BAD MAFIA [COMPLETED]

By ayraakookie

2.8M 120K 16.3K

"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first t... More

01 '
02 '
03 '
04 '
05 '
06 '
07 '
08 '
09 '
10 '
11 '
12 '
13 '
14 '
15 '
16 '
not an update '
17 '
18 '
19 '
New story '
20 '
21 '
22 '
23 '
24 '
25 '
26 '
27 '
28 '
note [I'm sorry]
29 '
30 '
31 '
32 '
33 '
34 '
35 '
36 '
37 '
39 '
40'
41 '
42 '
43 '
44 '
45 ' [TAMAT]
SPECIAL CHAPTER
MY SECOND BOOK
THIRD BOOK

38 '

48.1K 2K 703
By ayraakookie

"...but trust me, i really love you. "

Ayat itu sedari tadi asyik berputar dalam kepala Bella Najwa. Dia sekejap mengiring ke kiri, lepas tu mengiring ke kanan. Kemudian baring terlentang. Semua posisi tidak kena.

Gadis itu akhirnya bangun dari katil dan menuju ke jendela yang bersebelahan dengan meja kecilnya. Punggung di labuhkan di atas kerusi tersebut. Pandangan mata dibuang ke arah luar tingkap. Tiada apa yang menarik, hanya batu konkrit yang terhias.

Bella Najwa memegang kepalanya yang terasa pening. Sudah beberapa hari dia jadi macam ni. Mungkin sebab terlalu tertekan dengan masalah hidup.

Fikirannya asyik melayang teringatkan kata-kata Edmund Carl malam semalam. Lelaki itu sudah gila.

"Tolong Najwa, kahwin dengan aku. Aku nak bertanggungjawab atas apa yang terjadi. " Edmund Carl bersuara merayu. Tangan Bella Najwa dipegang erat.

"Kau faham tak aku tak nak! Kau dan aku tak mungkin akan bersatu. Jadi tolong jangan ganggu aku lagi. "

Bella Najwa merentap tangannya kuat dan menolak bahu Edmund Carl agar lelaki itu berdiri jauh darinya.

"Auch.. " Edmund Carl mengeluh sakit. Luka jahitan dibahu nya terasa berdenyut.

"Syamimi.. " Edmund Carl tersenyum sinis sebelum menyambung kata-katanya. "Aku bagi kau masa dua hari untuk berfikir. Think wisely dear.. I don't know what will happens next. "

Bella Najwa mengetap gigi geram. "Touch her and i kill you! "

Edmund Carl hanya senyum mendengar ucapan gadis itu. Dia sudah tak kisah apa yang akan jadi selepas ini. Yang penting, Bella Najwa harus jadi miliknya.

" i will not touch her if you accept me dear. Pilihan ada kat tangan kau. Fikir baik-baik. " lelaki itu menghampiri Bella Najwa. Dahi gadis itu dikucupnya lembut sebelum berlalu pergi dari situ.

"Gila.. " Bella Najwa menggumam perlahan. Perut yang berbunyi ditampar berkali-kali.

"Ish kau ni pon! Tak boleh ke sehari je tak makan? Menyusahkan betul. "

Nak tak nak dia melangkah juga kaki ke dapur. Tiada apa yang boleh di masaknya selain maggie.

Sebungkus maggie kari dibuka dan diletakkan ke dalam periuk. Kemudian air mineral dituangkan ke dalam itu.

"Shit! Terlebih air "

Bella Najwa akhirnya hanya pasrah untuk makan maggie yang tawar itu. Masak maggie pon failed..

Baru beberapa suap , gadis itu berlari menuju ke sinki. Habis segala isi perut di muntahnya keluar.

"Husnudzon wawa, maggie tu yang tak sedap sebab tu kau muntah.. " Bella Najwa mengurut dada cuba menenangkan jantung yang berdetak laju.

****
Aku melihat wajah Dr Zafrael. Mukanya ketat semacam. Sekilas pon dia tak pandang aku. Cakap apatah lagi.

Soalan yang aku tanya dia hanya jawab dengan angguk atau geleng je. Dia terasa sebab kata-kata aku yang malam tu ke..

Belum sempat aku menegur dia, tekak aku sekali lagi rasa meloya. Aku berlari anak menuju ke tandas yang berdekatan. Segala isi nasi lemak yang aku makan pagi tadi keluar semua.

"Dr Najwa you ok tak tu? " suara Dr Zafrael menegur aku dari luar.

"Saya ok. " aku menjawab soalannya sambil menuju ke sinki. Air paip aku buka dan membasuh muka ku kasar.

Dr Zafrael yang berada di muka pintu bilik air itu aku abaikan. Fikiran aku terlalu serabut. Sudah seharian aku fikirkan satu hal ni. Aku... Tak mengandung kan?

"Dr Najwa.. Ambik ni. " Dr Zafrael menghulurkan sesuatu kepadaku.

Biji mata aku terbeliak bila lihat benda yang dihulurkan itu.

Pregnancy test?! 

"Ap--apa maksud Dr.. " suara aku bergetar.

Dia hanya mengabaikan soalan aku dan meletakkan pregnancy test itu kedalam tangan aku.

"Apa-apa hal nanti bagitahu I. " lelaki itu terus melangkah keluar.

Tangan aku terketar-ketar memegang alat itu. Aku gagahkan kaki melangkah masuk ke dalam bilik air semula.

Air kencing aku paksa keluar mengenai hujung alat itu. Mata dipejam sebentar mencari kekuatan.

Perlahan-lahan mata itu aku buka semula untuk melihat hasilnya.

Dua garis.

Aku menekup mulut aku dan menghamburkan tangisan kuat. Mata aku menjadi kabur sebelum dunia aku gelap di situ. Yaa, aku pengsan.

***

Sudah dua botoh air ditambahkan ke dalam badannya namun gadis itu masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.

Dr Zafrael mengeluh berat. Dia melihat kit pregnancy test yang di beri pada Bella Najwa tadi. Positif. Gadis itu mengandung.

Macam mana Dr Zafrael boleh mengagak semua ni? Dia terlihat kejadian yang terjadi di parking lot pada malam itu. Walaupon tidak tahu dengan teliti, tapi kesan muntah-muntah dan pening kepala yang ditunjukkan Bella Najwa menguatkan firasatnya.

Dr Zafrael mengusap lembut rambut Bella Najwa. Perasaan untuk melindungi gadis itu kian menggunung walaupun dia tahu yang gadis di hadapannya itu tidak lagi suci.

Beberapa saat kemudian Bella Najwa membuka matanya lemah. Mulut terkumat-kamit ingin bercakap sesuatu tetapi suaranya terlalu perlahan.

Dr Zafrael terpaksa mendekatkan telinganya pada bibir gadis itu bagi mendengarkannya dengan jelas.

"Saya nak air... "

Segera botol mineral yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil itu di capai. Kepala Bella Najwa diampung dengan tangannya agar memudahkan gadis itu minum.

"Nak minum lagi? " Dr Zafrael menyoal lembut.

Bella Najwa hanya menggeleng. Tubir matanya berkaca bila dia teringatkan hal tadi. Terus nafasnya menjadi laju dengan dadanya yang terasa sesak.

"Hey don't cry.. " Dr Zafrael membisik lembut ke telinga gadis itu. Air mata yang mengalir dilap mengunakan ibu jarinya.

"Saya taknak baby ni.. " Bella Najwa bersuara lemah. Perutnya dipegang dengan perasaan yang berkecamuk.

"Najwa.. Anak dalam perut ni tak bersalah. " lelaki itu turut mengusap tangan Bella Najwa yang berada di perutnya itu.

"Kita sebagai orang tua ni yang banyak buat khilaf. Tapi, you kena ingat. Manusia tak lari dari buat kesilapan. So, you kena cuba untuk maafkan diri you. Tak kiralah seteruk apa pon kesalahan yang you dah pernah buat. "

Bella Najwa sebak mendengar ayat Dr Zafrael. Jahatnya dia sebab berniat untuk membunuh bayi yang ada dalam kandungan dia itu.

"Mama jaga awak ye sayang.. "

Bella Najwa mengusap-usap perlahan perutnya. Tak sangka dalam rahimnya sudah ada nyawa.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar kedengaran. Bilik itu hanya menempatkan Bella Najwa seorang sahaja, jadi pasti pelawat yang datang itu ingin melawatnya.

"Kejap i pergi tengok. " Dr Zafrael berjalan menuju ke pintu.

Dr Zafrael langsung tidak terkejut melihat wajah lelaki yang berada dihadapan muka pintu sekarang ini.

Tanpa menunggu lama lelaki itu terus merempuh tubuh Dr Zafrael dan berjalan mendekati Bella Najwa.

"Bro.. " Dr Zafrael memegang bahu lelaki itu. Cuba menghalangnya untuk mendekati gadis itu.

"Dr Zafrael.. Tolong tinggalkan kami sekejap. " Bella Najwa bersuara lemah. Dia ada perhitungan dengan lelaki itu sekarang.

Dr Zafrael akhirnya akur walaupun dia takut untuk meninggalkan gadis itu dengan jantan tak guna tu.

"Bella.. " lelaki itu terus menghampiri Bella Najwa. Dahi gadis itu dikucup lama.

"Saya mengandung. " Bella Najwa bersuara tanpa riak.

Lelaki itu hanya diam. Dia sebenarnya sudah mengagak semua ini. Sengaja dia tidak menggunakan kondom untuk menyuburkan benihnya dalam rahim gadis itu.

"Aku akan bertanggungjawab. Jangan risau. " Edmund Carl bersuara ikhlas. Tangannya sedikit terketar memegang perut gadis itu.

Edmund Carl mencium lembut perut Bella Najwa. Kemudian ciuman itu beralih pula dibibir. Di urut perlahan bibirnya dengan bibir gadis itu. Diluahkan rasa cintanya melalui kucupan itu.

"Aku janji akan jaga kau dan anak kita baik-baik yaa sayang. " Edmund Carl melihat wajah Bella Najwa sambil tersenyum ikhlas.

Kepala Bella Najwa diusap perlahan. Masih menunggu kata-kata yang bakal terbit dari bibir gadis itu.

"Saya akan berkahwin dengan Dr Zafrael. "

♣♣♣

"Sometimes you have to make decision that will hurt your heart but calm you soul.. "











{Mohon. Jangan. Kecam. 🥵}

Continue Reading

You'll Also Like

105K 7K 25
Highest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire...
125K 11.4K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.5M 127K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...
2K 203 17
Cover by @popcorncoups (Chimerical Graphic Shop) Kisah 10 orang gadis yang pergi berkhemah di sebuah hutan semasa cuti musim panas. Namun sesuatu ta...