Aryanna Sufya

By _unniesab_

29.2K 925 21

Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BREAK
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 43
BAB 44

BAB 42

726 20 0
By _unniesab_

Suasana di dalam wad itu, hanya sunyi sepi. Masing-masing diam tidak berusik.

"Akak minta maaf. Akak tak tahu pulak, yang Era sakit. Kalau akak tahu...dah lama akak.." Bicara Aryanna dicelah.

"Bukan salah akak pun. Buat apa akak nak minta maaf. Salah Era jugak, sebab tak bagitahu akak. Era pura-pura tak kisah pasal akak. Tapi, jauh di sudut hati Era..Era rindu sangat dekat akak." Luah Zehra, jujur.

"Tapi, kenapa Era tak bagitahu akak sendiri pasal keadaan Era ni? Akak tahu, akak dah banyak buat salah dekat Era.. Tapi, akak berhak jugak tahu pasal hal ni. Kalau tak sebab abi, sampai bila-bila pun akak takkan tahu pasal keadaan Era ni." Ujar Aryanna.

Zehra tersenyum kelat. Dia rasa bersalah dengan kakaknya itu. Memang betul apa yang dikatakan Aryanna. Walau macam mana pun, Aryanna berhak tahu.

"Era takut. Era risau. Kita dah lama tak jumpa. Dah lama tak bersembang macam dulu. Era risau, kalau-kalau akak dah memang tak nak ambik tahu lagi pasal Era. Sebab tu, Era rahsiakan perkara ni." Jujur Zehra.

Aryanna menghela nafas berat. "Kenapa Era fikir sampai macam tu sekali? Akak tak pernah pun lupakan Era.. Hari-hari, akak doa supaya akak dapat kekuatan untuk balik sini jumpa semua orang. Alhamdulillah.. Akak dapat kekuatan tu. Era tahu sebab apa?" Zehra menggeleng perlahan.

"Sebab Era. Era la penyebab utama akak tergerak hati nak balik sini. Kalau Era bagitahu awal, mesti hari-hari akak teman Era dekat sini." Ujar Aryanna, sayu.

Zehra tersentuh mendengar kata-kata kakaknya itu. "Era minta maaf, kak.." ucap Zehra, sebak.

Aryanna menggeleng kecil sebagai tanda Zehra tidak perlu meminta maaf kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Akak janji, lepas ni akak takkan tinggal Era lagi." Aryanna menyakinkan adiknya itu dengan luahan jujur darinya.

Zehra mengangguk sambil tersenyum manis ke arah Aryanna.

#
Ferhat tersenyum kecil melihat kemesraan yang kembali terjalin antara dua beradik itu. Dia hanya menunggu di luar wad bagi memberi ruang kepada mereka.

Ferhat kembali duduk di atas kerusi menunggu. Fikirannya kembali buntu. Sekarang, dia dah jumpa Aryanna semula. Cinta hatinya itu, terlihat tak berubah langsung.

Namun, rasa bersalah yang menebal pada Zehra menambah serabut di fikirannya. Memang dia pernah cintakan gadis itu. Dia mungkin kelihatan kejam kerana memperlakukan Zehra sebegitu rupa.

Walaupun dia tidak menyeksa secara fizikal, namun dia telah menyeksa hati dan perasaan gadis itu. Ditambah pula, dengan kehadiran si kecil, Danish. Dia langsung tak boleh nak menidakkan kedudukan Zehra dalam hidupnya.

Zehra lebih berhak, berbanding Aryanna kerana dia merupakan isterinya. Tapi, kalau hanya perasaan Zehra yang ingin dijaga bagaimana pula dengan perasaannya sendiri?

Cintanya terhadap Aryanna, tidak pernah pudar walaupun setitik. Tapi, tak tahulah bagaimana dengan Aryanna. Mungkin dia dah lupa cinta yang pernah ada antara mereka. Mungkin tidak? Siapa tahu.

Ferhat mengeluh berat. Tiba-tiba, pintu wad terbuka membuatkan Ferhat tersentak dari lamunannya. Kelihatan Aryanna dengan sebuah jag air di tangan. Mungkin dia nak pergi isi air kut.

Aryanna sekadar menghiraukan lelaki itu. Dia cuba melangkah, namub ditahan oleh Ferhat. "I think, we need to talk." Ujar Ferhat ketika menahan langkah gadis itu.

"There's nothing left for us, to talk about. Saya nak pergi isi air ni. Zehra tengah tunggu tu." Balas Aryanna lalu meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

"We still had. Please, Yanna?" Pujuk Ferhat. Banyak yang dia perlu jelaskan kepada Aryanna.

Aryanna tidak terus menjawab, malah dia membuka langkah besar meninggalkan Ferhat di situ.

Ferhat hampir putus asa. Aryanna sememangnya seorang yang keras kepala. Entah bagaimana lagi, dia harus buat untuk lembutkan hati gadis itu.

"Meet me at rooftop." Sempat Aryanna memberi arahan kepada Ferhat.

#
Aryanna bertemu dengan Ferhat di atas ruangan bumbung, seperti yang dia perkatakan. Masing-masing diam membisu. Mungkin tak tahu nak mula dari mana.

"You say, you have things to say. Kenapa diam?" Soal Aryanna, dingin.

Ferhat berasa agak kekok. Dah lama tak bersua muka dengan Aryanna. Ada rasa lain sikit.

"I do. Saya cuma tak tahu nak mula daripada mana." Balas Ferhat, gugup.

Aryanna mengeluh. Masing-masing kembali diam membisu. Entah apalah yang berada di fikiran mereka sekarang ini.

"You know I still love you, right?" Soal Ferhat tiba-tiba.

Aryanna terkedu. Dia pantas memaling wajah ke arah Ferhat yang berada di sebelahnya.

"What did you say? Are you out of your mind?? Hey! Awak dah ada isteri tau! Isteri awak tu, adik saya! Awak pun dah ada anak! Awak gila ke, mengaku cintakan orang lain?? Awak tak sedar ehh, yang isteri awak sekarang ni tengah terlantar sakit dekat atas katil! Sedar la, Ferhat!"

Ferhat terdiam. "Memang saya ada isteri. Saya ada anak. Tapi, itu tak menghalang saya untuk terus cintakan awak. Ini soal hati saya. Mungkin awak akan benci saya, sebab berlaku kejam macam ni. Tapi, siapa lagi yang nak jaga hati saya..kalau bukan saya sendiri? Siapa je yang kisah pasal hati dan perasaan saya ni?

Saya dah cukup terseksa. Zehra pun dah terlalu terseksa hati. Banyak yang awak terlepas, Aryanna. Banyak cerita yang awak tak tahu. Kalau boleh, saya tak nak awak tahu pun! Tapi, kalau dengan cara ni je dapat buat awak faham.. Saya akan ceritakan segalanya pada awak." Ujar Ferhat, panjang lebar.

Giliran Aryanna pula yang terdiam. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana. Dia bagaikan hilang ekspresi wajahnya.

"Lepas awak bawa diri, saya setuju untuk teruskan perkahwinan saya dengan Zehra. Saya berharap yang saya akan dapat lupakan awak, dan bina hidup bahagia dengan Zehra. Tapi, saya silap. Saya tak rasa bahagia. Saya dengan Zehra selalu sangat bergaduh. Tapi, apa yang saya pelik..kami tetap boleh kekalkan hubungan suami isteri walaupun selalu bergaduh.

Tak pernah terlintas dalam fikiran saya, untuk lepaskan Zehra. Dia pun tak pernah desak saya untuk lepaskan dia. Banyak cara kami buat untuk berbaik. Tapi, setiap kali kami berbaik..mesti ada je benda yang akan buat kami bergaduh balik. Awak rasa saya masih boleh semaikan rasa cinta ke..kalau hari-hari kami bergaduh?" Ferhat memandang Aryanna.

Aryanna masih diam membisu sambil memandang terus ke hadapan. "Danish? Macam mana Danish boleh ada, kalau awak tak bahagia Zehra? Orang kata, anak ni pengikat kasih sayang ibu bapa." Ujar Aryanna setelah terlalu berdiam diri.

Ferhat menghela nafas berat. "Danish bukan anak saya. Dia cuma anak angkat, yang saya ambil lepas dapat tahu Zehra ada kanser."

Aryanna melopong. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarnya itu. Anak angkat? Dia bukan anak Ferhat dengan Zehra?

"Saya ambil Danish supaya Zehra tak rasa sunyi. Lepas Zehra masuk hospital, saya selalu sibuk bekerja sampaikan tak ada masa untuk dia. Saya kena out station dekat Penang. Saya jarang balik sini. Lepas tu, saya baru tahu yang awak pun ada dekat Penang.

Saya tahu dari abi awak. Selama saya ada dekat Penang,.saya usaha untuk cari awak. Saya nak jumpa awak." Ujar Ferhat, lembut.

Aryanna masih tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh lelaki itu. "Jadi, awak memang sengaja buat-buat terjumpa saya dekat kafe haritu? Satu lagi. Mana awak tahu nombor saya? Memang awak yang selalu call saya tu kan?" Soal Aryanna, tegas.

"Memang saya yang call awak. Saya tahu nombor awak dari abi. Saya merayu, minta nombor awak dekat abi. Tapi, hari yang kita terjumpa tu..tak ada kaitan langsung dengan saya. Kebetulan saya memang nak makan dekat situ. Tak sangka, boleh terjumpa dengan awak." Ferhat memperjelaskan keadaan sebenar.

"Tolak tepi semua tu, sebab sekarang saya nak tahu..kenapa awak langsung tak bagitahu saya pasal keadaan Zehra? Dia adik saya, darah daging saya. Saya perlu tahu. Tapi, kenapa awak tak bagitahu?" Soal Aryanna lagi.

Ferhat menghela nafas berat. "Saya nak bagitahu awak, Aryanna. Sebab tu, saya selalu telefon awak. Tapi, setiap kali awak angkat..saya tak mampu nak cakap apa-apa. Lidah saya kelu, jadi beku. Tapi, percaya la yang saya memang nak bagitahu awak. Cuma, saya tak berani." Ferhat mengaku kepada Aryanna.

Gadis itu perlu tahu dan jelas dengan keadaan yang sebenar. Aryanna hanya mendiam diri. Dia dah tak tahu nak balas apa. Suasana antara mereka kembali sunyi sepi, sama seperti malam yang semakin melabuhkan tirainya.

Continue Reading

You'll Also Like

67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...
8.4K 451 23
Bismillah (Syed Thoriq Iqbal ft Afnan Khadijah) Mengisahkan tentang seorang gadis, Afnan Khadijah yang terpaksa bernikah dengan seorang Pengarah yang...
25.5K 1.1K 31
(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere si...
17.1K 2.1K 55
TEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apa...