌼
24🌼
25🌼
26🌼
27🌼
28🌼
29🌼
30🌼
31🌼
32🌼
33🌼
34🌼
35🌼
36🌼
37🌼
38🌼
39🌼
40🌼
41🌼
42🌼
43🌼
44🌼
45🌼
46🌼
47🌼
48🌼
49🌼
50🌼
51🌼
52🌼
53🌼
ALPHA🐺 & MMWπŸ‘‘
54🌼
55🌼
special 1🌼
special 2🌼
special 3🌼

10🌼

36.5K 2K 44
By ladyfrozenace

Dania menutup pintu wad first class Adam dengan perlahan.

"Dania...kau ke tu?" Suara Adam memanggil. Dania pantas mengelap air mata berbekas, tarik nafas dan cuba berlagak biasa.

"Ha saya ni. Awak okay tak?" Dia buat-buat sibuk, kemas barang di meja bersebelahan katil Adam sedangkan mana ada apa sangat pun.

"Okay. Tapi bila boleh bukak balutan kat mata aku ni? Kau tanyakan dekat doktor nanti ye?" Tangan Adam meraba kain kasa di matanya. Dania cepat-cepat tarik. Takut Adam tertekan matanya. Dah la baru operate.

"Hati-hati,Adam. Awak baru nak sembuh. Ye nanti saya tanyakan. Saya suapkan awak makan ya? Awak tak makan apa lagi sejak semalam" pembedahan Adam yang patutnya pagi ni, diawalkan jadi semalam.

"Harini puasa kan?" Soal Adam.

"Puasa, tapi awak tu baru lepas kena operate.."

Muka Adam tak senang, "bukan aku dah pesan dari awal ke, jangan layan aku macam orang kurang upaya? Orang sakit" suaranya sedikit meninggi.

Dania susah hati. Tak patut dia buat emosi Adam tak stabil. Doktor dah pesan tadi kan. "Yelah, yelah. Sorry. Bukan saya nak layan awak macam orang sakit. Awak tu, kalau tak makan nanti pengsan cemana? Saya ni bukannya gagah perkasa sangat nak angkut awak."

Adam mencebik. Dania lega. Nampaknya Adam buys her excuse.

"Mana makanannya?"

"Ha kejap"

Adam pegang tangan Dania yang mula nak menyuapnya. "Lauk apa ni?"

"Sup sayur dengan singgang ikan"

"Alaaahh... tak sedap!" Dia merungut.

"Isy, makan jela! Saya takut awak gatal-gatal nanti kalau makan ayam, udang semua tu. So, for the time being, sabar ye?" Dania memujuk lembut. Macam pujuk budak kecik bagi makan je kan?

"Sayang jugak kau kat aku kan?"

"Makan!" Ditutup rasa malunya. Adam mencekup kedua belah pipinya rapat. "Panas...kau blushing eh?" Sengihan nakal Adam ukirkan.

Dania malu macam apa dah, pahal pak cik ni..nak dera hati perasaan cintaku kenapa kalau kau taknak kat aku ha...

"Auch, sakit la!" Terlepas pegangan Adam.

"Padan muka, main-main sangat."

Adam menggeleng saja. "Kuat menggigit kau kan? Siap kau nanti..."

Dania dalam diam gembira Adam masih boleh senyum dan ketawa. Dia harap, apa yang jadi lepas ni takkan ubah Adam yang sekarang.

............

"Okay Tengku Adam, nampaknya keadaan Tengku dah semakin baik dan ada perubahan positif. Kalau terus macam ni, kita akan bukak Tengku punya balutan lagi awal dari jangkaan lah..." Dr. Fahmi berpuas hati selepas meneliti keadaan terkininya.

"Thanks bro...aku dah tak sabar nak get back to normal life dah ni.."

Dania yang menunggu di hujung bilik tersenyum lemah. Lega hatinya bila Adam makin baik. Alhamdulillah, berkat doa semua yang ada. Keluarga mertuanya, babah dan dia sendiri tak putus-putus berdoa dan mengharap yang terbaik.

"Okay lah Dam...aku keluar dulu. Nanti jangan lupa makan tau?"

Adam mengangguk. Pelik-pelik je Fahmi ni. Kejap Tengku, kejap Dam je.

"Nia? Kau dengar tak tadi? Aku dah makin sembuh!!" Suara Adam teruja bercerita buatkan Dania tergelak.

"Iye...dengar la. Alhamdulillah sangat. Kejap lagi bonda dengan ayahanda datang, kita bagitau eh?" Suaranya turut berubah ceria. Sapa tak suka bila si crush tersenyum lebar cenggini ha.

"Okay. Ni babah bila nak balik sini?"

Dania yang nampak Adam struggle nak ambik gelas di sebelahnya segera menolong. "Babah balik tiga hari lepas raya nanti"

"Oh lagi seminggu la eh? Takpe, kau jangan risau. Nanti lepas babah balik sini, kita duduk rumah babah seminggu nak? Bagi kau lepaskan rindu. Boleh?" Adam genggam tangan Dania, cuba memujuk. Bukan dia tak tau Dania tu risau, sedih mak nenek semua ada lah.

"Betul ni?!!" Dania meminta kepastian.

Senyuman manis terukir di bibir Adam. " Iye betul...aku janji"

"Wahhhh thanks awakkk!!!" Tanpa sedar tubuh Adam dipeluk erat. Adam bulat mata terkejut. Tetiba kena peluk..eh?

"Oh sorry, sorry. Tak sengaja" Dania yang baru keluar dari alam bunian segera melepaskan pelukan. Mukanya jangan kata la. Merah macam biji saga.

Adam tarik pipi Dania kuat dengan muka geram. Comel je perangai dia!

"Takpe...aku suka lagi ada la"

"Err....okay.... awkward...saya pergi tandas jap eh?"

Segera Dania meloloskan diri. Baik tenangkan diri yang nak meletup dulu ni. Bapak lah, Adam kata dia suka! Oh. My. Gosh.

Oh babah... I think I fall in love again!

[Dua hari kemudian]

Bonda yang sedang menangis teresak-esak ditenangkan Dania. Dia mengusap lembut bahu ibu mertuanya yang sudah dianggap seperti ibu kandung.

"Bonda dah tak tau nak buat macam mana dah, tak tau nak hadap Adam macam mana lepas ni.." dia masih teresak.

"Sabar bonda...kita doa yang baik-baik dah la.." tipu kalau Dania kata dia tak terkesan dengan apa yang terjadi.

Bila mereka baru nak gembira dengan perubahan Adam, datang berita yang kurang senang. Balutan Adam dibuka, tapi hasilnya... Adam masih tak dapat melihat. Hanya sedikit perubahan, nampak samar-samar saja.

Mereka semua terkejut. Tak sangka langsung. Ayahanda, along dan angah tengah tenangkan Adam di dalam. Dania pula dengan bonda.

Bunyi kaca pecah lagi. Adam mengamuk, menangis kecewa.

Ayahanda, along dan angah keluar dari wad Adam.

"Nia... ayahanda dengan bonda kena balik jenguk nenek korang dekat Seremban kejap. Nia okay kan tengokkan Adam sorang?"

Dania mengangguk juga dalam ragu.

"Nia jangan risau, kalau apa-apa, call je along or angah ye" along dan angah juga perlu ke pejabat.

Sekarang tinggal dia dan Adam. Jiwanya merusuh tengok Adam termenung di katil.

"Adam?...."

"Keluar"

Adam masih tak berkalih.

"Awak jangan macam ni...mata awak baru nak sembuh-"

"Dah la Dania! Aku dah penat dengan semua ni! Semua ni sia-sia je. Aku takkan elok, aku takkan normal lagi la!" Adam melenting lagi.

Dania cuba sentuh lengan Adam tapi ditepis kasar.

"Jangan sentuh aku! Kau pun sama kan macam semua orang? Semua akan tinggalkan aku kan?" Adam tergelak dibuat-buat. Perit bunyinya.

"Sape cakap semua tinggalkan awak, Adam? Semua sayang awak, nak awak okay. Jangan fikir bukan-bukan la"

Adam let out a breathy chuckle.
"Tipu"

"I'm not..please Adam. Jangan putus asa lagi. There's still hope. Awak akan sembuh. Saya percaya tu." Dania tau sokongan moral penting untuk Adam sekarang. Dia cuma having some kind of breakdown.. he'll be alright.

"Jom makan? Bonda masakkan-"

"Aku nak tidur" Adam memotong.

"Makan dulu. Nanti perut masuk angin susah. Lepas makan, kita solat then baru tidur eh?"

Dania sedar dia perlu jadi kekuatan Adam sekarang. Biasa la manusia bila hadap dugaan... Jiwa merusuh, hati memberontak semua.

Selesai solat, Dania kemaskan selimut Adam.

"Bila aku boleh balik?"

"Awak nak balik? Awak belum sembuh lagi la"

"Dah la Dania...aku dah berserah dah. Aku dah putus asa dah" ujar Adam dengan nafas lelah.

"Tak, jangan give up lagi!"

Adam berdecit. "Beriya je kan kau?"

"Yelah...mana boleh tak beriya? Husband saya kan?"

Satu senyuman hambar diukir Adam.
"Yelah...."

Dalam diam Dania menangis lagi. Dia kesiankan Adam. Dia juga harapkan Adam pulih.

Ya Allah... Sesungguhnya hanya kau yang mampu menyembuhkan segala penyakit. Aku mohon Ya Allah..kau mudahkanlah urusan suamiku, lindungilah dia, cekalkan jiwanya... jangan kau biarkan dia berputus asa dengan nikmatmu...

Continue Reading

You'll Also Like

661K 11K 15
Perkahwinan yang terbina bukan di atas dasar cinta pada awalnya. Tetapi atas dasar keselamatan. RAYFAL DANIEL, seorang jejaka berusia 33 tahun. Ditu...
7.2K 712 42
( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." MENGISAHKAN tentang ADREENA NAYRA y...
1.2M 37.6K 41
Iman Zafriel berumur 22 Tahun terpaksa berkahwin dengan Hana Athira atas pilihan mamanya sendiri .. Ibarat kucing dengan anjing,bila berjumpa pasti a...
441K 12.8K 41
Jatuh cinta dengan mafia mungkin benda yang mustahil. Tapi, benda tu dah pun terjadi kat aku. Cinta memang indah Tapi jangan lupa ada ombak nya. Kita...