EPISODE 58
" Kamu ada nampak baginda Permaisuri ?!," Tanya Taehyung kepada salah seorang pengawal istana yang sedang bertugas mengawal pintu masuk istana.
" Baginda sepertinya tadi menuju ke perpustakaan Istana." Jawab pengawal itu.
" Thanks. " Katanya lalu terus berlari meninggalkan kedua-dua pengawal istana itu.
"Perpustakaan lagi. Apa yang dia buat kat sana? " Monolognya sendirian.
Sudah tiga hari berturut-turut Tania mengurung dirinya di dalam perpustakaan istana itu. Tiada siapa dibenarkan masuk ke ruangan tersebut. Dia cuma akan keluar untuk sarapan awal pagi dan balik lewat tengah malam untuk tidur.
Taehyung menambah kelajuan lariannya. Dia perlu berjumpa dengan Tania secepatnya.
Pegawai-pegawai istana sudah mula curiga dengan perilaku anehnya. Sejak beberapa hari yang lalu dia mengurungkan dirinya di dalam perpustakaan istana itu, tidak mahu diganggu.
Yang ada keluar dan masuk ke perpustakaan itu hanyalah orang-orang yang menghantar kotak dan bungkusan misteri secara lansung kepadanya.
Situasi itu sangat membimbangkan Taehyung, kerana ia boleh menimbulkan gosip dan menjejaskan imejnya sebagai seorang permaisuri. Dan situasi itu akan merumitkan lagi keadaan. Ditambah lagi dia sememangnya punya ramai musuh.
Itu adalah petanda tidak baik dan boleh menimbulkan prasangka. Taehyung perlu menasihatinya.
Sampai sahaja di pintu perpustakaan itu, satu lagi kotak dihantar kepadanya. Taehyung meluru ingin masuk tetapi dihalang oleh kedua pengawal di situ. Taehyung mula berang dan mahu menyerang namun Tania lebih pantas menenangkan keadaan.
" Both of you let him in." Kata Tania kepada mereka. Taehyung akhirnya dibenarkan masuk.
"Thanks, you may go now." Kata Tania kepada penghantar bungkusan yang menghantar barangnya.
" Bawa, Litz, I don't want any visitors again today. I don't want to be disturb. And close the door also." Katanya kepada pegawal di luar perpustakaan itu.
Pegawal pintu di luar itu menutup rapat pintu perpustakaan setelah penghantar kotak itu keluar dan membenarkan Taehyung masuk.
Taehyung bukannya tidak mampu menggunakan kuasa teleportasinya ke perpustakaan itu, tapi entah bagaimana dia tidak boleh berteleportasi ke perpustakaan tersebut.
Tempat itu sepertinya telah dijampi menggunakan magis. Magis kuat yang hanya mampu digunakan oleh Tania. Magis itu menghalangnya daripada terteleportasi ke situ. Dia tidak tahu apa yang dilakukan Tania dan itu membuatnya bimbang, sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan Tania.
Taehyung menuju ke arahnya dengan wajah mencuka dan serius. Belum sempat dia meleteri gadis di hadapannya itu, Tania terus memeluknya. Taehyung terkaku di situ.
"Can we just hug like this for a while. My winter bear, noona is so run out of energy." Katanya lemah. Taehyung terdiam seketika. Dia spontan membalas kembali pelukan noona kesayangannya itu. Setelah agak terlalu lama berpelukan, tiba-tiba perasaan aneh muncul. Taehyung merasakan bahunya basah.
" Tania!! " kata Taehyung cemas meleraikan pelukannya.
"Yaaaaaahhhhh!!," Jeritnya.
" Yah Tania! Apa ni ??? Ewwww...kotorlah baju aku... Eeeeewww!! air liur !! " Taehyung mula tidak tentu arah, kegelian kerana bajunya terkena air liur.
Tania menggosok matanya, dia terlalu letih dan mengantuk. Sudah beberapa hari tidak cukup tidur. Kehadiran Taehyung di situ bak katil bergerak yang empuk dimatanya.
Keharuman kalogen yang dipakai Taehyung begitu mendamaikan dan lembut. Dia seperti telah dipukau. Lagi -lagi bila berada dekat dengan roh bulu pelepahnya yang tertanam di dalam jasad lelaki itu. Ia Membuatkannya merasakan ketenangan. Makanya begitu mudah dia terlelap.
Tania tiba-tiba berasa pening dan tidak stabil. Taehyung memegang kedua belah bahunya, menghalangnya daripada jatuh.
"Yah. Tania, kau okay tak ni?" Tanya Taehyung risau.
"Aku okay, aku cuma tak cukup tidur," jawabnya.
"Hmmm..itulah kalau kerja tu, jangan berlebihan. Suka buat orang risau tau." Leter Taehyung mengalahkan mak nenek. Dia memimpin Tania ke satu sudut dan menasihatkannya untuk berehat sebentar.
Belum sempat Taehyung melangkah pergi, Tania pantas menarik tangannya. membuatkannya terduduk di sebelahnya. Tania selamba berbaring pada riba Taehyung.
"Please stay. I want you to be by my side like this. I need to be closer to your spiritual energy. " Tania meletakkan tangannya pada dada bidang milik Taehyung. Di situlah dia menanam roh bulu pelepah yang mengandungi memorinya.
Memori yang terkandung di dalamnya adalah memori indah di mana dia mengandungkan anak kembarnya. Denyutan nadi sepasang malaikat kecil yang membesar di dalam rahimnya. Yang mana dia akan menamakan keduanya Kim Seo Jung dan Kim Seo Young.
Dia telah menghidupkan kembali Taehyung dengan roh bulu pelepah yang mengandungi memori kedua malaikat kecilnya. Darah yang mengalir di dalam pembulur darah lelaki itu, darahnya. Ritual yang mana sangat bertentangan dengan hukum alam.
" Bianhae. Back then, noona cannot let you go. Even if you have died a thousand time. Noona will revive you again and again. Noona love you so much. I cannot let you go. I'm sorry, for leaving you back then, living a very lonely life for over 600 year's." Tania menggenggan erat baju Taehyung. Dia menyembamkan wajahnya ke arah lelaki itu menyembunyikan air matanya. Tania memeluk pinggangnya erat. Taehyung terkejut mendengar pengakuan itu.
" You remember?!," Soalnya kepada Tania seakan tidak percaya. Setahunya Tania telah kehilangan kesemua memorinya saat pedang sumpahan itu tertusuk ke dadanya dan kedua belah sayapnya terpaksa dipotong. Semua bulu pelepah yang mengandungi memorinya lenyap berselerakan kembali ke serata pelusuk dunia sekali lagi.
" Of course, you fool,. I recorded all of my memory. I can feel that something like that is going to be happened. The day when my wings will be cut again and again. They will never let me have them. The punishment of living this immortal life. " jawab Tania dengan suara serak dan teresak-esak menagis.
Pandangan Taehyung mula berkaca, dia segera mengesat air matanya dengan lengannya.
" I know. Thank you for letting me live once again. I don't want to die without saying a proper goodbye to you and you will always forever my noona. " Katanya mengelus lembut rambut gadis itu.
______________________________________
Kerajaan Silla
"Huh ... My heart. .. my heart." Tania memegang dadanya sambil berdiri tegak di tengah orang ramai.
Bushhh!!... Boommmm!!
Suasana hingar bingar perkelahian beberapa orang lelaki bangsawan di situ mengundang orang ramai datang berkumpul. Tania memandang bajunya yang tidak berdarah dan masih bersih. Dia kebingungan. Dia memandang sekelilingnya. Tempat itu terlalu asing baginya.
Orang ramai tidak menyedari kemunculannya yang secara tiba-tiba itu. Dia segera keluar dari kelompok orang ramai di situ dan cuba melarikan diri.
Tania menyangka tiada seorang pun yang akan menyedari kehadirannya. Malangnya, dia ketahuan. Seorang jejaka bangsawan kacak berdiri tegak tepat dihadapannya. Dia memandangya tidak berkelip.
Wajah kacak jejaka itu mula kemerahan. Itu kali pertama dia melihat gadis memakai skirt dan baju berlengan pendek.
Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Gadis cantik yang berpakaian menjolok mata, berpenampilan seksi dan aneh sedang berdiri dihadapannya.
Kulitnya putih bak salju, anak matanya sangat mewah bewarna hijau emerald, rambutnya hitam pekat dan dipotong pendek serta memiliki potongan badan yang menawan.
Tania tanpa menunggu lebih lama, terus berlari laju seboleh yang mungkin agar tiada lagi orang lain yang sedar akan kehadirannya. Dia berlari laju melintasi jejaka itu.
Namun jejaka itu lebih pantas menangkap tangannya. Langkah Tania terhenti
"Kenapa? dia terlalu mempersonakan. Harumannya sepertinya bukan dari dunia ini. Anak mata hijau emeraldnya sangat cantik. Bila dekat begini, dia menjadi semakin cantik," monolognya. Wajah Tania mula merah padam ditatap begitu, dia menepis tangan lelaki itu lalu melarikan diri.
Jejaka tersebut tanpa berfikir panjang mengejarnya.
" Yah.. kenapa kau kejar aku! " Jerit Tania berlari sepantas mungkin melarikan diri dari lelaki itu.
" Aku kejar kau la, kenapa kau lari! Kenapa kau melarikan diri ha! " Jeritnya tidak mahu kalah. Acara kejar mengejar mereka berdua tidak ubah seperti pertandingan larian pecut 4 x 100 meter. Larian mereka terlalu pantas.
Jejaka itu terus terusan mengejarnya sehingga mereka sampai ke jalan mati, Tania terperangkap dan menemui jalan buntu. Mereka berdua tercungap-cungap kelelahan.
Jejaka bangsawan yang kacak itu mula merapatinya.
Tania mula panik.
" Errr... Aku Hansung. Boleh kita jadi kawan." Katanya menghulurkan tangan salam perkenalan sambil tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih berseri.
" Kawaiii.." muka Tania mula merona merah jambu. Kecomelan jejaka kacak di hadapannya sukar untuk dinafikan olehnya.. senyuman kotak yang diapit dua buku roti gebu.
Tanpa sedar dia telah menyambut huluran tangan lelaki itu. Hansung menggenggam erat tangannya menyedarkan dia dari lamunannya.
Tania tersenyum mengenang tindakan spontannya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Hansung kelihatan bahagia sekali dapat berjabat tangan dengannya.
" Aku Tania. Kim Ta Nia." Jawab Tania .
Hansung melepaskan tangannya. Sentuhan hangat itu menghilang dari tangannya. Tubuhnya kembali dingin.
" Kau dari mana? Sebab pakaian kau nampak aneh. Err... Dekat tempat ni berpakaian begitu terlalu menjolok mata dan tidak sopan." Katanya selamba.
" Aku taulah... terlalu jujur lak mamat ni." Monolognya. Tania berpaling ke tepi kecil hati.
Tiba-tiba Hansung menyarungkan jubah dipakainya kepada Tania. Tania tergamam. Terlalu dekat. Lelaki itu terlalu naif dan bersahaja.
"Supaya lebih selesa untuk kau jalan-jalan di sini." Katanya selamba,membuatkan Tania terdiam.
"Err..aku..Aku sebenarnya tersesat. Tahu -tahu saja dah sampai sini. Apa nama tempat ni?" Soal Tania.
"Silla." Jawab Hansung ringkas.
" Mari aku tunjuk sekeliling tempat ni kat kau memandangkan ini kali pertama kau sampai sini." Katanya sambil tersenyum
Mereka kemudiannya berjalan beriringan bersiar-siar di pekan kecil itu.
Tiba-tiba perut Tania berkeroncong. Dan itu mengundang tawa Hansung.
" Jom ,ikut aku. Kat sini ada banyak makanan sedap-sedap tau." kata Hansung menarik tangannya menuju ke sebuah restoran.
Tania ternganga sebaik sahaja sampai di situ.
" Sepertinya ini restoran mahal," gumam hati Tania.
" Nampak mewah je tempat ni dan sejujurnya aku tak ada duit nak bayar makanan mahal kat sini," kata Tania ragu-ragu.
"Takpa aku belanja. Kau kan kawan aku ." Kata-kata Hansung sedikit menyedapkan hatinya.
Mereka masuk ke dalam restoran mewah tersebut dan mengambil tempat duduk. Hansung memesan beberapa jenis makanan kepada pelayan di situ. Sementara menunggu pesanan mereka sampai, mereka meneruskan perbualan.
" Macam mana kau boleh sesat? " Soal Hansung bersahaja.
" Sebenarnya, aku diculik dan berjaya melarikan diri. Dan itu adalah balasan di atas perbuatan aku sebab melarikan diri dari rumah dan masalah aku." Kata Tania memulakan cerita dongengnya.
" Jadi apa nama tempat asal kau? " Soalnya lagi ingin tahu.
" A-me-ri-ka." Jawab Tania ringkas.
" Mmmmmmm, ini pertama kali aku dengar nama tempat macam tu. Mesti tempat tu jauh kan? " Soalnya lagi.
" Ya sangat jauh," jawab Tania tidak bersemangat.
Pesanan makanan mereka akhirnya sampai dan mereka pun mula makan dengan berseleranya.
" Jadi kau tinggal kat mana nanti? lagi pula kau takda duit. Mmm," kata Hansung bersahaja sambil menyuap makanannya. Soalan itu membuatkan Tania tersedak. Dia segera meneguk minuman dari gelasnya.
Tania hanya terdiam dan menyuap kembali makanan ke dalam mulutnya. Walaupun sebenarnya seleranya telah hilang setelah mendengar kata-kata Hansung kepadanya tadi.
" Aku perlukan kerja. Kau tahu mana-mana tempat yang perlukan pekerja? Nampaknya aku perlukan pekerjaan untuk meneruskan kelansungan hidup di sini." Kata Tania setelah berfikir panjang.
" Hmmm..kerja kosong tiada setakat ni. Tapi kita boleh cari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang ada pada kau. Aku boleh tanyakan dengan Hyung. Apa kemahiran yang kau ada?" Soal Hansung lagi.
" Mmm,...biar aku fikir jap." Tania mula berfikir.
" Aku boleh memasak, menjahit, bermain alat musik, menari , menyanyi.. " katanya selamba.
" Ahh! Jadi kau ada bakat dalam seni persembahan. Kebetulan sangat sebab di restoran mewah ni rasanya ada seorang pekerja pemain Guzheng yang diberhentikan. " Kata Hansung gembira.
" Guzheng ? Alat tu macam mana rupa bentuk dia?. Ini kali pertama aku dengar, tapi selagi mana dia boleh memainkan note bunyi yang sama ,tak jadi masalah rasanya. Rasanya tak salah kalau aku cuba dulu." Tania mula teragak-agak mendengar nama alat musik tersebut.
"Baiklah, mari aku bawa kau jumpa tuan punya restoran ini." Kata Hansung penuh semangat.
Mereka pun pergi berjumpa dengan pemilik restoran tersebut. Setelah memperkenalkan diri dan berbual ringkas ,pemilik restoran tersebut membawa mereka ke satu ruang khas di mana di dalamnya terdapat beberapa jenis alat musik.
" Ini bilik khas pemain musik kami. Bilik ini diapit oleh empat bilik tetamu penting, bangsawan dan dermawan. Setakat ini kami kekurangan seorang pekerja yang boleh bermain Guzheng. Pemain guzheng sebelum ni baru sahaja berhenti kerana dia telah terpilih untuk menjadi pemain musik istana. Jadi tunjukkan kepada saya kalau kamu juga boleh bermain alat musik ni." Arah pemilik restoran itu
" Baik. Saya cuba. " Jawab Tania. Dia mula menyarungkan alat yang digunakan untuk memetik tali temali Guzheng itu dijarinya. Dia memetik beberapa talinya untuk menentukan bunyi note yang ada pada alat musik itu.
Hansung dan pemilik restoran itu saling berpandangan seketika melihat perilaku Tania. Mereka berdua kemudiannya masing-masing mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tidak sabar menunggu Tania memainkan musiknya.
Setelah berpuas hati, Tania mula bermain alat musik itu.
Jari jemarinya rancak memetik tali temali Guzheng tersebut. Musiknya tersusun rapi dan rancak. Itu kali pertama mereka mendengar alunan musik sebegitu.
Dalam masa yang sama bunyi petikan Guzhengnya telah menarik perhatian tetamu yang berada di sekitar bilik musik itu.
Ketiga-tiga dinding bilik tetamu bangsawan di sekitar bilik itu terbuka serentak. Perasaan ingin tahu mereka akan gerangan si pemain alat musik itu kian membuak.
Tania tetap tenang memetik tali Guzhengnya. Walaupun perasaan tidak selesa bertakhta di sanubarinya saat banyak mata-mata yang menatapnya.
Mereka semua terpaku melihat kecantikan gadis di hadapan mereka. Mereka terpegun melihat anak mata mewah hijau emeraldnya. Pertama kali mereka melihat anak mata secantik itu. Pipi gadis itu mula merona merah jambu. Dia tidak biasa ditenung oleh ramai jejaka kacak disekelilingnya.
Tania menundukkan wajahnya lalu memainkan satu lagi lagu . Dia meneruskan petikan tali Guzhengnya. Dia harus professional dan mendapatkan pekerjaan itu, dia tidak pasti berapa lama lagi dia akan bakal terperangkap di situ. Dia perlu mampu bertahan hidup.