Muzika Melodia

By Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎72💎

4.2K 431 19
By Merci_Misha

Rumput tinggi yang memenuhi taman istana yang tidak terjaga itu kami telusuri dengan cepat. Pelik, kenapa tempat ini kotor dan tidak dibersihkan? Nama sahaja istana tetapi tidak dijaga rapi taman ini. Kalau dalam komik, tempat sebeginilah yang sering dikunjungi sahabat handai raja dan permaisuri untuk meluangkan masa bersama.

"Kenapa kita kena masuk tempat ni?" Soalku pada abang apabila tiada suara sepanjang perjalanan kami.

"Ada sebab, kita ke sini." Jawab abang tanpa memandang aku. "Kakak suruh kita tinggalkan dia. Dia tahu apa yang harus dilakukan." 

Kami memasuki kawasan tersebut dengan langkah besar. Walaupun tiada pengawal yang meronda tempat ini, kami tetap berjaga-jaga terhadap persekitaran kami yang gelap ini.

"Faron." Panggilku sambil menggenggam tangan Faron. "Tenang. Saya ada di samping awak." 

"Apa pula? Saya yang sepatutnya cakap macam tulah." Tegur Faron lalu menggenggam tanganku lebih kuat. Aku tertawa melihatkan wajahnya yang putih itu menjadi merah.

"Okay, kita dah sampai." Suara abang memecahkan suasana. 

Sebuah pohon tinggi yang indah menghiasi layar mata. Dedaunnya bewarna ungu dan kebiru-biruan. Batang dan dahannya berkilau walaupun rupanya kelihatan seperti kayu biasa. Dedaun yang gugur ke tanah bakal menghilang bagaikan meresap ke bumi.

"Huh?

Aku menghampiri pohon tersebut. Melihatnya di depan mata, membuatkan hati aku tenang. 

"Terasa seperti dekat di hati bukan?" Satu suara dari belakang pohon menyoal. Aku mengangguk sambil menghulurkan tangan bagi menyentuh daun yang gugur. Seketika ia menyentuh tanganku, daun itu berubah mekar kepada bunga yang bewarna putih.

Faron turut melakukan perkara yang sama namun, daun tersebut lesap sebaik sahaja gugur ke atas tangannya.

Apakah?

"Hailey, kamu sedar tak kamu angguk dekat soalan siapa tadi?" Tanya abang sebelum ketawa kecil. 

Kerutan di dahiku jelas kelihatan. Eh, ya tak ya juga kan?

Aku menyelitkan bunga itu ke belakang telinga. Perlahan-lahan aku melangkah ke belakang pohon bagi melihat sang pemilik suara.

Seorang wanita berusia dalam pakaian lawan sedang berdiri membelakangi aku. Aura macam kenal, tetapi siapa ya?

"Hailey, kita ada jumpa dalam mimpi hari itu kan?" Soalnya sambil berpaling ke arahku. Senyuman manis yang sudah lama tidakku lihat dihadiahkan khas buatku.

Aku menekup mulut sebagai refleks. Air mata tumpah tanpa dipinta.

"Mama?" 

Walaupun aku datang ke sini tanpa rela, tetapi aku bersyukur terhadap apa yang telah terjadi. Seorang demi seorang ahli keluarga yang kurindui muncul di hadapan mata.

"Ya, sayang." Balas mama lalu berlari memelukku. Aku membalasnya erat.

Faron hanya berdiri di sebelah dalam keadaan terpinga-pinga. Terkejut dia apabila mama turut menariknya ke dalam pelukan.

"Eh, eh, aunty." Faron cuba melepaskan diri.

"Terima kasih berkawan dengan Hailey. Dia dah lama tak ada kawan. Nak bercakap dengan orang? Jangan haraplah. Sejak dia masuk Muzika Melodia, aunty dapat lihat perubahan dia. Dengan bantuan Lydia, keadaan dia semakin baik." Ujar mama, terharu. Dia mengalirkan air mata deras.

Faron hanya mampu tersenyum sebagai jawapan walaupun dia hairan akan hubungan keluargaku dengan Lydia. Tiba-tiba sahaja nama gadis itu disebut.

"To be honest, abang pun tak tahu macam mana abang sampai sini. Tahu-tahu sahaja sudah berada dalam sebuah pentas kaca. Tapi masa abang terjaga, tak ada orang. Abang hancurkanlah kaca tu guna suara abang." Keane, abangku mula bercerita. 

"Then masa lari keluar, terjumpa kak Halley pula. Memang masa tu macam nak menjerit sebab terkejut dan teruja sangat. Tak sangka yang dia pun mengalami perkara yang sama. Cuma masa dia terjaga, ada orang yang mengawal. Habis kena belasah orang tu." Sambungnya lagi sebelum ketawa sendiri.

Aku tersenyum mendengar cerita itu manakala Faron menyertai abang yang sibuk ketawa seorang-seorang. 

"So... ayah? Macam mana?" Tanyaku direct

Mama yang tadinya tersenyum melihat keletah kami juga sudah kelihatan serius. "Mama tahu ayah dekat mana. Tapi, lepas kita semua jumpa dia, kita sekeluarga kena berkumpul di sini. Pohon ini yang akan menentukan segalanya." Jawabnya.

Terangguk-angguk aku mendengar jawapan mama. Betul sangkaan aku. Pasti akan ada sesuatu yang aku boleh cetuskan untuk jatuhkan kerajaan ini. Hehe, bijakkan aku?

"Salut!" Kakak berlari ke arah kami sekumpulan dengan baju yang sedikit comot. "Kakak memang tak sangka yang mereka itu kuat. Kakak terkejut gila bila mereka mula panggil Fairy Courts dan makhluk Seviries. Nak menyanyi dekat situ memang taklah. Nasib baik Hailey bagi botol suara Hailey. Dapat kakak lari cepat-cepat." Jelasnya penat.

"Saya anak last kan? Suara saya lagi kuat magisnya." Banggaku sendiri.

Kakak mencebik geram. "Eleh... Kamu tu piano invisible pun masih tak boleh nak buat. Acah lebih pula." Ejeknya.

Fuh panas. Aku nak lawan balik tapi betul juga apa yang kakak cakapkan tu. Jadi, aku hanya berdiam diri sahaja sambil memandang ke tempat lain.

Bunyi lalang yang begerisik menarik perhatian kami. Tiada angin di sini bermakna, ada beberapa orang sedang menelusuri kawasan yang menghalang tempat ini daripada dimasuki oleh sesiapa. Kami berlima sudah mula bersiap dengan magis masing-masing.

"Seriously Katheriane? Dah jumpa anak-anak tak mahu bagitahu. Saya tahulah awak terharu." Bebayang yang memasuki tempat ini bersuara. Beberapa bayang-bayang yang pelbagai saiz mengekorinya dari belakang.

Kakak sudah menjerit ketakutan sambil bersembunyi di belakang abang. Dia sudah penat bertarung tadi jadi dia tidak mahu dicederakan lagi.

"Relaxlah Jeremie. Saya dah lama tak jumpa mereka. Biarlah saya nak spend time sekejap dengan mereka." Balas mama sambil bercekak pinggang. Wajah tidak puas hati ditayangkan.

 "Hailey?!" Lydia memunculkan kepalanya dari belakang Hudson. "Hailey! Awak selamat!" Laungnya lalu berlari memeluk aku. Senak woi.

Mayu dan Olivia juga berlari ke arahku tidak lama selepas itu. Mereka memeluk aku erat. Bertambah lemas aku dalam pelukan mereka itu.

"Hey, hey, slow-slow. Kesian Hailey." Tegur Keane yang takut melihat aku yang bagaikan sudah tidak bernyawa.

Mendengar suara yang dikenali itu, ketiga-tiga gadis yang memeluk aku itu menoleh pantas. Masing-masing ternganga luas.

"Keane Chanson?! Kenapa Keane ada dekat sini?!" Terjerit-jerit Mayu kegilaan. Maklumlah, dari awal cerita dia pernah memberitahu aku bahawa dia meminati abangku kerana kehebatannya dalam memainkan alat muzik violin.

Keane hanya tersengih janggal. Dia berpaling ke arahku dengan wajah serius pula. "Memandangkan semua ada dekat sini, kenapa kamu tak beritahu saja pada mereka?"

"Err..." Aku hilang kata.

"Halah, jangan ragu-ragulah." Kakak yang enak bersandar pada pohon itu pula bersuara. Perhatian pula diberi padanya.

Olivia tergamam. "Halley Chanson pun ada dekat sini?! What?!" Suaranya memetir telinga kami. Tubir matanya aku dapat lihat digenangi air mata.

Mostly mereka yang kelebihannya adalah menyanyi pasti akan menjadikan kakak aku idola mereka. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa dia pemain muzik yang terkenal di dunia. Itu pun mereka belum berjumpa dengan ayahku lagi.

Talha, Min Hyuk dan Reuben yang walaupun banyak mendiamkan diri, riak wajah mereka jelas menunjukkan bahawa mereka terkejut akan kehadiran dua orang insan terkenal itu. Siapa tak excited bila jumpa artis kan?

"So Hailey, anything to say?" Tanya Justin yang tersenyum-senyum. Teruja tu kawal-lah sikit.

Gaya mereka menunggu jawapan aku macam tengah tonton satu cerita yang bakal mencecah klimaks. Aku menarik nafas dalam untuk mencari keyakinan bagi diri yang kian menggigil takut. Jika kejadian yang lepas terjadi lagi, bagaimana?

"Jangan risau, Hailey. Kami akan percaya apa yang awak katakan dan kami akan lindungi awak sekiranya awak dalam bahaya." Suara Min Hyuk mengejutkan aku. Senyumannya lembut sahaja.

"Awak ada Mayu dengan awak. Saya kenal dia dan saya tahu dia sayang awak. Do not worry 'cause we're all gonna be with you 'till the end." Reuben pula berkata bagi menenangkan aku. "By the way, saya nak balik rumah saya. Awak semua lupa ke yang kita belum pergi London?" Soalnya keras.

Suasana yang getir itu tiba-tiba sunyi. Satu kesedaran seperti memanah kami semua tepat.

"Saya tahulah saya watak sampingan tapi janganlah lupakan saya!" Marah Reuben, menganggu keadaan yang serius ini.

Kami saling berpandangan sebelum menepuk dahi kuat. 

"Saya janji ya Reuben, kita akan ke rumah awak sebelum kembali ke Amerika Syarikat untuk Le Musique Concurrence. Sebab, kita tak akan ke Perancis buat masa ini." Balasku bagi menenangkan hati jejaka itu. 

"Habis tu, rumah saya?!" Justin pula bertanya umpama ingin merajuk.

Aku sudah mengeluh kuat. Geng, boleh tak nak serius kejap?

"Saya nak kita ke Perancis selepas Le Musique Concurrence sebab rumah saya pun di sana. Awak fikir saya tak nak bawa kawan-kawan saya pergi Strasbourg ke? Agak-agaklah Justin, awak pun tahu saya siapa kan? Lepas ni, akan ada banyak hal yang keluarga saya perlu selesaikan." Bebelku panjang. 

"Saja je." Balas Justin bersahaja. Ha, mendapat tempeleng si Hudson.

Faron tertawa kuat. Kerenah ahli kumpulannya yang tidak serius pada saat genting itu mencuit hatinya.

"Kalian ni, orang nak selamatkan dunia tahu tak? Kacau line Hailey je. Jangan sampai dia guna kelebihan Chanson dia baru tahu." Tutur Faron dengan sisa tawanya.

Mereka semua saling berpandangan. Keliru, itu yang dirasakan.

"Kelebihan Chanson?" Olivia menyoal, pelik.

Aku tersenyum kecil. Nasib baik Faron menyelamatkan keadaan dengan mudah.

"Ya, semua. Nama panjang saya... Hailey... Hailey Chanson."



Continue Reading

You'll Also Like

220K 13.6K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
7.2K 409 17
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila F...
138K 900 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
560K 43.6K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...