Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [...

De Mecxira

26.7K 918 271

Book 3 ( smbungan for @swxxt ) MAFIA'S SERIES πŸ₯‡First place short story winners of 1st batch # 3 in hebat EBO... Mais

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Cast
Bab 5
Bab 6
HMTA 1 ✨
Hak Milik Tuan Aiden 2
Promote Time

Bab 7

2.1K 72 24
De Mecxira

Tepukan lembut pada belakang badannya membuatkan Aina menguap perlahan. Mata beberapa kali sudah mengerdip menahan rasa kantuk yang kunjung tiba.

Aiden senyum sikit. Mata yang kian layu itu dipandang. Boleh nampak Aina sudah beberapa kali menguap hanya kerana tepukan lembutnya itu.

" Do you want to go home?" tanya Aiden pada Aina

Aina membesarkan mata yang makin mengecil itu. Entah berapa kali dah lelaki itu cakap bahasa Mesir purba dengannya, dia pun tak tahu dah nak jawab apa dekat lelaki itu.

" Hom ke hon? Hon kereta ke? " tanya Aina dengan sisa mengantuknya. Digenyeh mata yang serasa gatal tiba-tiba.

Aiden pandang tajam Aina yang ada dipelukannya. Tak lama memang perempuan ini kena jugak tembak dengan dia nanti sebab hilang sabar.

" Nak balik?" tanya Aiden lagi dengan suara menahan geram.

Kali ini dia bertanya pada Aina dalam bahasa melayu. Takut kalau dia guna bahasa lain, perempuan itu akan menyebut perkataan yang lain daripada apa yang dia cakap.

" Nak-nak" jawab Aina perlahan.

Tangan kanan Aiden mengangkat kedua kaki Aina manakala tangan kiri berada pada kepala perempuan itu. Mengubah posisi Aina yang berdiri kepada posisi berbaring dalam pelukannya dan dengan manja kepala Aina melentok elok disebalik dada bidang Aiden.

Boleh nampak lelaki itu senyum cantik bila Aina buat macam tu. Aiden menggeleng perlahan. Menghilangkan rasa suka yang bertandang dalam hatinya.

Langkah dihayun keluar dari bilik. Pintu dikuak perlahan. Muka serius mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

Timbul kerutan pada dahi anak buah Aiden bila mata mereka menangkap seorang perempuan cantik yang mereka tidak kenali itu ada didalam cempungan Aiden.

Bila mata-mata itu leka pandang Aina membuatkan Aiden berdehem kuat. Entah kenapa rasa tak suka dengan pandangan anak buahnya pada Aina.

"Do..."

Tercantas perbicaraan Aiden bila Aina bermain-main disekitar raut wajahnya dengan gelak perlahan. Timbul kerutan pada dahi Aiden. Bukan tadi budak ni dah tidur ke?

" Do re mi fa so la ti dooo" perlahan Aina menyanyi dengan mimik muka bersungguh sekali.

Gelak perlahan keluar dari bibir perempuan itu, apabila menyudahkan sebutan perkataan itu semua. Bila Aiden sebut 'Do' terus dia ingat yang Aiden akan nyanyi macam dia.

Mata-mata yang pandang Aina sudah merah muka cuba menahan diri daripada terhambur ketawa. Walaupun perlahan saja setiap bait yang didengari tetapi sempat telinga mereka mendengarnya.

Bila mata tajam helang Aiden bertaut dengan semua anak buahnya, terus terdiam dan tertunduk kepala mereka dari pandang Aina. Ada juga yang menggaru kepala sendiri kerana takut dimarahi Aiden.

Aiden dengan segera, menghayun laju kakinya keluar dari tempat misteri yang ada diceruk hutan di mana terletaknya tempat persembunyian mereka.

Bila tangan Aina tak habis-habis bermain di mukanya, terus jari itu digigit kuat. Tiada bunyi mengaduh dari bibir perempuan itu. Malah siap diletak balik jari-jemari pada wajahnya. Aiden mendengus kasar.

" Awak kacak." gumam Aina perlahan sebelum jarinya jatuh daripada bermain di wajah Aiden.

Aiden pandang Aina lama. Langkah masih diteruskan dengan mata setia pandang ke arah magnet yang telah menarik perhatiannya itu sejak tiga tahun dahulu kala.

Magnet yang selalu buat dia tenang bila dekat dengan perempuan itu. Raut wajah cantik yang selalu hadir dalam mimpinya. Rasa yang selalu hadir tetapi tak tahu apa?

'Do I have to torture this woman?'

••••

Barang dihempas kasar ke bawah. Rambut pula diraup ke belakang. Rasa begitu kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu mengalahkan Aiden tadi, sedangkan dia adalah seorang polis pencen.

Sungguh pangkat itu mengecewakan dia bila tak mampu nak kalahkan musuh sendiri!

" Pa? "

Hareez masuk ke dalam bilik kerja papanya. Disebabkan bunyi bising yang terhasil dari bilik ini membuatkan Hareez tergerak hati nak masuk ke sini. Sudah diketuk tetapi tidak pula papanya memberi kebenaran 'masuk'.

Datuk Mustafa hanya diam tanpa menyahut panggilan anak lelakinya itu. Mata anak lelakinya dipandang. Dia tahu Hareez mahukan jawapan yang telah dia sembunyikan. Hanya mata berbicara akan apa yang dia sembunyikan. Dia tahu. lambat laun, anak lelakinya akan tahu jugak.

" Kenapa mengamuk macam ni pa? Ada masalah ke?" tanya Hareez penuh prihatin.

Dapat diagak ada sesuatu yang terjadi menyebabkan papanya jadi mengamuk sebegini.

Dia perasaan papanya itu seperti banyak mengelamun dan bersendiri. Selera makan juga makin berkurang sehingga pucat muka lelaki tua itu.

Jauh di sudut hati, dia rasa risau dengan kesihatan papanya itu. Bagaimana jika papa sakit nanti?

" Papa okay." sepatah jawapan yang diberi tidak memuaskan hati Hareez.

Tangan tua papanya dicapai lembut dan dibawa ke sofa panjang. Dari jarak yang dekat boleh nampak muka itu tegang semacam seperti menyimpan kemarahan. Walaupun papa cuba menyembunyikan raut wajah itu disebalik senyuman manis.

" Tak makan ke diner dengan mama tadi?" tanya Hareez.

Mata pandang tepat ke raut wajah yang sudah berumur itu. Tumpah rasa sayangnya pada lelaki yang membesarkannya dari kecil. Gelengan dari papanya memberi jawapan akan persoalan yang ditanya tadi.

" Mama merajuk sebab papa tak makan sama. Kenapa papa keluar tak bagitau mama?" soal Hareez lagi pada papanya.

Bukan niat untuk campuri urusan papa dan mama, tetapi bila mamanya merajuk. Buat dia rasa tak sampai hati pula.

Dia yang sememang keras tak tahu nak pujuk orang memang sedaya upaya memberi pujukan yang terbaik untuk mamanya. Nasib baik boleh jalan pujukannya itu, jika tidak memang botak kepalanya.

" Jumpa kawan papa tadi. Ada kerja." beritahu Datuk Mustafa pada anaknya. Menipu sunat tidak apa rasanya. Aik?

Dalam hati berharap supaya anak lelakinya itu tidak bertanya soalan apa-apa lagi padanya. Tak sanggup dia mahu menipu anak lelakinya lagi. Tetapi nampak gayanya Hareez lagi bijak darinya.

" Betul ke kawan? Bukan musuh pa?" soal Hareez penuh curiga.

Dang!

Bagai suatu objek berat menghempap kepalanya. Datuk Mustafa menelan air liur kasar. Sukar untuk menipu anak lelakinya itu, kerana Hareez begitu bijak menebak jika dia sedang menipu. Kalah seadaanya dia cuba berdebat dengan anak lelakinya itu.

" B-bukan. Memang kawan papa call ajak jumpa." temberang Datuk Mustafa lagi.

Penipuannya masih diteruskan tetapi tidak juga membuahkan hasil kepercayaan anak lelakinya apabila Hareez pandang tajam ke arahnya.

" You can't fool me. I know you well when you lie." ujar Hareez pada papanya itu.

Hareez bangun dari duduknya. Rasanya dia perlu tidur awal hari ini kerana esok dia akan kerja dan mungkin esok dia akan cari Aina sendiri.

Jika papanya masih tidak mahu mengatakan hal sebenar padanya. Tidak apa, dia takkan marah ataupun paksa untuk mengatakan kebenaran, kerana satu hari nanti dia percaya kebenaran akan terbongkar jua tanpa dipaksa.

" Whatever secret you are hiding from me. I won't question it, because I believe the truth will one day be revealed." kata Hareez pada papanya.

Tangan tua itu dicapai dan dicium lembut. Boleh rasa tangan tua itu bergetar. Mungkin sedang menahan perasaan yang dirasa sekarang ini. Hareez tersenyum.

" You'll be fine." pujuk Hareez lembut.

Ditepuk lembut bahu papanya itu. Cuba menenangkan lelaki tua itu dari dibelenggu dengan perasaan yang menyekat didada yang tidak terluah hingga ke hari ini. Entah apa rahsia itu?

Terngadah Datuk Mustafa dengan apa yang dikatakan oleh anak lelaki. Walaupun Hareez tidak bermaksud apa-apa akan kata yang dilontarkan, tetapi masih hati tuanya rasa sakit dengan kata itu.

Begitu perit apabila rahsia yang dia simpan tiga tahun dulu menghantui dirinya. Bayang Hareez keluar dari biliknya dipandang dengan ekor mata. Biarlah rahsia ini terbongkar sendiri. Dia tidak kuat untuk mengatakan rahsia itu.

Continue lendo

VocΓͺ tambΓ©m vai gostar

295K 17.2K 18
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...
1.6M 120K 44
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
4.6M 293K 106
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
1.3M 68.4K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...