[5]Encik Duda Pujaan Hati 2 ✓

By sirozie

120K 3.1K 75

Ehem ehem....... Atas permintaan ramai. Hehehe Encik Duda Pujaan Hati versi Ramadhan ♥️ More

bab 1
Nak habaq ✊
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9

bab 10(final)

12.8K 348 25
By sirozie

Takbir raya berkumandang menceriakan suasana hospital pada pagi itu.

Semua orang menyambut hari raya dengan gembira walaupun ada yang sedih kerana terpaksa bertugas di pagi raya. Siapa lagi kalau bukan kakitangan yang bekerja di hospital.

Firdaus sedang menyusun bekas makanan ke dalam laci meja. Sementara menunggu Ayu yang ke tandas.

"Assalammualaikum baby. Good morning."

Firdaus mencium pipi gebu anaknya.

Ya. Semalam Ayu telah selamat melahirkan anak sulung mereka. Lapang hatinya melihat wajah kecil itu.

Semalam dia menjadi saksi bagaimana seksanya Ayu yang mahu melahirkan anak mereka. Teruk jugalah tangan dia menjadi sasaran cakaran Ayu. Dia nak ambil wuduk pagi tadi pun pedih.

Tapi dia tahu, sakit di tangannya tak setanding dengan sakit yang Ayu rasakan. Dia bersyukur lagi sekali apabila melihat isteri dan anaknya selamat. Tak sangka apa yang Ayu minta jauhkan itu yang terjadi.

Mereka akhirnya sambut raya pertama di hospital. Muncung saja mulut Ayu dari pagi tadi. Sedih sebab tak dapat nak pakai baju raya.

"Abang."

Firdaus menoleh bila dengar Ayu memanggilnya.

"Ye sayang." Dia membantu Ayu yang mahu duduk. Perlahan-lahan dia mengangkat Ayu.

"Abang dah makan? Abang tak nak pergi sembahyang raya ke?" Ayu menyoal lembut.

"Boleh ke abang pergi? Sayang boleh duduk sorang?"

Ayu tergelak.

"Abang pergi je. Tak payah risaukan Ayu. Sinikan ada nurse yang boleh jaga Ayu. Abang pergilah. Kesian Fahmi tu."

Firdaus senyum kecil.

"Baik abang pergi. Sayang jangan nakal-nakal tau. Kalau nak apa-apa minta tolong nurse buatkan. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Jaga diri elok-elok jaga baby." Panjang nasihat Firdaus. Berat hati dia nak meninggalkan isteri dan anaknya.

Padahal nak pergi sembahyang raya je pun.

"Ayu taulah. Abang ni membebel pulak".

"Bukan membebel. Nasihat je."

Firdaus mencium dahi Ayu kemudian dia mencium lagi sekali pipi bayi comelnya yang sedang menyusu.

"Abang pergi dulu."





























"Ha Ayu, kan mak dah cakap beraya dalam hospital kamu tahun ni." Mak Wati ketawa mengekek. Tak sangka pulak mulut dia masin.

Ayu memuncung. Dia cemburu tengok semua orang pakai baju raya baru tapi dia kena pakai baju hospital.

"Awak ni. Tengok tu dah macam itik dah anak tu. Syukur beraya dalam hospital dalam suasana gembira sebab kita sambut orang baru dalam keluarga kita. Kan Firdaus." Pak Amin menepuk bahu menantunya.

"Adik, abang nak dukung baby boleh tak?" Anif dari tadi tak berhenti mencucuk pipi anak buahnya.

"Abang reti ke dukung baby? Nanti menangis anak adik ni siaplah."

Anif menjelir lidah. Ingat orang takut ke.

Tak sampai seminit anak Ayu berada dalam pegangan Anif, bayi comel itu sudah menangis. Cuak Anif dibuatnya takut anak buahnya itu sakit. Terus dia serahkan anak itu kepada Ayu.

"Ayok abang buat apa?" Sakat Ayu.

"Ala dia menangis sebab dia lapar. Bukan abang buat." Anif membela diri.

Senua yang ada disitu ketawa.

"Fahmi nak dukung adik?" Ayu menyoal Fahmi yang dari tadi diam memerhati.

Laju Fahmi mengangguk. "Nak. Tapi Fahmi tak pandailah dukung baby."

"Tak apa ibu ajar. Meh sini."

Ayu perlahan-lahan menyerahkan anaknya kepada Fahmi. Mulanya Fahmi agak takut. Tapi lama-lama dia mula menyesuaikan diri.

"Adik tak nangis la abang dia dukung."

Fahmi sengih. Ini kali pertama dalam hidupnya mendukung bayi.

"Ibu, baby dah ada nama ke?"

Ayu menggeleng. "Ibu dengan ayah tak fikir lagi nak letak nama apa."

"Kalau Fahmi nak pilihkan nama baby boleh?" Fahmi memandang ayah dan ibu tirinya meminta izin.

"Boleh sayang." Ayu mengangguk. Firdaus pula menyekeh kepala Fahmi.

"Fahmi nak namakan baby apa?" Firdaus menyoal.

Lama Fahmi berfikir. Mencari-cari nama yang sesuai untuk adiknya.

"Asyfa Fateenah. Okay tak?" Fahmi memandang semua orang. Takut-takut dia kalau ideanya ditolak.

"Sedap nama tu. Ibu suka. Ayah suka tak?" Ayu menyoal suaminya.

"Sedap. Ayah ikut je selagi maknanya baik."

Pak Amin, Mak Wati dan Anif mengangguk sambil tersenyum.

Fahmi sengih ke telinga. Maknanya cadangan dia diterima oleh semua orang.

"Okay. Baby mulai sekarang abang namakan baby Asyfa Fateenah." Fahmi mencium pipi adiknya. Dengan tidak semena-mena air matanga gugur.

Bukan sedih tetapi gembira. Setelah 16 tahun dia menjadi anak tunggal akhirnya dia sudah menjadi seorang abang.

Firdaus memeluk bahu Fahmi erat. Dia tahu apa yang Fahmi rasa sekarang.

"Fahmi kena janji Fahmi akan jaga adik dengan baik. Faham?"

Fahmi memandang ayahnya kemudian mengangguk.

"Fahmi faham ayah."

Semua yang ada di situ tersenyum. Terharu mereka melihat kesungguhan Fahmi.

Ayu sudah mengelap air matanya. Sayangnya kepada Fahmi tidak pernah berkurang walaupun Fahmi bukan anak kandungnya.

Ayu berjanji dia akan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anaknya.

"Terima kasih sayang." Firdaus berbisik ke telinga Ayu.

"Terima kasih untuk?" Ayu hairan.

"Tuuu." Mulut Firdaus memuncung ke arah anak perempuannya.

Ayu senyum. "Sama-sama kasih. Terima kasih jugak dekat abang sebab teman Ayu dalam wad semalam. Sorry Ayu cakar-cakar tangan abang."

Tergelak Ayu bila dia ingat balik cakarannya ke lengan Firdaus. Boleh tahan kuat jugak dia cengkam lengan Firdaus.

Firdaus dengan tabah merelakan saja. Demi isteri terchenta.

"Tak sangka kita beraya dekat hospital kan."

"Abang la ni."

"Eh salah kita pulak." Firdaus sengaja buat muka tak bersalah.

"Sayang, tahun depan raya dalam hospital lagi nak tak?" Ujar Firdaus selamba. Keningnya dijongket berkali-kali.

Terlopong Ayu mendengar soalan suaminya. Amboi cik suami ni minta bukan-bukan pulak. Kalau raya dalam hospital sebab beranak tak apa. Ini kalau sebab lain? Mintak dijauhkan.

"Ni nak?" Ayu menayangkan penumbuk kepada Firdaus.

Ketawa Firdaus melihat tangan kecil isterinya. Firdaus memegang tangan Ayu kemudian mencium. Makin membuak-buak rasa sayang kepada Ayu.

Mereka kemudiannya mengalihkan perhatian kembali kepada Fahmi yang masih lagi bermain dengan adiknya.

Moga kebahagiaan ini tak akan berhenti sampai di sini. Ayu berdoa semoga dia dapat mencipta bahagia bersama orang yang dia sayang selama-lamanya.
























Tamat............































SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!!! 🥰


Yeayyy dah habis EDPH 2.. Macam yang dijanjikan kita raya Ayu dan Firdaus pun raya. Hari ni kita update dua bab terus.

Maaf sebab idea tak berkunjung tiba. Baru malam tadi dapat menulis dengan tenang.

Hehehe... Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. ❤️🧡💛💚💙💜🤎🖤🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕❣️💋

Continue Reading

You'll Also Like

985K 30.3K 42
Kenapa tolak pinangan saya?" "Allahu akhbar" Aku yang sedang elok minum di sebuah kafe dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki. "Awak ni memang t...
105K 9.8K 49
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.9K 729 41
Mengisahkan Akma Dhiya, seorang insan biasa yang memiliki seorang kawan baik lelaki, Fateh Irsyad. Mereka sangat rapat semenjak sekolah lagi. Ada yan...
4.1K 215 17
AIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memin...