Sajak, Puisi, Pantun, Syair

By faz05zul00

337 4 0

Puisi umum untuk peghayatan dan pengajaran kepada pelbagai generasi. Nukilan sendiri dan rakan-rakan. Table o... More

Bangsa Yang Semakin Lemah
Sajak Senior MML 2017
Peralihan Keusahawanan Kepada E-Dagang
Nasihat Manusiawi
Bacalah Untuk Berjaya
Pantun Dari Surat Lama

Kehidupan Manusia

76 0 0
By faz05zul00

Tajuk: Kehidupan Manusia
Nukilan: Fatimatu Azzahra Zulkifli (May 2020)

Kehidupan ini sangat payah,
Beraneka perangai manusia yang menjadi punca,
Tidak mudah mahu keluarkan diri dari dunia,
Yang penuh ancaman dan tipu daya,
Kekotoran mendominasi menghilangkan kesucian dunia.

Hilanglah kejahatan,
Yang menarik semua manusia ke kegelapan,
Perit hatiku memikirkan kegelapan,
Perit lagi mengingatkan mereka yang telah jatuh,
Sedangkan agama adalah cahaya.

Kenapa kau tidak pergi kepada agama,
Agama yang akan membantumu,
Agama yang akan melindungimu,
Agama tidak akan pernah meninggalkanmu,
Dari tipu daya dan muslihat dunia.

Adakah kau begitu hendakkan jatuh?
Sedangkan di dunia masih ada berlian yang belum kau sentuh,
Masih banyak moment gembira yang belum dilalui,
Yang belum pernah kau rasai.

Kenapa begitu tumpu kepada kegelapan,
Sedangkan masih banyak pilihan yang boleh kau pilih,
Kau butakan mata hanya memilih yang sudah kau serasi,
Kau tidak memikirkan akibatnya di kemudian hari.

Kau butakan mata hatimu untuk kejayaan sementara,
Kau korbankan maruahmu untuk kemasyhuran yang bakal hilang sekelip mata,
Egomu kau kedepankan,
Maruahmu kau ke belakangkan.

Tiada langsung memikirkan kesan dan akibat,
Tidak langsung memikirkan kesengsaraan yang bakal mendatang,
Tidak langsung memikirkan maruah,
Tidak langsung memikirkan keluargamu, agamamu, bangsamu dan negaramu.

Oh dunia, kau semakin hilang sinarnya,
Kasihannya dunia, yang sudah semakin tua;
Tenatnya dunia yang perlu memikul ego manusia,
Sehingga bila dia akan tetap teguh?

Bila timbulnya matahari di Barat,
Tiada lagi penyesalan yang dapat dimaafkan,
Hanya mampu menunggu tiupan sangkakala,
Yang membawa semua ke alam akhirat.

Untuk dihitung setiap perlakuannya,
Untuk disiksa atas setiap kejahatannya,
Untuk diberi nikmat atas setiap kebaikannya,
Untuk dihantar ke Syurga atau ke Neraka.

Ku harap matinya kita dalam kebaikan,
Matinya kita dijauh dari keburukan,
Kerana kita tidak mampu tanggung azabnya Neraka,
Walaupun kita adalah Pendosa.

Saya harap anda terhibur dengan sajak ini, yang baik ambik yang tak baik buat sebagai pengajaran.

https://youtu.be/hpzJMt98ClQ

👆Sajak ini telah di deklamasi kan oleh sahabat saya di Youtube. ☺️

Walaupun gaya suara tak seperti yang saya bayangkan.. But its okay😅

Continue Reading

You'll Also Like

166K 3.6K 47
This is the translation of Umera's Peer-e-kamil to Roman urdu, hope you guys like it.... All credits to Umera Ahmed.....
2.3K 144 44
Poetry for the broken souls. Enjoy a private glimpse into my mind which is not given even to those closest to me. I hope you can find a friend in th...
7.7K 710 191
Kapag ang puso'y nadungisan, Mga tula sa isipan ay masisilayan, Ang libro na 'di pangkasaysayan, Damdamin muli matu-tunghayan. Tulang isinulat mula s...
6.2K 593 19
αžšαžΏαž„αžšαŸ‰αžΆαžœαž”αŸ‚αž”αž˜αž·αž“αž’αž˜αŸ’αž˜αžαžΆαž˜αž½αž™ αž–αžΈαž€αŸ’αž˜αŸαž„αžŠαŸ‚αž›αž‚αŸαžαŸ’αžšαžΌαžœαž‚αŸαž’αŸ’αžœαžΎαž”αžΆαž”αž”αŸ’αžšαŸ‚αž€αŸ’αž›αžΆαž™αž‡αžΆαž’αŸ’αž“αž€αž”αŸ’αžšαž»αžŸαžŠαŸ‚αž›αž˜αžΆαž“αž’αŸ†αžŽαžΆαž…αž€αžΆαž…αž˜αž·αž“αž’αž˜αŸ’αž˜αžαžΆ αžœαžΆαž‡αžΆαž€αžΆαžšαž”αŸ’αžŠαžΌαžšαžœαž·αž‰αŸ’αž‰αžΆαžŽαž˜αž½αž™αž…αžΌαž›αžαŸ’αž›αž½αž“αž˜αž½αž™αž‘αŸ€αž αž αž½αž™αŸŽ αž€αŸαž”αŸ’αžšαŸ‚αžαŸ‚αž‚αŸαžαŸ’αžšαžΌ...