Muzika Melodia

By Merci_Misha

498K 41.3K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!
Berita menarik!

💎71💎

4.1K 397 21
By Merci_Misha

Sebuah tugu yang tinggi menjadi tempat persembunyian kami berdua. Sedari tadi, Faron tidak membuka mulut malah bersuara. Pandangannya kelihatan kosong.

"Faron, awak okey?"

"Kau siapa sebenarnya?"

Aku sudah agak, pasti soalan itu akan diutarakannya. 

"Awak tak pernah tahu kan nama keluarga saya? Nak tahu?" Soalku padanya.

Dia terangguk-angguk seperti anak kecil.

"Nama saya-"

"Itu pun mereka!"

Belum sempat aku habis bersuara, salah seorang ahli Lilac terlihat keberadaan kami di sini. Hish, kacau line sajalah dia ni!

Seorang gadis yang berpakaian hitam bergerak mendekati kami. Dia mengangkat tangan kanannya tinggi lalu mewujudkan satu bola ilusi bewarna hijau gelap. Berlingkar-lingkar api kecil pada bola ilusi tersebut.

"Tamborine flame!" Sebutnya lalu membalingnya ke arah kami. Lintang pukang kami berdua menjauhi tugu tersebut.

Kami segera berlari dari tempat tersebut dan memasuki lorong-lorong yang tidak aku ketahui. Kami di mana? Bangunan apakah ini?

"Boleh teka tak ni tempat apa, Faron?" Soalku sambil berlari mengikuti langkah Faron.

Faron melihat sekeliling dengan cepat. Berkerut-kerut dahinya melihat persekitaran. "Aku rasa kita macam dalam bangunan istana. Mungkin istana negara ni? Apa tujuan mereka bawa kita ke sini sebenarnya?"

Aku terdiam. Maknanya, kami berdua dalam istana negara CrystalVale lah kan? Pasti ada sesuatu yang aku boleh cetuskan bagi menjatuhkan kerajaan ini. Tetapi... Apa ya?

"Trumpet wave!"

Satu gelombang melodi yang bingit melanggar kami dari belakang. Tidak sempat mengelak, kami berdua terpelanting ke sebuah tembok berdekatan.

"Uish, kuatnya magis." Bisik Faron padaku. Bahunya yang terhentak diusap perlahan.

Sudah namanya Lilac, memang begitulah gayanya. Mereka tiada belas kasihan dan bakal melakukan apa sahaja demi kehendak mereka. Huh, typical orang jahat.

"Sekuat-kuat dia, kuat lagi saya." Balasku pula, tersengih.

Faron menayangkan wajah blur kepada aku. "Kalau macam tu, lawanlah mereka." 

"Kalau saya lawan, tenaga saya banyak habis. Kalau banyak tenaga habis, kita juga yang mati di sini. Saya tak nak tau. Saya nak kita hidup bahagia." Jawab aku berseloroh.

Tengah tergolek depan tembok pun kami masih boleh berbual.

Ktak!

Satu tembakan kecil tersasar dari terkena wajahku. Aku dapat lihat sebuah recorder ilusi melekat pada tembok yang sudah pun merekah akibat balingan tersebut. Perlahan-lahan ia menghilang dari pandangan.

"Okey, mati pun matilah. Sebab apa? Sebab negara ni aku punyalah!" Laungku lalu bangkit berdiri. Tanda lahirku sudah mula bertukar-tukar rupa.

Sepuluh orang ahli Lilac berlari ke arah kami dengan senyuman sinis. Sangka mereka, kami telah mengalah dan kalah.

"Faron, kalau saya jatuh, sambut saya tau." Pesanku pada Faron. Dia hanya mengangguk faham.

"Ochestra-"

"Ochestra sea, first song!" Seruan itu telah memotong aktiviti penyeruanku. Aik? Siapa pula ni?

Arus alunan pelbagai muzik yang dihasilkannya menolak kesemua ahli Lilac yang tidak sempat mempertahankan diri. Kini, mereka pula yang terpelanting ke belakang.

Aku memicingkan mata. Kejap, tubuh itu aku kenali walaupun hanya dari belakang.

"Kakak?" Tebakku sambil cuba untuk mengintai wajahnya.

"Halley Chanson?!" Faron terjerit sedikit apabila melihat wanita yang berada di hadapannya itu. 

Ternganga habis tatkala melihat pemain alat muzik yang terkenal di dunia berada di hadapan mata. Wanita itu bukan boleh hanya main satu atau dua alat, malah semua! Suaranya juga sangatlah menakjubkan.

Wanita itu berpaling ke arah kami. Tanda lahirnya yang tadinya galak berubah rupa kini tenang tidak bergerak. Hanya bentuk piano bersinar darinya.

"Ha, apa lagi? Larilah. Ikut sana." Arahnya sambil menuding ke arah belakang sebuah bangunan. "Nanti kalau kita jumpa balik, kakak cerita dekat kamu apa yang terjadi." Sambungnya lagi sebelum memaksa kami berdua beredar dari situ.

Sebelum pergi, aku sempat memberikannya botol suaraku. Aku tahu dia tidak perlukannya tetapi ia boleh digunakan sebagai pertolongan di saat akhir.

Belakang bangunan yang sunyi itu kami tuju dengan berhati-hati. Gaya kami yang terhendap-hendap ini sudah bagaikan dua orang pencuri yang mencuri masuk ke dalam istana pula.

"Hah!" Sergah seseorang sewaktu aku dan Faron sibuk mengintai belakang bangunan. 

"Opocot!" Faron jatuh ke belakang namun dia sempat memaut bahuku. Ketar lutut aku mendengar sergahan itu. Siapa pula ni?

Aku mendongak tinggi. Seorang pemuda berambut ungu sedang tersenyum ke arahku dengan lambaian mesra. Dia tersenyum kecil.

"Keane Chanson?!" Sekali lagi, Faron menjerit terkejut. 

"Eh... Faron Aden?" Pemuda itu bersuara seraya menuding ke arah Faron. Dia memandang aku dan Faron bersilih ganti.

Terkebil-kebil Faron memandang pemuda itu. "You know me?!" Soalnya.

"Well Faron..." Aku menoleh ke arah Faron. Inilah masanya untuk menamatkan segala teka-teki ini. "Awak dah boleh teka siapa saya sekarang kan?" Tanyaku perlahan.

Dia menundukkan kepala bagai mencari jawapan. Selepas beberapa saat, dia kembali melihat ke arahku. 

"Kau... Seorang Chanson?" 

Tepat sekali. Aku mengangguk mengiyakan. 

"Ya, saya Hailey Chanson. Saya perlukan pertolongan awak untuk menyelamatkan keluarga saya memandangkan hanya awak sahaja yang ada di sisi saya sekarang ini."


~~~~~~~~~~~~~


"Cik siapa? Apakah yang membawa cik ke sini? Cik ada urusan apa dengan raja?" 

Lydia berpeluk tubuh, memandang kedua-dua pengawal istana yang menghalangnya daripada memasuki istana itu. Mereka memegang lembing yang tajam bagi menghalang pergerakannya.

"Banyaknya soalan. Raja awak tu, raja sebenar ke?" Balas Lydia dengan pertanyaan.

Kedua-dua pengawal itu saling berpandangan dengan riak keliru. Selepas itu, mereka memandang Lydia atas bawah. Tika mata mereka terlihat biasan cahaya hijau dari cincin zamrud milik gadis itu, pengawasan diperketatkan.

"Zamrud! Ada ahli Zamrud di sini!" Salah seorang daripada mereka menjerit nyaring. Malangnya, tiada pihak dalam yang mendengar amaran itu.

Lydia mengeluh perlahan seraya menepuk dahi. Sudah ada magis tidak mahu guna. Ada pula lembing yang digunakan untuk menghalang penceroboh?

"Seriously?" Ejek Lydia dalam nada menjengkelkan.

"Tch, dia pandang rendah pada kita." Pengawal itu mendengus geram. Lembingnya diputarkan laju dan seraya itu satu cahaya muncul pada mata lembing tersebut.

Mata Lydia membulat kerana terkejut akan magis yang digunakan dengan cara itu. "What?!

Tidak sempat mengelak, cahaya tersebut meluru laju ke arahnya.

Boom!

Kabus memenuhi segenap arah. Tiada sesiapa yang dapat dilihat pada ketika itu.

Sebaik sahaja kabus tersebut menghilang, kedua-dua orang pengawal itu segera mencari kelibat gadis yang dilihat mereka tadi. Aneh, tiada sesiapa pun yang kelihatan di hadapan mereka. Hanya rekahan tanah yang menemani.

"Alamak! Kita dah hancurkan lantai depan istana!" Mereka berkata resah. Sejurus itu, mereka berdua berlari-lari kegelisahan tanpa arah.

Di sebalik dinding dalam perkarangan istana, terdapat enam orang manusia sedang berselindung menggunakan magis muzik halimunan seseorang.

"Lydia!" Suara Hudson meninggi. Serta merta dinding halimunan itu runtuh. Mujur tiada sesiapa yang berada di situ.

"Pandai-pandai pergi sendiri kenapa? Mereka itu Lilac! Kalau cedera, siapa yang kena bertanggungjawab? Saya juga! Sebab apa? Sebab saya je yang ada dekat sini." Marah Hudson sepenuh hatinya. Dirinya yang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut hilang serta-merta kerana tindakan melulu gadis itu.

Lydia hanya mampu menunduk sedih. Dia sedar akan kesalahannya namun gadis yang sepatutnya dilindunginya tiada di hadapan mata membuatkannya tidak senang duduk.

"Jangan risau." Suara Hudson mengendur. "Hailey itu kuat. Kamu sendiri pernah nampak dia berlawan kan? Dia dari keluarga terhebat. Memang hairanlah kalau dia lemah." Ujarnya lagi sambil menepuk lembut bahu Lydia.

Justin turut mendekati gadis itu. Dia tahu, segala yang dilakukannya adalah untuk kebaikan Hailey.

"Saya setuju dengan apa yang oncle katakan." Tuturnya pula dengan senyuman.

Olivia, Talha dan Min Hyuk yang tidak mengetahui apa-apa hanya mampu melihat. Namun, senyuman lega terbit di bibir masing-masing.

"Oh, hello!" Sapaan Reuben mengejutkan mereka sekumpulan.

Talha yang berada di belakang sekali beristighfar panjang. Jantungnya bagaikan ingin tercabut mendengar sapaan yang tiba-tiba itu.

"Oops, maaf. Tadi Justin suruh tunggu di sini." Kata Mayu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Serba salah jadinya.

Hudson mengangguk lalu mengira semua pelajar yang berada di hadapannya itu. Cukup semuanya.

"Baiklah, ikut saya. Selok-belok dan jalan rahsia istana ini, semua sudah saya tahu."


Continue Reading

You'll Also Like

446K 5.1K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
136K 8.3K 32
"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama...
238K 14.9K 80
Pertemuan mereka selepas terpisah lama bukanlah pertemuan tangkap sedih dan rindu tetapi pertemuan itu telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Ai...
166K 1.2K 20
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja dit...