crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

41

275 68 40
By cypeofy


CHAPTER 41
w o r s t t h a n e v e r

NAMJOON dihurung dengan keresahan yang memuncak. Walaupun dia perlu mengatasi masalah ini dengan tenang, tetapi memikirkan dia bakal kehilangan seorang kawannya membuatkan semangatnya meluruh.

Seokjin menyedari, dia lantas memberikan pandangan semangat kepada lelaki itu membuatkan Namjoon berasa sedikit kelegaan. Pandangan mereka mula tertancap pada Jungkook semula.

Wajah Jungkook sudah menjadi putih— pucat lesi. Bibirnya sudah menjadi kebiruan dan perlahan-lahan nafasnya beransur perlahan. Menandakan dia akan pengsan tak lama lagi.

" Jungkook..? Jungkook jangan. Jangan pergi lagi! Bertahan! " tempik Seokjin tanpa cuba mengawal emosinya. Namjoon mengetap bibir. Dia tahu mereka tak boleh keluar daripada hutan ini dengan mudah.

Untuk merawat Jungkook, mereka perlu lakukan segalanya dengan cepat. Sudah tentu mereka perlu pergi berjumpa Kitsune untuk menyelesaikan segalanya, tetapi mereka tak mempunyai masa yang cukup.

" Jimin! " panggil Namjoon.

Daripada jauh, kelihatan Jimin menangisi sekujur tubuh gadis dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan Alana? Taehyung dan Yoongi sayu sahaja memandang tubuh yang sudah tak bernyawa itu. Jimin berpaling ke arah Namjoon seraya menyeka tangisnya.

" ya hyung..? "

Namjoon, Seokjin dan Hoseok bagaikan tergamam apabila melihat mata sembap Jimin.

" kenapa kau menangis? " soal Hoseok, prihatin. Wajahnya nampak termangu-mangu. Jimin melepaskan keluhan yang berat, jelas kehibaannya.

" Alana.. dah tiada. "

Serentak, mereka bertiga terperanjat dengan berita yang disampaikan Jimin. Namjoon makin resah jadinya. Mata Jimin melirik ke arah Jungkook yang kelihatan terseksa dengan lukanya yang tak sembuh-sembuh lagi.

" Hoseok Hyung, sembuhkan lah Jungkook.. dia nampak tenat. " Jimin melutut di sebelah Jungkook seraya mengenggam tangan lelaki itu. Jungkook bagaikan tak sedar diri, matanya hanya terpaku pada langit sambil bernafas berat.

Hoseok tak tahu nak kata apa. Dia memberikan isyarat mata pada Seokjin dan mujur lelaki itu memahaminya.

" Kristal Jungkook.. retak. "

Sekali lagi, air mata pada tubir mata Jimin bergenang.

" Jimin.. dengar elok-elok. Aku berikan kau satu tugas yang berat. Aku tahu sebagai kristal Amethyst, tenaga kuasa kau untuk melakukan portal besar yang boleh memuatkan kelapan-lapan kita teramatlah sukar. Tetapi boleh tak kau lakukan nya sekarang? " Namjoon menyoal Jimin soalan yang serius pada situasi hening. Jimin terdiam sejenak.

Sejujurnya Jimin teragak-agak dengan kemampuan dia melakukan portal cukup besar untuk memuatkan mereka berlapan. Seperti benda lain, kuasa portalnya ada juga had. Jika dia melebihi had, ada kemungkinan dia akan menerima kesan yang teruk.

Matanya melirik ke arah Seokjin dan Hoseok. Kedua lelaki itu sedang memberikan dia pandangan yang meyakinkan. Jimin meneguk liurnya.

" aku tak pasti hyung.. macam mana kalau aku gagal dan mengakibatkan kecederaan pada yang lain? " Jimin berkata, menjelaskan kerisauan. Namjoon pantas menggeleng.

" kau boleh buat Jimin, aku yakin. " kata Hoseok lantas memegang bahu Jimin dengan senyuman segaris. Dia percayakan ke semua kawannya, baik Jimin dan juga yang lain.

" kami semua yakin dengan keupayaan kau, Jimin. Kau je yang boleh selamatkan Jungkook. Bawa dia kepada Kitsune dan segalanya akan menjadi okay. Kita tak boleh kehilangan kawan lagi seperti mana jadi pada Alana. " jelas Namjoon, bersungguh dan Jimin terdiam lagi; berfikir.

Jimin akhirnya mengangkat wajah dan berbalas pandangan dengan Namjoon. Pandangan yang yakin. " baiklah hyung, aku akan cuba yang terbaik. "

Namjoon tersenyum, yang lain menarik nafas lega.



YOONGI melempiaskan nafas berat, lututnya menyentuh tanah. Hatinya sakit, bagaikan dicarik-carik. Matanya yang kehitaman berubah menjadi sedia kala.

Melihat tubuh Alana yang sudah tidak bernyawa. Bagaikan ada satu kepahitan dalam lubuk hatinya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia dalam kesayuan. Taehyung menyedarinya.

" Hyung.. " Taehyung cuba ingin memujuk Yoongi.

Yoongi mengangkat wajah dan memberikan pandangan tajam pada Taehyung. Matanya mencerlung.

" diam Taehyung. "

Wajah Taehyung berubah serta merta apabila mendengar balasan kasar Yoongi terhadapnya. Dia tersinggung, tetapi mengutuskan untuk memendam sahaja. Emosi Yoongi tak stabil, sebab itu dia terkena sekali tempiasnya. Taehyung cuba beroptimistik.

Daripada jauh, tetiba Taehyung terdengar bunyi semak semun bergerak-gerak antara satu sama lain. Bagaikan ada sesuatu mahluk dalam semak samun itu. Taehyung merenung ke arah semak tersebut dan memincingkan matanya.

" hyu– "

" aku kata diam, Tae. "

Taehyung mencebik. Yoongi sibuk melayan perasaan sayunya terhadap Alana. Perlahan-lahan, dia bangkit dan meluru ke arah semak samun tersebut.

Semakin lama, makin kuat bunyi itu. Semak samun tersebut bergerak-gerak. Jelaslah bahawa ada sesuatu disebalik semak samun itu. Wajah Taehyung berkerut seribu, dia mulai rasa kegusaran. Tetapi rasa ingin tahunya lebih tinggi.

Dia menjulurkan tangannya ke arah semak samun itu, tetiba ada seekor mahluk melompat keluar daripada semak samun tersebut. Membuatkan Taehyung terkejut selajur terhumban kebelakang.

Itu menarik perhatian yang lain.

Seekor rusa putih berlari dengan pantas meluru ke arah tubuh Alana. Ia meringkik perlahan sebelum dia menggunakan tanduk rusanya untuk mengangkat tubuh Alana. Yoongi seakan terkejut, dia lantas memunculkan pedang kristalnya dan melibas pedangnya tanpa teragak-agak.

Namun libasannya bagaikan melibas angin walaupun ia kena tepat pada tubuh rusa tersebut.Yang lain melihatnya dengan pandangan yang tak percaya.

Yoongi tak berputus asa dan melakukan perkara yang sama sekali lagi. Tetapi malang sekali, hasilnya masih sama. Bagai melibas angin.

Barulah Yoongi tahu yang rusa itu sebenarnya halimunan. Tetapi boleh membawa tubuh Alana di bahagian badannya.

Dengan sekelip mata, rusa itu pergi daripada kawasan itu – menelusuri rimbunan pohon-pohon hutan. Yoongi ingin membuka langkah, mengejar rusa tersebut tetapi lengannya ditahan oleh Taehyung.

Wajah Yoongi tegang memandang Taehyung menakala Taehyung sudah meneguk liurnya apabila dipandang dnegan cerlungan tajam milik Yoongi.

" Hyung, biarkan Alana pergi. " balas Taehyung meskipun perasaannya ketakutan melihat Yoongi. Yoongi melepaskan keluhan buat kesekian kalinya sebelum mengangguk perlahan.

" Mungkin ianya takdir Alana untuk meninggalkan kita. "

Namjoon yang melihat kejadian itu juga keliru memikirkan apa sebenarnya terjadi. Firasatnya satu, Alana bukan mahluk biasa.

Semalam, Putera Aedirn berbual dengan Alana mengenai sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Mungkin boleh jadi mengenai asal usul Alana kerana putera itu seakan mengenali Alana. Aneh sekali, Putera Aedirn tak memberitahu kepadanya meskipun ditanya. Putera itu bagai menyorokkan sesuatu. Jadi Namjoon ingin mengetahuinya.

Puteri Skyfall? Nampaknya Alana bukan sahaja memegang nama itu — tetapi ada lagi rahsia yang mereka tak ketahui.

Tetapi memandangkan Alana sudah tiada, mungkin hasratnya tidak dapat dicapai.

Dalam masa yang sama, Jimin terus bangkit daripada duduknya dan membuat sebuah pusaran elektrik ultraviolet yang keungguan menggunakan tali kristalnya.

Dia perlu membuatkan ia cukup besar untuk memuatkan yang lain. Sebuah portal yang selamat juga untuk mereka merentasi.

Pusaran demi pusaran membuatkan lingkaran portal itu semakin besar dan akhirnya cukup untuk mereka semua merentasi. Jimin tersenyum bangga dengan kekuatan yang dia miliki. Tak pernah dia menghasilkan portal sebesar ini.

Dia meragui dirinya, tetapi serba sedikit dia ketahui — dirinya mempunyai kelebihan yang dia perlu asah dan cungkil dengan lebih mendalam.

" Hyung, mari pergi! "

Ke Kitsune, selamatkan Jungkook.

— c r y s t a l

HELLOOO FY IS BACKKKK

Continue Reading

You'll Also Like

13.5K 76 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
38K 1.9K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
6.2K 31 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
31.8K 125 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg