MR BLIND [COMPLETED]

ladyfrozenace

2M 97.1K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... Еще

1🌼
2🌼
3🌼
4🌼
5🌼
6🌼
7🌼
9🌼
10🌼
11🌼
12🌼
13🌼
14🌼
15🌼
16🌼
17🌼
18🌼
19🌼
20🌼
21🌼
22🌼
23🌼
24🌼
25🌼
26🌼
27🌼
28🌼
29🌼
30🌼
31🌼
32🌼
33🌼
34🌼
35🌼
36🌼
37🌼
38🌼
39🌼
40🌼
41🌼
42🌼
43🌼
44🌼
45🌼
46🌼
47🌼
48🌼
49🌼
50🌼
51🌼
52🌼
53🌼
ALPHA🐺 & MMW👑
54🌼
55🌼
special 1🌼
special 2🌼
special 3🌼

8🌼

35.9K 2K 280
ladyfrozenace

"Bro!" Adam tersentak bila meja ditepuk. Dia sedang menunggu Dania habis kelas, dah janji nak pergi beli barang dapur sekali. Sebabkan Dania lambat, dia tunggu dekat meja bawah pokok.

"Kau...abang Dania ke?" Suara tu bertanya. "Aku Ziyad, boyfriend dia"

Mukanya berubah. Boyfriend?

"Kau nak ape?"

"Aku duduk kejap boleh?"

Adam hanya mengangguk.

"Aku suka adik kau dah lama bro. Tapi tu lah, dia jual mahal sangat" Ziyad masih bercakap.

"Kejap, tadi kau kata boyfriend. Then kenapa kata Dania jual mahal pulak?"
Kalau betul couple kenapa nak kata macam tu kan? "Ke dah clash?"

Ziyad mengeluh. Aduh bodoh la Ziyad! Pecah rahsia!!!

"Okay, actually bukan boyfriend lagi, but bakal okay? Ni aku nak mintak tolong kau ni"

"Tolong?"

"Kau nasihatkan adik kau tu, biar dia bukak hati terima aku sikit? Susah aahh nak ngorat dia. Asyik kena reject je!"

Adam melakar senyuman sinis. Dasar loser, kena tolak nak mintak cara halus pulak kan?

"Nak buat cemana dia taknak kat kau. Takkan nak paksa kot? Tak gentle lah bro"

Ziyad mengetap bibir. Abang dengan adik sama je keras kepala.
"Kau ni takkan tal boleh tolong kot? Aku-..."

".... Adam? Ziyad? Korang buat apa ni?" Suara Dania memecah kesunyian. Hairan dia bila tiba di kereta tapi tiada siapa. Biasanya Adam akan duduk saja di kereta tunggu dia.

Mesti pelik kan? Macam mana Adam boleh sampai sini sorang? Dia drive ke?

Nope.

Kereta yang Adam bawa tu ada ciri khas yang boleh autodrive. So, set location, and just naik la. Simple.

"Dania sayang...lama tak nampak kau kt college. Yelah, kau kan selalu mengelak dari aku..."

"Kau nak apa lagi Ziyad? Tak habis lagi kacau aku?"

"Takkan pernah habis selagi kau tak terima aku, sayang" tangan Ziyad yang cuba nak sentuh lengan Dania ditepis kuat. Adam genggam tangan Dania dan ditarik ke arahnya.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan dia, bodoh! Kau cuba sentuh dia lagi, siap kau aku kerjakan" bukan dia pekak. Suara Dania marahkan Ziyad dan bunyi benda ditepis saja dia dah boleh teka apa yang jadi.

"Rileks la bro, takkan nak marah bakal adik ipar kot?"

Dania berkerut dahi,
"Adik ipar?"  Ziyad dan Adam dipandang silih berganti. Takkan...

"Siapa kata aku abang Dania?"

"Dahtu? Takkan kau suami dia pulak?" Sarkastik Ziyad menyoal.

Melihat riak Adam dan Dania kering saja, mukanya berubah.

Tak mungkin....

________

"So....Ziyad?" Adam memecah kesunyian. Dania yang sedang memandu berkalih. "Jangan layan dia tu, bukan betul otak dia tu. Asyik kacau orang je, mereng!"

Adam mencebik. Kalau kacau orang lain takpe la, ni bini dia kot.

"Kau tak suke?"

Dania diam. Adam tak tau. Datang la banyak mana lelaki pun, tetap Adam di hatinya. Bukan baru semalam dia crush dekat Adam kot. Dan berbelas tahun. Sayangnya, kena reject... Huwaaa babah.... Anakmu direject😭

"...tak..."

"Kau jangan dekat dengan dia. Aku tak rasa niat dia baik" Perilaku Ziyad menganggunya. Sangat kurang ajar kalau sentuh orang lain tanpa kebenaran.

"Iye...taknak pun dekat dengan malaun tu, takyah risau lah"

"Sape kata aku risau? Perasan..." Menyinis dia sindir.

Muka Dania rasa panas nak terbakar. Tulah kau Nia... Dah tau orang tak sudi, terhegeh-hegeh lagi kan?

"Eiii benci la aku pakcik ni! Mulut tu suap cilit gamaknya hari2. Pedas je memanjang"

Leteran separa berbisik didengari telinga lintah Adam.

"Eleh...mulut kau tu yang macam ayam la. Tak berenti membebel setiap masa. Macam ayam tercabut ekor gayanya" dia masih seronok sakitkan hati Dania. Entah, dengan Dania dia rasa bebas mengusik. Macam kawan2 je.

"So...kau memang takde pape dengan Ziyad?"

Soalan yang tiba2 selepas lama berdiam diri tu mengejutkan Dania. Dia ingat dah habis tajuk ni.

"Betul.. takde. Kenape?"

"Tak...aku cuma taknak jadi penghalang hubungan kau. Kalau betul kau suka someone, just tell me. I won't be a burden anymore. I'll let you go, Dania.."

Dania buat2 gelak ceria. Hambar saja.
"Awak memang beriya betul nak berpisah eh? Kalau awak? Kalau satu hari nanti orang yang awak tunggu tu datang, awak akan pergi kepada dia?"

"Kalau dia betul datang, aku nak mintak maaf dulu. Then aku nak dia hukum aku sebab sakitkan dia dulu. Aku takkan paksa dia terima aku ke apa, sebab aku tau dia mungkin dah jadi milik orang lain. Tapi kalau dia masih tunggu aku, aku takkan sia- siakan dia lagi. Aku janji"

Wajah Aisya terbayang di matanya. Comel. Cermin mata bulat dia. Pipi tembam dia. Mata yang hampir sepet sebab tertolak dengan pipi. Hidung yang comel, sedikit mancung. Bibir merah berseri. Dia tak nafikan, walaupun agak gempal, Aisya sangat cantik.

"Siapa nama dia?"

"...ada la, asal kau nak tau? Jeles?" Dia menyakat lagi. Suka nau buat Dania meluat.

Dania mendegus.
"Tak hamak nak jeles la...pigi dah!"
Padahal dalam hati hanya tuhan tau. Untung benar gadis tu. Dicintai Adam sepenuh hati. Kalaulah Adam macam tu dengan dia....

"Dah jom, nak beli barang dapur banyak ni. Awak tu dah la makan macam gorila, kejap nak mi sup, kejap nak rendang. Eiii...."

"Eh ayam katik tak sedar diri ni, suka hati je kau nak kata aku gorila bagai. Dasar pendek!"

Pendek korak kau!




[SKIP]

Adam dan Dania yang baru selesai makan malam, melepak di depan tv.

"Babah dah call?" Adam menyoal.

Dania yang leka dengan tv hanya mengangguk.

Adam pulak tak nampak kan, jadi dia tertunggu jawapan Dania.

"Hei? Aku tanya ni? Babah call tak?"

Dia angguk lagi. Kali ni lebih lama.

"Kau pekak ke ape ni?"

Dania rasa panas hati. Nak mencari gaduh ke apa Adam ni?

"Ish awak ni, kan saya angguk tadi? Tak nampak ke? Nak suruh saya buat cemana lagi? Buta eh?" Sedikit meluat suaranya. Yelah tengah tengok tv, orang kacau kan?

Tanpa banyak bunyi, Adam bangun dan masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat.




[Dania POV]

Bbangg

Pintu bilik dihempas kuat.

Dah kenapa? Nak marah bagai ni? Aku ada salah cakap ke?

"Ish awak ni, kan saya angguk tadi? Tak nampak ke? Nak suruh saya buat cemana lagi? Buta eh?" Sedikit meluat suaranya. Yelah tengah tengok tv, orang kacau kan?

Ya Allah!

Apa kau buat ni Dania?

Aku bangun cepat2 ke bilik Adam.

Tok tok

"Adam?"

Tak jawab.

"Adam? Awak okay ke?"

"Adam? Jawab la!" Aku jerit bagi kuat sikit.

"Ish, memekak la kau. Pegi sana la!"
Adam menengking.

Aku rasa makin bersalah. Kenapa la mulut aku cabul sangat?

"Adam... awak terasa ke? Kecik hati dengan saya?"

"Habis tu? Nak aku ketawa ke?" Adam merenggus dalam menjawab.

Pintu bilik Adam tak kunci"Err...saya masuk ye?"

"Kau nak apa? Jangan kacau aku. Aku kan menyusahkan kan? Maaflah susahkan kau"

Aku lebih dari pasti Adam masih berjauh hati denganku.

"Sorry la awak...mulut saya takde otak.. eh silap, saya yang takde otak. Betul cakap awak, mulut saya kepoh macam ayam nak bertelur. Cakap tak fikir dulu. Maaf la kalau awak terasa"

Kebisuan Adam jelas menunjukkan dia masih terasa. Aku gigit bibirnya kuat. Aduh...rasa bersalah gila kalau Adam tak maafkan.

"Jangan la camni awak...maafkanla saya. Saya tak sengaja terlepas cakap. Janji lepas ni tak buat dah?"

Dia yang mulanya duduk di depan mula memdekati Adam. Sambil berdiri di birai katil, aku capai tangan kanan Adam lalu digenggam.

"Awak boleh buat apa saja, denda ke ape ke? Janji maafkan saya...boleh?" Mukanya berharap.

Adam mula nak bereaksi.
"Betul boleh?"

"Yes"

"Apa saja?"

"Err...ya...? Janji awak maafkan saya.. Boleh?"

Senyuman lebar muncul di bibir Adam. "Alright, aku maafkan kau. Tapi make sure jangan buat lagi. Pasal denda...hmmm...."

".. denda apa awak nak bagi?" Takut pun gagahkan juga tanya.

"Nanti aku fikirkan..sekarang ni..."
Adam liarkan tangan pada lengan Dania. Diusap dari pangkal lengan hingga ke jari perlahan, akal nak mengusik.

Aku jangan kata, meriding bulu roma. Eiii geli la! Pahal dengan makhluk ni?

"Eh apa ni? Lepas la" aku cuba nak tarik tangan. Adam tahan. Lagi nakal muka dia.

Tanpa disangka, Adam pecit dan tarik kuat2 pipi aku. Dua- dua belah sekali. Terjerit aku akibat terkejut.

"Tu bukan denda lagi ye cik Dania...eh silap, puan Dania... Kau tunggu denda kau lepas ni ye sayang...."

Tak menunggu, aku pecut lari ke bilik aku dengan diiringi ketawa kuat Adam.

"Dasar lelaki miang!"

Продолжить чтение

Вам также понравится

57.9K 3.8K 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung...
Terkahwin dengan Sir! [Completed✅] Choco_Lyn

Подростковая литература

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
ZAR tihatti

Любовные романы

260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
662K 24.3K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...