crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

42

265 66 19
By cypeofy


CHAPTER 42
n o - c o n t r o l

EDMUND merasai sesuatu yang aneh dalam dadanya. Rasa seperti ada sesuatu mencucuk membuatkan dia serta merta mencengkam bahagian dadanya untuk menahan kesakitan.

Apa yang terjadi?

Edmund tak dapat menjawab soalan yang berlegar-legar dalam mindanya. Dia hanya mampu membina jawapan yang belum tentu betulnya. Rautnya berubah, cuba menenangkan diri.

Dia kini di Northern Realms. Berhati-hati mengatur langkah ke sebuah kerajaan yang dia amat kenali si pemerintahnya. Di muka pintu gerbang kerajaan tersebut, matanya tertancap pada seekor serigala yang bertenggek di atas tembok istana.

Serigala itu memandang Edmund dengan pandangan redup sambil menderam perlahan. Gigi taringnya kelihatan berjeriji menghiasi gusi. Bulunya yang coklat gelap bergemerlapan disinari cahaya purnama.

Dengan pantas, serigala itu melompat turun daripada tembok istana. Ia mendarat betul-betul di sebelah Edmund dengan begitu cekap. Kukunya yang tajam mencengkam tanah seraya mengaturkan langkah mendekati Edmund.

" Uncle Jake, ini aku.. Ed. " Edmund memperkenalkan dirinya, bimbang jika serigala itu sudah melupakan diri dia.

Serigala itu perlahan-lahan bertukar rupa bentuknya kepada manusia. Memperlihatkan seorang jejaka yang begitu tampan; berpakaian pakaian diraja. Wajah Aedirn sedikit tegang.

" Kenapa kau di sini? " Aedirn berdiri tegak, memandang terus ke arah Edmund dengan wajah yang dingin.

Setelah dia dilemparkan daripada Skyfall, Edmund yang dikenali sebagai anak ajaran nya langsung tak pergi mencari dia. Bertemu apatah lagi.

Tetapi sekarang berlainan, dia yakin ada sesuatu yang telah terjadi menyebabkan kedatangan Edmund. Walau bagaimana pun, dia masih berwaspada. Edmund sekarang bukan berada dipihaknya.

" Uncle, Ed nak tanya sesuatu mengenai Alana. "

Wajah Aedirn yang tadi dingin itu terus berubah. Edmund menyedarinya.

" Alana..? " soal Aedirn, mengangkat kening. Edmund hanya mengangguk perlahan.

" ya.. dia dah berubah. " beritahu Edmund lagi lantas menundukkan wajah. Aedirn hanya melihat.

Edmund kemudiannya mengangkat wajahnya. Daripada wajah yang muram tadi, terus berubah menjadi serius semula. Jelas menghindarkan emosi yang dirasai.
" ..dan dia telah larikan diri daripada Skyfall. " jelas Edmund akhirnya.

Aedirn tersengih lantas tertawa. Sinis kedengaran tawanya. Edmund hanya mengekalkan wajah serius, lelaki itu menjadi pelik bila melihat Aedirn tertawa mendengar penjelasannya.

" apa yang kelakar? " soal Edmund, matanya menajam memandang Aedirn.

Tawa Aedirn menjadi bersisa sebelum dia kembali membalas pandangan Edmund.

" Kau rasa Alana mahu duduk di sana ke selepas apa yang ibu kau dah buat dekat dia? " Aedirn membalas dengan sindiran yang membuatkan Edmund terdiam.

Merasakan situasi malam itu menjadi hening, Aedirn mengukirkan senyuman. Dianggap perilaku Edmund yang bodoh itu melucukan sekali.

" ..Edmund, kau cukup berani untuk datang ke sini setelah apa yang ibu kau buat pada aku? "

Pada langit yang gelap disertai dengan tiupan angin lembut membuatkan suasana menjadi lebih tegang dengan soalan yang diajukan oleh Aedirn pada Edmund.

" Sejak diri aku dibuang macam sampah daripada dunia tu, aku sudah anggap yang aku tak ada hubungan dengan Skyfall. " kata Aedirn dengan nada mendatar berbaurkan kemarahan.

Edmund melihat wajah Aedirn dengan eksperiasi tak percaya. Rasa macam dikhianati. Tetapi bila difikirkan semula,

Keluarganya yang telah mengkhianati Jake terlebih dahulu. Jadi dia tak boleh nak salahkan Jake.

Melihat Edmund yang sudah terkelu lidahnya, Aedirn menjadi bosan. Lelaki itu kemudiannya membuka mengarahkan pengawal istana membuka pagar untuknya masuk.

" oh ya, " Aedirn berkata, menghentikan langkah lantas memalingkan wajahnya ke arah Edmund. Dia sekali lagi mengukirkan senyuman yang manis.

"..jangan panggil aku uncle Jake lagi.. " Aedirn berkata lembut. Dengan senyuman lelaki itu, ia membuatkan Edmund menjadi terpanah.

" ..orang itu, dah lama mati. Okay? "

Jake's memoir.

" Uncle Jake! "

Kedua anak kecil berlari dengan tawa riang ke arah seorang jejaka yang sedang berdiri menghadap hutan tebal dihadapannya. Entah apa yang jejaka itu renungkan, anak kecil itu langsung tidak tahu.

" Putera dan Puteri? " Jejaka itu mengukirkan senyuman manis sebelum membongkok ke arah anak kecil tersebut.

Anak-anak kecil itu menghampiri. Dengan perbalahan kecil siapa yang menang menghampiri dulu ke arah jejaka tersebut. Jejaka itu tersenyum simpul.

" Ratu akan murka kalau kehadiran Putera dan Puteri di sini diketahui. " jelas jejaka itu membuatkan Kedua anak kecil itu menggelengkan kepalanya.

" hehe! Kitorang dah tipu mama. Mama ingat kitorang tengah berlatih pedang dengan Madam Gissele. " jawab salah si Putera. Jejaka itu tertawa mendengarnya.

" Nakalnya kamu, Edmund. "

" Kadang kadang je! " jawab si Edmund lagi lantas tertawa megah.

" Kitorang nak jumpa Uncle Jake. Tak apa kan? " Si puteri pula jawab. Jejaka itu kemudiannya menyengih.

" ahh, habislah Uncle. Kalau Ratu tahu— "

" Mama takkan tahu! " serentak kedua putera dan puteri itu berkata.

" hmm baiklah kalau macam tu. " jawab jejaka itu, mengetahui apa yang akan terjadi walaupun budak-budak dihadapannya ini telah menipu semata-mata untuk bertemu dengannya.

Tetapi, dia juga rasa tersentuh.

Wajah Edmund dan Alana diusap lembut. Matanya dengan penuh kasih sayang merenung kedua anak kecil yang dianggap seperti anaknya sendiri.

Daripada lahir, sehingga boleh menuturkan kata— Dialah penjaga yang amat rapat dengan kedua anak kecil itu.

" Kitorang nak dengar cerita mengenai Not– Nothen Relm! " Edmund berkata dengan pelat nya. Alana dengan jahat, mengetawakan kepelatan Edmund.

" Oh.. cerita mengenai Northern Realms? " Jejaka itu cuba memastikan. Kedua anak kecil itu terus menganggukan kepalanya.

" bukan dah dengar banyak kali? " Jejaka itu menjungkitkan keningnya. Alana terus mencebikan mulutnya.

" tapi cerita tu best! "

" ha'ah betul tu! "

" cerita mengenai Kitsune... dan Kristal! "

" haih.. yelah Uncle ceritakan. " Jejaka itu bersila di atas tanah. Kedua anak kecil itu bersorak gembira. Terus jejaka itu menyuruh mereka diam. Bimbang kalau-kalau pengawal ratu ada di sekitar mereka.

" Uncle ceritakan mengenai Putera serigala? " Edmund dengan semangatnya bersetuju. Alana membuat muka seperti sedang berfikir.

" Serigala?.. Macam Uncle? " soal Alana membuatkan Jejaka itu terhenti daripada berkata. Dia memandang ke arah Alana dengan wajah yang pelik.

" kenapa Uncle.. pula? " Jejaka itu menyoal dan Alana tersenyum lebar.

" sebab.. kalau uncle ada magic, rasanya uncle sesuai jadi serigala hehehe! " Alana membuat bunyi serigala. Edmund yang rasa ianya perkara yang menarik, ikut sekali apa yang dilakukan oleh Alana. Kedua anak kecil itu kemudiannya ketawa.

" ada-ada sahaja kamu berdua ni. "

Aedirn berdiri memandang ke arah hutan yang tebal. Kali ini dia ditemani dengan bulan yang sedang mengambang. Mata serigalanya yang berwarna keemasan jelas kelihatan.

Nafasnya perlahan. Mengingati memori dirinya yang lalu membuatkan perasaan hiba singgah dalam hatinya.

" Alana. " Aedirn tersenyum lembut apabila menyedari nama itu meniti pada bibirnya. Ingatan dia mengulang kembali wajah Alana yang dahulu, masih suci dan penuh dengan kebahagiaan.

" sebab.. kalau uncle ada magic, rasanya uncle sesuai jadi serigala hehehe! "

Kata-kata itu, nampaknya Alana memang berkata benar.

" Putera Aedirn. "

Aedirn memalingkan wajahnya ke arah si pemanggil. Kelihatan orang kanannya, Lucas berdiri dengan kepala ditundukkan sedikit tanda hormatnya kepada Putera mereka.

" Lucas? Ada apa? " Soal Aedirn. Wajah Lucas diangkat lalu berbalas pandangan dengan Aedirn. Pandangan yang tak sampai hati kelihatan tertulis pada wajah orang kanannya itu. Aedirn mula rasa tak sedap hati.

" Tentang Alana, tuanku. " kata Lucas lantas menelan air liurnya. Bagaikan ada sesuatu yang menghentikan dirinya daripada memberitahu kebenaran kepada si Putera.

" Para Kristal diserang semasa perjalanan ke negeri seterusnya dan.. Malangnya.. Alana mati. " Lucas menundukkan wajahnya, hiba.

Putera Aedirn sering menceritakan kepadanya mengenai Alana dan juga Edmund. Bertapa lelaki itu mencintai anak itu sama seperti anak kandungnya.

" kau tipu kan..? "

Perlahan-lahan Lucas mengangkat wajahnya. Berubah wajah Lucas melihat reaksi Putera Aedirn yang tak pernah dia lihat sebelum ini.

Di situ, Aedirn terpaku. Mindanya kosong. Iris matanya mengecil. Hatinya bagaikan hancur kepada cebisan.

Aedirn terduduk dia mengenggam kedua telinganya kemudian mengerang dengan kuat. Fizikalnya terus berubah menjadi serigala. Matanya membuntang besar, menjadi keemasan dan bergetaran. Nafasnya berat.

" Tuanku..? " Lucas menyoal. Teragak-agak dirinya apabila melihat perubahan drastik Putera Aedirn. Selalunya, Putera itu tak akan berubah fizikalnya pada waktu yang dia tak nak.

Dengan kehibaan, Aedirn melarikan diri menelusuri ke dalam hutan tebal. Lucas memanggil Aedirn berulang kali tetapi jeritan pangilannya itu langsung tiada kesan.

Putera Aedirn telah hilang kawalan.

Mhmmmmmmmmm

Continue Reading

You'll Also Like

265K 2.2K 15
"Hafizi atau lebih senang dikenali sbg Zee.." Kisah seorang driver lori straight yang sudah berkahwin tetapi masih belum ada rezeki untuk memiliki ca...
228K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
509K 1.2K 17
Mula mula